Ketahui Bahaya Guna Botol Plastik Berulang Kali


Ramai daripada kita tidak pernah terfikir tentang keburukan mengulang guna botol plastik, terutamanya untuk menyimpan air kerana menganggap ia tidak berbahaya kepada kesihatan namun, anggapan itu sebenarnya salah kerana bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan plastik polikarbonat, Bisphenol A (BPA) larut ke dalam air dan boleh menimbulkan bahaya.


Pengkaji mengaitkan BPA dengan pelbagai masalah kesihatan termasuk penyakit berkaitan kesuburan lelaki dan wanita, meningkatkan risiko kanser berkaitan hormon seperti payudara dan prostat.

BPA juga bukanlah satu-satunya punca kepada masalah itu, sebaliknya kajian dilakukan di Frontiers in Chemistry mendapati, botol air daripada pelbagai negara mendapati 93 peratus daripadanya memiliki bahan plastik dikenali sebagai mikroplastik yang larut ke dalam air.

Bagaimanapun, ketika ini banyak syarikat pengeluar air dalam botol plastik telah memilih menggunakan bahan bebas BPA dan menggantikan dengan Bisphenol-S (BPS) atau Bisphenol-F (BPF).

Biasanya, pengilang akan memberi kenyataan pada label jika botol plastik yang digunakan bebas dari bahan BPA.

Pun begitu, kedua-dua bahan itu dianggap berbahaya kepada kesihatan manusia dan atas sebab itu juga, bekas plastik tidak digalakkan dimasukkan ke dalam microwave.

Dalam kajian lain dilakukan Treadmill Reviews, pengkaji turut menguji pelbagai jenis botol air yang digunakan kembali oleh atlet selama seminggu.

Hasil kajian itu mendapati, sebanyak 313,499 bakteria terbentuk dan jumlah tersebut adalah lebih banyak daripada kuman di mangkuk tandas.

Lebih mengerunkan, 60 peratus daripada kuman itu boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Fakta Bahaya Plastik

Ada tiga bahan asas dalam membuat plastik iaitu phthalate, bisphenol A (BPA) dan kadangkala dicampur juga bahan polybrominated diphenyl ethers (PBDEs).

Phthalate adalah bahan paling banyak digunakan dan berfungsi melembutkan plastik yang keras.

Kedua tertinggi adalah BPA sebagai bahan menjadikan plastik lebih keras, tahan lama dan menghalangnya daripada pudar.

Ketiga adalah PBDEs dan bahan ini menjadikan plastik kalis air yang banyak digunakan dalam penghasilan telefon bimbit dan barangan elektrik.

Bagaimanapun, wujud campuran beberapa bahan lain yang lebih bertoksik seperti pewarna dan pewangi dalam penghasilan plastik bagi meningkatkan kualiti barangan itu secara tidak langsung mendedahkan lagi risiko bahaya kepada manusia.

Plastik pada asasnya berbentuk polimer berantai panjang (seperti tasbih) dan apabila terlerai menjadi molekul kecil yang dipanggil monomer.

Apabila ia terurai maka terhasillah BPA dan phthalate dalam air atau tanah yang akhirnya masuk ke dalam tubuh manusia serta haiwan.

Apabila bahan ini (phthalate dan BPA) masuk ke dalam tubuh manusia ia akan tersimpan di dalam lemak dan boleh menyebabkan gangguan sistem badan terutama pada kanak-kanak.

Kandungan phthalate yang banyak dalam darah atau badan manusia boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.

Selain itu, kesan lain adalah gangguan terhadap organ pembiakan terutama kepada kanak-kanak termasuk kelewatan akil baligh.

Satu perkara amat penting untuk diketahui, bahan ini boleh mengganggu proses pembentukan janin dalam kandungan sekiranya ibu banyak terdedah kepada phthalate.

Ada beberapa kemungkinan lain yang boleh terjadi seperti kecacatan dan bayi akan mengalami gangguan organ pembiakan apabila dewasa kelak.

Ada laporan mengaitkan plastik dengan masalah kesihatan lain termasuk kanser. Bagaimanapun kajian itu menyebut kesan bahaya plastik kepada manusia hanya dapat dilihat selepas 40 tahun.

Oleh itu, kemungkinan besar peningkatan penyakit kanser yang berlaku mutakhir disebabkan penggunaan plastik secara berleluasa dan berterusan sejak sekian lama.

Dalam kajian lain menunjukkan 10 peratus daripada semua plastik yang dikeluarkan di seluruh dunia berakhir di lautan dan kemudian membentuk ‘Pulau Sampah’ di tengah Lautan Pasifik.

Masalahnya, plastik yang terurai dalam laut akan menjadi mikroplastik dan nanoplastik.

Mikroplastik adalah zarah plastik berukuran antara lima milimeter (mm) dan 0.1 mikrometer (um) manakala nanoplastik pula saiznya lebih kecil daripada mikroplastik iaitu 0.0000000009.

Kedua-dua bahan ini akan terkumpul dalam badan hidupan laut iaitu ikan apabila memakan plankton atau tumbuhan laut yang sudah dicemari mikroplastik dan nanoplastik.

Ia akan terkumpul dalam badan ikan kerana haiwan ini tidak mampu menghadam dua bahan berkenaan. Pengumpulan bahan ini yang banyak akan menyebabkan kehidupan haiwan ini terganggu atau boleh mengakibatkan kematian jika jumlahnya terlalu tinggi.


Kemudian, manusia yang makan ikan dicemari mikroplastik dan nanoplastik akan menerima kesan yang hampir sama seperti haiwan berkenaan.

Kehadiran bahan-bahan itu tidak boleh dirasai manusia kerana mikroplastik dan nanoplastik tidak berbau atau berwarna tetapi bahan kimia berkenaan akan meresap dalam tubuh manusia sehingga memberi kesan buruk terhadap kesihatan.

