Kesan Negatif Pemakanan Kebulur


Oleh : Suhazeli Abdullah

Kesan negatif Pemakanan Kebulur.
 
"Berat Mak Aji turun 10 kilo dalam 2 bulan? Apa yang dah berlaku ni?,” soalku dalam satu sesi konsultasi klinik Kencing Manis.



"Saya amalkan pantang diet ketat doktor," jawab Mak Cik berumur separuh abad itu jujur.

"Saya ubah pemakanan. Banyak makanan yang biasa saya makan saya tinggalkan. Seperti nasi putih, air manis, dari gula putih, tepung putih, makanan segera dan banyak lagi." Jawabnya dengan yakin.

"Saya hanya makan 'real food'. Banyakkan makan sayur-sayuran. Buah-buahan saya pilih yang rendah glisemik indek seperti jambu batu, oren dan apel hijau." Tambah beliau lagi macam beri kuliah pemakanan. Fuh, pandai juga sebut GI makanan.

"Satu lagi petua adalah Mak Cik tukar hidangan berat sepanjang 2 bulan ini dengan makanan berasaskan barli. Doktor tau ke, barli adalah makanan sunnah? Ia merupakan antara makanan kegemaran Rasulullah s.a.w." Ujarnya lagi.

[Selawat atas Nabi]

"Pendek kata selama 2 bulan ini juga saya menjalani sajian 100% vegetarian. Tanpa protin haiwan, tanpa lemak, air kosong dari produk xxxx 4 liter sehari, tanpa susu. Sebab tu kencing manis saya boleh sembuh dan berat badan menyusut banyak. Saya juga berpuasa setiap hari." Hujahannya saya biarkan diluahkan. Rawatan stres juga tu.

‘Sudah lama beliau menghidapi kencing manis, baru berubah hati nak ikut segala nasihat pakar pemakanan (Dietitian) yang saya rujuk beberapa bulan lepas. Cuma saya kesian kerana beliau mula terpengaruh dengan dakyah penjual produk yang beri nasihat terlampau semata-mata mencari keuntungan.’

~~~~~~~~~~~

Sayang sekali, pesakit yang ingin mengubah gaya pemakanan tidak dipandu dengan betul. Apa yang dianjurkan oleh pakar pemakanan tidak pun diambil sepenuhnya sehingga boleh menyiksakan diri.

Kenapa saya kata menyiksakan diri?
 
Kaedah pengambilan makanan secara ketat atau ekstrim (Very Low Calorie Diet) boleh mendatangkan bahaya kepada sistem perkembangan tubuh badan kita.

Perlu kita ingat bahawa badan kita memerlukan sumber tenaga minima bagi menjadikan setiap organ berfungsi dengan sempurna. Sumber tenaga minima ini diberi nama Kadar Asas Metabolik (BMR - Basal Metabolic Rate). Kiraan BMR setiap individu bergantung kepada tinggi, berat, umur dan jantina seseorang.

Contohnya seorang lelaki, berumur 30 tahun, berat 70 kg dan tinggi 1.7 meter, BMR beliau adalah 1671 kcal. Ini bermakna kalori makanan seharian beliau paling minima perlu diambil adalah sebanyak 1671 kcal itu, baharulah badannya boleh berfungsi dengan sempurna seperti bernafas, peraliran darah, gerakan jantung, perkumuhan dan aktiviti fisiologi asas lain lagi [1]. Dengan kata lain, jika beliau hanya duduk sahaja tanpa buat apa-apa aktiviti, BMR asas sebanyak itulah diperlukan. Jika beliau ingin berkerja yang menggunakan tenaga seperti kerja pejabat, naik basikal, bersenam dan lain-lain lagi, beliau wajib mengambil kalori yang berlebihan dari BMR tadi. Sekurang-kurangnya tambahan sebanyak 20% lagi.

Andaikata seseorang itu mengambil pemakanan yang kurang dari BMR, secara automatik badan akan membakar sumber lain dari dalam badan kita sendiri. Lemak yang disimpan di peha, perut, pinggul dan beberapa tempat lain lagi akan digunakan sebagai sumber tukaran tenaga. Pun begitu, bakaran tenaga dari sumber lain ini perlu diatur dengan betul supaya fungsi badan kita diseimbangkan mengikut sela waktu tertentu.

Bagi orang gemuk, boleh lah menggunakan kaedah mengambil kalori makanan kurang 5-10% dari BMR. Dengan ini tukaran tenaga dari lemak badan yang berlebihan akan membantu beliau kembali ke berat badan unggul. Jika badan anda sudah kurus melidi, tiada keperluan mendesak untuk mengambil kalori makanan berkurangan dari BMR.

Contohnya jika berat anda 90 kg (BMR untuk lelaki umur 30 tahun adalah 1945 kcal). Letak sasaran untuk turunkan berat badan sebanyak 9 kg (10%) selama 6 bulan. Objektifnya supaya penurunan 0.5 - 1.0 kg dalam seminggu. Penurunan secara sihat untuk 0.5 kg - 1.0 kg selalunya sejumlah 1500-1800 kcal per hari jika disertakan juga dengan senaman untuk lelaki, dan 1200-1500 kcal per hari untuk wanita.

Anda jangan terlalu drastik untuk mengurangkan berat badan. Penurunan 10 kg selama 2 bulan seperti Mak Aji di atas itu adalah keterlaluan, walaupun beliau sanggup melakukannya. Tetapi kesian.

Jangan pula terlalu nak berdiet dengan ambil terlalu sikit kalori sehari, kurang 1000 kcal sehari, akan menyebabkan "muscle wasting" bukannya pembakaran lemak. Jangan hanya fokus kepada "weight loss" sahaja tetapi yang lebih penting adalah "inch loss".

Terdapat ajaran yang menyuruh pesakit mengambil pemakanan ketat sehingga 600-800 kcal sehari. 600 kcal ini bersamaan 2 biji roti canai kosong. Bayangkan, adakah sanggup setiap kita hanya memakan 2 keping roti canai sehari? Kebulurlah gayanya. Biasanya 'starvation food' (VLCD- Very Low Calorie Diet) ini dalam rawatan perubatan hanya dikhususkan kepada pesakit yang akan menjalani pembedahan perut (Bariatric) [2]. Itu pun rawatan VLCD untuk pembedahan perut perlu dipantau rapi oleh doktor pakar.

Walaupun terdapat jurujual yang menjual suplemen untuk menggantikan kalori, tetapi sebanyak mana suplemen tersebut perlu dimakan? Tambahan pula suplemen bukan 'tidak mahal' harganya. Lebih baik mengambil makanan asas mengikut panduan yang ditetapkan. Kajian mendapati pesakit tidak berterusan mengamalkan suplemen sebagai pemakanan tambahan bagi pengurusan berat badan. Majoriti dikalangan mereka akan mengambil semula diet normal, maka terjadilah kegemukan kembali secara berganda-ganda (rebound). Kenapa tidak istiqomah? Sebab harga suplemen mahal. Hanya orang betul-betul berada sahaja mampu beli.

