Ketepikan Ego Untuk Jadi Pemimpin Baik Dr Mahathir



Pemimpin yang baik akan mengenepikan ego dan berusaha membetulkan kesalahan sekiranya ia dapat memberikan manfaat kepada mereka yang dipimpinnya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata ego cenderung untuk menjadikan seseorang itu tidak dapat melihat kesalahannya, atau enggan mengakuinya, sekaligus menyebabkan dia tidak dapat membetulkan kesalahannya.


Loading... “Satu nilai yang seharusnya diketepikan ialah ego. Sesetengah orang berpendapat ego boleh menjadi sesuatu yang positif, kerana ia akan menjadikan anda lebih kompetetif.

“Bagi saya itu seharusnya lebih kepada azam. Ego adalah berkenaan diri sendiri, bukan mereka yang anda pimpin,” katanya semasa berucap di majlis dialog terbuka dengan belia “Youth Ask, Tun Answers” di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Beliau seterusnya menggariskan dua daripada nilai dan kualiti penting yang harus dimiliki seseorang untuk menjadikannya seorang pemimpin yang baik; yakni integriti dan kejujuran.

Sekiranya seseorang pemimpin tidak mempunyai nilai-nilai ini, ia akan mengakibatkan orang ramai dipimpin oleh seorang yang korup dan tidak boleh dipercayai.

"Nilai kedua kerja keras, dan junjung tinggi maruah dalam kerja anda. Nilai-nilai ini menjadikan anda seorang yang berintegriti dan ikhlas,” tambahnya.

Dr Mahathir berkata seorang pemimpin yang baik juga harus menghayati pembelajaran sepanjang hayat kerana ilmu pengetahuan tidak terbatas dan tidak pernah statik.

“Semakin banyak anda membaca, semakin anda sedar bahawa banyak lagi yang perlu dibaca, dan perlu belajar,” katanya.

Berhubung pembangunan belia, katanya pemimpin semasa menghadapi pelbagai cabaran untuk mengetahui apa yang akan menjadi dasar dan program terbaik yang akan menyediakan belia untuk menahadapi masa hadapan.

Dr Mahathir berkata terdapat keseimbangan yang rumit dalam menyediakan dasar-dasar dan program-program khusus buat belia, kerana orang dewasa mungkin merasakan mereka tahu apa yang terbaik untuk kaum belia.

Bagaimanapun menurutnya sekiranya kaum belia tidak memberikan maklum balas atau merasakan program-program ini tidak sesuai dengan mereka, akhirnya program ini akan menjadi satu kegagalan, malah boleh menjadi tidak produktif.

Beliau berkata kerajaan mengambil langkah berani apabila memutuskan untuk melantik seorang yang sangat muda menjadi Menteri Belia dan Sukan, yang merujuk kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang terhadap isu pengalamannya yang tidak begitu luas.
"Kami percaya di mana beliau kekurangan dari segi pengalaman, beliau akan berusaha mengatasinya dengan semangat, idealisme dan keazaman, dan kita ada ‘orang tua’ yang mencukupi dalam kabinet yang beliau boleh rujuk.

“Diharapkan dia akan maju dengan baik, dan deapat menimba pengalaman berharga dalam kepimpinan, dan diharapkan dia dapat mewarisinya kepada belia selepas beliau nanti,” kata Dr Mahathir. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/ketepikan-ego-untuk-jadi-pemimpin-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Kafir Adil Lebih Baik Dari Pemimpin Muslim Zalim

Pemimpin Kafir Adil Lebih Baik Dari Pemimpin Muslim Zalim

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 859 hits
Sebagian orang mengatakan demikian untuk membenarkan mengangkat orang kafir sebagai pemimpin Sebagian mengklaim ini perkataan Ibnu Taimiyyah padahal hal itu tidak benar Sebagian lagi menisbatkan perkataan ini pada Ali bin Abi Thalib radhial...
Tun Mahathir Akui Anwar Pemimpin Berkualiti

Tun Mahathir Akui Anwar Pemimpin Berkualiti

papar berkaitan - pada 8/4/2019 - jumlah : 1006 hits
PERDANA Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kualiti yang diperlukan untuk memimpin Pakatan Harapan lapor Berita Harian Menurutnya bekas Timbalan Perdana Menteri itu berpengalaman luas termasu...
Usai Diperiksa Bawaslu Akp Sulman Aziz Doakan Pemilu Hasilkan Pemimpin Lebih Baik

Usai Diperiksa Bawaslu Akp Sulman Aziz Doakan Pemilu Hasilkan Pemimpin Lebih Baik

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 386 hits
Dalam wawancaranya dengan wartawan Sulman meminta masyarakat untuk mendoakan pesta demokrasi Pemilu 2019 berjalan aman dan damai
Ajak Jangan Golput Mahfud Md Kasih Tips Memilih Pemimpin Yang Baik

Ajak Jangan Golput Mahfud Md Kasih Tips Memilih Pemimpin Yang Baik

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 438 hits
Jangan sampai Golput pemilu milih presiden dan anggota dewan perwakilan bukan memilih pemimpin sangat baik tapi memilih pemimpin orang yang lebih baik daripada orang tidak baik Presiden mana yang kita butuhkan saudara saudara pilih sendiri ...
Mahathir Seorang Pemimpin Lemah Dap

Mahathir Seorang Pemimpin Lemah Dap

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 395 hits
Ahli Parlimen Klang Charles Santiago hari ini membidas langkah kerajaan menarik diri daripada Statut Rom mengatakan ia menghantar mesej yang salah kepada pengundi pelabur dan anggota Asean Santiago yang mempengerusikan kumpulan ahli ahli Pa...
Parti Yang Menang Tentukan Siapa Mb Bukan Pihak Istana Mahathir

Parti Yang Menang Tentukan Siapa Mb Bukan Pihak Istana Mahathir

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 325 hits
Dr M Parti yang menang tentukan MB Johor Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menegaskan partinya mempunyai hak untuk menentukan calon menteri besar Johor dan bukannya pihak istana Ini selepas Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahi...
Tindakkan Mahathir Melampaui Batas Sebagai Rakyat Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

Tindakkan Mahathir Melampaui Batas Sebagai Rakyat Najibrazak Zahid Hamidi Tunfaisal

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 589 hits
Perbalahan diantara Mahathir selaku Perdana Menteri dengan pihak Istana Johor nampaknya makin keruh tambahan pula dua hari lepas Menteri Besar Johor meletakkan jawatan atas desakan pihak Istana Johor sendiri Walau apa pun perbalahan ini nam...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025