Ketagihan Gadjet Terhadap Kanak Kanak Harus Dibendung
Jika diperhati ibu bapa sekarang sering mengambil mudah dengan membenarkan anak mereka seawal usia 2 tahun bermain telefon bimbit tanpa pengawasan, perkara ini boleh dilihat dengan ketara baik di dalam pasaraya mahupun dirumah.
Ada juga yang berpendapat dengan membenarkan anak mereka bermain telefon bimbit dapat merangsangkan otak contoh menonton kartun di youtube atau permainan video.
Apabila kanak-kanak ini diberikan kebebasan seawal usia 2 tahun, lambat laun ia akan memberi impak yang besar kepada ibu bapa sebagai contoh mudah memberontak mana tak sebelum ni elok je bagi tiba-tiba tak bagi pula jadi peliklah budak tu.
Jika ibu bapa masih meneruskan sikap ambil mudah akan perkara ini kebarangkalian sesuatu yang diluar jangkaan boleh berlaku dimasa hadapan sebagai contoh anak mungkin tidak mahu mendengar kata dan mudah merengek jika gagal penuhi permintaan.
Ketika itu baru kita nak didik mungkin sudah terlambat, jadi untuk mengelak dari permasalahan ini berlaku dimasa hadapan seeloknya gunakan kata-kata pujuk untuk menarik semula telefon bimbit dari tangan kanak-kanak yang baru nak mengenal dunia.
Seterusnya luangkan sebanyak mungkin masa kepada mereka supaya dapat melupakan ketagihan gadjet sekaligus anda mungking dapat berjimat dalam pengurusan data internet bagi yang masih ada had penggunaan.
Corak kan anak dengan perkara lebih murni serta selitkan dengan ibadah dan bergaul lebih rapat selagi usia anda masih muda, esok dah cecah umur 50an mungkin penyakit sakit sendi sudah datang menyapa tubuh badan kita.
Semakin maju teknologi semakin susah kita nak kawal anak-anak salah satu sebabnya suatu hari nanti mungkin diri kita sendiri tidak sempat nak mengikuti peredaran zaman disebabkan beberapa faktor iaitu kewangan dan mempunyai IQ yang lemah untuk pelajari benda baru.
Seterusnya jika menegur pastikan jangan sampai buat mereka tersinggung atau merajuk seperti tiada kasih sayang pada nya. Maklumlah adakala cara ibu bapa bercakap mungkin tidak sesuai dengan cara kanak-kanak mendengar oleh sebab itu bila orang tua membebel diorang akan buat perkara sama lagi dan itu tandanya cara penyampaian kita itu tidak kena.
Kita jika nak berniaga boleh pula cakap sopan santun dengan pelangan tapi bila dengan anak nada suara jadi lain pula, garang itu bagus tapi jangan sampai anak takut mendekati kita kerana mungkin ada masanya mereka ingin mengadu sesuatu seperti kena gigit nyamuk atau terjatuh.
Akhir sekali sebelum menyalahkan pengasuh atau sesiapa, mohon kaji selidik diri sendiri dahulu dimanakah kurang dan lebihnya ketika menjadi ibu bapa kepada kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia mungkin ada masanya kita terlalu leka melayan telefon bimbit sehingga mengetepikan anak sekaligus mengharapkan mereka bermain sendirian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.sekejung.com/2019/10/ketagihan-gadjet-terhadap-kanak-kanak.html