Ketegasan Hansen Pikat Hati Sharifah Sakinah



Sikap 'gila-gila' dan 'sekepala' menjadikan perhubungan cinta Sharifah Sakinah, 32, dan jejaka Sweden, Michael Hansen, 42, kian mekar.
Sakinah dan tunangnya, Hansen dilihat bagaikan 'magnet' dalam memupuk perhubungan cinta, sejak awal lagi. Foto mesra yang dimuat naik dalam laman Instagram (IG) menggambarkan hati sedang berbunga cinta.
Mereka juga tidak begitu lama mencari titik keserasian, sekali gus memutuskan untuk mengakhiri perhubungan dengan fasa perkahwinan, tahun ini. Mereka mengikat tali pertunangan, penghujung tahun lalu.
Sakinah menyifatkan bakal suaminya itu amat menyenangkan dan matang dalam melayari perhubungan.
"Pusat gimnasium menemukan kami. Saya dan Hansen suka bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
"Hansen boleh menangani kenakalan dan perangai gila-gila saya. Saya pula menghidap Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan disleksia tahap ringan.
"Bukan mudah mengawal kepala gila-gila saya, tetapi Hansen mampu melakukannya. Saya melihat Hansen juga berperangai 'masuk air' seperti saya. Hinggakan kakak, Sharifah Shahira pun boleh melayan kerenahnya.
"Namun, di sebalik perangai gila-gila, Hansen seorang yang tegas. Paling penting, memiliki sikap kebapaan dan matang. Mungkin disebabkan Hansen juga bapa kepada dua cahaya mata, jadi sikap tanggungjawab dan mementingkan keluarga ada dalam dirinya," katanya kepada BH Online.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka dan Aku Yang Kau Gelar Isteri itu berkata, tidak timbul mengenainya memilih lelaki asing sebagai pasangan hidup.
"Tak kiralah berkahwin dengan lelaki Melayu atau apa-apa bangsa sekali pun, pada akhirnya ia berbalik kepada keserasian dan kebahagiaan apabila bersama orang disayangi.
"Mungkin perkenalan kami agak singkat, tetapi saya percaya soal keserasian lebih utama," katanya.
Sakinah berkata, dia belum dapat memberi kata putus mengenai tarikh perkahwinan yang bakal dilangsungkan.
Katanya, mengikut perancangan, majlis akan berlangsung pada 28 Mei depan sempena ulang tahun. Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama.
Namun, katanya, segala-galanya bergantung kepada perkembangan semasa situasi pandemik COVID-19.
"Berkahwin bukan sahaja penyatuan dua hati, tetapi membabitkan dua keluarga. Saya dan Hansen tidak mahu majlis sekadar berlangsung secara virtual.
"Jika boleh, kami mahu ahli keluarga dapat menyaksikan dan meraikan hari bahagia kami. Tetapi, sekarang hanya majlis skala kecil sahaja dibenarkan ketika pandemik COVID-19.
"Biarpun ini perkahwinan kedua, tetapi ia tetap bermakna buat saya dan Hansen. Kami mahu keluarga dan teman rapat dapat menyaksikan penyatuan dua hati ini," katanya.
Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata, majlis yang dirancang serba ringkas, tetapi memahat memori indah.
"Saya berkahwin dengan jejaka Sweden, jadi Hansen mahu anak-anak dan keluarganya hadir pada majlis perkahwinan kami.
"Bagaimanapun, tarikh nikah dan lokasi perkahwinan masih belum dapat dipastikan. Ia juga bergantung kepada pintu sempadan dibuka. Besar harapan keluarga Hansen datang ke sini meraikan majlis bersejarah kami.
"Jika tidak, nampak gayanya, saya dan keluarga perlu terbang ke Sweden. Apa juga kebarangkalian, banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dalam membuat setiap keputusan. Ini termasuklah kena melalui proses kuarantin dan mengambil suntikan vaksin," katanya.
Mengenai kerjaya lakonannya, Sakinah dipuji dan dikecam apabila membawa watak Laila dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua.
Drama menghiasi slot Samarinda TV3 itu turut dibintangi Datuk Adi Putra, Lana Nodin, Nadia Brian, Kuza, Atiq Azman, Jasper Supayah, Zaki Azeman dan ramai lagi. Ia turut boleh ditonton menerusi TV3 dan platform iQIYI.
"Naskhah ini sangat mengujakan saya. Ia berpaksikan seram, cinta dan ilmu hitam. Cuma, ada beberapa peratus babak dalam drama tidak lepas untuk tontonan selepas ditapis Lembaga Penapisan Filem (LPF).
"Saya memang kecewa sebab usaha tanpa kira penat mahu menghidupkan jalan cerita kena 'sailang'. Bagaimanapun, saya tetap puas kerana watak Laila mengundang kebencian ramai.
"Tidak kurang juga memuji, hingga drama diperkatakan ramai. Ia adalah kejayaan kerja satu pasukan, bukan hanya saya sahaja," katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/03/ketegasan-hansen-pikat-hati-sharifah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sakinah Tunang Gaya Barat Tengah Urus Hal Michael Peluk Islam Sharifah Shahirah

Hiburan Sakinah Tunang Gaya Barat Tengah Urus Hal Michael Peluk Islam Sharifah Shahirah

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 732 hits
Kakak kepada Sharifah Sakinah Sharifah Shahirah telah mengesahkan berita mengenai adiknya yang telah pun bertunang dengan kekasih hati Michael Hansen yang berasal daripada Sweden Sumber Instagram Sharifah Sakinah Menurut Sharifah Shahirah a...
Rancang Nikah Mei Sharifah Sakinah Mahu Lihat Keadaan Covid 19 Dahulu

Rancang Nikah Mei Sharifah Sakinah Mahu Lihat Keadaan Covid 19 Dahulu

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 2088 hits
Menggembirakan apabila pelakon Sharifah Sakinah mengesahkan bahawa dia sudah pun bertunang dengan kekasih berasal daripada Sweden iaitu Michael Hansen BACA Sharifah Sakinah Dah Bertunang Rancang Nikah Serba Ringkas var currentUrlTwo window ...
Hiburan Done Tegur I M Sorry Jawapan Balas Sharifah Sakinah Kepada Pu Syed

Hiburan Done Tegur I M Sorry Jawapan Balas Sharifah Sakinah Kepada Pu Syed

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 382 hits
Pendakwah bebas Pencetus Ummah Syed Mohd Bakri menerusi laman Instagram membuat teguran terbuka kepada pelakon Sharifah Sakinah Difahamkan sebelum ini PU Syed ada menghantar pesanan di ruangan mesej peribadi namun tidak dibalas pelakon ters...
Kerap Belanja Aksi Mencolok Mata Pelakon Sharifah Sakinah Ditegur Pu Syed

Kerap Belanja Aksi Mencolok Mata Pelakon Sharifah Sakinah Ditegur Pu Syed

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 467 hits
Sering memuat naik aksi mencolok mata dalam media sosial pelakon Sharifah Sakinah ditegur Pencetus Ummah Syed agar lebih menjaga adab dalam berpakaian PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Al Yahya menerusi surat terbuka kepada Sakin...
Penampilan Dibandingkan Dengan Kakak Berniqab Sharifah Sakinah Sekolahkan Netizen

Penampilan Dibandingkan Dengan Kakak Berniqab Sharifah Sakinah Sekolahkan Netizen

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 533 hits
Nama pelakon Sharifah Sakinah tidak asing lagi dengan kecaman serta kontroversi yang melanda hidupnya sejak mula berkecimpung dalam bidang lakonan Berikutan itu dia memberitahu sering menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen ter...
Hiburan Sharifah Sakinah Dah Bertunang Rancang Nikah Serba Ringkas

Hiburan Sharifah Sakinah Dah Bertunang Rancang Nikah Serba Ringkas

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 584 hits
Hubungan percintaan Sharifah Sakinah dan jejaka mat saleh Michael Hansen bukan lagi satu rahsia apabila mereka dilihat kerap memuat naik foto di laman sosial masing masing Sharifah Sakinah menerusi sebuah program hiburan sebelum ini turut m...
Hiburan Ingat Lawak Ke Bersenam Dalam Telekung Sharifah Sakinah Dikritik Lagi

Hiburan Ingat Lawak Ke Bersenam Dalam Telekung Sharifah Sakinah Dikritik Lagi

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 477 hits
Sebagai seorang selebriti setiap tingkah laku semestinya menjadi perhatian orang ramai Tambahan lagi selebriti sinonim dengan jumlah pengikut yang ramai di media sosial Apa yang dirasakan keterlaluan pasti menerima teguran ke arah yang lebi...
Penat Je Berlakon Lepas Itu Kena Delete Sharifah Sakinah

Penat Je Berlakon Lepas Itu Kena Delete Sharifah Sakinah

papar berkaitan - pada 26/2/2021 - jumlah : 449 hits
Slot Samarinda TV3 drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan sutradara Shuhaimi Lua telah ke udara menampilkan plot cerita yang sangat menarik iaitu isu pemakaian susuk Namun begitu beberapa adegan dalam drama tersebut dipercayai sudah dipoton...
Kenapa Nak Saman Dikecam Gara Gara Isu 2 Tahun Lepas Sharifah Sakinah Maafkan Penyebar Video

Kenapa Nak Saman Dikecam Gara Gara Isu 2 Tahun Lepas Sharifah Sakinah Maafkan Penyebar Video

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 390 hits
Beberapa hari lepas nama Sharifah Sakinah dan Janna Nick trending di Twitter gara gara sebuah video yang dikaitkan dengan pemergian bintang kpop Jong hyun Difahamkan isu mula timbul apabila seorang individu memuat naik kembali video lama te...
Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Edisi Terhad Asean25 Dan Dosm75

Holiday Gift Guide For Teachers Cute Teacher T Shirts Christmas Shirts Cozy Sweatshirts

Kulit Kaki Gatal Ingatkan Salah Hormon Rupanya

Tiada Pengurus Peribadi Rosyam Nor Selesa Kerja Sendiri

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ideas Beef Recipe Italian

Mapa Lyrics Sb19 Aruma

Makan Tengah Hari Di Laparoti Port Lepak Tepi Sungai

Lyodra Teganya Kau Chord

Iman Troye Khianati Chord

Cerita Di Sebalik Lagu Qyiam