Anak Muntah Cirit Birit Sampai 2 Minggu Baru Tahu Kuman Ini Penyebabnya


Sekiranya anda perhatikan anak kecil muntah atau cirit birit, mesti ada sesuatu yang tak kena. Kebanyakan daripada kita akan menganggap mungkin tak serasi dengan susu yang anak minum.
Sedangkan ada lagi punca lain yang ramai tak tahu. Seperti perkongsian seorang ibu, Aisyah Hussain, kejadian yang berlaku pada anak lelakinya ini perlu dijadikan peringatan bersama jika anak muntah dan cirit birit dalam jangka masa lama.
Ibu jangan ambil mudah bila anak cirit birit dan muntah!
Muhammad Aisy Syafi’i atau panggilan manjanya si tembun ni masuk hospital sebabkan cirit birit dan muntah-muntah. Tapi 2 minggu sebelum tu memang dia dah start cirit birit dan muntah-muntah. Jadi mak ingat biasa je la dengan harapan akan baik 2 3 hari selepas tu.
Tapi cirit birit dan muntah tu berlarutan sampai 2 minggu. Kalau ikutkan lepas seminggu mak ada bawak hospital, doktor dah cek, ambil darah, dia kata tak ada apa dan suruh balik. Bagaimanapun minggu seterusnya masih lagi tak berhenti.
Mak mana yang tahan tengok anak macam tu, terus mak bawak ke hospital ditambah pernafasan laju. Alahai baru 4 bulan kan, takut sangat mak ni. Kesian tengok dia, tapi tengok dia macam orang tak sakit, minum macam biasa, muka ok, bawah mata tak hitam, aktif semua ok. Mak tak jangka pulak rupanya penyakit tu serius tau.

Simptom-simptom kat rumah yang mak nampak, demam tinggi 39 tak turun, cirit birit yang kerap, tak sampai setengah jam dah cirit, pampers jangan cakap la tak sampai seminggu dah habis, najis dia mula-mula warna oren plus cair of coz cirit birit kan, then after 2 week najis tu bertukar jadi warna hijau, bukan mak kau hijau eh.
Najis tu pulak bau dia alamak, bau macam bangkai. Seram mak ha. Ingat sebab susu dia. Jadi kalau anak-anak cirit birit najis dah bau macam bangkai refer la ke hospital ye..
Masa dekat hospital check darah semua ok. Terpaksa bagi nap dekat si tembun ni sebab nafasnya laju.
Kalau nak tahu dah dekat sebulan anak cirit birit. Mula-mula masuk wad biasa dan selepas tu dipindahkan ke bilik kuarantin pula. Ini kerana cirit birit ni boleh berjangkit dan sebab itu kena asingkan.

Hari pertama dan kedua masih cirit macam biasa, hari ke 3 dah mula ada darah. Mak dah takut..Apabila doktor datang check, mak cerita la yang najis dia dah ada spot darah. Terus doktor ambil sample najis.
Hari ke 4 pagi tu mak relaks lagi, doktor check boleh senyum lagi sebab result tak keluar lagi kan, masuk tengah hari terus doktor datang bawak result, dup dap dup dap, puan anak puan ni kena jangkitan salmonella.
Masa tu muka bersahaja lagi sebab tak tau tu apa yang sebenarnya. Bila doktor terangkan salmonella tu apa baru gelabah menitik air mata. Part yang boleh menitik air mata tu sebab mak lambat bawa pergi hospital. Sebenarnya doktor cakap salmonella ni boleh rosakkan buah pinggang dan paling takut boleh bawa mati. Masa ni air mata dah merambu keluar. Takut yak mat..
Sebenarnya doktor ada cakap nak ambil air tulang belakang, tapi tak ingat dah hari ke berapa nak tengok sama ada kuman tu sampai kat otak ke tidak, tapi disebabkan si tembun ni ada perubahan, doktor batalkan.
Mula la anak mak ni bertarung dengan jarum ..boleh dikatakan hari-hari kena cucuk. Jarum asyik tercabut je. 11 hari kat hospital, 20 kali pasang jarum baru. Kita yang besar ni tak tahan, bayi apatah lagi.

Sebenarnya jika ibu bapa nak tahu, salmonella ni berpunca dari persekitaran contoh macam kita terpegang daging, ayam, sayur atau ikan mentah. Lepas tu kita terus pegang anak.
Dari situ kuman tu boleh berjangkit pada anak, atau pun kita nak buat susu anak. Sebelum tu ada terpegang yang mentah-mentah tu terus kita buat susu. Dekat situ pun boleh berjangkit, salah satu sebab lagi botol susu tak direbus. Doktor sarankan beli 6 botol susu untuk anak, bila habis pakai, tukar botol lain.
Kenal apa tu kuman salmonella
Salmonella adalah istilah yang merujuk kepada kelompok beberapa jenis bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan Salmonella (salmonellosis) di saluran pencernaan.
Menurut WHO, Salmonella merupakan salah satu penyebab utama keracunan makanan di dunia.
Kredit: Public Health Malaysia Tanda-tanda terkena jangkitan kuman salmonella ni ialah mual, cirit birit, perut cramp, badan menggigil, demam dan darah pada najis. Kalau ada tanda-tanda ni ibu-ibu tolong alert ye.
Lepas 9 hari on antibiotik sekali lagi doktor ambil najis untuk pastikan kuman ada lagi ke tidak dan akhirnya hari ke 10 result dah negatif. Mak lega sangat. Hari ke-11 dah discharge. Berkampung la mak kat hospital 11 hari.
Bagi ibu yang ada anak kecil kena sentiasa peka dan mesti lebih sensitif. Salmonella ni sangat bahaya untuk bayi. Kena basuh tangan selalu, pegang apa pun sebelum pegang bayi mesti basuh tangan.
Kredit: Aisyah Hussain

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Anak Muntah & Cirit Birit Sampai 2 Minggu. Baru Tahu Kuman Ini Penyebabnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-muntah-cirit-birit-sampai-2-minggu-baru-tahu-kuman-ini-penyebabnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

Hiburan Sedar Diri Dah Makin Lanjut Usia Mona Allen Belum Sedia Timang Anak Tahun Depan Baru Boleh Fikir

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 403 hits
Pelakon Mona Allen mengakui dia sering kali diajukan dengan soalan mengenai bilakah akan menimang cahaya mata namun bagi dirinya dia masih belum terfikir untuk memiliki anak dalam masa terdekat ini View this post on InstagramAdvertisementMo...
Usia 1 2 Tahun Anak Nampak Tangga Terus Panjat Bagus Tu Skil Baru Perkembangannya

Usia 1 2 Tahun Anak Nampak Tangga Terus Panjat Bagus Tu Skil Baru Perkembangannya

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 389 hits
Anak kecil pantang tengok tangga grill pintu atau sofa suka sangat MEMANJAT Jika tak perasan tahu tahu dah selamat memanjatnya Kita pula yang risau Ingat kalau anak kita dah masuk umur 1 hingga 2 tahun JANGAN terkejut mereka dah mula suka m...
Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu Suami Kena Tahu Sebabnya

Baru Kahwin Dua Minggu Tapi Isteri Hamil Tiga Minggu Suami Kena Tahu Sebabnya

papar berkaitan - pada 15/4/2021 - jumlah : 441 hits
Baru kahwin dua minggu tapi bila check si isteri dah mengandung tiga minggu para suami jangan salah faham kemudian terus cop sang isteri curang pula Hal ini sering kali membuatkan para suami mensyaki sang isteri mendustai diri mereka walhal...
Tak Kisah Boy Atau Girl Seronok Layan Permintaan Isteri Issey Anak Teruja Nak Sambut Ahli Baru

Tak Kisah Boy Atau Girl Seronok Layan Permintaan Isteri Issey Anak Teruja Nak Sambut Ahli Baru

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 365 hits
Bakal menerima kelahiran cahaya mata sulungnya sekitar bulan Ogos nanti pelawak dan penyampai radio Issey memaklumkan keadaan isterinya yang kini hamil empat bulan itu berada dalam keadaan baik dan sihat Namun kata Issey menerusi satu petik...
Hiburan Tiada Rezeki Syatilla Melvin Keguguran Anak Ketiga Di Usia Lapan Minggu

Hiburan Tiada Rezeki Syatilla Melvin Keguguran Anak Ketiga Di Usia Lapan Minggu

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 236 hits
Pelakon Syatilla Melvin dilaporkan telah menerima berita duka apabila dia disahkan keguguran anak ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu View this post on InstagramAdvertisementMenganggap ianya bukan rezeki Syatilla atau nama sebenarn...
Masyaallah Comelnya Fatima Usia Baru Cecah 6 Bulan Anak Fazura Dah Dapat Cek Pertama

Masyaallah Comelnya Fatima Usia Baru Cecah 6 Bulan Anak Fazura Dah Dapat Cek Pertama

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 298 hits
Fatima je yang boleh tarik rambut saya sambil saya ketawa Demikian antara perkongsian aktres jelita Nur Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin tentang puteri kesayangannya Nur Fatima Aisya yang kini sudah mencecah usia enam bula...
Kusyuknya Sampai Pejam Mata Baru Setahun Lebih Gelagat Anak Anzalna Nasir Berzikir Buat Warganet Naik Geram

Kusyuknya Sampai Pejam Mata Baru Setahun Lebih Gelagat Anak Anzalna Nasir Berzikir Buat Warganet Naik Geram

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 275 hits
Mak ayah mana yang tidak rasa terharu dan gembira bila mana anak kecilnya menunjukkan sifat mulia lebih lebih lagi bila pandai mengalunkan kalimah suci Allah Pelakon Anzalna Nasir turut terharu dengan perkembangan anak sulungnya Mohammad Ei...
Tak Bermaya Muntah Terminum Cecair Beracun Jauhkan Dari Anak Ini Tindakan Pantas Mak Ayah Boleh Lakukan

Tak Bermaya Muntah Terminum Cecair Beracun Jauhkan Dari Anak Ini Tindakan Pantas Mak Ayah Boleh Lakukan

papar berkaitan - pada 14/4/2021 - jumlah : 239 hits
Malang tidak berbau Adakalanya tanpa kita sedari dan sedikit terleka anak anak mudah berdepan dengan pelbagai benda disekeliling mereka yang boleh mencederakan mereka Minyak atau cecair yang mengandungi pelbagai bahan terlarang yang berada ...
Awani Ringkas Fbm Klci Dijangka Tinggi Minggu Ini Iran Dakwa Israel Punca Insiden Di Natanz

Awani Ringkas Fbm Klci Dijangka Tinggi Minggu Ini Iran Dakwa Israel Punca Insiden Di Natanz

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 239 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER https twitter com 501Awani INSTAGRAM htt...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life