Kesian Kayden Baru Nak Membesar Dah Kena Tuduh Autisme Madammu Terkilan


Hati ibu mana yang tak tersentuh bila anak kecil jadi bahan spekulasi? Itulah yang diluahkan usahawan popular, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid, apabila segelintir netizen membuat andaian sendiri kononnya anak sulungnya, Ahmad Kayden, merupakan penghidap autisme.
Apa yang lebih mengejutkan, dakwaan tersebut dibuat semata-mata berdasarkan beberapa video perkembangan si kecil itu yang dikongsikan Madammu di media sosial.

“Kesian adik (Kayden), belum apa-apa lagi netizen dah diagnosis autisme. Doktor pun belum boleh diagnosis lagi autisme pada usia setahun dua ni,” luah Madammu menerusi video TikTok yang tular baru-baru ini.
Menurut Madammu, anaknya yang kini masih kecil sebenarnya sangat aktif dan responsif. Setiap kali dipanggil, Kayden memberi tindak balas dengan baik termasuk membuat eye contact salah satu perkembangan positif bagi bayi seusianya.
“Anak saya sangat beri respon, panggil nama terus datang, eye contact pun jelas. Tapi ada pula yang suka-suka hati buat andaian tanpa tahu fakta,” katanya lagi.
Pantau Perkembangan Anak, Bukan Main Tuduh Sebagai ibu bapa, Madammu dan suami tidak pernah ambil mudah soal kesihatan dan perkembangan Kayden. Mereka sentiasa mendapatkan nasihat doktor pakar bagi memastikan si kecil itu membesar dengan sihat dan mengikut perkembangan normal.
@bellanoir_8426 Netizen xrilex.semua nak jdi doktor pakar kew tu🤦🏻‍♀️
♬ original sound – Bella Noir Shop

“Setiap sebulan atau dua bulan, Kayden akan jumpa doktor pakar dia. Doktor tu pakar kanak-kanak, kata perkembangan Kayden on track dan sihat. Bayar doktor mahal-mahal, netizen pula senang-senang diagnosis autisme,” ujar Madammu sambil meluahkan rasa kecewa.
Sebagai ibu, Madammu turut memahami kegusaran sesetengah ibu bapa mengenai isu perkembangan anak, namun katanya, tidak adil untuk menjatuhkan label kepada seorang bayi yang masih kecil tanpa pemeriksaan dan pengesahan dari pakar perubatan.
Warganet Turut Sokong & Doakan Kayden Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet tampil memberikan sokongan moral kepada Madammu dan Kayden. Ramai ibu bapa turut berkongsi pengalaman anak masing-masing yang turut melalui fasa perkembangan berbeza-beza.

Malah, ramai yang berpendapat tindak balas Kayden adalah normal dan menyerupai bayi seusianya.
Ada juga yang menasihati Madammu supaya lebih berhati-hati berkongsi gambar atau video anak-anak di media sosial supaya terhindar daripada komen negatif atau spekulasi tidak berasas.
Madammu Yakin Kayden Membesar Sihat Madammu dalam masa sama tetap positif dan yakin Kayden akan terus membesar dengan sihat, ceria dan menjadi penyeri dalam hidup mereka suami isteri.
“Anak ni anugerah Allah, kita sebagai ibu bapa kena jaga, pantau dan beri yang terbaik. Biar doktor pakar yang nilai perkembangan, bukan netizen,” tegasnya.
Kita sebagai masyarakat juga perlu lebih peka dan berhenti membuat spekulasi yang boleh menyentuh hati ibu bapa lain. Sama-sama kita doakan Kayden dan semua anak-anak di luar sana membesar sihat, ceria dan dipermudahkan segala urusan mereka.
Jangan cepat ‘diagnose’, jangan mudah jatuhkan label. Anak-anak kecil sedang belajar mengenal dunia, beri mereka ruang dan masa.
Pa&Ma Kongsikan: Usia Sesuai Diagnosis Autisme Menurut pakar kanak-kanak, autisme atau gangguan spektrum autisme (ASD) biasanya hanya boleh dikenal pasti melalui penilaian pakar apabila kanak-kanak berusia minimum 18 bulan ke atas, malah kebanyakan kes dikesan sekitar usia 2 hingga 3 tahun.
Antara tanda awal yang perlu diperhatikan:
✅ Anak tidak menunjukkan eye contact langsung
✅ Tidak memberi respon bila nama dipanggil
✅ Tiada minat berinteraksi atau bermain dengan orang lain
✅ Kerap ulang perbuatan atau perkataan (stimming)
Namun ingat mak ayah, setiap anak berkembang mengikut fasa masing-masing. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa rujukan doktor pakar.
The post Kesian Kayden, Baru Nak Membesar Dah Kena Tuduh Autisme – Madammu Terkilan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kesian-kayden-baru-nak-membesar-dah-kena-tuduh-autisme-madammu-terkilan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mestilah Ribu Kalau 500 Ringgit I Nak Belanja Apa Madammu Dedah Perbelanjaan Cecah Rm600k Sebulan Netizen Terkelu

Mestilah Ribu Kalau 500 Ringgit I Nak Belanja Apa Madammu Dedah Perbelanjaan Cecah Rm600k Sebulan Netizen Terkelu

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 300 hits
Pempengaruh dan usahawan dikenali sebagai Madammu membuatkan ramai netizen terkelu apabila dia memberitahu jumlah perbelanjaan bulanannya Menerusi siaran langsung di TikTok Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri Abd Rashid menjawab soa...
Doakan Saya Kuat Dengan Imej Ni Kilafairy Baru Sedar Susah Nak Kekal Istiqamah Masih Mahu Bertudung

Doakan Saya Kuat Dengan Imej Ni Kilafairy Baru Sedar Susah Nak Kekal Istiqamah Masih Mahu Bertudung

papar berkaitan - pada 12/7/2025 - jumlah : 277 hits
Sebelum ini hantaran pelakon Kilafairy mengenai dirinya terdetik untuk membuka tudung dan mengakui susah untuk kekal istiqamah sememangnya membuatkan ramai pihak berasa terkejut Baru sedar susahnya untuk kekal istiqamah Sedar meraih perhati...
Jkom Dan Team Baru Harus Cepat Menjelaskan Kesian Om Anwar Baca Sedikit Komen

Jkom Dan Team Baru Harus Cepat Menjelaskan Kesian Om Anwar Baca Sedikit Komen

papar berkaitan - pada 13/7/2025 - jumlah : 174 hits
Hamdan TahaRupa rupanya rancangan PMO untuk lantik Terri sebagai Hakim Besar Malaya sudah wujud sejak tahun lepas Pada 29 Februari 2024 jawatan Hakim Besar Malaya telah kosong selepas penyandangnya bersara wajib JAC pun telah memilih dan me...
Macam Mana Nak Install Webapplet Avant Window Navigator

Macam Mana Nak Install Webapplet Avant Window Navigator

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 222 hits
WebApplet WebApplet digunakan untuk melayari intenet dengan cara paling simple n stylo Dengan benda ni korang boleh browsing Facebook Twitter Brightkite Digg FriendFeed Meebo Pandora Ping FM dan RTM macam korang ada iPhone kat tangan Mula m...
Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

Kalau Nak Tarik Tolonglah Lepas Anak Besar Ngeri Ibu Ini Kongsi Detik Cemas Dalam Kapal Terbang Batik Air

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 354 hits
Sebuah pesawat Batik Air nyaris mengalami nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada Sabtu selepas cuaca buruk melanda kawasan tersebut Pesawat jenis Boeing 737 dengan nombor pendaftaran PK LDJ itu dilaporkan...
Anak Bersama Mawar Karim Didakwa Disisihkan Fizo Omar Tampil Beri Respon Saya Tak Nak

Anak Bersama Mawar Karim Didakwa Disisihkan Fizo Omar Tampil Beri Respon Saya Tak Nak

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 313 hits
Pelakon dan pengacara Fizo Omar tampil memberikan respon mengenai insiden anak sulungnya Wan Maryam yang didakwa terpinggir dan disisihkan berbanding adik beradiknya yang lain Ujar Fizo dia merasakan tiada keperluan baginya untuk membuat ke...
Tapi Untuk Polis Lain Pulak Nak Jaga Ketenteraman Awam Lain

Tapi Untuk Polis Lain Pulak Nak Jaga Ketenteraman Awam Lain

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 245 hits
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengisytiharkan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak berperlembagaan yang secara langsung menghapuskan keperluan untuk penganjur memberikan notis lima hari kepada pihak berkuasa K...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Senarai Agensi Utc Pasir Gudang Waktu Operasi Nombor Telefon

Sarapan Pagi Sabtu Bersama Anak Anak

Jjcm Sarapan Pagi Di Warung Ngarai

Macam Mana Filem Ni Boleh Dapat Nama Badak Pengarah Dah Jelaskan

Lunch Di Ary Nasi Buluh Melaka

Lirik Lagu Terbaru 2025 Hanya 1 Jalan