Ketepikan Masalah Kesihatan Muhammad Arsyad Nekad Selam Kumbahan Selamatkan Abdul Fatah


Ketepikan Masalah Kesihatan, Muhammad Arsyad Nekad Selam Kumbahan Selamatkan Abdul Fatah
NILAI, 28 Sept (Bernama) — Nekad menyelam sedalam dua hingga tiga meter ke dasar tangki septik, Muhammad Arsyad Jahaya mengenepikan masalah kesihatannya demi mengeluarkan seorang kanak-kanak yang terjatuh ke dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai.
Muhammad Arsyad, 35, orang awam yang menyelamatkan murid berusia sembilan tahun itu, berkata beliau berada di sekolah berkenaan untuk menghadiri hari sukan anaknya.
Mengimbas detik cemas itu, beliau yang masih dalam proses pemulihan akibat kemalangan pada Ogos lepas, berkata dirinya nekad menyelamatkan mangsa meskipun tanpa sebarang peralatan keselamatan.
“Waktu itu saya sedang merakam video acara larian anak prasekolah. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh dan murid diminta berkumpul di padang. Seorang guru kemudian bertanya sama ada saya boleh berenang dan meminta bantuan saya ke lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita.
Setibanya di lokasi, beliau melihat penutup lubang telah terbuka. Walaupun orang ramai memaklumkan bahawa bomba sudah dihubungi, Muhammad Arsyad mengambil keputusan untuk bertindak segera kerana bimbang ia mengambil masa.
Katanya, ketika berada di dalam saluran itu, keadaan gelap dengan bau tidak menyenangkan dan air sudah mencecah paras leher. Beliau meminta kayu daripada orang ramai untuk mengukur kedalaman sebelum terlihat topi dan kasut mangsa timbul di permukaan.
“Waktu itu saya terus menyelam, tidak fikir air itu kotor atau tidak. Saya capai mangsa, pegang bawah ketiaknya dan tolak ke atas untuk disambut orang ramai,” katanya.
Muhammad Arsyad berkata, walaupun masih dalam pemulihan selepas kecederaan tisu lembut di bahagian tulang rusuk, beliau tidak merasai kesakitan ketika proses menyelamat itu.
“Ketika angkat mangsa, ia terasa mudah dan ringan. Saya bersyukur Allah permudahkan urusan ini, cuma terkilan kerana mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata, mangsa dikeluarkan dengan bantuan orang awam sebelum bomba tiba dan mengambil langkah keselamatan seterusnya.
Beliau memaklumkan, setakat ini lapan saksi telah dipanggil untuk dirakam percakapan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Media sebelum ini melaporkan mangsa, Abdul Fatah Khairol Rizal, murid tahun tiga, meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam saluran pembetung di kawasan sekolah berkenaan pagi semalam.
Susulan itu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan mengarahkan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) menyiasat segera kejadian berkenaan.
Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad turut mengingatkan semua pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri agar memastikan fasiliti sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat.
BACA: Denda FIFA: Wujud Kesilapan Teknikal Penyerahan Dokumen – FAM Sumber: Bernama
The post Ketepikan Masalah Kesihatan, Muhammad Arsyad Nekad Selam Kumbahan Selamatkan Abdul Fatah appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/28/ketepikan-masalah-kesihatan-muhammad-arsyad-nekad-selam-kumbahan-selamatkan-abdul-fatah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Nekad Tumbuk Muka Buaya Untuk Selamatkan Anak Anjing

Wanita Nekad Tumbuk Muka Buaya Untuk Selamatkan Anak Anjing

papar berkaitan - pada 17/9/2025 - jumlah : 1338 hits
AgensiWRIGHT bersama anak anjing berusia empat bulan bernama Dax yang nyaris dibaham buaya FOTO Agensi Florida Seorang wanita di Florida Amerika Syarikat nekad menumbuk muka seekor buaya bagi menyelamatkan anjing peliharaannya Memetik UPI p...
Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 2057 hits
KOSMOMangsa dirawat di Hospital Besar Kerajaan Ruia selepas keadaannya semakin merosot Afternoon NewsNEW DELHI Seorang lelaki nekad menggigit kepala seekor ular tedung hitam sehingga mati selepas dia diserang reptilia tersebut di negeri And...
Penjawat Awam Ini Dipecat Dan Malu Gara Gara Tindakan Nekad Bekas Kekasihnya 9 Gambar Dan Video

Penjawat Awam Ini Dipecat Dan Malu Gara Gara Tindakan Nekad Bekas Kekasihnya 9 Gambar Dan Video

papar berkaitan - pada 23/9/2025 - jumlah : 602 hits
Penjawat awam ini dipecat dan malu gara gara tindakan nekad bekas kekasihnya 9 Gambar dan Video Kerana menolak lamaran bekas kekasihnya penjawat awam ini telah menanggung malu dek kerana tindakan bekas kekasihnya yang sengaja menyebarkan ga...
Lelaki Kaya Ada 5 Ijazah Sarjana Nekad Jadi Gelandangan Demi Bahagia

Lelaki Kaya Ada 5 Ijazah Sarjana Nekad Jadi Gelandangan Demi Bahagia

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 75 hits
Lelaki Kaya Ada 5 Ijazah Sarjana Nekad Jadi Gelandangan Demi Bahagia Seorang lelaki muda dari China telah mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan gaya hidup elit untuk hidup sebagai gelandangan dengan hanya berbelanja 100 yuan South Ch...
Kanak Kanak Lelaki Sembilan Tahun Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Di Sekolah

Kanak Kanak Lelaki Sembilan Tahun Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Di Sekolah

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 442 hits
Kanak Kanak Lelaki Sembilan Tahun Maut Terjatuh Dalam Lubang Kumbahan Di Sekolah NILAI 27 Sept Seorang kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sebuah sekolah di sini pada pagi t...
Tanda Sokongan Alha Alfa Sumbang Rm46 000 Nekad Gegarkan Gelombang Kedua Misi Gsf

Tanda Sokongan Alha Alfa Sumbang Rm46 000 Nekad Gegarkan Gelombang Kedua Misi Gsf

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 100 hits
Usahawan dan jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa tampil menghulurkan sumbangan bagi menyokong misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla selepas menerima panggilan daripada aktivis kemanusiaan Nadir Al Nuri Menurut Alha dana tersebut diperlukan ...
Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

Lecithin E Amway Panduan Lengkap Manfaat Cara Penggunaan Dan Kelebihan Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 2644 hits
Bagi mereka yang menjaga kesihatan dan ingin mengekalkan tenaga harian lecithin e amway menjadi pilihan popular di Malaysia Produk ini terkenal dengan fungsi untuk mengekalkan tahap kolesterol normal menyokong kesihatan jantung dan meningka...
Ft Mufti Warns Against Comparing Greta Thunberg To Prophet Muhammad Calls It Disrespectful

Ft Mufti Warns Against Comparing Greta Thunberg To Prophet Muhammad Calls It Disrespectful

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 74 hits
Swedish environmental activist Greta Thunberg s autism had been compared to the personality of Prophet Muhammad sparking heated debate online AFP picKUALA LUMPUR Oct 5 Muslims have been urged to exercise caution in their speech and avoid st...
Gsf Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan

Gsf Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan

papar berkaitan - pada 3/10/2025 - jumlah : 88 hits
GSF Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan KUALA NERUS 3 Okt Ma kalau jadi apa apa misalnya kena tangkap Ma janganlah debor itulah pesan Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecil kepada ibunya kira kira ...
Sajian Berpantang Juadah Majlis Cukur Jambul

Aweroad 1 Perjalanan Ke Tempat Kerja Ii Honda Wave 110a

Pggold88 20 September Pggold88 500wallet Kyc Top 84 By Nathaniel

Hiburan Greta Thunberg Diheret Dengan Rambut Dipukul Amp Dipaksa Cium Bendera Isra L Dilayan Seperti Haiwan

Onesiamclub 24 July Onesiamclub Top 47 By Floy

Malaysians Wonder If Selangor S Planned Heroic Homecoming For Gsf Volunteers Is Justified

Doa Malam 5 Okt 2025

Alhamdulillah Zizi Kirana Kembali Aktif Di Media Sosial Kongsi Video Ketibaan Peserta Flotilla Di Istanbul


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Quick Healthy Vegan Apple Crisp Recipe

T25j06 Tangki Radiator Proton Persona Kering

Dalam Mengejar Kebebasan Jangan Hilang Kestabilan

Keindahan Keunikan Iskandar Polo Club Ipoh

Lirik Lagu Saidina Abu Bakar Omar Hana

8 Ide Outfit Ala Zhao Lusi Di Love S Ambition Ini Jadi Inspirasi Fashion Kekinian