Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia
Antara Kereta Paling Jimat Minyak Yang Boleh Di Beli Kat Malaysia | Nak beli kereta bukan semudah nak beli ikan kat pasar. Nak beli kereta ni kena tahu dulu apakah tujuan dan kegunaan kereta tersebut. Berapa ramai juga yang akan jadi penumpangnya nanti? Jangan nanti dah beli baru rasa menyesal sebabnya tak boleh nak guna sebagaimana yang diharapkan.
Saya sendiri masa mula nak beli kereta dulu, saya check habis macam-macam perkara. Kalau nak kata saya ni cerewet sekalipun katalah janji saya dapat belanja duit cara puashati! Paling penting nak beli kereta ni jangan nak fikir apa orang lain kata. Lantak kalau jiran sebelah dan adik beradik punya kereta besar sekalipun, itu duit diaorang bukannya duit kita.
Antara kriteria penting untuk dinilai apabila membeli sebuah kereta ialah penjimatan minyak lebih-lebih lagi dalam situasi harga minyak tak menentu sekarang ni. Kereta paling jimat minyak turut menjadi satu kriteria utama sebab nanti saya tak nak hanya boleh beli tapi nak guna ke mana-mana trpaksa pula fikir ulang kali. Paling saya risau time nak balik kampung, masak weh! Kan tak pasal ada kereta baru bukan main tapi balik kampung naik bas. Kan dah jadi keja bodoh tu?
Bagi yang berhajat untuk beli kereta dalam masa terdekat ni saya nasihatkan tolonglah fikir masak-masak dulu sebelum beli. Buat perbandingan dengan bijak dan jangan terpedaya dengan design kereta semata-mata. Untuk perempuan plak, kalau tak arif bab enjin sila bawa mana-mana lelaki yang korang percaya dan reti bab kereta untuk berdiri kat sebelah sebagai si tukang penasihat.
Inilah Antara Jenis Kereta Paling Jimat Minyak Mengikut Pendapat Ramai
Tak nak cakap banyak jom tengok sama-sama senarai kereta kereta jimat minyak di Malaysia yang boleh kita pertimbangkan. Salah satu dari jenis kereta dalam senarai ini adalah kereta yang saya pakai sendiri dan memang betul ia adalah antara kereta paling jimat minyak yang pernah saya guna.
Model Kereta Dan Fuel ConsumptionProton Bezza 1.0 (Manual) 4.4 L/100 kmProton Bezza 1.0 (Auto) 4.7 L/100 kmPerodua Kancil 600 4.7 L/100 kmMitsubshi Attrage 1.2 4.8 L/100 kmPerodua Viva 660 4.8 L/100 kmPerodua Myvi 1.3 (Manual) 4.9 L/100 kmPerodua Kelisa 1.0 5.0 L/100 kmPerodua Myvi 1.3 (Auto) 5.0 L/100 kmFord Fiesta 1.0 Ecoboost (Auto) 5.3 L/100 kmProton Saga 1.3 (Manual) 5.4 L/100kmPerodua Kenari 5.5 L/100 kmVolkwagen Vento 1.2 TSI 5.5 L/100 kmHonda Jazz 1.5 (Auto) 5.6 L/100 kmProton Persona 1.6 (Manual) 5.6 L/100kmProton Saga 1.3 (CVT Auto) 5.7 L/100 kmProton Savvy 1.2 5.7 L/100kmForst Fiesta sport 1.5 (Auto) 5.8 L/100 kmKia Picanto 1.2 5.8 L/100 kmProton Persona 1.6 (Auto) 6.1 L/100kmNissan Almeera 1.5 (Manual) 6.3 L/100 kmVolkswagen Polo 1.6 6.3 L/100 kmVW Vento 1.6 6.5 L/100 kmToyota Vios 1.5 (Manual/Auto) 6.7 L/100 kmNissan Almeera 1.5 (Auto) 6.7 L/100 kmSuzuki Alto 1.0 (Auto) 6.7 L/100 kmMazda 2 (Auto) 6.7 L/100 kmProton Waja 1.6 (Manual) 7.3 L/100kmProton Waja 1.6 (Auto) 7.6 L/100km
9 MODEL KERETA JIMAT MINYAK TERATAS
Ini pula antara 9 jenis kereta paling jimat minyak di Malaysia yang boleh di beli dengan mudah. Soal harga saya tak nak sentuh kat sini. Nak tahu harga bab tu kena survey sendirilah ya. Apapun kalau betul nak beli kereta, saya sarankan cuba selidik dan intai-intai cadangan yang ada.
Kita boleh trend penghasilan kereta, jenama jenama kereta sekarang banyak tertumpu kepada teknologi menjimatkan minyak kereta. Dan untuk senarai ranking, nampaknya jenama Perodua dan Proton menggunguli senarai kereta jimat minyak di Malaysia untuk 10 ranking teratas.
#9 - PROTON IRIZ - 14.5 km / liter
#8 - VOLKSWAGEN POLO SEDAN - 15.4 km / liter
#7 - PEUGEOT 208 - 16 km / liter
#6 - MYVI 1.3 - 17 km / liter
#5 - HONDA CITY 016 - 17 km / liter
#4 - HYUNDAI i10 - 18.9 km / liter
#3 - MITSUBISHI ATTRAGE - 21 km / liter
#2 - MITSUBISHI MIRAGE - 21 km / liter
#1 - PERODUA AXIA - 21.6 km / liter
Senarai Ranking Kereta Jimat Minyak Terbaik di Malaysia berdasarkan jumlah kilometer yang boleh diperoleh mengikut jumlah pengisian minyak... Ada yang tertanya-tanya apakah kereta mpv paling jimat minyak, susah nak jawab sebab tak ada pengalaman memiliki SUV.
Apakah ada langkah yang boleh diambil untuk menjadikan kereta jimat minyak ke atas kereta sedia ada? . Hmmm rasanya kalau untuk ini mungkin boleh diamalkan sikap yang lebih baik untuk cara pemanduan dan juga tips yang sering disarankan ketika melakukan pengisian minyak ke kereta.
Kereta paling jimat minyak di Malaysia ini hanyalah sekadar cadangan bagi mereka yang ingin mendapatkan kereta yang lebih murah perbelanjaannya selepas di beli. Jika telah di beli jenis yang lain tak payahlah susah hati. Yang penting kereta idaman dah ada kat tangan so enjoy je. Kalau betul tengah pening kepala lepas dah beli, petua paling win korang beli je motor sebiji buat guna gi kerja! Kereta yang ada guna time hujung minggu sekali sekala bawa anak bini pergi jalan. Apa ada hal.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.abangrock.com/2019/07/antara-kereta-paling-jimat-minyak-yang-boleh-dibeli.html