Kesian Anak Bini Abang Ditinggalkan Camni Adik Temui Abangnya Gantung Diri
Seorang lelaki ditemui mati tergantung di pondok kebun di Kampung Melaban, Kota Samarahan, semalam, lapor Harian Metro.
Mayat lelaki berusia 33 tahun itu ditemui oleh adiknya sendiri pada jam 6:00 pagi selepas ternampak motosikal milik mangsa yang diletakkan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tergantung sebelum adiknya bergegas masuk ke kawasan semak itu dan memotong tali yang terikat pada leher mangsa yang kemudian dibaringkan di atas tanah.
"Adiknya yang melihat darah keluar dari hidung mangsa terus memanggil ahli keluarga lain yang turut mengikutnya mencari mangsa sejak jam 4:00 pagi termasuk isteri mangsa.
"Isteri mangsa juga menemui sepucuk surat yang dipercayai ditulis oleh suaminya yang ditemui di tepi beg sandang dipakai mangsa," katanya.
Menurut isteri mangsa berusia 31 tahun, ibunya ada memaklumkan bahawa suaminya keluar menaiki motosikal pada jam 12:30 tengah hari
Difahamkan, mangsa sudah enam bulan tidak bekerja dan kali terakhir mangsa bekerja dengan sebuah syarikat dari luar negara di pelajar minyak.
Di waktu petang, si isteri ada cuba menghubungi suaminya melalui WhatsApp tetapi tidak dibalas menyebabkan isterinya risau lalu menghubungi rakannya untuk bertanya keberadaan suaminya. Tetapi tiada sesiapa yang tahu di mana mangsa berada.
Jam 4:00 pagi, wanita itu bersama dengan keluarga membuat keputusan untuk keluar mencari mangsa sebelum menemui mangsa dalam keadaan lehernya tergantung dengan tali di tepi jendela dalam pondok kebun
Pemeriksaan polis tidak menemui sebarang kesan pergelutan selain kesan jerutan di leher mangsa. Barangan peribadi mangsa juga masih ada bersama.
Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Menurut adik kepada mangsa, abangnya selalu menyendiri dan kurang bergaul dengan orang. Katanya, mangsa sebelum ini pernah memberitahu mahu pergi ke kawasan Kampung Melaban untuk mengambil paku pakis.
Adiknya juga meluahkan rasa sedih akan kehilangan abangnya itu di Facebook.
"Macam tak percaya, abang dah tak ada. Malam Sabtu lalu kita baru bertemu, bersembang, minum, bergurau bagai. Kalau saya ada buat salah selama ini, bercakap kasar, saya minta ampun.
"Tiada lagi yang akan membimbing saya. Kini abang dah telah pergi. Kasihan anak dan isteri abang ditinggalkan begini.
"Dari malam sampai ke pagi kami mencari abang. Ketika ditemui, abang pun dah tiada. Seksanya abang. Selamat tinggal abang," luah adiknya.
Sumber: Harian Metro, Lesley
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://penlawak.blogspot.com/2019/04/kesian-anak-bini-abang-ditinggalkan.html