Kesombongan Tun M Punca Ekonomi Malaysia Merosot Kata Dr Kee Ping




KUALA LUMPUR – Punca utama ekonomi Malaysia mengalami kemerosotan dan para pelabur kurang berminat ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) disebabkan sikap sombong kerajaan dan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.
Penganalisis Politik, Dr Hoo Kee Ping berkata, kerajaan ketika itu seolah-olah cuba mencetuskan ‘peperangan’ daripada segi ekonomi dengan kebanyakan negara kuasa besar dunia termasuk dengan India, China dan Amerika Syarikat (AS).
Dalam pada itu, Kee Ping memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan ramai pelabur asing enggan datang ke negara ini untuk melabur selama 22 bulan PH memerintah.
“Malah, walaupun ramai pelabur dari AS menarik pelaburan mereka dari negara China berjumlah lebih AS$20 bilion namun mereka tidak berani melabur di Malaysia.
“Sebaliknya mereka memilih negara lain seperti Vietnam dan Thailand serta lain-lain lagi kerana tidak yakin dengan cara pentadbiran kerajaan PH ketika itu. Itulah kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan dengan penuh kontroversi.
“Kalau dibandingkan antara kerajaan PH selama 22 bulan dengan Perikatan Nasional (PN), pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam bulan tanpa sebarang kontroversi adalah jauh bezanya.
“Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sama seperti pepatah Melayu diam, diam ubi berisi dan sentiasa menunaikan tanggungjawab membantu rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian berucap membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini.
Kee Ping turut memberi amaran kerajaan PN juga akan hancur berkecai, runtuh dan kalah besar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) jika mereka meminggirkan orang Melayu Islam dan masyarakat bumiputera selaku kaum majoriti seperti diamalkan PH selepas menang PRU-15 lalu.
Beliau berkata, satu lagi perkara penting perlu ditangani oleh kerajaan PN adalah untuk memastikan mereka meraih kemenangan besar dan mampu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.
Bagaimanapun, Kee Ping yakin PN mampu meraih kemenangan dalam PRN Sabah jika semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PN mampu bertolak ansur dalam pembahagian kerusi dan bekerjasama erat antara satu sama lain.
“Kalau Warisan (PH) kalah di Sabah ini tunjukkan pengundi akan pilih PN dalam PRU akan datang dan rakyat sudah menolak PH yang mengamalkan politik perkauman,” ujarnya.

#Sumber :  – MalaysiaGazette  

MR :  Sombong dan suka kencing rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/kesombongan-tun-m-punca-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelabur Terus Jual Ekuiti Ekonomi Malaysia Bermasalah

Pelabur Terus Jual Ekuiti Ekonomi Malaysia Bermasalah

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 202 hits
Pelabur asing terus menjual ekuiti Malaysia dalam tempoh 1 hingga 3 September 2020 dengan jualan bersih meningkat kepada RM558 juta daripada RM484 9 juta dalam tempoh 24 hingga 28 Ogos 2020 Ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed ...
Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

Tun Mahathir Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 408 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia hari ini Menurut Pejabat Perdana Menteri surat berkenaan telah dihantar kepada Yang di Pertuan Agong pada jam 1 tengah hari tadi Dr Mahathir d...
Fenomena Elnino Punca Bill Elektrik Melambung Kata Tnb

Fenomena Elnino Punca Bill Elektrik Melambung Kata Tnb

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 523 hits
Sejak beberapa hari ini menjadi bualan ramai di media sosial dan terdengar keluhan ramai orang yang memberitahu cas tarif elektrik yang naik mendadak secara tiba tida sedangkan penggunaanya sama seperti setiap bulan Pihak Tenaga Nasional Be...
Berdamailah Tun Anwar Demi Masa Depan Malaysia

Berdamailah Tun Anwar Demi Masa Depan Malaysia

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 330 hits
Ramai berpendapat bahawa masa hadapan Malaysia lebih terjamin jika tampuk pemerintahan dapat dipisahkan dari Umno BN Ini kerana parti tersebut telah terbukti gagal membawa Malaysia keluar dari belenggu rasuah nepotisme kronisme pembaziran p...
Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Untuk Capai Negara Maju

Malaysia Perlu Beralih Kepada Ekonomi Berasaskan Pengetahuan Untuk Capai Negara Maju

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 377 hits
Malaysia yang telah mencapai usia 63 tahun perlu meneruskan transformasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan bagi mencapai statusnya sebagai sebuah negara maju Ketua Pegawai Eksekutif Asia Pacific Investment Bank Chris Wang berkata pemba...
Anwar Berdendam Dengan Tun Mahathir Punca Tidak Bantu Calon Di Prk Slim

Anwar Berdendam Dengan Tun Mahathir Punca Tidak Bantu Calon Di Prk Slim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 503 hits
PEMIMPIN dari parti Tun Mahathir mengatakan perletakkan calon pejuang yang hanya berani menggunakan lambang pokok dalam PRK Slim tempohari bertujuan untuk memperkenalkan parti pejuang adalah bodoh Ini umpama menganiaya calon dari parti Tun ...
Why Deny The First Cj From East Malaysia The Tun Title

Why Deny The First Cj From East Malaysia The Tun Title

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 442 hits
The Malaysia First group congratulates all the recipients of awards honours and medals on the auspicious occasion of the birthday of the Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah including Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat ...
Dana Asing Keluar Ekonomi Malaysia Akan Merudum

Dana Asing Keluar Ekonomi Malaysia Akan Merudum

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 261 hits
Ahmad Muslim Minggu lepas Aliran keluar dana Asing adalah RM 370 Juta Kembali meningkat 3 Minggu lalu ada kemasukan RM 200 juta dana asing dilaporkan selepas itu kembali berlaku aliran keluar ini sudah 5 bulan berturut turut berlaku pengali...
Peminat Sukan Perlu Patuh Sop Covid 19 Kata Menteri

Peminat Sukan Perlu Patuh Sop Covid 19 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 237 hits
Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican mengingatkan semua pihak yang ingin menganjurkan acara sukan sepanjang pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan mendapatkan kebenaran daripada pejabat pesuruhjaya sukan KUALA LUM...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Many Malaysians At Risk Of Depression Says Dzulkefly

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord

Bufet Ramadan 2025 Sinar Ramadan Di I Dahlia Corner

Penerangan Jenis Jenis Hidung Manusia Dan Ciri Hidung Menarik

Dua Pilihan