Ketahui Sering Terlelap Ketika Memandu Ambil Tahu Punca Microsleep Elak Tidur Yang Bawa Maut


 




KEMALANGAN jalan raya yang berpunca daripada 'microsleep' sering dilaporkan.
Walaupun situasi itu hanya berlaku dalam tempoh kurang 30 saat, namun kesannya adalah sangat besar termasuk mengakibatkan kematian.
Mungkin ramai biasa mendengar perkataan microsleep, namun adakah anda tahu bagaimana ia terjadi dan siapa yang boleh 'menghidapnya'?
Untuk pengetahuan, microsleep merupakan tidur singkat yang tidak dapat dikawal dan sering kali berlaku dalam tempoh masa antara satu hingga 30 saat ketika memandu namun ada juga kes yang terjadi di mana seseorang itu tertidur tanpa sedar ketika melakukan aktiviti lain seperti mengendalikan mesin peralatan yang membahayakan.
Difahamkan, ia terjadi disebabkan pola tidur yang tidak menentu, kepenatan yang keterlaluan mahupun kerana sistem saraf badan yang tidak berfungsi secara normal.
Justeru apakah langkah terbaik yang harus dilakukan bagi mengelak berlakunya microsleep?
Menurut Pakar Neurologi Dr Lim Poh Hin, punca terjadinya insiden tidur singkat itu adalah kerana seseorang individu itu tidak mendapat tidur yang berkualiti dan mencukupi.
Tidur adalah komponen penting, tetapi malangnya ia sering diabaikan.
Mendapatkan waktu tidur yang mencukupi juga boleh membantu mencegah penambahan berat badan berlebihan, penyakit jantung dan penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.
Seseorang individu boleh mengikut panduan jumlah waktu tidur mengikut usia berikut:
Bayi
4 - 12 bulan: 12 hingga 16 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang
Kanak–kanak
1 - 2 tahun: 11 hingga 14 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang
3 - 5 tahun: 10 hingga 13 jam setiap 24 jam, termasuk tidur siang
6 - 12 tahun: 9 hingga 12 jam setiap 24 jam
Remaja
13 - 18 tahun: 8 hingga 10 jam setiap 24 jam
Dewasa
7 jam atau lebih setiap malam
Hutang' tidur punca microsleep terjadi
Jika sering kekurangan waktu tidur, otak akan 'menuntut hutang' tidur pada waktu-waktu yang lain sepanjang hari dan ia puncanya terjadi microsleep.
Bagaimanapun, bukan semua yang mendapatkan waktu tidur mencukupi tidak akan mengalami microsleep.
Ia berikutan, seseorang yang berjaya memenuhi keperluan tidurnya berkemungkinan tidak memperoleh tidur yang berkualiti disebabkan 'sleep apnea' yang dialami.
Sesetengah individu akan merasakan dirinya mendapat tidur yang mencukupi, tetapi sebenarnya dia telahpun terjaga beberapa puluh atau beberapa ratus kali pada waktu malam disebabkan oleh pernafasan yang tidak betul.
Ketika tidur, pangkalan otak akan membantu kita bernafas dengan automatik. Tetapi bagi sesetengah individu, mereka akan mengalami 'obstructive sleep apnea' iaitu ketika lidah terjatuh ke belakang lalu menutup ruang pernafasan menyebabkan kadar oksigen menurun dan karbon dioksida menaik.
Ketika ia berlaku, otak akan memberi isyarat kepada untuk mengejutkan anda daripada tidur supaya boleh bernafas dengan betul.
Komobiditi serius boleh berlaku
Sleep apnea juga boleh mencetuskan komobiditi yang serius seperti strok, kencing manis, penyakit jantung.
Selain itu, antara keadaan lain yang berlaku akibat tidak cukup tidur adalah seseorang individu berkemungkinan menghidap 'absence seizure' iaitu sawan yang singkat dan tiba-tiba. Ia lebih cenderung berlaku kepada kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Seseorang yang mengalami absence seizure mungkin kelihatan seperti dia merenung kosong ke angkasa selama beberapa saat dan kembali normal dalam beberapa saat.
Bagi seseorang yang ingin mengetahui sama ada mengalami sleep apnea, dia akan dipasangkan sebuah alat pengesan seperti polysonography pada badan bersama EEG (electroencephalogram), ECG (electrocardiogram) dan oksigen.
Setelah itu, individu tersebut akan diperhatikan di bawah jagaan pakar sepanjang malam kerana tujuan pemasangan alat itu adalah untuk pola tidur termasuklah waktu tidur dan waktu terjaga.
Jika keputusan menunjukkan penurunan paras oksigen, individu tersebut mungkin mengalami sleep apnea. Namun, jika keputusan polysonogram ini menunjukkan tanda-tanda 'absence seizure', ini bermaksud gangguan tidur adalah tidak disebabkan sleep apnea.
Terdapat juga individu yang mengalami keadaan di mana mereka sentiasa ingin tidur, yang dinamakan Narkolepsi iaitu keadaan otak jangka panjang yang jarang berlaku hingga menyebabkan seseorang tiba-tiba tertidur pada waktu yang tidak sesuai.
Mereka ini perlu mendapatkan perskripsi doktor untuk mengambil ubat modafinil.
Kredit : Mstar
Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2022/06/ketahui-sering-terlelap-ketika-memandu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enggan Ketepikan Kereta Ketika Jalan Sesak Jadi Punca 2 Lelaki Bergaduh

Enggan Ketepikan Kereta Ketika Jalan Sesak Jadi Punca 2 Lelaki Bergaduh

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 282 hits
SHAH ALAM Gara gara enggan mengetepikan kereta ketika jalan sesak mencetus pergaduhan antara seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta di Persiaran Kerjaya Glenmarie Seksyen U1 di sini kelmarin Kejadian berlaku kira kira pukul 7 15 pe...
Remaja Maut Selepas Lompat Depan Lori Yang Sedang Bergerak Laju Ketika Melakukan Challenge Malaikat Maut

Remaja Maut Selepas Lompat Depan Lori Yang Sedang Bergerak Laju Ketika Melakukan Challenge Malaikat Maut

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 393 hits
The ReporterKegilaan melakukan cabaran berbahaya di media sosial seperti melompat di hadapan lori yang sedang bergerak laju boleh menyebabkan pelakunya hilang nyawa Aktiviti berbahaya itu dikenali sebagai Cabaran Malaikat Maut dilaporkan se...
Ibu Pilu Anak Maut Kemalangan Ketika Sibuk Masak Jamuan Hari Jadi

Ibu Pilu Anak Maut Kemalangan Ketika Sibuk Masak Jamuan Hari Jadi

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 218 hits
Seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan maut selepas terbabit kemalangan jalan raya semasa keluar membeli kek bagi persiapan majlis sambutan hari lahirnya sendiri baru baru ini Memetik perkongsian dari laman Facebook Pertubuhan Kebajikan...
2 Maut Ketika Kerja Selenggara Di Stadium Sultan Ibrahim

2 Maut Ketika Kerja Selenggara Di Stadium Sultan Ibrahim

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 200 hits
Kes pekerja jatuh di Stadium Sultan Ibrahim itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih dijalankan kata Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat PETALING JAYA Dua pekerja syarikat pembersihan profesional maut apabila...
Menurut Pakar Ini Punca Mengapa Trafik Semakin Teruk Di Seluruh Negara Ketika Ini

Menurut Pakar Ini Punca Mengapa Trafik Semakin Teruk Di Seluruh Negara Ketika Ini

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 159 hits
Isu kesesakan trafik semakin menjadi perhatian di seluruh negara mutakhir ini Pelbagai punca dinyatakan seperti jalan raya yang sempit pengguna kurang menggunakan pengangkutan awam dan pembinaan pembinaan yang menambah buruk kesesakan jalan...
Dia Lebih Rapat Dengan Saya Berbanding Haris Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja

Dia Lebih Rapat Dengan Saya Berbanding Haris Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 310 hits
Menerusi temubual eksklusif bersama Nona pengacara dan usahawan Noor Neelofa memberitahu dia mungkin akan membawa anaknya Bilal ke tempat kerja Menurut Neelofa anaknya Bilal berada dalam keadaan yang sihat dan sedang dijaga oleh pembantu ru...
Saya Anak Kampung Lasak Mahu Anak Nikmati Alam Tok Ti Bawa Ke Taman Klcc

Saya Anak Kampung Lasak Mahu Anak Nikmati Alam Tok Ti Bawa Ke Taman Klcc

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 128 hits
Jika nak dibandingkan zaman kita dulu dengan zaman anak anak sekarang jauh sangat berbeza Dulu keluar main pagi balik petang pun ibu ayah tak risau Namun sekarang anak bermain depan rumah tanpa pengawasan pun ibu bapa dah bimbang apatah lag...
Denny Sumargo Sempat Berniat Sumbangkan Podcastnya Imbas Dari Dianggap Bawa Celaka

Denny Sumargo Sempat Berniat Sumbangkan Podcastnya Imbas Dari Dianggap Bawa Celaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 121 hits
Denny pun menyayangkan ulah akun tidak bertanggung jawab yang memotong videonya dan mengaitkan dengan musibah para tamunya
Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

Takde Duit Jangan Bawa Mak Bapak Makan Viral Peniaga Restoran 35 Maki Pelanggan Di Melaka

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 257 hits
Ini kedai saya saya punya pasal la saya nak ke tak nak jual demikian suara lantang dari pemilik kedai yang ditujukan kepada pelanggan dalam insiden yang dikatakan berlaku di Melaka nbsp Sebelum ini dikatakan kedai ini pernah tular dengan in...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching