Ketahui 5 Makanan Penyebab Jerawat Wajib Tahu
Jerawat! Tak ada siapa yang suka jerawat tumbuh di mukanya. Kalau dah banyak sangat, boleh jadi stress!Ada banyak penyebab jerawat, dari masalah genetik sampailah ke makanan yang kita jamah. Walaupun ia bukanlah penyakit kulit yang serius, namun masalah ini membuatkan ramai yang berasa tersisih serta hilang keyakinan diri.
Sis ada terbaca yang mengatakan, jerawat juga boleh disebabkan oleh makananan tertentu, antaranya:
1. Makanan Manis
Siapalah yang tak terliur kan bila tengok coklat, gula-gula ataupun kek, kan… Padahal, makanan tersebut mengandungi gula tinggi yang sememangnya tidak elok utuk kesihatan.Selain boleh menyebabkan diabetis, pengambilan makanan manis yang berlebihan juga boleh menyebabkan jerawat. Oh ya selain itu, minuman manis seperti bubble tea, milk tea dan sirap juga cenderung meningkatkan pertumbuhan jerawat.
2. Makanan Segera
Sedap oiii… burger, nugget dan hot dog dan apa sahaja makanan segera.Melihat keenakannya dah boleh buat kita kecur air liur padahal ia merupakan antara makanan penggalak jerawat. Gitewww….
Makanan tersebut dikatakan boleh mempengaruhi ekspresi gen serta mengubah kadar hormone yang mana mendorong pertumbuhan jerawat.
3. Makanan Pedas
Alamak, macam mana nie makanan pedas pun termasuk dalam senarainya. Pengambilan makanan pedas secara berlebihan dikatakan mampu mengundang gangguan kelenjar peluh di bahagian muka.
Peluh yang berlebihan akan membuatkan kulit menjadi lebih berminyak, sehingga jerawat mudah tumbuh. Lagipun keadaan kulit yang berminyak adalah ‘port’ yang disukai oleh bakteria dan juga virus penyebab jerawat.
Baca Juga: Kenal Pasti 5 Punca Gastrik
4. Produk Olahan Susu
Pengambilan susu atau produk olahannya secara berlebihan boleh membawa kepada gejala kerosakan kulit, salah satunya ialah jerawat.
Ini adalah kerana susu megandungi lemak jenuh yang membuatkan kadar minyak di bahagian kulit meningkat, sehingga kulit menjadi mudah terkena jerawat.
Baca Juga: Misi Gaya Hidup Sihat 2022. Jom Amalkan!
5. Kacang
Produk-produk kacang atau yang mengandungi olahan kacang juga dikatakan menjadi makanan penyebab jerawat.
Walaupun bukan terjadi pada semua orang, namun kandungan kacangan dapat merangsang pengeluaran minyak berlebihan sehingga munculnya jerawat.
Makanan penyebab jerawat akan membuatkan pengeluaran sebum meningkat, sehingga bakeria pada kulit membiak menjadi jerawat. Antaranya kacang tanah! Okay, lepas nie kena elakkan daripada makan kacang tanah ye!
Baca Juga: 6 Petua Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat
Itulah antara beberapa jenis makanan yang katakan boleh menjadi penyebab jerawat tumbuh. Semoga perkongisan ini bermanfaat.
Sampai jumpa lagi.
Lurve,
Sis Anie Mohamed
Credit images:pexels.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://aniemohamed.blogspot.com/2022/01/ketahui-5-makanan-penyebab-jerawat.html