Kesatuan Ulama Dunia Bimbang Laporan Tiga Bakal Dipancung


ISMA WEBIUMS ajak komuniti dunia adakan bantahan, gesa Arab Saudi, Mesir, UAE bebaskan ulama yang ditahan kerana bercakap benar

DOHA– Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) menggesa Arab Saudi, Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) membebaskan serta-merta beberapa ulama terkenal dan tawanan yang dipenjarakan atas tuduhan tidak munasabah.
Pada masa sama, IUMS melahirkan kebimbangan berhubung laporan media bahawa tiga ulama dan pendakwah terkenal bakal dijatuhi hukuman pancung selepas sambutan Aidilfitri ini.
“Menyedari bahawa Arab Saudi tidak menafikan laporan media itu, IUMS melahirkan keprihatinan terhadap laporan bahawa tiga ulama iaitu Sheikh Salman Al-Ouda; Sheikh Dr Awad Al-Qarni; dan Sheikh Dr Ali-Al-Omari, akan dijatuhi hukuman selepas Ramadan ini,” kata IUMS dalam kenyataan, hari ini.
Sehubungan itu, IUMS menggesa komuniti seluruh dunia menentang pelaksanaan hukuman itu, dan mengadakan bantahan aman di luar kedutaan Arab Saudi di seluruh dunia, dan di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Rabu lalu, Middle East Eyes (MEE) melaporkan ketiga-tiga pendakwah terkenal Arab Saudi yang ditahan atas pelbagai tuduhan aktiviti ‘pengganas’ akan dihukum pancung selepas Ramadan ini.
Sheikh Salman, paling dikenali ramai di antara ketiga-tiganya, terkenal pada peringkat antarabangsa dengan pandangan yang progresif mengenai syariah dan homoseksual di dunia Islam.
Dua lagi pendakwah yang dikatakan akan dihukum pancung selepas Ramadan ini ialah pendakwah Sunni, yang juga ahli akademik dan penulis, Sheikh Dr Awad; dan pengacara terkenal, Dr Ali.
BACA: Arab Saudi rancang pancung ulama terkenal selepas puasa
IUMS sebelum ini, mengecam dan menolak tuduhan beberapa negara, termasuk Arab Saudi, dan sekutunya, bahawa mereka adalah pertubuhan pengganas.
Kesatuan itu memberi amaran bahawa permusuhan terhadap anggotanya serta tindakan menangkap ulama Islam kerana memberitahu kebenaran, adalah memalukan.

Dalam hal ini, dunia Islam, merayu kepada pemimpin dan seluruh ulama, kumpulan cerdik pandai, untuk campur tangan dan memberi jaminan mereka yang ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan tidak berasas, seperti Sheikh Salman; Dr Musa al-Sharif; DrNasser Al-Omar; Dr Safar Hawaali; Sheikh Dr Awad; Dr Khaled al Ajami; Dr Ali; Dr Ali Badhaddah; Sheikh Saleh al-Taleb; dan Sheikh Dr Abdul Aziz Al-Fawzan, dibebaskan.
IUMS berkata, ulama muslim itu tidak melakukan pemberontakan terhadap pemerintah, mengancam atau menjejaskan keselamatan negara.
“Jenayah mereka hanyalah memberi pendapat yang ikhlas tanpa sedikit pun bersikap hipokrit. Daripada menghargai nasihat ikhlas dan jujur itu, mereka sebaliknya mendapat ganjaran penjara,” kata IUMS.

Pada 2017 lalu, Arab Saudi, Mesir, UAE dan Bahrain, menyenaraihitam 11 individu dan dua entiti lain, termasuk IUMS, dalam senarai yang dianggap ‘pengganas’ bagi negara rantau Teluk itu.
IUMS diketuai oleh ulama terkenal dunia, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi. Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, adalah Naib Presiden IUMS.
Jun lalu, empat negara itu menyenaraikan Qaradawi sebagai antara 59 individu dan 12 entiti lain dalam senarai pengganas.
Bagaimanapun, September lalu, Polis Antarabangsa (Interpol) mengeluarkan nama Qaradawi daripada senarai individu dikehendaki, setelah menyedari tuduhan jenayah terhadap beliau sengaja direka oleh rejim kudeta Mesir.
Pertubuhan Hak Asasi Kemanusiaan Arab (AOHR) yang berpangkalan di United Kingdom berkata, Interpol mendapati tuduhan terhadap Qaradawi tidak berasaskan perbuatan jenayah, sebaliknya kerana isu politik.
Arab Saudi dan sekutunya memutuskan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Qatar sejak Jun lalu, dan menuduh Doha menyokong keganasan, menaja militan di Syria dan bersekutu dengan Iran, musuh serantau mereka. Qatar bagaimanapun, menafikan tuduhan itu. – Agensi



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/kesatuan-ulama-dunia-bimbang-laporan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Pilar Ini Bakal Dukung Bisnis Digital Telkomsel

Tiga Pilar Ini Bakal Dukung Bisnis Digital Telkomsel

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 205 hits
Telkomsel terus mempertegas komitmennya untuk mengakselerasi negeri Telkomsel memperkenalkan tiga pilar inovasi digitalnya yang terdiri dari The NextDev Telkomsel Innovation Center dan Telkomsel Mitra Inovasi sebagai platform penyokong ekos...
Plain Of Jars Bakal Jadi Tapak Warisan Dunia Ketiga Laos

Plain Of Jars Bakal Jadi Tapak Warisan Dunia Ketiga Laos

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 225 hits
Plain of Jars bakal jadi Tapak Warisan Dunia ketiga Laos Dikemas kini 4 minit yang lalu Diterbitkan pada 15 May 2019 8 58PM
Pakar Geologi Beri Amaran Letusan Yellowstone Bakal Lenyapkan As Dari Peta Dunia

Pakar Geologi Beri Amaran Letusan Yellowstone Bakal Lenyapkan As Dari Peta Dunia

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 355 hits
Pakar geologi beri amaran letusan Yellowstone bakal lenyapkan AS dari peta dunia Amaran itu dikeluarkan oleh pakar geologi Dr Jerzy Zaba dari Universiti Silesia Katowice Poland PAKAR geologi memberi amaran dua pertiga populasi dunia akan ma...
5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua Hebatnya Makanan Sunnah Ni

5 Cara Masak Kambing Dari Tiga Benua Hebatnya Makanan Sunnah Ni

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 558 hits
Daging kambing sering dimomokkan kononnya ia amat memudaratkan Padahal daging kambing adalah amalan pemakanan sunnah yang digemari oleh baginda Rasulullah s a w Menurut kajian oleh Persatuan Jantung Amerika daging kambing baik untuk mereka ...
Kolaborasi Tiga Musisi Loonaq Angkat Puisi Pendiri Mazhab Syafi I

Kolaborasi Tiga Musisi Loonaq Angkat Puisi Pendiri Mazhab Syafi I

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 243 hits
Sugiri Jafar Hendra Musisi dan Rachman Noer Quang Menuangkan pesan pesan dakwah lewat lagu religi bisa saja dikemas dengan genre musik apapun Hendra Musisi Sugiri Jafar dan Rachman Noer Quang tiga musisi dari label musik Loonaq Record asal ...
Puasa Ramadan Tiga Orang Ini Ditolak Allah Swt

Puasa Ramadan Tiga Orang Ini Ditolak Allah Swt

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 288 hits
Anak yang durhaka kepada orangtua puasanya akan ditolak Allah SWT
Lps Tiga Bank Bpr Ditutup Sepanjang 2019

Lps Tiga Bank Bpr Ditutup Sepanjang 2019

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 217 hits
Kepala Eksekutif LPS Fauzi Ichsan mengatakan likuidasi dilakukan setelah Otoritas Jasa Keuangan mencabut izin usaha BPR tersebut Dia mengungkapkan BPR dilikuidasi tahun ini terdiri dari 2 BPR dan 1 BPR Syariah
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt