Kesetaraan Gender Perangkap Baru Liberalisme



AGAK mengejutkan apabila ada gerakan Islam yang mendukung penuh konsep kesetaraan gender. Kononnya kerana ia telah diangkat menjadi kayu ukur dalam SDG. Menganggap bahawa intipati kesetaraan gender hanyalah pemerkasaan wanita. Mereka tidak sedar bahawa CEDAW merupakan suatu alat bagi Barat mengukuhkan cengkamannya terhadap dunia.
Terdapat segolongan cendekiawan yang telah menjadi jurubicara dalam memperjuangkan kesetaraan gender dalam dunia Islam, yang ingin agar ketidakseimbangan kuasa di antara lelaki dan manita dihapuskan. Mereka tidak sedar bahawa perkara ini boleh membawa kepada penyingkiran Shariah dalam kehidupan muslim dan juga sebenarnya mengarah kepada keruntuhan institusi keluarga.
Golongan feminis melihat bahawa kepimpinan lelaki dalam rumah tangga merupakan suatu ketidakadilan. Kerana itu tidak boleh ada dominasi tetapi sebaliknya mestilah kuasa yang sama rata di antara lelaki dan perempuan. Fokus yang sepatutnya diarahkan kepada bagaimana membina keluarga yang harmoni, bahagia dengan setiap pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan baik, dengan saling melengkapi dan saling membantu, sebaliknya menjadi medan untuk memperebutkan kuasa, siapa atau tiada siapa yang sepatutnya menjadi ketua rumah tangga.
Golongan feminis bertitik tolak daripada andaian bahawa terdapat perbezaan antara sex (jantina) dengan gender. Jantina sesuatu yang semula jadi, sedangkan gender tidak, ia adalah socially imposed kepada jantina tertentu. Kerana itu peranan dan tanggungjawab lelaki dan perempuan adalah produk budaya. Mereka juga mangatakan bahawa equality adalah matlamat dan equity adalah wasilah, oleh yang demikian mesti diwujudkan kesaksamaan. Mesti disamakan, tidak boleh ada kelebihan bagi lelaki.
Ketika orang Islam mengikut cara berfikir seperti ini tidak secara langsung mereka juga bersetuju bahawa oleh kerana gender adalah social contruct (ciptaan masyarakat), dan kerananya tidak mengikat, boleh jadi seseorang itu berjantina lelaki tetapi memiliki gender perempuan, maka ‘kesilapan’ ini dapat diperbetulkan dengan menukar jantinanya kerana merasa dirinya tidak sesuai dengan jantina yang dimilikinya.
Ketika Malaysia berada di tempat ke-104 dalam indeks jurang perbezaan gender, berbanding New Zealand (6) dan Singapura (54), kerana itu Malaysia dilihat perlu merapatkan jurang perbezaan gender, mąką jelas bahawa kayu ukur Barat ini ternyata memerangkap dunia Islam untuk mengikuti acuan Barat dalam konsep gender. Selagi perempuan tidak menyamai jumlah lelaki dalam membuat keputusan pada semua peringkat maka kesetaraan dan pemerkasaan wanita belum mencapai matlamatnya.
Golongan ini juga merombak ayat-ayat al-Quran yang menegaskan kedudukan lelaki yang lebih tinggi berbanding wanita. Istilah Qawamah hanya ditafsirkan sebagai melindungi, membela, menjaga, memelihara, tidak lagi bermakna memimpin dan menjadi ketua rumah tangga. Ketaatan isteri kepada suami menjadi tidak relevan lagi walaupun di dałam Shariah Islam ia adalah suatu kewajipan.
Gerakan Islam ini memilih slogan wanita progresif. Mereka menjadikan CEDAW dan pemerkasaan wanita sebagai agenda mereka dan secara tidak langsung rela menjadi agen liberalisme Barat bagi memperjuangkan gender equality (kesetaraan gender) di dunia Islam. Malang sekali apabila konsep keadilan di dalam al-Quran kononnya dijadikan sandaran akan tetapi dalam masa yang sama kerangka sekular dan liberal dalam gender equality diperjuangkan.
Untuk makluman sejak tahun 1995 Malaysia yang telah menandatangani perjanjian CEDAW dengan beberapa reservasi, atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak bersesuaian dengan hukum Syara’. Namun sehingga kini Malaysia terus ditekan agar menerima keseluruhan tuntutan CEDAW. Kalau Malaysia tidak menerima dan tidak mengamalkannya ini bermakna Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap kaum wanita.
Dalam Islam keadilan tidak sama dengan kesamarataan. Oleh kerana lelaki dan wanita mempunyai fitrah yang berbeza maka Islam menetapkan peranan dan tanggungjawab yang juga berbeza. Sebaliknya egalitarianisme menolak wujudnya perbezaan ini dan ingin agar keduanya disamaratakan. Menyamakan dua perkara yang berbeza adalah suatu kezaliman, sama dengan membezakan dua perkara yang sama.
Prof Madya Dr Khalif Muammar A Harris
Pengarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS)
The post Kesetaraan gender perangkap baru liberalisme appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/04/15/kesetaraan-gender-perangkap-baru-liberalisme/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ethereum Mencapai Rekod Baru 2 150 Setelah Pengumuman Visa Untuk Menerima Pembayaran Kripto Di Rangkaiannya

Ethereum Mencapai Rekod Baru 2 150 Setelah Pengumuman Visa Untuk Menerima Pembayaran Kripto Di Rangkaiannya

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 231 hits
Pengumuman Visa bahawa syarikat akan bersetuju untuk menggunakan Ethereum untuk transaksi di rangkaian pembayarannya adalah petunjuk utama bahawa industri kewangan arus perdana merangkumi mata wang maya Keputusan Visa adalah pertama kalinya...
Tidak Pernah Beri Arahan Tampal Syarat Baru

Tidak Pernah Beri Arahan Tampal Syarat Baru

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 283 hits
PETALING JAYA Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras mengesahkan surat arahan berkenaan permohonan rentas negeri yang tular di laman sosial telah ditampal di salah sebuah balai di bawah pentadbiran IPD berkenaan Ketua Polis Daerah Cheras Asisten K...
Pengambilan Pelajar Baru Mahsa University 2021 Bagi Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Mohon Sekarang

Pengambilan Pelajar Baru Mahsa University 2021 Bagi Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Mohon Sekarang

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 575 hits
PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAHSA UNIVERSITY 2021Berminat Untuk Masuk Belajar Diploma atau Ijazah Guna TRIAL SPM STPM Keputusan SPM STPM MATRIKULASI A LEVEL Sebenar untuk kemasukkan 2021 bagi MAHSA University Mohon Segera Tempat Terhad Cepat B...
Program Perantisan Perkeso Pemerkasa Permohonan Insentif Perantis Baru Rm800

Program Perantisan Perkeso Pemerkasa Permohonan Insentif Perantis Baru Rm800

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 415 hits
PROGRAM PERANTISAN PERKESO PEMERKASA PERMOHONAN INSENTIF PERANTIS BARU RM800 Kepada belia yang tidak mempunyai pekerjaan anda disarankan untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat...
Anak Muntah Cirit Birit Sampai 2 Minggu Baru Tahu Kuman Ini Penyebabnya

Anak Muntah Cirit Birit Sampai 2 Minggu Baru Tahu Kuman Ini Penyebabnya

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 170 hits
Sekiranya anda perhatikan anak kecil muntah atau cirit birit mesti ada sesuatu yang tak kena Kebanyakan daripada kita akan menganggap mungkin tak serasi dengan susu yang anak minum Sedangkan ada lagi punca lain yang ramai tak tahu Seperti p...
Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh

Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 775 hits
Lokasi Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh Alamat 732 Jalan 1b 4 Bandar Baru Sungai Buloh 47000 Sungai Buloh Selangor Masa Lawatan Tidak diketahui Tarikh Lawatan 06 April 2021 Taman Tasik Bandar Baru Sungai Buloh menjadi lokasi persinggaha...
Aturan Baru Resmi Diteken Ini 14 Tempat Usaha Yang Wajib Bayar Royalti Jika Memutar Lagu

Aturan Baru Resmi Diteken Ini 14 Tempat Usaha Yang Wajib Bayar Royalti Jika Memutar Lagu

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 242 hits
Diharapkan bisa melindungi dan menyejahterakan musisi kini kafe supermarket restoran dan usaha lainnya tak lagi memutar lagu secara gratis
Mungkin Umno Perlu Kalah Kali Kedua Baru Hilang Ego

Mungkin Umno Perlu Kalah Kali Kedua Baru Hilang Ego

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 383 hits
ismaweb netMN hanya retorik ibarat hancur kerana kepentingan individuOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 23 Syaaban 1442H Isnin Pengundi akan menolak UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 15 sekiranya parti itu mendahulukan kepentingan peribadi tan...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas

Acara Harith Iskander Di Dewan Filharmonik Petronas Dibatal