Ketahui Kenapa Kereta Tak Boleh Start
Awal pagi nak pergi kerja, kereta tak boleh start pula. Hampir semua orang yang mempunyai kereta sendiri pernah menghadapi masalah ini kan? Masalah ini memang adalah satu mimpi ngeri terutama bagi pemandu yang nak ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah atau mempunyai urusan perniagaan.
Apakah punca kereta tak boleh start?
1. Bateri Kereta Kong /Lemah
Punca utama kenapa enjin kereta kita tak boleh hidup sebab bateri kong atau lemah. Jadi, bila enjin kereta anda tidak hidup disebabkan bateri kong kerana ia tidak dapat mengecas serta membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk hidupkan enjin.
Ada juga kemungkinan yang alternator anda bermasalah kerana sudah tidak mampu mengecas semula bateri anda ketika kereta sedang bergerak. Pastikan anda mendapat nasihat pakar untuk mengetahui punca sebenar.
Terdapat dua jenis bateri kereta, sel basah dan sel kering. Sel basah yang ada tempat isi air bateri pada bateri dan biasanya setiap 5,000 km servis tu periksa sekali air cukup atau tidak lagi-lagi kalau bateri dah 2-3 tahun ke atas haruslah kerap memeriksa air bateri. Manakala sel kering anda cuma perhatikan lampu amaran alert dengan tanda-tanda bateri nak kong.
Kereta era baru terdapat banyak peralatan elektronik didalam kereta seperti sensor, radio, screen lcd dan movie player maka tidak hairan bateri akan menunjukkan tanda bateri kong selepas 12 – 15 bulan penggunaan.
2. Gear pada ‘D’
Bunyi macam kelakar tapi memang ramai yang mengalami masalah kereta tak boleh start disebabkan Gear berada selain dari ‘P’. Please jangan gelabah dan tukar gear lever anda kepada ‘P’ dan semua akan kembali normal.
3. Starter Rosak
Fungsi starter adalah menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Starter yang rosak tidak akan mampu menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Sebab tu kereta tak boleh hidup. Antara tanda awal masalah ini ialah sewaktu anda nak crank kereta anda dia macam tiada bunyi. Waktu enjin tengah hidup dan kadang-kadang anda mungkin akan terdengar bunyi besi bergesel. Itu maknanya mungkin starter dah mula haus.
4. Spark Plug (Palam Pencucuh) Rosak
Petanda awal penyakit ini adalah anda akan rasa susah untuk start dan kereta anda akan semput atau time nak tekan minyak kereta macam semput-semput. Susah nak hidup lepas tu bunyi crank atau dah hidup semput-semput, tak pun lampu semua menyala cuma enjin tak hidup. Ini mungkin kerana palam pencucuh rosak jadi palam pencucuh ini dia lambat nak hasilkan percikan api. Kalau macam ni baik anda telefon mekanik untuk tukar spark plug baru. Biasanya kereta standard 4 silinder memang akan pakai 4 spark plug, so jangan buat2 terkejut. kang kena ketuk pulak dengan pomen. Kalau anda bawak kereta Toyota Aplhard yang V6 memang kena pakai 6 spark plug.
5. Penapis Minyak Tersumbat
Pergerakan enjin memerlukan hasil pembakaran minyak dan udara, jika minyak tidak sampai ke dalam enjin maka mekanisma pergerakan enjin tidak akan berlaku dan ini menjadi salah satu punca kereta anda tidak boleh hidup. Anda perlu melakukan pemeriksaan penapis minyak sewantu anda membuat pemeriksaan berkala kereta anda.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.buytyresellwheel.com.my/car-tips/ketahui-kenapa-kereta-tak-boleh-start/