Kesan Perginya Adamdidam Faziani Rohban


Mati itu pasti… Allah dah janji. Bila, di mana, dalam apa keadaannya, itu rahsia abadi sang Maha Pencipta.
Faziani Rohban (kiri) & Adamdidam
Dikejutkan dengan pemergian dua figura terkenal hujung minggu kedua Ramadan 2019 ini, memberi kesan yang mendalam dan sukar digambarkan, entah kenapa begitu terkesan buat saya. Sedih yang amat… Mengenangkan pula kita sudah separuh jalan menyempurnakan ibadah puasa.
Faziani Rohban Ahmad, 40, usahawan wanita yang saya anggap seorang iron lady, pemilik Dnars Skincare, meninggal dunia akibat kecelekaan jalan raya pada pagi Sabtu 18 Mei 2019, ketika dalam perjalanan ke Yala, Thailand bersama suami, Shah Rizal Ibrahim, 42. Manakan hendak sangka dia pergi begitu sekelip mata. Apatah lagi sedang dalam ‘misi’ keberkatan, untuk menyampaikan sumbangan ke sebuah pondok.
Arwah Faziani juga dilaporkan baru saja pulang menunaikan ibadah umrah, Rabu lalu dan selepas itu telah ke Jakarta, Indonesia untuk berbuka puasa bersama anak yatim di sana.
Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29, mesra dikenali Adamdidam, seorang chef selebriti dan penggiat dunia masakan meninggal dunia pagi 19 Mei 2019 setelah menderita jangkitan paru-paru. Lama dia ‘menghilang’ daripada akaun Instagram @adamdidam tapi sempat dia beri telahan sesuatu sedang berlaku, berkaitan kesihatannya. Neelofa yang berpangkat anak saudara dengannya pernah juga meletak InstaStory supaya mendoakan Adam.
Arwah Faziani tidak pernah saya temui tetapi saya sudah lama meminatinya menerusi Instagram. Antara figura dunia perniagaan yang amat disegani. Namanya sering dipetik bila dirakam bersama ramai ahli perniagaan terkenal seperti Dato Seri Vida, Dato Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Shahida, Rita Sosilawati malah selebriti Fasha Sandha.
View this post on Instagram
Masih terkejut.. Macam tak percaya.. Sekelip mata.. Menggigil tubuh saya dapat mesej.. Dinars dah meninggal.. . . ARWAH FAZIANI.@faziani_rohban . RAKAN SEPERJUANGAN PERNIAGAAN Kematian yg dicemburui.. Bulan baik.. bulan ramadhan.. Dalam perjalanan hantar zakat utk anak yatim.. Baru balik umrah.. Seorang yg kuat beribadat. Selalu pergi umrahh.. Saya sendiri jeles dgn arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat.. MALAH SY BILA KE MEKAH..AKAN IKUT CARA ARWAH YG MMG PULUNG BUAT UMRAH BERKALI KALI SEHARI.. . . BARU BARU NI.. Saya perasan wajah arwah lain .. Masa dok up up gambar kat IG.. Sya buat terjemahan sendiri.. Bagai bagai..bila rasa lain raut wajahnya . . Selepas balik dari umrah 3 hari.. Kejar ibadat lagi.. . Sayuu.. Allah yg tahu.. Last bertemu dan bersembang panjang kat Tanah Merah ..rumah kak Ti masyrik.. . . ALLAH SAYANG ARWAH.. SEORANG YG BERHATI MULIA.. SYURGA MENANTI MU SAHABAT.. Mari sama2 kita sedekahkan al fatihah kpd arwah.. . Al Fatihah .
A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on May 17, 2019 at 10:40pm PDT

Suka melihat cara dia menggiat dan menggerakkan setiap aktiviti tak kira perniagaan, peribadi mahupun amalan. Sangat memberi inspirasi dan mengingatkan diri saya sendiri, banyaknya lagi yang saya tak buat-buat.
Dengan Adam juga, saya antara followers di Instagramnya. Disebabkannya saya turut meminati @TheFamily.UK, mengikuti perkembangan anak2 saudaranya – Omar, Fatimah dan Ali. Keakraban mereka terlalu menggamit hati. Hubungan kekeluargaan, saling menyokong minat memasak, saling mengajar… Ideal sungguh hubungan kefamilian yang ditunjukkan.
View this post on Instagram
#DearMamajee @adamdidam We can’t help but miss you so much! We miss your cooking, your stories, and we miss spending time together. Wish you were here…please come back soon!! Missing you loads, Omar Mukhtar (On behalf of Fatimah & Ali too) . p/s: throwback video #MamajeeAndTheKids
A post shared by The Family UK (@thefamily.uk) on Dec 28, 2018 at 1:50am PST

Bayangkan bila Mamajee Adam balik ke Malaysia, sugul anak-anak kecil itu kerana terlalu merindukannya.
Adam sempat saya dan team Jelita & Her Inspirasi kenali bila mana dia hadir ke pejabat kami untuk mengadili Anugerah Dapur With Love 2019 bersama chef dan penggiat makanan lain – Nurhayati Zainol Abidin daripada YatieKitchen, Satira Diana dan Farah Melissa daripada Kek&Co, Chef Norzailina Nordin atau Chef Lin dan Chef Yenni Law.

Arwah Adam seorang saja kumbang di kalangan bungaan mekar, dia memang penyumbang besar keceriaan di dapur kami sepanjang sesi berkenaan. Tak kering gusi dibuatnya. Rajin pula tu bertanya itu ini. Yatie yang baru bertentang mata dengannya dan duduk di depan Adam pun nyata mudah mesra…
Usai sesi mengadili, saya dan penulis, Ayunadirah menemaninya di lobi pejabat sementara menunggu kereta Grab ditempahnya datang menjemput. Sempat kami berbual panjang, antaranya termasuk cadangannya untuk membawa Fatimah ke Malaysia dalam Ogos atau September. Saya terus lontarkan idea untuk babitkan Fatimah dalam pelbagai program anjuran Jelita dan HerInspirasi sebelum hujung tahun ini. Dia beria setuju, kami sama-sama teruja.
Selepas berbual mengenai perancangan separuh kedua tahun ini.
Antara yang disebut arwah pada saya, dia hendak sangat melihat anak buahnya itu menjadi lebih yakin, sebagai anak dunia kulinari yang berjaya. Benda yang baik, sudah tentu kami mahukan ia berlaku.
InsyaAllah, akan kakak cuba penuhi niat murnimu, dik…
Semua ini membuat saya terfikir, bagaimana ‘perkenalan’ yang bermula di alam maya menbawa kepada kemesraan dan keakraban bila disatukan di alam realiti.
Silaturrahim hari ini terbina lebih mudah dengan hanya klik FOLLOW. Keramat. Kerana daripada situ, anda rasa seperti kenal, faham dan terhibur dengan setiap muatan di papan timeline. Seperti anda dapat mendalami kisah hidup dan peribadi seseorang itu hanya dengan melihat pada postingnya.
Itulah kelebihan Instagram yang sukar disangkalkan. Daripada melihat album gambar milik tuannya, terus terasa kenal. Bila berpeluang berjumpa, sambung terus perbualan seakan sudah kenal lama, padahal…
Biarpun ramai yang gemar menjadikan persekitaran sosial media sebagai medan negativiti, tetapi bila perlu menyampaikan berita tunjang seperti perginya seorang teman, ianya ternyata pantas.
Bila sudah tahu, lekas sekali kita mahu menyedekahkan AlFatihah buat arwah yang telah tiada, menanti saat dikembalikan ke tanah untuk berdepan alam kubur di negeri abadi. Bukankah itu perkara yang baik dan perlu diketengahkan selalu? Alhamdulillah…
Arwah Faziani dan Adam pergi meninggalkan kita dengan penuh cerita tersendiri. Jika ada yang kelupaan, rujuk semula ke akaun Instagram mereka… Pasti ada yang memberi kesan, kalau tak banyak, sedikit pun boleh dan wajar dijadikan inspirasi.
Hanya yang baik-baik diingati dan rata-rata, hanya yang baik-baik saya baca mengenai pemergian dua insan ini.
Ya Allah, Kau ampunilah dosa mereka, angkatlah sumbangan dan pahala mereka ke tempat tertinggi di sisiMu.
Bagi kami yang masih di alam duniawi ini, berilah kami peluang untuk terus membuat amalan yang hanya menggembirakan hatiMu.
AlFatihah buat kedua-dua arwah…
The post Kesan Perginya Adamdidam & Faziani Rohban appeared first on Her Inspirasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://herinspirasi.com/suara-editor/kesan-perginya-adamdidam-faziani-rohban/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Faziani Rohban Dnars Chef Adamdidam Meninggal Dunia Di Bulan Mulia

Hiburan Faziani Rohban Dnars Chef Adamdidam Meninggal Dunia Di Bulan Mulia

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 751 hits
Terkedu saat kami mendegar berita dua insan istimewa ini yang meninggal dunia pada bulan mulia Semestinya mereka begitu dekat dengan hati masyarakat Malaysia Siapa sangka pemergian mereka meninggalkan kesan begitu mendalam dalam hati kita B...
Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad Bersahur Di Dunia Berbuka Di Syurga Al Fatihah

Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad Bersahur Di Dunia Berbuka Di Syurga Al Fatihah

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 565 hits
Kembalinya pengasas produk kosmetik D nars Allahyarhamah Faziani Rohban Ahmad ditangisi seisi tanah air dalam diam Figura beliau meskipun tidak asing dalam dunia perniagaan namun jarang benar dilihat menempel sebalik populariti dan kontrove...
Pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad Meninggal Dunia

Pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 558 hits
Pengasas produk kosmetik Dnars Faziani Rohban Ahmad 41 yang berasal dari Kota Bharu Kelantan dilaporkan meninggal dunia hari ini Pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad meninggal dunia
Terlalu Rindu Suami Faziani Telan Pil Tidur

Terlalu Rindu Suami Faziani Telan Pil Tidur

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 1008 hits
Terlalu Rindu Suami Faziani Telan Pil TidurSUDAH lima hari pemergian pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad pergi meninggalkan kita
Selepas Lima Hari Pemergian Faziani Ibu Kongsi Pesanan Terakhir Ar Wah

Selepas Lima Hari Pemergian Faziani Ibu Kongsi Pesanan Terakhir Ar Wah

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 561 hits
Siapa sangka pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban Ahmad sudah menempah tiga jenis menu utama untuk dijamu tetamu pada Aidilfitri ini Selepas Lima Hari Pemergian Faziani Ibu Kongsi Pesanan terakhir Ar wah
Rindu Saya Pada Isteri Tak Berkesudahan Ini Yg Berlaku Kepada Faziani Untuk Tidur Lena

Rindu Saya Pada Isteri Tak Berkesudahan Ini Yg Berlaku Kepada Faziani Untuk Tidur Lena

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 522 hits
PEMERGIAN pengasas Dnars Faziani Rohban Ahmad pada Sabtu lalu merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada dunia perniagaan produk kosmetik di negara ini Rindu saya pada isteri tak berkesudahan Ini yg berlaku kepada Faziani untuk tidur ...
Alfatihah Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

Alfatihah Chef Selebriti Adamdidam Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 554 hits
Pengkhabaran duka nbsp pagi ini nbsp apabila selebriti Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih mesra disapa sebagai Adamdidam meninggal dunia awal pagi ini Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pd usia 29 tahun sebentar tadi akibat jangkita
Chef Adamdidam Sudah Tiada

Chef Adamdidam Sudah Tiada

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 824 hits
CHEF selebriti Chef Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam dijemput Ilahi pada usia 29 tahun Berita tersebut dikongsikan oleh sepupu beliau Natasha Amran menerusi laman Instagram pada pagi Ahad Sepupu kesayangan saya meni...
Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Tanah Liat Lembut Cabaran Punca Dan Penyelesaian Mampan Dalam Sektor Pembinaan Dan Pertanian Di Malaysia

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Menteri Kkm Akui Khilaf Lantik Tauke Vape Janji Perketat Tapisan Alph

Ada Puak Dalam Umno Didakwa Cuba Cemar Reputasi Guling Zahid

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Winning Percentage In Online Football Betting Sbobet Wap 2025

Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin