Kesepian Seorang Ibu Di Aidilfitri


Normah Suhor memasang pelita raya di halaman rumahnya di Kampung Kuala Talang, Tanjung Ipoh. NSTP/AMRAN YAHYA.
Oleh Amran Yahya
[email protected]

KUALA PILAH: "Pelita raya tetap dipasang biarpun Aidilfitri tahun ini saya keseorangan di rumah tanpa anak dan cucu," kata warga emas Normah Suhor, 77.

Normah ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Talang, Tanjung Ipoh dekat sini berkata, dia berhasrat menyambut Aidilfitri tahun ini bersama empat anak, 10 cucu dan dua cicitnya, namun hajatnya itu tidak kesampaian apabila kesemua mereka yang menetap di Kuala Lumpur tidak dapat pulang berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Normah berkata, menjadi amalan keluarganya pada setiap pertengahan Ramadan, kesemua anak dan cucu akan pulang untuk sama-sama bergotong royong memasang pelita raya di sekeliling rumah.


"Sejak dulu itulah tradisi keluarga kami. Apabila terpasangnya pelita raya, maksudnya sudah di pertengahan Ramadan dan ketika itu jugalah semua anak-anak serta cucu akan pulang ke kampung untuk berbuka puasa bersama sambil memasang pelita raya.

"Jiwa akan tenang dan gembira apabila melihat anak dan cucu berlari-lari bermain bunga api di halaman rumah.

"Namun, semua itu tiada tahun ini, kesemua anak-anak sudah maklumkan mereka tidak dapat pulang menyambut Aidilfitri di kampung," katanya.

Kata Normah, sehingga kini lebih dua bulan kesemua anak tidak dapat pulang menjenguknya di kampung semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

"Arwah suami meninggal kira-kira lima tahun lalu dan sejak itu saya tinggal sendirian di rumah kerana anak-anak bekerja di Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, menjelang hujung minggu dan cuti umum, anak-anak akan pulang menjenguk saya di kampung secara bergilir-gilir tetapi kali ini mereka tidak dapat berbuat demikian.

"Ada juga antara mereka yang berhasrat untuk pulang namun saya menasihatkan agar tidak perlu berbuat demikian kerana membahayakan diri sendiri," katanya.

Kata Normah, selain memasang pelita raya, membakar lemang juga merupakan tradisi keluarganya setiap menjelang hari raya.

"Kelapa untuk santan lemang telahpun saya sediakan sejak awal Mei lalu namun setelah arahan PKP disambung, hasrat untuk membakar lemang terpaksa dibatalkan.

"Biarlah tidak membakar lemang asalkan saya tidak sayu mengenangkan anak-anak, cucu serta cicit di perantauan," katanya.

Difahamkan kakak sulong Normah, Noraini, 79, yang tinggal berhampiran rumahnya juga menyambut Aidilfitri bersendirian kerana kesemua anaknya yang kini menetap di luar Negeri Sembilan tidak dapat pulang ke kampung disebabkan PKP.

Kredit BH Online

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/kesepian-seorang-ibu-di-aidilfitri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hati Seorang Ibu

Hati Seorang Ibu

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 895 hits
Sempena Hari Ibu RTM akan menyiarkan telefilem Hati Seorang Ibu pada Jumaat ini 8 Mei 2020 pukul 9 30 malam di TV2 JUDUL HATI SEORANG IBUWAKTU SIARAN Jumaat 8 Mei 2020 9 30 malam SIARAN TV TV2 PENGARAH PRODUKSI PELAKON Mimi Ernida Adam Shah...
Curi Motor Seorang Ibu Rumah Tangga Di Garut Dicokok Polisi

Curi Motor Seorang Ibu Rumah Tangga Di Garut Dicokok Polisi

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 375 hits
Ia menyebut aksi tersebut berlangsung cepat Diduga pelaku tidak kesulitan melakukan aksi pencurian karena kunci kendaraan menggantung Sehingga dengan mudah membawa motor curian tersebut
Miris Lockdown Dan Pembatasan Transportasi Seorang Ibu Harus Jalan Kaki 160 Km Setelah Melahirkan

Miris Lockdown Dan Pembatasan Transportasi Seorang Ibu Harus Jalan Kaki 160 Km Setelah Melahirkan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 255 hits
Keluarga India ini tak bisa lagi bekerja dan harus kembali ke kampung halaman bersama keluarga tanpa uang
Langgar Arahan Pkpb Ziarah Aidilfitri Enam Sahabat Dikompaun Rm1000 Setiap Seorang

Langgar Arahan Pkpb Ziarah Aidilfitri Enam Sahabat Dikompaun Rm1000 Setiap Seorang

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 470 hits
Kegembiraan enam sahabat menyambut Aidilfitri di sebuah rumah dekat Penaga di sini membawa padah apabila mereka dikompaun kerana mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Kompaun RM1 000 setiap seorang itu dikeluarkan selepas polis ...
Seorang Ibu Tunggal 3 Tahun Duduk Dengan 2 Anak Tak Ada Api Air

Seorang Ibu Tunggal 3 Tahun Duduk Dengan 2 Anak Tak Ada Api Air

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 429 hits
Seorang Ibu Tunggal 3 tahun duduk dengan 2 Anak Tak Ada Api AirrePublish Berita Terkini MalaysiaSeorang Ibu Tunggal 3 tahun duduk dengan 2 Anak Tak Ada Api Air Medium perkongsian sosial berbentuk media Artikel adalah percuma untuk diulang s...
Muhyiddin Pilih Bait Lagu Ahmad Jais Titip Ucapan Aidilfitri Kepada Rakyat

Muhyiddin Pilih Bait Lagu Ahmad Jais Titip Ucapan Aidilfitri Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 606 hits
Bait bait lagu raya malar segar dendangan allahyarham Ahmad Jais berjudul selamat Selamat Hari Raya menjadi pilihan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika menitipkan ucapan hari raya buat semua rakyat Malaysia yang akan disambut esok Dalam...
Raikan Aidilfitri Dengan Keluarga Di Rumah

Raikan Aidilfitri Dengan Keluarga Di Rumah

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 410 hits
RAIKANLAH Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan keluarga di rumah masing masing kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Beliau berkata jika sebelum ini masyarakat biasa dengan perayaan secara terbuka tetapi tahun in...
Pm Seru Umat Islam Patuhi Sop Solat Jemaah Aidilfitri

Pm Seru Umat Islam Patuhi Sop Solat Jemaah Aidilfitri

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 554 hits
SHAH ALAM 23 MEI Perdana Menteri mengingatkan umat Islam yang dibenarkan solat berjemaah dan solat sunat Aidilfitri esok agar mematuhi tatacara operasi piawai ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Tan Sri Muhyiddin Yasin berka...
Isu Blog Pening Dengan Masalah Failed To Follow Boleh Cuba Cara Ini

Beng Hock S Family Insists On Justice After Dap Bow

Eyes In The Sky Strengthening Malaysia S Defence With Ai And Drones

Where Would You Be Having Your Next Meal

5 Petua Kurangkan Gula Dalam Masakan Harian

Cara Semak Gula Dalam Darah Di Rumah

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bercuti Di Pulau Pemanggil Johor

Infakkan Ke Akaun Masjid Al Taqwa Keningau

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Surat Seorang Ayah Buat Puterinya Tercinta

Aktiviti Sesi Libat Urus Kajian Semakan Semula Perundangan E Dagang Ppim 17 07 2025

Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique