Ketagih Family Camping Kali Ketiga Di Campsite Pasir Putih Kalumpang Perak


assalamualaikum & salam sejahtera 😃
bersua lagi di alam maya. alhamdulillah... lama sungguh blog ni sepi 😄. hari ni hari Ahad, tetap ada keje nak diselesaikan. namun, pause yg tu sekejap, kita update blog dgn satu kisah lama

hari ni suka hati saya nak kongsi trip family camping saya yang ketiga bulan lepas (29 - 31.1.2022) ke campsite Pasir Putih, Kalumpang, Perak. reservation tapak telah saya buat lebih dari sebulan sebelum nak pergi. campsite pasir putih kalumpang ni agak hot di kalangan campers. sungai yang panjang, seronok utk mandi-manda. ada plugpoints melengkapi keperluan campers. ada aktiviti ATV. ada gerai jual makanan jugak tau. kalau lambat buat reservation, memang tak dpt la nak camping di sini

saya da jadik satu ketagihan plak nak camping meskipun baru je 2 kali camping sebelum ni. so, tak nak la melepas camping di pasir putih kalumpang ni. wajib kot! 😃
kipas rechargeable antik
jumpa di rumah abah 😍
perjalanan bermula pagi Sabtu (29.1.1011).kami keluar rumah lebih kurang jam 9 pagi, menuju ke Shah Alam terlebih dahulu. kami menghadiri jemputan kahwin cucu saudara mr.asben. selesai bertemu keluarga di majlis tu, barulah kami beredar keluar dan gerak terus ke pasir putih kalumpang. perjalanan tidak mengambil masa yang lama kerana kami dari Shah Alam, kan. tak lebih 90 minit, gitu lah

nampak tak
please buat-buat tak nampak ye 😆
begini padat meskipun da ada roof box h aha ha ha..

cuaca pun sgt cantik. panas terik! perasaan hati tu amatlah gembira. memang bila nak camping, mengharapkan cuaca sebaik itu, tak hujan. kali ketiga nak camping, trip yang ditunggu-tunggu. dok menghitung hari je tau nak ke hari camping ni. ketagih camping dah ni ha ha ah ah 😄..

sempat saya snap ni. indah


exit Tanjung Malim
selepas pintu gerbang yg cantik ni, terus exit dari highway
pasir putih kalumpang, here we come

saya terpikat untuk camping di pasir putih kalumpang sebab di sini boleh reserve tapak. memudahkan kerana kita da tau tapak di mana dan tak perlu nak rushing dlm perjalanan. jika campsite yang hanya reservation by pax, seperti di Riverside Camp, Gopeng, kena dtg cepat untuk dapat tapak camping yg terbaik

tapi, meskipun boleh reserve tapak, tak semestinya dapat tapak yang kita nak. pondok yang kita nak. ni bergantung kepada masing-masing. view apa, keadaan apa. sape cepat, dpt la tapak yg diidamkan

kadar bayaran utk camping di Campsite Pasir Putih, Kalumpang ni.1 tapak : RM501 pondok : RM50plugpoint (1 malam) : RM151 orang (dewasa) : RM101 kanak-kanak : RM5
ada pakej yg jimat, merangkumi 1 tapak, 1 pondok dan plugpoint : RM80 (tidak termasuk bayaran masuk utk orang). diskaun RM20

kami ari tu bayar RM250 untuk 2 malam. kami ambil pakej tapak dgn pondok sekaligus. senang. tak susah da nak set up khemah utk masak dan makan-makan. tapi kadar harga ni time saya gi la Januari lepas. yg terkini, dengar-dengar khabar dari sahabat campers yg lain baru-baru ni, harga di pasir putih kalumpang, dah naik! ntah la brape..

persekitaran tapak 64 di campsite pasir putih kalumpang.memang first thing yang saya request dgn Campsite Operator (CO), Pn. Anje, adalah tapak yang dekat dengan sungai, tebing yang selamat untuk anak-anak. tebing yang tidak merbahaya untuk Izzat. perlu pemantauan yang minima dari saya

tapak 64 is perfect. bila Pn. Anje syorkan tapak 64, saya fikir-fikir, saya setuju lah. meskipun tapak ni adalah tapak yang kurang popular di pasir putih kalumpang, saya setuju sebab :tebing sungai berpasir ala-ala pantai;ada pondok. mudahlah nak set up tempat masak dan ruang makan; belakang tapak adalah padang berumput, tempat park kereta; dantandas dekat. dari tapak da boleh jengah pintu tandas ha ha ha ha...
pandangan dari padang berumput, belakang khemah

gambaran belakang khemah unta saya
berbungkus gitu sebab hujan
bila groundsheet yang kotor, mudah la dicuci
berbanding nak cuci khemah tu kan
sampai ke balik mr.asben tak buka balutan groundsheet tu kat khemah

gambaran hadapan
gambar dari pondok 64
flysheet di pacak rendang begitu. hujan..

belakang khemah, tempat parking kereta
tu yg saya suka tapak 64 ni
kereta dekat. kawasan yang agak privasi utk kami

cuma satu la yg tak brape nice, tapi kecil aje la. dlm gambar di atas, hujung kiri. kelihatan kepulan asap, kan. di situ adalah tempat pengumpulan sampah campsite. di waktu petang, akan berlaku pembakaran sampah di situ. bau busuk tiada, namun bila pembakaran sedang berlaku, ada beberapa letupan kuat! agak mengejutkan. sampah campers, kan. mungkin botol gas memasak ke kan, tu yg meletup. 



saya tidak begitu menekankan kepada susun atur yang cantik bila camping ni. pada saya, kemas dan bersih, da mencukupi. makanan semua boleh disimpan rapi, ok la. kalau tgk dalam fb, pelbagai susun atur perkhemahan dikongsikan oleh campers. dgn pelbagai aksesori camping zaman sekarang yang dipamerkan. susun atur saya is biasa-biasa saje. takde nampak kayangan sgt

nak dijadikan cerita. saya kurang sihat 😓 sepanjang camping di pasir putih kalumpang. saya datang bulan dan Sabtu tu merupakan hari ketiga circle period saya, hari yang amat menyakitkan. badan saya sakit. pengaliran yang tenat. saya langsung tidak dapat membantu mr.asben pasang khemah. apa yang saya mampu hanyalah pasang kabinet dapur, rak gantung pinggan mangkuk dan meja makan. perlahan-perlahan saya susun atur semua barang di tempat memasak dan tempat makan

inilah ruang memasak, runag menyimpan makanan dan peralatan
tong air di kiri sekali tu (penutup pink) adalah dalamnya air sungai
utk cuci tangan atau cuci bahan utk memasak
bukan untuk minum

sumber air minum dan memasak adalah air mineral. saya bawa air mineral 10 liter. air sungai setakat untuk cuci-cuci saje. tak berani utk menggunakan air sungai. ada la baca-baca dalam grup camping di fb, ada yang kena cirit-birit bila balik dari camping! takut 😣

deretan bahan asas utk memasak - minyak, sos, kicap, gula dan garam di tepi dapur
sebelah kanan tu, ruang utk periuk nasi dan lain-lain bekas
dan di dalam almari gantung di bawah, semua bahan makanan yang lain

cerek kesayangan 😍
ice box. mineral water. rak gantung apa yg boleh digantung 😄
sgt membantu susun atur saya rak ni. love sgt

3 baldi ni memang lokasi dia di situ
mudah utk ke tandas
satu lagi pembelian yg berbaloi
sgt memudahkan

wajib ek pasang ubat nyamuk
da dekat-dekat maghrib, 4 ubat nyamuk akan dibakar
diletakkan di tempat-tempat strategik sekitar khemah dan pondok 64
ancaman covid 19 tu satu la
jgn lupa ancaman denggi berdarah! ni juga bawa maut

jiran-jiran di tapak 65 dan 66

jiran-jiran di tapak 62 dan 63 pula
alamak, ada pulak kain pelikat dan seluar pendek mr.asben 😃😃

semestinya di campsite, kami meluaskan lagi jajahan sillaturrahim sesama campers. berkenalan. berborak tentang hobi family camping masing-masing. tak lupa juga bertukar nombor telefon. berjanji lagi berjumpa di next campsite, in shaa Allah.

Ahad (30.1.2022) tu kami lepak menikmati alam sepanjang hari.kami anak-beranak dpt tidur yg lena sepanjang malam pertama di pasir putih kalumpang. alhamdulillah. kami tidur di atas tilam angin. kami bawa 1 tilam angin saiz queen (untuk anak-anak beradu) dan 2 tilam angin saiz single (saya dan mr.asben). khemah unta kami saiz M cukup selesa memuatkan 3 tilam tersebut. best

bila tidur selesa, bangun pagi pun rasa best je la kan. sedang anak-anak dibangunkan oleh mr.asben utk solat subuh, saya da berada di pondok untuk mula masak breakfast. permintaan kakak-kakak, english breakfast 😋

kali ni bawak sekali gardenia pandan coconut 💚



saya prepare baked beans dan scramble eggs. mr.asben pula bantu bakar roti dan sosej. suasana pagi yang indah, rugi kalau kita tak buat aktiviti outdoor sebegini. explore alam. 

sedap sungguh aroma roti pandan coconut yang dibakar
harum semerbak

untuk Izzat, kebetulan ada lebih nasi dinner semlm, saya buat nasi goreng
makan bertambah! alhamdulillah..
english breakfast memang bukan pilihan Izzat la
anak melayu sejati 😃

siap je makan, anak-anak semua membasahkan diri di sungai. saya hanya memerhatikan dari pondok. badan tak sihat, hanya mampu memantau saje la kan. rasa rugi sgt tak dpt menikmati air sungai di pasir putih kalumpang ni.
korang happy, ibu ok je, anak-anak
ni pun kena paksa masuk sungai
if not, nak duduk kat khemah main phone hu hu hu hu 😂..

ni yg best bila sungai selamat untuk kanak-kanak
pemandangan dari pondok 64

ada air terjun kecil berdepan dgn tapak 66. nice

hati-hati ye, anak-anak

petang Ahad yang santai.cuaca amat la baik. suasana memang meriah di pasir putih kalumpang. hari Ahad pun masih ramai yang check-in. di sana di sini ramai campers. mujurlah kami di tapak 64, agak privacy berbanding beberapa tapak yang lain. so, nyaman je suasana

siap sarapan, mr.asben terus bakar ayam utk lunch
cantik spot di sini. selesa pun ye jugak



lunch Ahad
ayam panggang. nasi putih
air asam cili padi

kami memang kurang makan bila camping. makan style tak tetap. kebetulan makanan untuk sarapan masih berbaki. itu juga la di makan menjelang tengahari. simple simple saje. more to enjoy nature dari berpenat-penat memasak

sebelah petang, mr.asben join anak-anak mandi sungai. tinggal saya sendirian di daratan. melayan kebosanan, kemas apa patut, cuci apa patut agar campsite saya bersih, lalat pun kurang. then godak kopi seteko utk minum petang.

bara masih ada
letakkan air seteko, cepat aje menggelegaknya
bancuh kopi

best nyer korang ek boleh mandi sungai
jeles




bila camping, apa nak buat?takde pape! 
just seat and relax. line telco pun tak brape kuat di campsite. so, just enjoy the nature in front of you. makan. minum. borak. kalau ngantuk, masuk khemah jap, tidur. tak perlu ada byk aktiviti terancang. just go with the flow

mr.asben naik ke darat jap
minum kopi panas
mata still pantau anak-anak di sungai😃


makan malam.malam pertama di pasir putih kalumpang, saya buat yong tau foo seperiuk. tapi, dek kerana kesihatan yang kritikal, tiada gambar diambil dan boleh dipaparkan hu hu hu... sedih la pulak. sib baik malam kedua da boleh ceria dan snap gambar 😀

kerja utama saya, di rumah atau di luar, memasak la. rasa bosan pulak kalau duduk saje tepi sungai tu. memasak is something saya suka bila family camping ni. berserabut! tapi enjoy. mlm tu kami masih lagi menikmati ayam panggang. ditambah pula dengan sambal kupang dan sayur kangkung belacan. alhamdulillah


sambal ni wajib ada, samada di rumah mahupun di campsite. kali ni, awal-awal da decide utk bwk kupang. kesukaan Izzat. kegusaran saya ialah lauk Izzat. kalau tak kena dgn lauk dia, dia sanggup tak makan! aduhai, scary! sambal ni boleh membuatkan Izzat tambah nasi berkali-kali. lega..

hari terakhir di kalumpang - 31.1.2021 (Isnin).yg bestnya pagi kedua di kalumpang ni, saya da beransur sihat 😊😍. yg tak bestnya ialah kita dah nak balik dah 😫. halamak aii! 
sarapan simple. sarapan biasa-biasa saje. sarapan sedap sudah pasti. roti telur cicah sos dan burger daging. air kopi panas




tak payah pun nak fikir menu sarapan yang susah. begini pun dah buat suami minta burger kedua tau 😄. sarapan yg simple. sebab lepas masak, hidang atas meja makan, terus start berkemas. maklumlah kan, bila camping ni, part berkemas tu amik masa 2-3 jam! time tiba dan time nak balik. tak boleh lah nak berehat baring-baring tepi sungai ha ha ha ha... anak-anak je la yg sambung mandi sungai. ibu ayah ada kerja berat 😅

perlu tahu bahawa setiap campsite now, mostly lah, da tetapkan waktu utk check out is lebih kurang jam 10 pagi hingga 1 tengahari. waktu check in pun lebih kurang gitu la. so campers yg nak check out kena kerjasama dgn campers yg nak check out. kena kemas tapak dgn segera dan bersih. kita jaga kita la gitu. be considerate

sebab tu la, saya dan mr.asben da start berkemas seawal 9 pagi. mana-mana yang boleh dikemas dan masuk dlm kereta, kami settle kan dulu. tak rushing. 3 hours utk berkemas is sgt ok. relax relax saje. anak-anak yang masih bergumbira di sungai, tak menjadik kan masalah. tandas ada. so nak bersiap tanpa khemah pun ok. make up saje dalam kereta, kan 😀

flysheet telah diturunkan separuh
masa utk menjatuhkan khemah unta lebih kurang 1 jam sebelum nak check-out

unta telah 'ditumbangkan'
mr.asben sedang susun atur tools nya
saya kemas part dapur di pondok 64
inilah pentingnya flysheet. jadik tempat berteduh sementara mengemas
last skali baru la diturunkan flysheet 😎

anak-anak di sungai



next entry, saya share campsite review ye. best camping di sini. saya suka. korang pun sure akan suka. cuma tu la, pasir putih kalumpang ni, jarak di antara satu tapak dgn tapak yang lain agak rapat. kalau hujung minggu, ala-ala pasar malam! sempat la berborak dgn husband Pn. Anje, dari mulut dia la terkeluar perkataan 'pasar malam' tu

serai wangi. sini byk lalat! stress skit hu hu hu..
tiap kali lap meja and kabinet dapur, sure spray spray serai wangi

jumpa kawan baru
3 famili dari tapak 65 dan 66
dari Putrajaya

family camping part 3 berakhir dgn penuh gembira. sekali lagi jatuh cinta dgn aktiviti berkhemah. masih tidak serik meskipun camping dlm keadaan tak sihat, hujan turun, lalat banyak atau pape lagi cabaran kecil. anak-anak pun ada yg masih kurang selesa. masih lagi prefer stay di hotel 😁 ha ha ha ha... faham. cuma, tu la... life, kena cuba. kena ada pengalaman. pahit manis, semua menjadi kenangan kelak in shaa Allah

💙💚💛💜

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.adianiez.com/2022/03/family-camping-kali-ketiga-di-pasir-putih-kalumpang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selamat Aktor Fedi Nuril Dan Sang Istri Dikarunia Anak Ketiga

Selamat Aktor Fedi Nuril Dan Sang Istri Dikarunia Anak Ketiga

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 302 hits
Kabar bahagia Fedi Nuril dikaruniai anak ketiga yang berjenis kelamin laki laki
11 94 Juta Penduduk Indonesia Sudah Vaksinasi Ketiga

11 94 Juta Penduduk Indonesia Sudah Vaksinasi Ketiga

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 168 hits
Penerima vaksinasi Covid 19 secara keseluruhan di Indonesia mencapai 191 835 428 orang dengan bertambahnya penerima vaksin COVID 19 dosis satu sebanyak 203 986 orang
Yasmine Wildblood Umumkan Kehamilan Ketiga Dengan Cara Unik Intip Potretnya

Yasmine Wildblood Umumkan Kehamilan Ketiga Dengan Cara Unik Intip Potretnya

papar berkaitan - pada 12/3/2022 - jumlah : 211 hits
Yasmine mengumumkan kehamilan ketiga ini dengan cara yang unik dan dilakukan bersama anak dan suaminya
Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr Selepas Sedar Parti Ph Jadi Gabungan Ketiga

Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr Selepas Sedar Parti Ph Jadi Gabungan Ketiga

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 210 hits
RAFIZI RAMLIKeputusan Pilihan Raya Negeri Johor baru baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk...
Pernah Ditinggalkan Gara Gara Orang Ketiga Nabila Razali Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

Pernah Ditinggalkan Gara Gara Orang Ketiga Nabila Razali Belum Boleh Duduk Semeja Dengan Bekas Kekasih

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 330 hits
PERNAH ditinggalkan kekasih dan gagal dalam percintaan merupakan salah satu pengalaman hidup yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Nabila Razali Meskipun kisah menyedihkan itu sudah berlalu lama Nabila atau nama sebenarnya Nu...
Tak Sertai Musim Ketiga Ahli The Sixth Sense Beri Ucapan Manis Buat Jun Somin

Tak Sertai Musim Ketiga Ahli The Sixth Sense Beri Ucapan Manis Buat Jun Somin

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 167 hits
Semakin menghampiri tarikh tayangan tvN terus meningkatkan jangkaan untuk episod perdana The Sixth Sense 3 Terbaru rancangan itu telah meriliskan poster terbaru untuk musim tersebut Pun begitu Jun So min yang merupakan ahli tetap tidak keli...
Zulkurnain Bertanding Penggal Ketiga Dun Sri Medan

Zulkurnain Bertanding Penggal Ketiga Dun Sri Medan

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 141 hits
Oleh Nurul Aishah KETIKA tsunami politik melanda negara yang menyaksikan Malaysia jatuh ke tangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke 14 Dato Zulkurnain Kamisan masih mampu mempertahankan kerusi Dun Sri Medan dengan majoriti 6 040 Ma...
Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

Saksi Utama Dedahkan Setiausaha Sulit Najib Terbabit Di Dalam Terbitan Bon Ketiga 1mdb

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 163 hits
NEW YORK Bekas jurubank Goldman Sachs Tim Leissner mendedahkan dua setiausaha sulit bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam penerbitan bon ketiga untuk 1Malaysia Development Berhad Leissner saksi utama perbicaraan kes ra...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep