Gsf Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan


GSF: Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan
KUALA NERUS, 3 Okt (Bernama) — “Ma kalau jadi apa-apa misalnya kena tangkap, Ma janganlah ‘debor’ (susah hati),” itulah pesan Ustaz Muhammad Abdullah atau lebih dikenali sebagai Ustaz Mad Kecil kepada ibunya, kira-kira 30 minit sebelum ditahan tentera Israel petang semalam.
Ibunya, Noor Aini Mamat, 66, berkata anak keempat berusia 32 tahun itu sempat membuat panggilan video kira-kira 3.30 petang yang menyatakan kemungkinan akan ditahan seperti peserta lain dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
“Semasa dipanggil untuk menyertai misi ini pun dia beritahu makcik sekiranya ditakdirkan dia meninggal dunia makcik perlu reda dan kami akan bertemu semula di Padang Mahsyar nanti,” katanya kepada Bernama di Lapangan Terbang Sultan Mahmud di sini hari ini.
Noor Aini bersama tiga ahli keluarga bertolak ke Kuala Lumpur pagi tadi bagi mengikuti situasi semasa mengenai Muhammad yang sebelum ini belayar bersama kapal Fair Lady dan peserta misi GSF yang lain.
Dalam pada itu, warga emas itu berkata dia pernah menyuarakan hasrat untuk turut serta dalam misi kemanusiaan GSF namun tidak dibenarkan oleh Muhammad kerana bimbang mereka tidak dapat belayar dalam kapal yang sama.
“Makcik beritahu dia kalau boleh nak ikut juga sebab ingin membantu saudara di Gaza tetapi Muhammad tidak benarkan kerana bimbang kami akan terpisah kapal,” katanya yang hilang selera makan sejak mengetahui anaknya itu ditahan.
Noor Aini berharap Muhammad tidak diapa-apakan dan anaknya dapat segera pulang ke Terengganu dengan selamat, serta kembali menguruskan madrasah yang diusahakannya di Kampung Dura di Hulu Terengganu.
Walaupun bertubuh kecil, Muhammad memiliki jiwa yang besar dengan menyertai pelbagai misi kemanusiaan termasuk ke Syria, Kemboja dan Sabah.
“Dia memang gemar bantu orang susah tidak kira di Malaysia atau luar negara. Dia akan bawa pelbagai makanan dan keperluan yang dibelinya di sini (Terengganu). Cumanya dia beritahu misi kali ini (GSF) lain daripada sebelum ini tetapi dia tetap bersemangat untuk pergi,” katanya.
Misi GSF yang disertai lebih 500 aktivis dari 44 negara, termasuk Malaysia belayar menuju Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel dengan membawa bekalan penting untuk penduduk Palestin yang terjejas.
Kementerian Luar mengesahkan bahawa kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF telah ditahan Israel dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.
Sumber: BERNAMA
The post GSF: Ustaz Muhammad Sempat Hubungi Ibu Sebelum Ditahan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/03/gsf-ustaz-muhammad-sempat-hubungi-ibu-sebelum-ditahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Tular Rakaman Proses Ketika Aktivis Gsf Yang Ditahan Isra L Dipindahkan Ke Penjara

Hiburan Tular Rakaman Proses Ketika Aktivis Gsf Yang Ditahan Isra L Dipindahkan Ke Penjara

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 175 hits
Video memaparkan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dipindahkan dari tempat penahanan ke penjara telah dikongsikan oleh Ahmad Alqurna News beberapa jam yang lalu Menerusi itu tentera Israel dilihat mengawal ketat dan menjalankan...
Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

Gsf Ditahan Tentera Isr El 12 Sukarelawan Malaysia Dilaporkan Selamat

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 156 hits
Melalui laporan Harian Metro Pusat Kawalan Sumud Flotilla Nusantara melaporkan 12 sukarelawan daripada Malaysia yang ditahan oleh tentera Israel berada dalam keadaan selamat var currentUrlTwo window location hostname window location pa
Aktivis Gsf Ditahan Isre L Semua Masjid Amp Surau Diarahkan Buat Solat Hajat Amp Qunut Nazilah Menteri Agama

Aktivis Gsf Ditahan Isre L Semua Masjid Amp Surau Diarahkan Buat Solat Hajat Amp Qunut Nazilah Menteri Agama

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 176 hits
Susulan penahanan sukarelawan dan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengarahkan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah Kata Datuk Dr Mohd Na 8217 im Mokhtar semua masjid dan surau d
Selamat Tiba Di Turki Aktivis Gsf Dedah Detik Hitam Ditahan Israel

Selamat Tiba Di Turki Aktivis Gsf Dedah Detik Hitam Ditahan Israel

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 147 hits
Selamat Tiba Di Turki Aktivis GSF Dedah Detik Hitam Ditahan Israel Sekumpulan aktivis antarabangsa yang tiba di Istanbul selepas dideportasi dari Israel mendakwa mereka diperlakukan dengan kasar selepas flotila bantuan Gaza yang mereka sert...
Ujian Saya Tentang Ardell Aryana Luluh Hati Dengar Berita Kaki Ibu Dipotong Ketika Pelayaran Gsf

Ujian Saya Tentang Ardell Aryana Luluh Hati Dengar Berita Kaki Ibu Dipotong Ketika Pelayaran Gsf

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 1495 hits
Dalam perjalanan menuju misi kemanusiaan genting ke Gaza pelakon dan aktivis Ardell Aryana tetap tabah menerima berita mengejutkan mengenai ibunya Sawiyah Abdullah yang perlu menjalani pembedahan memotong kedua dua kaki akibat komplikasi di...
Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

Hiburan Pelayaran Gsf Aktivis Malaysia Ditahan Tentera Israel Enam Kapal Dipintas

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 213 hits
Misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla menuju Gaza sekali lagi berdepan tindakan agresif apabila kapal kapal mereka dipintas tentera laut Israel di perairan antarabangsa awal pagi tadi 06 59 Pagi Seramai 13 rakyat Malaysia yang menyertai mi...
Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

Aktivis Gsf Ditahan Isra L Isteri Kongsi Pesanan Dr Taufiq Abang Tak Boleh Janji Akan Balik

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 196 hits
Isteri salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla Dr Taufiq Mohd Razif iaitu Dr Nabilah Mohd Rubani akui risau keadaan suaminya yang kini dibawah tahanan pihak berkuasa Israel Ya Allah aku serahkan suamiku kepada Mu Dia pe...
Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

Gsf Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat Kp Sncc

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 203 hits
GSF Semua Peserta Ditahan Termasuk Rakyat Malaysia Diyakini Selamat KP SNCC SEPANG 2 Okt Kesemua peserta misi Global Sumud Flotilla termasuk rakyat Malaysia yang ditahan tentera Israel diyakini berada dalam keadaan selamat Ketua Pengarah Su...
Gsf Pm Anwar Hubungi Rubio Pemimpin Dunia Campur Tangan Bebaskan Aktivis

Gsf Pm Anwar Hubungi Rubio Pemimpin Dunia Campur Tangan Bebaskan Aktivis

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 143 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video ucapan secara langsung menerus laman sosial Facebook beliau berhubung perkembangan terkini misi kemanusiaan GSF pada 2 Oktober 2025 KUALA LUMPUR 2 Okt Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan...
Scoot Touches Down In Kota Bharu Malaysia

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Azmin Trade Deal May Force Malaysia To Side With Us Against China

Saifuddin Digugur Ketua Pn Pahang

Why The First 72 Hours After A Stroke Are Crucial For Recovery And Saving Lives

Tenant From Hell Landlord Horrified After Discovering Rental Unit Turned Into Garbage Dump

Faith Filth And Fury Netizens React Towards The Viral Dung Flinging Festival In India

If Samy Subra Pathma Pandithan Had Unified Their Strengths Mic Could Be An Indomitable Force Today


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buah Nanas Santapan Tupai Dan Anjing Realiti Di Kebun

Jauhnya Kembara Rezeki Ini Merentas Benua

Yummy Irish Beef Stew Recipe Instant Pot

Family Life Protection Plan Malaysia Secure Your Loved Ones Future

Mak Perlu Recharge Aktiviti Ringkas Untuk Tenangkan Jiwa

Bagaikan Aur