Kesiannya Limpa Pecah Sebab Kena Dera Oleh Bapa Tiri Jadi Punca Budak Lima Tahun Meninggal




Mohamad Zazali Abdullah sedih kematian anak saudara, Muhammad Hafiz Abdullah, 5 tahun (gambar kecil).

Kecederaan berganda di kepala dan keadaan limpa yang pecah menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki lima tahun mangsa dera, yang dipercayai dilakukan oleh bapa tiri dan ibu kandungnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan, berkata keputusan itu diperoleh hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini.

“Jenazah mangsa telah diserahkan kepada anggota keluarga terdekat yang lain pada pukul 4.15 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Batu, Nenasi, Rompin,” katanya dalam satu kenyataan ringkas kepada media di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 4 petang semalam, mangsa Muhammad Hafiz Abdullah, 5, meninggal dunia ketika dibawa untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Rumbia, Pekan, dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya.

Osman dalam kenyataan sebelum ini berkata, pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan cedera disyaki akibat penderaan iaitu kesan lebam baharu di dada, kesan cucuhan api rokok di tapak kaki, bibir pecah, lebam sebelah mata kanan serta luka-luka kecil baharu di bahagian kening kanan.

Hasil siasatan awal yang dilakukan, bapa tiri mangsa yang tinggal di Kampung Batu Balik, Pekan dan seorang penoreh getah, mengaku ada memukul kanak-kanak itu pada hari kejadian.

Berikutan itu, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 25 Februari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang mati dipercayai didera, berasa terkilan kerana tidak sempat bertemu dan mengambil anak saudaranya itu semalam di rumah kanak-kanak itu di Kampung Batu Balik, Pekan kerana mempunyai urusan lain.

Mohamad Zazali Abdullah, 23, berkata dia memang rapat dengan kanak-kanak itu kerana sebelum kakaknya yang juga ibu mangsa, 25, berkahwin dengan bapa tiri mangsa, 54, dua beranak itu tinggal bersama keluarganya di Felda Chini.

“Saya tidak sangka dia tergamak melakukan perbuatan seperti itu (dera) terhadap mangsa. Biasanya, kalau dia (suspek) bercakap… boleh kalah ustaz, baik sangat dan saya tidak nampak yang dia boleh melakukan perbuatan seperti ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Katanya, suspek sebelum ini bekerja di ladang milik kerajaan negeri Pahang di Muadzam Shah, Rompin dan berpindah ke Kampung Batu Balik, selepas berkahwin dengan ibu mangsa kira-kira lima tahun lepas.

Jenazah kanak-kanak mangsa dera itu dituntut keluarga jam 4.10 petang tadi untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Batu, Nenasi, petang ini juga. – Bernama © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/02/kesiannya-limpa-pecah-sebab-kena-dera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kanak Kanak Lima Tahun Maut Di Dera Dek Bapa Tiri Di Pekan

Kanak Kanak Lima Tahun Maut Di Dera Dek Bapa Tiri Di Pekan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 423 hits
KUANTAN Kanak kanak berusia 5 tahun maut dipercayai akibat didera bapa tirinya di Kampung Padang Rumbia Pekan dekat sini semalam Mangsa Muhammad Hafiz Abdullah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Padang Rumb...
Kecederaan Berganda Limpa Pecah Punca Kematian Mangsa Dera

Kecederaan Berganda Limpa Pecah Punca Kematian Mangsa Dera

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 333 hits
21 Februari 2019 11 04 PM KUANTAN Kecederaan berganda di kepala dan keadaan limpa yang pecah menjadi punca kematian kanak kanak lelaki lima tahun mangsa dera yang dipercayai dilakukan
Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

Kesan Cucuh Api Rokok Di Tapak Kaki Mata Lebam Bibir Pecah Bagai Budak 5 Tahun Maut Mati Didera Ibu Dan Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 929 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Klinik Kesihatan Padang Rumbia Pekan petang semalam dipercayai menjadi mangsa dera bapa tiri dan ibunya Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata mangsa...
Bapa Tiri Ibu Kanak Kanak Mangsa Dera Ditahan

Bapa Tiri Ibu Kanak Kanak Mangsa Dera Ditahan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 320 hits
Bapa tiri ibu kanak kanak mangsa dera ditahan Dikemas kini 11 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 21 Feb 2019 8 51AM mi
Budak 11 Tahun Hampir Dinikahkan Bapa

Budak 11 Tahun Hampir Dinikahkan Bapa

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 375 hits
Seorang bapa yang ingin menikahkan anak perempuannya yang berusia 11 tahun gagal apabila diserbu pihak berkuasa Dalam kejadian di Taman Senangin Perai itu warganegara berketurunan Rohingya ingin menikahkan anaknya dengan seorang pemuda Rohi...
Bapa Tiri Ibu Dera Anak Sampai Mati Disambung Reman 7 Hari

Bapa Tiri Ibu Dera Anak Sampai Mati Disambung Reman 7 Hari

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 485 hits
KUANTAN Polis menyambung tahanan reman selama seminggu lagi ke atas pasangan suami isteri berusia 54 dan 25 tahun berhubung kes kematian kanak kanak yang meninggal dunia akibat didera Pada 21 Februari lalu polis menahan bapa tiri serta ibu ...
Budak 11 Tahun Dibunuh Kejam Di Pekan

Budak 11 Tahun Dibunuh Kejam Di Pekan

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 938 hits
Budak 11 Tahun Dibunuh Kejam di Pekan Pahang itulah berita yang menggemparkan negara kita pada hari ini Sungguh tragis apa yang telah berlaku kepada kanak kanak yang tidak berdosa ini Kanak Kanak 11 Tahun Dibunuh Kejam di Pekan Segalanya be...
Tragedi Budak Dua Tahun Tertusuk Pisau Dedah Kemiskinan Keluarga

Tragedi Budak Dua Tahun Tertusuk Pisau Dedah Kemiskinan Keluarga

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 980 hits
Gambar kenangan Nur Qaisara Medina Supian bersama ibu bapanya PARIT BUNTAR Tragedi menimpa seorang kanak kanak dua tahun yang maut tertusuk pisau di Parit Telok Pial Baroh Kuala Kurau di sini pagi semalam bukan saja memilukan tetapi turut m...
Nabil Mahir Dan Sarah Hildebrand Putus Selepas Lima Tahun Bercinta

Nabil Mahir Dan Sarah Hildebrand Putus Selepas Lima Tahun Bercinta

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 1070 hits
KUALA LUMPUR Pelakon dan pengacara Ahmad Nabil Ahmad Mahir 31 mengesahkan hubungan cintanya dengan Sarah Hilderbrand putus sejak dua minggu lalu Malah Nabil turut memadamkan gambarnya bersama Sarah atau nama penuhnya Nur Sarah Marie Hildebr...
Amir Given Economy Minister S Duties To Overhaul 13th Malaysia Plan

More Action Needed To Combat Vaping By Students

The Rise Of Film To Tv Adaptations Why Hollywood Keeps Revisiting The Big Screen

Koenigsegg Lancar Sadair S Spear Hypercar 1 625 Hp Dengan Bahan Api Mesra Alam

An Inspirational Birthday Wish That Has A Lasting Impression

Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Cakap Benci Rasuah Tapi Berdiam Diri Apabila Tindakan Antirasuah Diambil Pm Anwar

Kenapa Pilih Mosumart Design Untuk Semua Keperluan Cetakan Anda


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Berdengkur Kuat Bukan Perkara Biasa

Selamat Pagi Sabtu 28 Jun 2025

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

Tehran Umum Pengebumian Bersejarah 60 Korban Perang Termasuk Komander Saintis Nuklear