Ketahui 27 Fakta Menarik Mengenai Chester Bennington Dari 1976 2017





Mendiang yang berusia 41 tahun telah membuatkan ramai peminatnya bersedih, kerana kematian beliau itu kumpulan Linkin Park terpaksa membatalkan jelajah Amerika Utara yang dijadualkan Selasa depan dan duit tiket telah dipulangkan semua kepada peminat.

Untuk peminat Chester, di sini kami kongsikan 27 fakta mengenai Chester Bennington yang perlu anda tahu tentang penyanyi kesayangan anda ini.

Latar belakang dan kisah awal kehidupan Chester:

1. Chester Charles Bennington dilahirkan di Phoenix, Arizona pada 20 Mac 1976.

2. Ibunya seorang jururawat, manakala bapanya seorang pegawai penyiasat polis bagi kes-kes penderaan seksual kanak-kanak.

3. Ibu bapanya bercerai pada usianya 11 tahun dan bapanya mengambil alih hak penjagaan.
4. Pada usia remaja, Chester terlibat dalam kancah penagihan dadah dan alkohol.

5. Pada usia 17 tahun, Chester duduk dengan ibunya dan dilarang keluar dari rumah kerana aktiviti ketagihan dadahnya dan kemudian berjaya meninggalkan tabiat buruk itu.

6. Sewaktu di sekolah, Chester selalu dibuli kerana tubuh badannya yang kurus dan perwatakan berbeza.

7. Pada tahun 2012, Chester dalam satu temubual bersama media mendedahkan bahawa dia pernah berhadapan penderaan seksual ketika usianya tujuh tahun. Penderaan itu dilakukan oleh rakan lelakinya yang berusia lebih tua.

Dalam temubual itu, Chester akui takut untuk memberitahu bapanya perkara sebenar. Dia kemudian mula melukis dan menulis puisi bagi melegakan tekanannya. Identiti pendera berkenaan diketahui bapanya namun Chester tidak meneruskan dakwaan di mahkamah kerana pelaku tersebut juga merupakan seorang mangsa penderaan seksual.

8. Chester bekerja di kedai makanan segera Burger King sebelum memulakan kerjaya sebagai pemuzik profesional.

Perkahwinan:

9. Mempunyai seorang anak hasil hubungannya dengan Elka Brand.

10. Kemudian Chester berkahwin kali pertama dengan Samantha Marie Olit pada tahun 1996 dan mempunyai seorang anak lelaki Draven Sebastian Bennington – lahir pada 19 April 2002. Dia dan Samantha bercerai pada tahun 2005.

11. Perkahwinan kedua Chester bersama bekas model Playboy Talinda Ann Bentley dikurniakan tiga anak iaitu Tyler Lee Bennington dan kembar perempuan Lily dan Lila.

12. Chester dan Bentley pernah diganggu oleh seorang peminat tegarnya bernama Devon Townsend. Townsend kemudian dihukum penjara dua tahun kerana didapati bersalah menghantar emel dan mesej ugutan kepada Chester dan Bentley.

13. Hubungan Chester bersama Bentley kekal sehingga Chester meninggal dunia.

14. Jumlah anak Chester bagi dua perkahwinan adalah enam orang termasuk seorang anak angkat, Isaiah.



15. Merupakan seorang peminat tegar tatu dan aktif di sebuah salon tatu bernama Club Tattoo di Arizona.

16. Selain Linkin Park, Chester juga dikenali sebagai penyayi utama bagi kumpulan Dead by Sunrise dan Stone Temple Pilots sejak tahun 2013 sehingga 2015.

17. Pernah patah pergelangan tangan ketika melakukan terjunan dalam persembahan di konsert Rod Laver Arena di Melbourne, pada tahun 2007. Walaupun cedera, Chester tetap meneruskan persembahan sehingga tamat dan kemudian terus ke wad kecemasan.

BACA: Remuk hati netizen terima khabar pemergian vokalis Linkin Park, Chester Bennington

18. Linkin Park pernah membatalkan tiga konsert dan menjadualkan semula dua konsert jelajah kerana tahap kesihatan Chester.

19. Juga merupakan peminat sukan bola keranjang dan peminat tegar pasukan Phoenix Suns.

20. Chester pernah muncul sebagai cameo dalam filem Crank pada tahun 2006. Chester juga pernah berlakon dalam filem Saw 3D: The Final Chapter membawa watak Evan.

Konsert di Malaysia:


21. Chester telah ke Kuala Lumpur sebanyak dua kali untuk membuat persembahan bersama Linkin Park dalam siri konsert jelajah Asianya.

22. Kali pertama pada tahun 2003 di Stadium Merdeka dan kali kedua di Stadium Bukit Jalil pada tahun 2013.



Kematiannya:


23. Sebilangan peminat beranggapan tindakan Chester membunuh diri ada kaitan dengan kematian kawan baiknya Chris Cornell yang merupakan penyanyi utama Audioslave.

24. Chester meninggal dunia pada hari ulangtahun Chris ke 53.

25. Chris juga meninggal dunia dengan menggantungkan diri, dua bulan lalu. Chester memberi penghormatan dengan membawakan lagu Hallelujah oleh Leonard Cohen sewaktu hari pengkebumian Chris.

