Kesan Pakai Purifying Makeup Remover By Good Virtues Co
Untuk bersihkan makeup, selalunya aku memang buat Double Cleansing Method. Double maksudnya dua kali. Cuci muka dua kali dengan dua jenis cleanser yang berbeza. Satu cleansing oil dan satu lagi cleanser biasa yang memang kita guna tiap hari tu. Korang boleh google ye Double Cleansing Method ni
Aku suka guna brand Biore untuk cleansing oil. Sebab dia memang bersihkan segala sisa mekap yang ada atas muka dengan cepat. Dah 2 botol aku guna. Jujur aku kata, memang syok. Tapi tulah. Manusia mana pernah rasa cukup. Hati ni rasa gatal nak pakai brand lain pulak
Pusing-pusing Watson sambil gendong anak, terjumpa brand Good Virtues Co.. Ewah, kemahen panjang nama brand. Bila belek botol, katanya purifying makeup remover. Baca lagi, dia mengandungi Organic Black Seed Oil. Habbatus Sauda lah tu. Buka penutup nak bau sikit. Not bad juga bau dia. Tak kuat dan tak menyengat. Just nice
Purifying Makeup Remover dari Good Virtues Co. ni takde claim yang havoc havoc sangat macam boleh rawat jerawat ke, boleh cerahkan kulit ke, boleh glowing kan kulit ke. Takde. Dia just bagitau yang produk dia boleh remove makeup yang ada dekat kulit muka, bibir dan mata dengan lembut. Kulit jadi lebih bersih dan tenang gittew lepas guna produk dia ni
Memandangkan ada Habbatus Sauda dalam Purifying Makeup Remover ni. Ia diiktiraf kerana kaya nutrien, mineral dan antioksidan yang membaikpulih, memulihkan dan meremajakan. Haa benda ni buat aku tertarik
Bukan tu je. Makeup remover brand Good Virtues Co. ni bebas minyak mineral, parabens dan pewarna sintetik. Selamat digunakan. Eh, plus ada cop halal lagi tau. Aku pun apalagi. Teringinlah nak mencuba barang baru. Harga pun boleh tahan dalam RM15 macam tu untuk isian 150ml. Okey lah tu kan. Tahan lama sikit. Sempat tunggu gaji bulan depan. Hakhakk
Balik dari jalan dah malam. Aku pun tak menyabar nak cuba makeup remover yang aku beli. Oh lupa nak bagitau. Cara nak remove makeup guna produk ni, kena guna kapas. Ala, sama jugak macam produk makeup remover yang lain
Aku ambik kapas, tuang sikit cecair dia atas kapas dan start bersihkan mekap atas muka. Bagi aku, kalau mekap light. Satu kapas pun dah cukup. Tapi aku pakai foundation separa tebal sebab nak cover breakout atas dahi. Huhuuu. So, kena guna dua kapas. Tu pun kapas kedua tu tinggal sisa-sisa je. Tak sekotor kapas pertama
Memang puas hati guna produk ni nak tanggalkan mekap. Bau dia pun memang tenang sangat. Aku tak suka bau kuat menyengat. Apa lagi yang nak disapu atas muka. Serius tak suka yang berbau kuat. Tapi Good Virtues Co. punya purifying makeup remover ni bau dia lahai sedapnyaaa. Soft. Macam bau natural gitu
Lepas dah bersihkan mekap baru aku guna pencuci muka yang biasa. Aku guna safi balqis yang warna biru untuk jerawat tu je. Cleanser ni aku suka tukar-tukar. Kejap pakai brand Aiken. Kejap Safi. Tak tetap. Janji untuk kulit jerawat, aku main bantai je pakai
Bila muka dah bersih barulah semangat nak teruskan step skincare yang lain. Sebenarnya aku tengah ngandung sekarang. Masa awal ngandung tu aku jadi pemalas yakmattt. Basuh muka pun malas apalagi nak berskincare sebelum tidur. Sebelum ngandung aku rajin tau. Kulit ni lichingggg. Sekarang dah pemalas hambek kau. Breakout teruk atas dahi sampai tahap kena tebalkan foundation semata nak cover jerawat
Ni mementang ada beli produk baru. Tetiba semangat nak jaga balik kulit. Segan juga keluar jumpa orang muka bonjol sana sini. Lepas basuh muka, aku memang suka biar muka kering sendiri. Takpayah lap pakai towel pebenda. Dah kering, barulah mula pakai toner. Toner memang tak pakai brand lain. Toner Aiken juga. Dah 2 botol aku sebat licin. Yang ni botol ketiga. Baru beli juga. Hehehhh. Harga dalam RM8 ke RM10 macamtu
Masa khusyuk tonyoh toner depan cermin. Aku perasan kulit macam bright sikit. Macam cerah ada efek Nurrrr. Dalam hati ni, takkan sebab makeup remover tu kot? Rasa macam instant brightness je. Muka nampak suci bersih. Kalau betul lah tu dari mekap remover yang aku pakai tadi. Hishhh. Tak cari lainlah lepasni. Boleh caye ke tu? 😆
Akhir kata, aku dah inlef dengan produk ni
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://inikisahtia.blogspot.com/2019/06/kesan-pakai-purifying-makeup-remover-by.html