Kesungguhan Bekas Pesakit Kanser Mengemudi Negara


Syahril A. Kadir Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai tangan ketika hadir pada sidang media khas pengumuman pelantikan barisan jemaah menteri baharu kerajaan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
NAMA penuhnya Tan Sri Mahiaddin (Muhyiddin) Md Yassin. Kini telah pun berusia 72 tahun.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ini dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Perdana Menteri, selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan Perdana Menteri ke 8 kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIADr. Mahathir awal-awal lagi secara terbuka menghentam dan mengkritik bekas Menteri kabinetnya itu yang disifatkannya sebagai ‘pengkhianat’.

Malah beliau juga menuduh Perdana Menteri kelapan itu bukanlah pilihan yang tepat kerana Muhyiddin tidak mempunyai sokongan majoriti di Parlimen.

Dr Mahathir turut mendakwa keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan sebagai sesuatu yang ‘aneh’ memandangkan bloknya mempunyai majoriti yang lebih besar dengan 114 sokongan.

Namun dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, Muhyiddin menjelaskan bahawa keputusannya menerima pelantikan bagi jawatan berkenaan adalah demi menyelamatkan negara.

“Saya tahu ada yang marah kepada saya. Seperti yang dijangka, ada pihak yang menggelar saya pengkhianat. Dengarlah baik-baik, saya bukanlah pengkhianat. Naluri saya jelas bahawa keberadaan saya di sini adalah untuk menyelamatkan negara daripada berterusan dilanda kemelut,” ujarnya.

Malahan, beliau juga mendedahkan telah mengambil masa untuk berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan.

“Apa pilihan yang saya ada? Terus sokong Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang tidak mempunyai sokongan majoriti atau menerima pencalonan sebagai perdana menteri? Jika saya terus menyokong Tun Dr Mahathir, kemelut politik akan berpanjangan. Berkemungkinan Parlimen terpaksa dibubarkan dan pilihan raya umum perlu diadakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau langsung tidak berniat untuk menimbulkan konfrontasi dengan mana-mana pihak. Ujarnya, jawatan Perdana Menteri bukanlah jawatan yang menjadi idamannya.

“Saya hanya tampil untuk menyelamatkan keadaan apabila kedua-dua calon perdana menteri tidak mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Di luar cerita politik, sebenarnya bukanlah rahsia lagi yang Muhyiddin telah disahkan doktor mengalami kanser pankreas dan telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di pankreas serta beberapa sesi kemoterapi.



Kira-kira dua tahun lepas, beliau pernah secara terbuka mengakui pankreasnya itu telah dipotong sebanyak 40 peratus. Deodenum dan saluran hempedu (bile duct) turut dipotong.

Apabila kurang sihat, badannya akan lemah, mengalami pening kepala, muntah-muntah dan lebih banyak berehat di rumah serta menumpukan kepada amal ibadah.

Namun difahamkan, kanser yang menyerangnya masih ditahap awal dan beliau kini dikatakan bebas daripada penyakit berbahaya itu.

Di atas sebab itulah, baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah bangun mempertahankan Muhyiddin selepas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengkritik Perdana Menteri itu dalam pada satu ceramah politik.

Saifuddin menegaskan Muhyiddin seorang pesakit yang terselamat dari kanser dan menyertai mesyuarat Kabinet seperti orang lain apabila pulih. Kata Saifuddin, Muhyiddin pernah menderita kanser tetapi sudah pulih, dan bercuti sakit untuk beberapa waktu.



“Kita patut gembira dan beliau menunjukkan dia seorang pejuang, bukan menggunakan ia sebagai satu kelemahan,” kata Saifuddin mempertahankan bosnya itu.

Mungkin apa yang dikatakan Saifuddin itu ada benarnya. Sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin nampaknya tidak menunggu lama untuk masuk ke pejabatnya dan seterusnya menakhodai kerajaan dengan begitu bertenaga.

Ketekunannya bekerja luar jangkaan dan beliau seolah-olah mendapat satu tenaga luar biasa bila duduk di kerusi nombor satu di Putrajaya itu. Ini boleh dilihat apabila beliau terpaksa berhadapan dengan cabaran yang sangat berat iaitu bila negara dihantui penyebaran virus Covid-19.

Kemuncaknya menyaksikan Muhyiddin membuat keputusan berat dengan mengishtiharkan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara.

Ini adalah pertama kali dalam sejarah, Malaysia menguatkuasakan perintah seumpama itu!

Ia turut membabitkan sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara selain kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

Menyedari ia belum cukup berkesan, Muhyiddin melanjutkan lagi perintah tersebut hingga 14 April ini.

Menyedari beban yang terpaksa ditanggung rakyat, terkini Muhyiddin semalam mengumumkan pula suntikan sebanyak RM250 billion dengan matlamat melindungi warga kita, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.
Penduduk, Mohalim Isman mengikuti pengumuman khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi, Prihatin Rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kampung Baru, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZILJumlah itu termasuk suntikan fiskal sebanyak RM22 bilion, jaminan kerajaan sebanyak RM55 bilion dan lain-lain inisiatif yang mencakupi lebih RM153 bilion.

Daripada keseluruhan jumlah tersebut, yang turut merangkumi RM20 billion yang telah diumumkan sebelum ini, hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2.0 bilion untuk mengukuhkan ekonomi negara.

Keikhlasan dan raut wajah beliau setiap kali bila mengumumkan keputusan-keputusan besar kerajaan itu dapat dirasai oleh kita semua. Walaupun adakalanya keputusan yang diambil sangat tegas bunyinya, namun Muhyiddin menyatakannya dalam intonasi yang cukup tenang dan penuh pujuk rayu. Persis kata-kata seorang datuk kepada cucunya, seorang ayah kepada anaknya.

Muhyiddin juga sempat berdoa memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus itu ketika menyampaikan Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung di televisyen dan media sosial hingga mengundang rasa sebak dalam kalangan rakyat Malaysia baru-baru ini.
Tuan Kamaruddin mengaminkan doa yang dibaca oleh Muhyiddin ketika mengumumkan lanjutan tempoh PKP.Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.

Dan mungkin antara ucapan beliau pada pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi, Prihatin Rakyat semalam ‘merumuskan’ curahan isi hatinya selama ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin“Negara kita sedang berperang dengan suatu kuasa yang tidak nampak di mata. Situasi yang kita hadapi ini adalah perkara yang pertama kali berlaku dalam sejarah. Saya menerima hakikat, saya hadir sebagai Perdana Menteri anda bukanlah pada saat-saat terbaik. Saya perlu berhadapan krisis politik, ekonomi dan kesihatan secara serentak. Situasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini memerlukan langkah yang tidak pernah dibuat.

“Jadi, abang-abang dan kakak-kakak yang saya kasihi serta anak-anak watan ini, sama ada anda Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan, Dusun, orang asal, tolonglah bersabar bersama-sama saya serta rakan-rakan dalam Kabinet dan kerajaan. Kami tidak sempurna tetapi kami cuba melakukan yang terbaik untuk keluar daripada krisis ini bersama.

“Walaupun kami bukan kerajaan yang anda undi tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini prihatin terhadap anda,” katanya penuh makna.

Ya, penuh makna! – Malaysia Gazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/kesungguhan-bekas-pesakit-kanser.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Minda Kena Kekal Positif Bekas Pesakit Positif Covid 19 Kongsi Cara Lawan Virus Itu

Minda Kena Kekal Positif Bekas Pesakit Positif Covid 19 Kongsi Cara Lawan Virus Itu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 388 hits
Pak Din telah disahkan positif Covid 19 pada 5 Mac lalu dan dikuarantin di Hospital Sungai Buloh demi mendapat rawatan kesihatan sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu beberapa hari lalu small Cover image via Facebook Ariffin Mamat sm...
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Cerita

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Cerita

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 217 hits
Menjadi seorang pesakit COVID 19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih lebih lagi sehingga kini belum ada vaksin yang mampu mencegah virus misteri itu Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Cerita
Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

Bekas Pesakit Covid 19 Kongsi Pengalaman Kepada Masyarakat

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 234 hits
Astro AwaniRosli Dahlan 58 yang juga seorang peguam tidak pernah menyangka beliau dijangkiti COVID 19 KUALA LUMPUR Menjadi seorang pesakit COVID 19 sudah tentu satu pengalaman yang sukar untuk digambarkan lebih lebih lagi sehingga kini belu...
Covid19 Perkongsian Bekas Pesakit Yang Dikuarantin Selama 11 Hari Kini Sembuh Sepenuhnya

Covid19 Perkongsian Bekas Pesakit Yang Dikuarantin Selama 11 Hari Kini Sembuh Sepenuhnya

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 369 hits
Assalamualaikum wbt Saya ingin berkongsi pengalaman tentang Convalescent Plasma donation yang baru saya lakukan siang tadi Semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua yang membaca Untuk pengetahuan anda saya bekas pesakit COVID 19 kes 46 S...
Tindakan Sebat Bukan Untuk Cederakan Sekadar Peringatan Tegas Bekas Ketua Polis Negara

Tindakan Sebat Bukan Untuk Cederakan Sekadar Peringatan Tegas Bekas Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 334 hits
Tindakan sebat bukan untuk cederakan sekadar peringatan tegas Bekas Ketua Polis NegaraSebat bukan untuk cederakan sekadar peringatan tegas Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Sebat bukan untuk cederakan sekadar peringatan tegas Mus...
Terkini Negara Catat 130 Kes Terbaru Covid 19 54 Pesakit Di Icu

Terkini Negara Catat 130 Kes Terbaru Covid 19 54 Pesakit Di Icu

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 245 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa sebanyak 130 kes positif baru dilaporkan setakat 27 Mac 2020 Menerusi sidang media yang dilakukan sebentar tadi pertambahan kes positif terbaru itu menjadikan juml...
Daftar Nama Mata Uang Negara Dunia Terbaru

Daftar Nama Mata Uang Negara Dunia Terbaru

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 278 hits
Setiap Negara di dunia pasti memiliki mata uang sendiri sendiri walaupun ada beberapa negara yang nama mata uangnya sama dengan mata uang negara lain meski nilainya berbeda ketika ditukar pada mata uang lainnya misalnya Amerika Serikat Sing...
Lebih 82 000 Kes As Negara Paling Tinggi Jangkitan Covid 19

Lebih 82 000 Kes As Negara Paling Tinggi Jangkitan Covid 19

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 241 hits
G20 salur dana AS 5 trilion secara global untuk perangi wabak 27 03 2020WASHINGTON 2 Syaaban 1441H Jumaat Amerika Syarikat mencatatkan kes paling tinggi jangkitan pandemik COVID 19 di seluruh dunia melepasi China dan Itali AFP melaporkan le...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025