Keterujaan Kepada Muhyiddin Macam Pelangi


ULASAN

Muhyiddin: Rasa hormat orang ramai mengecil.TANGGAPAN Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin tegas, bersih dan berkualiti yang dilihat sebelum ini adalah kepada apa yang beliau telah lakukan sebelum ini.

Selain itu kebetulan beliau juga dilahirkan dari keluarga kuat beragama. Ayahnya dikategorikan sebagai seorang tuan guru. Wasilah itu menjadikan beliau seorang Melayu yang mempunyai ciri-ciri seorang mukmin.

Kita mempercayai itu kerana keturunan mempengaruhi seseorang itu walaupun iman dan takwa itu tidak boleh diwarisi daripada seorang ayah atau ibu secara automatik. Lantaran itu beliau dilihat seorang yang warak, apa lagi tidak ada sebarang skandal atau penyelewengan dikaitkan dengan dirinya.

Keterujaan orang kepada Muhyiddin juga ditambah oleh keperibadian insan penting dengannya, isterinya Noraini Abdul Rahman yang lemah lembut dan bersifat humble. Tengoklah macam mana merendah dan humble isteri beliau sehingga kini kita tidak nampak dia berbangga dengan jawatan disandang suaminya.

Noraini tidak seperti setengah isteri pembesar lain, berselfie dengan suami, atau bergambar berpegang tangan, macam budak-budak SMA. Noraini menjadi "narasumber" dan memberi nilai tambah kehebatan Muhyiddin.

Bagaimana pun apa yang disangka itu meleset. Rupa diri Muhyiddin dan keterujaan itu hilang sekelip mata sahaja kerana permainan dan percaturan politik beliau yang tidak cermat dan rakus. Sepatunya beliau muncul sebagai perdana menteri terbaik, setidak-tidak dari segi moral berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini selepas berjaya menjadi PM.

Keperibadian beliau dengan Najib Razak bekas bosnya yang dilawan, semakin mendekati kehidupannya, dan tidak begitu menjarakkan dengannya daripada apa yang berlaku kini. Dalam aksi politiknya ia serupa dengan Najib bahkan lebih teruk (sadis) berbanding dengan Najib.

Maka jadilah keindahan dan kekaguman kepadanya bersifat sementara seperti pelangi muncul selepas gerimis senja, hanya indah sekelip mata sahaja. Memang ghalib manusia begitu untuk mempertahankan kehebatan dan rasa hormat orang itu sukar, tidak semudah untuk mengundang kemarahan dan kebencian orang.
Apabila beliau dipecat oleh Najib Razak kerana mempersoalkan wang 1MDB, RM2.5 billion yang masuk ke dalam akaun bekas PM itu, orang melihat Muhyiddin pemimpin yang bersih dan tidak mudah berkompromi dengan kebejatan. Seorang pembenci korupsi. Orang membuat ukuran Muhyiddin jauh lebih ikhlas dan bertanggungjawab berbanding dengan Najib yang sudah disuluh sebagai penyangak.

Dan apabila beliau sedia bersama PH, bersama Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu dan individu atau kumpulan yang dilawan selama ini untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi bagi membina Malaysia baru, orang melihat Muhyiddin seorang pemimpin yang ada prinsip dan berjuang untuk rakyat. Pemimpin yang sanggup melupakan peluang kerana tidak setuju dengan penyelewengan dan kebejatan. Beliau dilihat berkarisma.

Beliau sudah jadi TPM ketika itu, pada kedudukan tinggi dan telah membuka peluang baik kepadanya, tetapi beliau sanggup menafikannya kerana prinsip. Itu yang orang lihat dan pengorbanan untuk melawan Najib itu mendapat pujian. Beliau berani sanggah Najib dan akhirnya dicopot oleh Najib sebagai TPM. Pengguguran daripada Umno menjadi dunia dan masa depan politiknya terbata-bata. Tetapi beliau bernasib baik kerana mendapat kerjasama baik daripada PH.

Keberaniannya melawan Najib menjadikan beliau diberikan piala kejohanan itu. Tetapi selepas berlakunya peristiwa rampasan kuasa 25 Februari lepas, wibawa dan integriti beliau dalam berpolitik mula dipertikaikan. Peristiwa itu orang melihat beliau tidak seperti mana yang dijangka sebelum ini. Orang mula membuat persepsi negatif kepadanya bahawa beliau seorang bernafsu juga, kerana diam-diam menyimpan rahsia untuk jadi PM, sedihnya untuk mencapai cita-cita itu sanggup dilakukan secara tidak bermoral.

Semua musnah apabila beliau sanggup bersekongkol dengan manusia bernafsu besar untuk mengejar kedudukan dan dalam masa sama sanggup mengkhianati perjanjian bersama dengan rakan-rakan PH dengan melakukan kudeta yang bermuafakat dengan musuh kerajaan yang dianggotai sendiri. Mungkin orang tidak berdukacita kalau beliau melakukan secara gentlemen.

Beliau melakukan pengkhianatan itu dengan berselindung di sebalik alasan yang kabur dan tidak dibuktikan hingga kini kononnya untuk menyelamatkan keadaan (Malaysia) daripada dikuasai oleh Cina DAP.

Sudah dua bulan Muhyiddin jadi PM, ternyata beliau gagal mengekalkan status dirinya yang dikagumi sebelum ini. Sebaliknya darjat dan maruahnya terus hilang dan terhakis. Sisa-sisa keyakinan umum yang melihat beliau seorang baik, berjurus, sudah kian mengecil dan menirus. Dengan terdedah beberapa rakaman video dan membongkar tindak tanduknya sebelum ini, merancang untuk melakukan kudeta jelas menampakkan yang hakikat dirinya berbeza dengan apa yang tergambar di luar selama ini.

Misalnya rakaman mendedahkan taktik dan strateginya untuk merampas kuasa dengan mengajak ahli parlimen Umno kemudian dijanjikan habuan, menjelaskan perbuatan atau aksi politik jijik oleh beliau. Perbuatan itu kontras dengan syaksiah beliau selama ini yang dilihat sebagai seorang pemimpin berprinsip dan berintegriti. Strategi itu menjelaskan bahawa beliau juga seorang penganut Machiavelisme.

Apakah beliau akan memulihkan kembali martabat dirinya yang semakin hilang itu? Bukan senang nampaknya apabila beliau telah terang meletakkan kedudukan dan kuasa sebagai sesuatu yang diidamkan dan bukannya mengimpikan sebuah politik luhur dan murni yang diharapkan rakyat. Sementelah lagi kedudukannya kini dalam keadaan kian meruncing beliau akan melakukan apa sahaja sesuai dengan "kecepuahan" dunia politik itu sendiri. [wm.kl.6:19 pm 31/05/2020]

Glossori:
Kecepuahan (kn) : kekokoran, kenajisan 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/05/keterujaan-kepada-muhyiddin-macam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

Selepas Salahkan Muhyiddin Salahkan Najib Dan Kini Salahkan Pas Dia Macam Atok Benar Belaka

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 305 hits
Tak ada dia nak koreksi diri Tak pula salahkan Adun PKR dan BERSATU yang keluar parti kerana hilang percayaan kepada dia Kerjanya nak PERJAHATKAN NAJIB dan PAS Mukhriz dakwa PAS mungkir janji untuk beliau kekal MB hingga tamat penggalMukhri...
Demi Nak Jadi Pm Sanggup Rosakkan Parti Kata Tun M Kepada Muhyiddin

Demi Nak Jadi Pm Sanggup Rosakkan Parti Kata Tun M Kepada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 357 hits
BORHAN AHMAD Di tengah tengah desakan dan pujukan agar Bersatu dibubarkan dan ahlinya menyertai Umno semula Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sanggup membiarkan partinya rosak asal dapat me...
Muhyiddin Perlu Berterima Kasih Pengorbanan Anwar

Muhyiddin Perlu Berterima Kasih Pengorbanan Anwar

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 194 hits
Masih ingatkah Muhyiddin pada nasihat dan pengorbanan Anwar Ibrahim Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri Sudah tiba masanya saya ...
Muhyiddin Akan Berdepan Masalah Yang Sangat Besar Kata Dr M

Muhyiddin Akan Berdepan Masalah Yang Sangat Besar Kata Dr M

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 376 hits
Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan masalah yang sangat besar Jelas Mahathir ini kerana beliau akan berusaha untuk membuktikan ketidaksahihan kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyiddin se...
Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

Mahathir Akan Sabotaj Kerajaan Sehingga Muhyiddin Jatuh

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 468 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan sekat atau sabotaj semua usul atau bill kerajaan selagi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibenarkan Ini bermakna Budget 2021 tidak boleh diluluskan dan pada Janua...
Saya Takkan Berhenti Cuba Jatuhkan Muhyiddin Kata Dr M

Saya Takkan Berhenti Cuba Jatuhkan Muhyiddin Kata Dr M

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 347 hits
May 20 2020 11 41 PMDr Mahathir Mohamad berkata kelebihan 2 kerusi yang diraih kerajaan PN ialah majoriti paling kecil yang pernah diperolehi mana mana kerajaan di Malaysia KUALA LUMPUR Dr Mahathir Mohamad berikrar tidak akan berhenti darip...
Muhyiddin Yang Anda Perlu Ketahui

Muhyiddin Yang Anda Perlu Ketahui

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 356 hits
Demikianlah kisahnya Masih ingatkah Muhyiddin pada nasihat dan pengorbanan Anwar Ibrahim Ada tiga peristiwa yang rakyat tidak tahu dan peristiwa peristiwa ini tidak pernah diceritakan oleh Anwar Ibrahim kepada ahli ahli KEADILAN sendiri Sud...
Agak Agak Siapa Kena Games Muhyiddin Atau Mahathir

Agak Agak Siapa Kena Games Muhyiddin Atau Mahathir

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 313 hits
Bekas Pengerusi Bersatu Mahathir Mohamad berkata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan berdepan masalah yang sangat besar Jelas Mahathir ini kerana beliau akan berusaha untuk membuktikan ketidaksahihan kerajaan Perikatan Nasional dan Muhyid...
Kerajaan Muhyiddin Kerajaan Yang Bermoral Rendah

Kerajaan Muhyiddin Kerajaan Yang Bermoral Rendah

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 243 hits
Selain rapuhnya kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin kerana hanya ada majoriti dua undi di Parlimen adanya enam jahaman dalam kumpulan mereka yang menyokongnya turut menjadi persoalan besar di kalangan masyarakat ketika ini Dengan melambakkan...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization