Ketahui Apa Sebenarnya Pcos


Ketahui Apa Sebenarnya PCOS
Makin hari, makin ramai wanita muda berkongsi pengalaman mereka menghadapi masalah kesihatan yang dikenali sebagai “PCOS”.
Tapi, ramai yang masih tertanya-tanya, apa sebenarnya PCOS ini? Adakah ia sekadar gangguan hormon biasa atau sesuatu yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang?
Justeru, kami bawakan penjelasan daripada Hello Doktor berhubung masalah PCOS wanita, tanda, punca dan rawatan yang boleh dilakukan.
Apa itu PCOS? Apakah PCOS berbahaya? Polycystic ovary syndrome (PCOS) ialah kecelaruan hormon. Wanita yang mempunyai PCOS mempunyai banyak sista di dalam ovari mereka.
Sista-sista ini dipenuhi dengan cecair dan telur yang belum matang. Jika anda mempunyai keadaan ini, ovari akan membesar.
PCOS boleh menyebabkan masalah kitaran haid, kesuburan, fungsi jantung dan paras rupa. Anda mungkin akan mengalami haid yang berlebihan dan bulu roma yang banyak.
Ini kerana kecelaruan yang berlaku menyebabkan badan anda menghasilkan hormon lelaki lebih berbanding hormon wanita.
Apa pula risiko PCOS? Keadaan kesihatan ini adalah lazim berlaku. Ia menjejaskan di antara 1 dalam 20 wanita yang mana usia mereka masih boleh melahirkan anak.
Walau bagaimanapun, kondisi ini masih boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko.
Terdapat beberapa faktor risiko terhadap apa itu PCOS, seperti:
Anda berisiko tinggi sekiranya terdapat ahli keluarga yang mempunyai keadaan yang sama
Anda mempunyai keadaan kesihatan yang menjejaskan keseimbangan hormon di dalam badan
Apa simptom kondisi ini? Apa tanda PCOS? Gejala yang paling biasa dijumpai pada apa itu PCOS adalah yang berikut:
Jerawat Berat badan bertambah dan susah untuk turun Bulu roma yang banyak di muka, perut, dada dan belakang badan.  Suara garau Rambut kepala menipis Kitaran haid tidak menentu Ketidaksuburan Kemurungan Ketidakseimbangan hormon dalam PCOS akan menjurus kepada masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis jenis 2 dan masalah kardiovaskular.
Apa punca kondisi ini? Masih tiada penelitian tentang punca yang sahih berkenaan polycystic ovary syndrome.
Walaupun begitu, ada teori yang berpendapat genetik memainkan peranan penting sebagai puncanya. Misalnya jika ada ahli keluarga seperti ibu atau saudara perempuan yang mempunyai PCOS, kebarangkalian untuk anda menghidapnya juga tinggi.
Radang gred rendah juga dikaitkan dengan stimulating polycystic ovaries yang menghasilkan androgen.
Insulin berlebihan juga menjejaskan ovari dengan meningkatkan penghasilan androgen, yang mana mengganggu kebolehan ovari untuk menghasilkan telur.
Bilakah saya harus berjumpa doktor? Jika anda mengalami mana-mana simptom yang disenaraikan di atas atau mungkin terlintas pelbagai persoalan, sila berunding dengan doktor segera.
Ini kerana, setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza.
Oleh itu, berbincang dengan doktor adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terjadi kepada kesihatan diri.
Diagnosis PCOS Tiada ujian yang boleh meramal polycystic ovary syndrome. Kebanyakan kes didiagnosis apabila wanita datang untuk bertanya masalah yang berlaku.
Doktor akan bertanya tentang simptom yang dialami dan sejarah keluarga yang berkaitan keadaan kesihatan atau jika anda menjalani sebarang rawatan.
Untuk mendapat kepastian diagnosis, doktor akan menjalankan beberapa ujian seperti:
Ujian darah: menyukat paras hormon secara umum Ujian tiroid: memeriksa tahap aktiviti hormon thyroid Ujian glukosa: menunjukkan ketahanan insulin Ujian paras lipid: PCOS akan menjadikan tahap kolestrol dan trigliserida tidak normal Ujian pengimejan (CT-skan, ultrasonografi) mungkin diperlukan untuk memeriksa saiz ovari anda.
Jika doktor mengesyaki sebarang ketumbuhan, laparoskopi pelvik akan menunjukkan keadaan ketumbuhan tersebut.
Sementara itu, biopsi mungkin dijalankan untuk mengesan sel kanser.
Apa pula rawatan PCOS? Rawatan adalah bertujuan untuk mengawal simptom dan mencegah sebarang ketumbuhan pada ovari. Namun, ia bergantung kepada simptom, maka rawatan anda mungkin berbeza.
Untuk mengawal kitaran haid, anda memerlukan pil perancang – pil ini mengandungi estrogen dan progestin. Jika cuba untuk mengandung, anda mungkin memerlukan ubat yang lain Kepada sesetengah wanita, pembedahan adalah disyorkan untuk menggalakkan proses ovulasi dan mengurangkan paras hormon lelaki. Pembedahan ini dikenali sebagai ovarian drilling, yang mana doktor akan menebuk ovari menjadi lubang-lubang kecil. Meskipun begitu, rawatan ini hanya untuk sementara.  Untuk merawat jerawat dan bulu yang tumbuh, anda akan diberikan anti-androgen untuk mengawal paras hormon lelaki Untuk seimbangkan paras gula dan insulin, ubat kencing manis adalah diperlukan.  BACA: Pembedahan Bariatrik Bukan Untuk Semua, Ini Penjelasannya
Sumber: Hello Doktor
The post Ketahui Apa Sebenarnya PCOS appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/18/ketahui-apa-sebenarnya-pcos/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani

Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 157 hits
Cipta Sejarah Siapa Sebenarnya Zohran Mamdani Pemilihan Zohran Mamdani sebagai Datuk Bandar New York mungkin tidak mengejutkan bagi ramai pemerhati politik memandangkan kemenangannya telah pun dijangka sejak pemilihan utama Parti Demokrat p...
Nohhh Mati Orang Penang Sebenarnya Proses Mengambil Air Dari Sg Kerian Telah Lama Dijalankan

Nohhh Mati Orang Penang Sebenarnya Proses Mengambil Air Dari Sg Kerian Telah Lama Dijalankan

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 106 hits
Che Ibrahim Tuntutan saman Kedah ke atas Pulau Pinang akan dimulakan serentak dengan kambus Sungai Muda cif un
Mic Keluar Bn Sebenarnya Bukan Kejutan Besar Pun

Mic Keluar Bn Sebenarnya Bukan Kejutan Besar Pun

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 109 hits
MIC keluar BN sebenarnya bukan kejutan besar pun Realitinya MIC dah lama jadi liabiliti politik Bukan aset BN pon MIC hanya wujud sebagai parti reput yg sudah tidak mendapat sokongan rakyat terutama dari kalangan masyarakat India Dalam PRU1...
Penyondol Siapa Sebenarnya Kalah

Penyondol Siapa Sebenarnya Kalah

papar berkaitan - pada 23/11/2025 - jumlah : 85 hits
AssalamualaikumPenyondol Siapa Sebenarnya Kalah Kadang kita tertanya tanya bagaimana ada orang boleh bahagia di atas kesakitan orang lain Orang macam itu lah yang kita panggil penyondol Mereka tersenyum manis berbisik mesra tapi sebalik itu...
Syuriyah Pbnu Minta Kh Cholil Staquf Mundur Dalam Tempo Tiga Hari

Ultimate Healthy Recipes For Weight Loss That Taste Good

Pengalaman Pakai Aircond Comfee Berbaloi Atau Tidak

10 Punca Kereta Boleh Terbakar Secara Tiba Tiba No 7 Ramai Tak Tahu

Masjid Quba Kali Kedua Pergi Naik Buggy

Sebab Di Sebalik Setiap Yang Kita Lalui

Kelas Seliaan Negeri 2026 Permohonan Semakan Tawaran

What If The 2 Stroke Twin Enduro That Suzuki Never Made


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Zahid Laung Amaran Penalti Rm50 Juta Jika Adun Bn Cuba Lompat Parti

Sambal Ikan Bilis Petai

Kedah Sedia Perhalusi Perakuan Pensijilan Lepasan Pondok

Ismail Marzuki Gugur Bunga Chord

Kedah Pula Mula Banjir Pps Dibuka Di Kulim

Tun M Backs Kedah S Rm100mil Annual Claim On Penang Citing Soaring Land Prices