Keterangan Shahrol Mengenai Jho Low Khabar Angin Peguam Najib


Pasukan pembelaan Najib Razak menggesa supaya ahli perniagaan dalam buruan yang dikaitkan 1MDB Low Taek Jho atau Jho Low dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah berkata Jho Low hendaklah dibawa segera supaya mahkamah dapat menentukan kebenaran di sebalik kes bekas perdana menteri itu.

Loading… “Kira-kira sebulan dahulu Ketua Polis Negara mengatakan bahawa mereka (polis) telah mendapat Jho Low dan mereka tahu di mana keberadaan beliau.
“Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berkata mereka mesti mendapatkan Jho Low.
“Saya ingin agar Jho Low dibawa secepat mungkin agar kita dapat menentukan kebenaran,” katanya.
Jho Low (kiri), Najib Razak Muhammad Shafee yang mengetuai barisan peguam Najib berkata demikian dalam hujahnya dalam permohonan khabar angin terhadap keterangan bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Shahrol Azral, 49, ketika memberi keterangan semalam sebagai saksi pendakwaan kesembilan dalam perbicaan Najib yang membabitkan penyalahgunaan RM2.3 bilion dalam dana 1MDB telah menggambarkan hubungan erat antara bekas perdana menteri itu dengan Jho Low.
Tentang ini, Muhammad Shafee berkata itu cuma ’khabar angin’ tiada sesiapa yang dapat membuktikan apa yang diperkatakan oleh saksi tanpa keberadaan Jho Low.
Saya kemukakan bahawa keterangan khabar angin tidak boleh diterima melainkan Jho Law dibawa ke mahkamah.
“Keadilan semula jadi akan tersingkir kerana saya tidak berpeluang untuk menyoal balas Jho Low,” kata Muhammad Shafee.
Beliau menambah bahawa apa juga yang saksi dengar daripada Jho Low mungkin tidak benar kerana saksi kelapan Amhari Efendi Nazaruddin yang merupakan bekas pegawai khas Najib dalam keterangannya telah melabelkan Jho Low sebagai ‘pakar pemanipulasi’.
“”Mengapa kita mesti menerima kata-kata beliau (Jho Low) apabila dia memanipulasi keseluruhan TIA, 1MDB dan PM (Perdana Menteri) itu sendiri,” katanya.
Ketika menyanggah keterangan peguam pembelaan, ketua pendakwa raya, Gopal Sri Ram berkata pihak pendakwaan berhak menunjukkan bahawa Najib tidak dan tidak boleh dikelirukan oleh Jho Low.
Dia mengimbas kembali keterangan Amhari bahawa Najib tidak membuat sebarang tindak balas yang buruk atau terkejut apabila dimaklumkan tentang arahan Jho Low menerusi draf surat.
“Ini merupakan tingkah laku yang menggambarkan apa yang diucapkan oleh Jho Low,” katanya.
Sri Ram juga berkata kes-kes yang dijadikan alasan oleh pihak pembela dalam permohonan mereka tidak boleh dipakai dalam corak fakta kes semasa yang beliau nyatakan sebagai unik.
Beliau berkata ini kerana tertuduh bukan orang biasa tetapi Perdana Menteri dan orang yang paling berkuasa di negara ini (ketika dakwaan kesalahan itu dilakukan).
“Atas sebab itu, kami dengan hormatnya tidak membantah apa yang Shahrol Azral katakan, apa yang dikatakan Amhari, bagaimana mereka bertindak atas kenyataan Jho Low, bagaimana mereka mengesahkan dengan tertuduh dan keadaan tertuduh dan Jho Low semuanya adalah relevan,” katanya dan menambah ia adalah keterangan mengikut keadaan.
Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah menangguhkan penghakimannya.
Perbicaraan disambung dengan Shahrol Azral memberi keterangan.
Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk menerima rasuah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang yang sama.
Ahli Parlimen Pekan itu dituduh melakukan empat kesalahan itu di AmIslamic Bank Berhad, Cawangan Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di Kuala Lumpur antara 24 Februari 2011 dan 19 Disember 2014, dan untuk 21 lagi pertuduhan antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/09/keterangan-shahrol-mengenai-jho-low-khabar-angin-peguam-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

Najib 1mdb Trial Day 12 Defence Invites The Prosecution To Produce Jho Low In Court

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 388 hits
The criminal trial of former prime minister Najib Abdul Razak involving the alleged abuse of power and laundering of 1MDB funds enters its 12th day at the High Court in Kuala Lumpur Malaysiakini brings you live reports of the proceedings Su...
1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

1mdb Jho Low Tahu Selok Belok Rumah Najib Boleh Order Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 331 hits
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi KUALA LUMPUR Ahli Perniagaan dalam buruan Low Taek Jhow atau Jho Low didakwa sangat rapat dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya Malah Jho Low dikatakan begitu akrab dan san...
Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

Najib S Lawyer In 1mdb Trial Get Jho Low Here So He Can Be Quizzed

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 373 hits
The Malaysian authorities should recover fugitive businessman Low Taek Jho in order to question him regarding the 1Malaysia Development Berhad fiasco instead of having witnesses tell the court what he had said a lawyer said today Datuk Seri...
Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

Rentasan Berita 565 Gempar Bekas Ceo Tia Dedah Hubungan Jho Low Dan Najib

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 275 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 565 1 SUKAR DIPERCAYAI JHO LOW TIADA KAITAN DENGAN 1MDB 2 BARISAN NASIONAL GAGAL BASMI KEMISKINAN KATA ANWAR 3 TAWARAN PAS KAMEK SIK MAOK KATA GPS 4 TUNAI MANIFESTO ILTIZAM KEPIMIMPINAN DIPERLUKAN Layari Facebook kami...
Jho Low And Najib Blocked Audit

Jho Low And Najib Blocked Audit

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 324 hits
An audit on 1Malaysia Development Bhd in 2010 would have revealed that the troubled sovereign wealth fund had transferred US 700mil to Good Star Ltd a company owned and controlled by Low Taek Jho But Low and Datuk Seri Najib Razak did not a...
Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

Najib 1mdb Trial Najib Never Told 1mdb To Follow Jho Low

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 354 hits
Former Prime Minister Datuk Seri Najib Razak never told the 1Malaysia Development Board management to follow directives from fugitive businessman Low Taek Jho aka Jho Low The Kuala Lumpur High Court heard today Tuesday September 24 2019 tha...
Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

Saksi Jho Low Sudah Biasa Di Rumah Najib Minta Milo Ais

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 258 hits
Bekas CEO 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 23 September 2019 Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 23 Sept Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa hubungan ahli perniagaan dala...
Kamu Beri Najib Maklumat Salah Dan Kerjasama Dengan Jho Low

Kamu Beri Najib Maklumat Salah Dan Kerjasama Dengan Jho Low

papar berkaitan - pada 21/9/2019 - jumlah : 307 hits
MALAYSIAKINI KES 1MDB NAJIB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dimaklumkan bahawa bekas pegawai khas Najib Razak Amhari Efendi Nazaruddin adalah pemilik anak syarikat palsu International Investment Company yang menerima ratusan juta do...
1mdb Trial Najib S Ex Aide Says Rosmah Called Jho Low Regularly Invited Him To Very Very Exclusive Events

1mdb Trial Najib S Ex Aide Says Rosmah Called Jho Low Regularly Invited Him To Very Very Exclusive Events

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 302 hits
Datin Seri Rosmah Mansor telephoned fugitive financier Low Taek Jho frequently and often hosted him at private events at her and Datuk Seri Najib Razak s family home here the High Court was told today Datuk Amhari Efendi Nazaruddin a former...
Use Care In Talking About Interaction With Big Businesses Leaders Told

Wordplay And Slang For Brand Name

Bekas Ceo Dakwa As Tembak Pesawat Mh370

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Get 10 000 Social Ads Visits For Just 10

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Should Fruit Be Eaten Before Or After Meals

Kl Chinatown Festival 2024


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Makan Steamboat Dapat Henna Free

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Damasutra Sesat Dalam Rindu Chord

Cara Tengok Tempat Kelahiran

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Orimilk Susu Awal Lembu Kolostrum Dan Kalsium Terbaik Di Malaysia Buka Cawangan Di Kuantan