26. Chester merupakan bapa pembaptisan bagi anak lelaki Chris.


27. Mayat Chester ditemui tergantung pada jam 9 pagi 20 Julai 2017 (waktu tempatan) di rumahnya di Palos Verdes Estates, California. Mike Shinoda mengesahkan berita itu, dan berkata ia satu berita yang mengejutkan dan menyedihkan tetapi benar.

Kredit: Astro Awani



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://macammacamcite.blogspot.com/2017/07/ketahui-27-fakta-menarik-mengenai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Fakta Menarik Mengenai Formula 1

10 Fakta Menarik Mengenai Formula 1

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 109 hits
1 Dalam setiap kali perlumbaan seorang pelumba rata rata kehilangan berat badan sebanyak 2 Kg Jumlah ini boleh menjadi lebih jika perlumbaan berlangsung pada litar yang panas seperti Sepang atau Bahrain 2 Jumlah berat seluruh peralatan yang...
Fakta Menarik Tentang Biskut Oreo

Fakta Menarik Tentang Biskut Oreo

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 200 hits
Putar Jilat Celup Itulah salah satu trade mark biskut Oreo yang pasti di ingati oleh setiap orang yang mendengarnya Jika anda juga salah seorang penggemar makanan ringan Oreo cuba semak fakta menarik tentang biskut tersebut Yang dipetik dar...
Mandi Air Panas Sama Kesan Bersenam Biar Betul Jom Baca Fakta Menarik Ini

Mandi Air Panas Sama Kesan Bersenam Biar Betul Jom Baca Fakta Menarik Ini

papar berkaitan - pada 30/10/2021 - jumlah : 201 hits
Mandi Air Panas Sama Kesan Bersenam Biar Betul Jom Baca Fakta Menarik Ini ADA hari hari tertentu kita akan malas untuk bersenam atau bersukan tetapi rasa bersalah kalau tidak lakukannya Jangan risau sebab ada kajian mengatakan mandi air pan...
Vokalis Linkin Park Chester Bennington Ditemui Mati

Vokalis Linkin Park Chester Bennington Ditemui Mati

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 106 hits
NEW YORK Vokalis kumpulan metal terkenal Linkin Park Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam dipercayai akibat membunuh diri Pejabat koroner Los Angeles berkata mereka menerima panggilan sejurus selepas jam 9 pagi ya...
Berisikan Fakta Menarik Terkait Tren Kecantikan Saat Ini Zap Clinic Resmi Rilis Laporan Lengkap Zap Beauty Index 2021

Berisikan Fakta Menarik Terkait Tren Kecantikan Saat Ini Zap Clinic Resmi Rilis Laporan Lengkap Zap Beauty Index 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 191 hits
Melalui sejumlah fakta menarik yang terungkap melalui hasil ZAP Beauty Index 2021 kita jadi tahu apa yang menjadi fokus para wanita di Indonesia saat ini terkait kecantikan
Nabil Perjelas Kontroversi Video Jenaka Mengenai Pakatan Rakyat Politik

Nabil Perjelas Kontroversi Video Jenaka Mengenai Pakatan Rakyat Politik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 127 hits
Video kontroversi yang dilakonkan oleh Salih Yaakob dan Nabil telah membuatkan Salih Yaakob bersara daripada dunia hiburan tanah air Namun sehingga ke hari ini tiada penjelasan atau reaksi yang telah dikeluarkan oleh Nabil berkenaan video t...
Perkara Penting Mengenai Pertunangan Yang Sering Dilupakan

Perkara Penting Mengenai Pertunangan Yang Sering Dilupakan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 147 hits
Sering kali kita melihat di laman social bahawa pertunangan diheboh hebohkan Tak payah tunang la kapel pun dah menunjuk nunjuk di laman social membuktikan dia sudah dimiliki Adakah perbuatan sedemikian wajar Sila ambil berat Pertunangan per...
Snapdragon 820 Chipset Terbaik Dari Qualcomm

Snapdragon 820 Chipset Terbaik Dari Qualcomm

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 597 hits
Chipset Snapdragon 810 mempunyai masalah overheating yg cukup mengganggu para pemakai smartphone Wajar aja apabila banyak yg takut bakal pengulangan isu yg sama di generasi selanjutnya Snapdragon 820 exynos vs snapdragon Snapdragon 820 tela...
Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman

Sedikit Hadis Nabi Saw Mengenai Keadaan Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 149 hits
Sedikit Hadis Nabi SAW Mengenai Keadaan Akhir Zaman Orang Yang Tak Sedarkan DiriDaripada Abu Hurairah r a Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda Jika ada seseorang berkata ramai orang telah rosak maka orang yang berkata itu sendiri yang paling...
Azmin Pledges To Tell All On May 11

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Utilizing Crowdfunding For Business

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


The Cultural Impact Of Online Casino Gaming On Filipino Society

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Polis Tahan Pemandu Peribadi Kerana Melakukan Khianat Dan Memukul

Pn Talks Of Gov T Change After Kkb Azmin Holds Back On Revelations Against Ph

We Are Not Subject Of Macc Investigation Say Two Of Mahathir S Sons

Apam Lenggang Rangup Manis Berlemak