Ancaman senyap daripada penggunaan barangan plastik membimbangkan banyak pihak.

Penyelidik juga mendapati nanoplastik yang terkumpul dalam tisu otak ikan menyebabkan perubahan tingkah lakunya menjadi seperti tidak aktif. Senario itu menunjukkan betapa bahayanya kesan plastik terhadap alam sekitar, manusia dan hidupan lain.

Plastik mengambil masa lama untuk mereput dan tempohnya bergantung kepada di mana bahan itu berada.

Apabila bahan ini susah mereput, ia akan menambahkan lagi bilangan plastik sedia ada hingga menjadi beban kepada alam sekitar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Apa Sebenarnya Kempen Hari Tanpa Beg Plastik?Kajian Membuktikan Garam Masakan Mengandungi Microplastic Penyebab Kanser
sumber: 1 | 2



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/bahaya-guna-botol-plastik-berulang-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Beli 10 Jenis Botol Tapi Anak Tetap Tolak Botol Cuba Pula Guna Cawan

Dah Beli 10 Jenis Botol Tapi Anak Tetap Tolak Botol Cuba Pula Guna Cawan

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 324 hits
Setiap ibu dinasihatkan untuk menyusukan bayinya sehingga cukup membesar Malangnya kebanyakan para ibu tidak boleh meninggalkan pekerjaan mereka untuk jangka masa panjang selepas kelahiran jadi mereka terpaksa beralih kepada penyusuan denga...
Rakyat China Rasa Tidak Cukup Pakai Topeng Muka Guna Plastik Untuk Lindungi Diri Dari Coronavirus

Rakyat China Rasa Tidak Cukup Pakai Topeng Muka Guna Plastik Untuk Lindungi Diri Dari Coronavirus

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 613 hits
Sepertimana yang korang tahu penyakit Coronavirus telah merebak di beberapa buah negara dan pada hari Selasa yang lalu World Health Organization sudahpun melakukan mesyuarat tergempar yang akhirnya menisytiharkan darurat global Coronavirus ...
Penangan Coronavirus Botol Minuman Beg Plastik Sebagai Perisai Diri Bersahaja Mereka Pakai

Penangan Coronavirus Botol Minuman Beg Plastik Sebagai Perisai Diri Bersahaja Mereka Pakai

papar berkaitan - pada 30/1/2020 - jumlah : 751 hits
Pelbagai gelagat dan aksi lucu dapat dilihat sama di lapangan terbang setesen kereta api dan sebagainya akibat penangan Coronavirus mereka sanggup menggunakan botol minuman dan beg plastik yang diubah suai sebagai perisai diri Orang Cina te...
Dia Datang Lagi Kali Ni Suruh Kerajaan Sekat Khitan Bayi Perempuan Pulak

Dia Datang Lagi Kali Ni Suruh Kerajaan Sekat Khitan Bayi Perempuan Pulak

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 261 hits
Sisters in Islam kecewa dengan sokongan berterusan Putrajaya terhadap khatan perempuan meskipun amalan itu tidak dinyatakan dalam Al Quran Dalam temubual emel dengan FMT sempena International Day of Zero Tolerance to Female Genital Mutilati...
Tudiaa Lelaki Tunai Hasrat Pasangan Warga Emas Nazak Mahu Tengok Salji Buat Kali Terakhir

Tudiaa Lelaki Tunai Hasrat Pasangan Warga Emas Nazak Mahu Tengok Salji Buat Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 488 hits
Lelaki tunai hasrat pasangan warga emas nazak mahu tengok salji buat kali terakhir Pasangan ini memberitahu mahu melihat salji buat kali terakhir SEORANG bekas paramedik mendedahkan bagaimana dia menunaikan permintaan terakhir lebih 14 000 ...
Virus Corona Buat Harga Bawang Putih Impor Asal China Naik Dua Kali Lipat

Virus Corona Buat Harga Bawang Putih Impor Asal China Naik Dua Kali Lipat

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 288 hits
Harga bawang putih impor dari China di pasar tradisional di Makassar melambung tinggi dengan kenaikan nyaris mencapai 100 persen atau dua kali lipat Seperti yang terjadi di Pasar Terong harga bawang putih sebelumnya Rp30 000 per kilogram ki...
Wanita Montel Boleh Buat Suami 10 Kali Lebih Bahagia

Wanita Montel Boleh Buat Suami 10 Kali Lebih Bahagia

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 416 hits
Gambar Sekadar HiasanSelalunya wanita kurus dianggap menarik dan juga dikatakan mudah mendapat pasangan Namun jangan pula menganggap wanita montel yang berbadan gempal susah untuk mendapat pasangan Dalam satu kajian menurut Dr Filemon Alvar...
Dicaj 20 Sen Tapi Orang Boleh Beli 10 Beg Plastik

Dicaj 20 Sen Tapi Orang Boleh Beli 10 Beg Plastik

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 392 hits
Kehidupan seharian kita dikelilingi plastik Bayangkan hampir semua barang kegunaan harian diperbuat daripada plastik dan kebanyakannya hanya digunakan sekali Dicaj 20 sen tapi orang boleh beli 10 beg plastik
Plastik Punca Kegemukan Hmmphh Perkara Susah Nak Elak Pada Hari Ini

Plastik Punca Kegemukan Hmmphh Perkara Susah Nak Elak Pada Hari Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 265 hits
Pada tahun baru ini ramai yang berazam untuk mencapai impian dan sasaran yang diletakkan Bagi wanita mereka ingin tampil cantik kurus dan bergaya maka pelbagai usaha dilakukan seperti makan vitamin tambahan bersenam berzumba mengawal pemaka...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024