Kesan kaedah pemakanan kebulur (VLCD) ini kepada kesihatan tubuh badan adalah:

1- Metabolisma dan keseimbangan badan akan tergangu.
Kajian menyatakan 23% otot-otot akan menyusut. Akhirnya tubuh tak bermaya, tenaga untuk melakukan aktiviti terbantut. Tidak semua pesakit boleh bertahan dengan keadaan pemakanan kebulur seperti ini [3]. Kajian dari National Institute of Health US mendapati pesakit yang pada awal mencuba kaedah pemakanan kebulur, 80% dari mereka akan kembali gemuk dan penyakit tidak dapat dirawat kerana tidak tahan dengan nafsu pemakanan sedemikian [4].

2- Letih lsu dan zat makanan yang berkurangan.
Pengambilan pemakana kebulur ini akan menyebabkan banyak zat-zat pemakanan tidak diambil dengan seimbang. Zat besi, folate, vitamin B12 untuk pembinaan sel darah dan sel otot akan terbantut. Menyebabkan pesakit akan mengalami episod letih lesu sepanjang hari. Zat-zat ini boleh diperolehi dari pemakanan seimbang termasuk karbohidrat dan protein. Jika sayur-sayuran semata-mata, tidak mencukupi jizi zat nutrien sehari-hari. Kekurangan pengambilan protin juga akan menyebabkan sel otot akan menyusut, rambut menjadi nipis dan kuku menjadi lembik. Pembinaan otot, rambut dan kuku bergantung besar kepada pengambilan protin dalam makanan kita. Begitu juga dengan kalsium, magnesium, vitamin A dan vitamin-vitamin lain lagi, terdapat dalam pemakanan lengkap yang terdiri dari karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran. Pembinaan dan kesimbangan hormon-hormon badan pula amat memerlukan lemak yang secukupnya.

3- Kesuburan dan sistem imuniti berkurang.
Hormon kesuburan memerlukan lemak asas seperti kolesterol. Walaupun 80% kolesterol dibina sendiri oleh hati, tetapi kelesterol dari makanan juga diperlukan dalam kadar tertentu.

4- Senang berlaku kerapuhan tulang.
Mineral asas seperti kalsium, natrium, potassium dan lain-lain lagi diperlukan untuk keseimbangan struktur tulang-temulang. Justeru, pengambilan kalori ekstrim akan merencat pengukuhan tulang.

Kesimpulannya, pesakit tidak boleh membuat pelan pemakanan tersendiri tanpa panduan dari pakar pemakanan kerana pemakanan yang ekstrim itu akan memunahkan badan kita dalam jangkamasa singkat atau lambat. Jangan takut untuk berhubung dengan pakar pemakanan (dietitan) yang terdapat di seluruh klinik kesihatan dalam negara kita. Bayaran pun percuma.

Apabila melihat kes Mak Aji yang saya jumpa tadi, saya yakin paras gula beliau akan menurun, tetapi tidak bermakna kencing manis beliau sembuh. Cuma saya kesian, beliau mendapat nasihat yang tidak tepat dari jurujual produk. Penjual kaya raya, beliau merana. Saya lihat lemah longlai beliau tadi semasa keluar dari bilik konsultasi. Sehinggakan nak buka daun pintu bilik pun tak bermaya.

“Kesian Mak Aji, nak buka pintu pun dok rok. Mai saya tolong.”

“Gelitik ni doktor!” Ucapnya lemah.

Dalam bab berpuasa setiap hari pun saya berikan nasihat ini supaya mengikut kemampuan kita sebagaimana yang disarankan oleh Rasulullah SAW. Di antaranya berdasarkan hadis riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Majah dari al-Bahili, dia berkata;

أَتَيْت رَسُولَ اللَّهِ صلى اللَّهُ عليه وسلم فَقُلْت يا رَسُولَ اللَّهِ أنا الرَّجُلُ الذي أَتَيْتُك عَامَ الْأَوَّلِ قال فما لي أَرَى جِسْمَك نَاحِلًا قال يا رَسُولَ اللَّهِ ما أَكَلْت طَعَامًا بِالنَّهَارِ ما أَكَلْته إلَّا بِاللَّيْلِ قال من أَمَرَك أَنْ تُعَذِّبَ نَفْسَك قُلْت يا رَسُولَ اللَّهِ إنِّي أَقْوَى قال صُمْ شَهْرَ الصَّبْرِ وَثَلَاثَةَ أَيَّامٍ بَعْدَهُ وَصُمْ من الْحُرُمِ وَاتْرُكْ صُمْ من الحرم وَاتْرُكْ وقال بِأُصْبُعِهِ الثَّلَاثِ يَضُمُّهَا ثُمَّ يُرْسِلُهَا

Maksudnya: “Aku mendatangi Rasulullah Saw, kemudian aku berkata, ‘Ya Rasulullah, aku adalah laki-laki yang mendatangimu di tahun yang lalu.’ Rasul menjawab, ‘Aku lihat badanmu semakin kurus.’ Ia menjawab, ‘Ya Rasul, aku tidak makan di siang hari, aku makan hanya di malam hari.’ Rasul berkata, ‘Siapa yang memerintahmu untuk menyiksa dirimu?’ Aku berkata, ‘Ya Rasul sesungguhnya aku kuat (berpuasa).’ Rasul berkata, ‘Berpuasalah di bulan sabar dan tiga hari setelahnya, berpuasalah di bulan-bulan mulia dan tinggalkanlah dari bulan haram, berpuasalah dari bulan haram dan tinggalkanlah darinya.’ Nabi Saw dengan memberi isyarat dengan ketiga jarinya seraya mengumpulkan dan melepaskannya.”[5]

Janganlah kita terlalu ektrim dalam menjalani kehidupan ini, kerana padahnya kita juga akan menanggungnya dikemudian hari. Maka bersederhanalah.

Pautan:
[1] Kiraan BMR. http://www.bmi-calculator.net/bmr…/metric-bmr-calculator.php
[2] Guideline for Bariatric Surgery. https://www.ucsfhealth.org/…/dietary_guidelines_after_gast…/
[3] Makanan rendah kalori. https://www.healthline.com/nutri…/calorie-restriction-risks…
[4] Kajian dari NIH atas pemakanan kebulur.
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3673773/
[5] Kuliah Ustaz Shamsuri Ahmad Hadis Al Bahili. https://www.youtube.com/watch?v=fBydRy2OB5E

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/05/kesan-negatif-pemakanan-kebulur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Upaya Membentengi Generasi Milenial Dari Pengaruh Paham Radikal Negatif

Upaya Membentengi Generasi Milenial Dari Pengaruh Paham Radikal Negatif

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 187 hits
Kemajuan teknologi dan informasi tidak hanya berdampak positif tetapi memiliki dampak negatif terutama menyangkut sikap intoleransi dan radikalisme mengarah pada terorisme
Berita Negatif Mengenai Pelaburan Asing Tak Bimbangkan Menteri

Berita Negatif Mengenai Pelaburan Asing Tak Bimbangkan Menteri

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 236 hits
DARREL Leiking hanya tersenyum simpul setiap kali seseorang memberitahu beliau bahawa Malaysia tidak lagi menarik pelabur ke dalam negara Menteri perdagangan dan industri antarabangsa sudah lali dengan kenyataan tersebut Pada tahun pertama ...
Anak Masih Belajar Solat Kenapa Komen Negatif

Anak Masih Belajar Solat Kenapa Komen Negatif

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 284 hits
Gara gara komen negatif netizen pada gambar anak anaknya Putera Rayqal dan Mohamed Nedrin solat bersama Nora Danish tampil bersuara Jelas Nora anak anaknya masih The post appeared first on
What So Hina Jadi Janda Most Janda Adalah Golongan Teraniaya Farah Lee Sangkal Pandangan Negatif Masyarakat

What So Hina Jadi Janda Most Janda Adalah Golongan Teraniaya Farah Lee Sangkal Pandangan Negatif Masyarakat

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 419 hits
Status ibu tunggal atau janda seringkali dipandang negatif oleh masyarakat tanpa mengetahui situasi sebenar yang berlaku Apa jua yang dilakukan seperti tidak kena pada pandangan mata orang lain Walaupun dipandang serong oleh sesetengah masy...
12 Kata Yang Mewakili Tiap Zodiak Cerminan Sisi Negatif Kepribadianmu

12 Kata Yang Mewakili Tiap Zodiak Cerminan Sisi Negatif Kepribadianmu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 210 hits
12 Kata yang mewakili tiap zodiak cerminan unsur kepribadian yang paling dominan Kata mana yang bakal menyimpulkan sifat sifatmu
Suami Rajin Bantu Irene Nadia Tak Kisah Anak Ramai Jaga Pemakanan Supaya Emosi Terkawal

Suami Rajin Bantu Irene Nadia Tak Kisah Anak Ramai Jaga Pemakanan Supaya Emosi Terkawal

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 815 hits
Irene Nadia blogger instafamous yang dikenali Pada usia 27 tahun sudah ada 4 anak Bantuan suami dalam mendidik menjaga anak membuatkan ibu muda ini tidak kisah ada anak ramai Perkahwinannya sebelum ulang tahun kelahiran ke 21 Irene awalnya ...
Petua Pemakanan Waktu Bersahur

Petua Pemakanan Waktu Bersahur

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 375 hits
Assalamu alaikum Saja Ummi nak share info berguna ni Bagus untuk rujukan sepanjang bulan Ramadhan PETUA PEMAKANAN WAKTU SAHUR Waktu sahur yang paling baik adalah 1 2
Jumlah Kematian Sri Lanka Menurun Membuktikan Kesan Kekuatan Letupan

Jumlah Kematian Sri Lanka Menurun Membuktikan Kesan Kekuatan Letupan

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 459 hits
COLOMBO 26 April Penurunan jumlah kematian dalam pengeboman Easter di Sri Lanka lebih 100 menunjukkan kesan kekuatan letupan berkenaan Menurut pihak berkuasa kekuatan letupan tersebut mengakibatkan kehancuran badan hingga sebahagian anggota...
Kesan Asap Rokok Ayah Dua Beradik Demam Batuk Teruk Akibat Jangkitan Kuman Di Paru Paru

Kesan Asap Rokok Ayah Dua Beradik Demam Batuk Teruk Akibat Jangkitan Kuman Di Paru Paru

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 440 hits
Siapa sangka akibat terdedah pada asap rokok dua beradik menanggung sakit Bermula dengan demam dan batuk melebihi 4 hari dan dua kali dah bawa ke hospital masih belum baik baik akhirnya barulah tahu puncanya Perkongsian dari seorang ibu yan...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah