Kesan Macguffin Penipuan Plot Atau Penggerak Plot


Ingatkah anda dengan Heart of the Ocean yang pernah dinyatakan di dalam filem Titanic? Atau dengan The Rabbit’s Foot seperti yang dipaparkan di dalam sekuel popular Mission: Impossible III? Pernahkah anda terfikir apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan elemen ini? Jika tidak, marilah kita sama-sama menyelami elemen ini yang dikenali sebagai MacGuffin Effect, atau Kesan MacGuffin.
Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kesan MacGuffin ini? Secara mudahnya, Kesan MacGuffin boleh didefinisikan sebagai sesuatu perkara yang mudah untuk dilihat di dalam sesebuah karya fiksyen (drama, filem atau novel), namun sukar untuk diterangkan. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang telah diberikan mengenai pengertian sebenar untuk Kesan MacGuffin ini, di mana asasnya ia merupakan sesuatu yang digunakan di dalam plot (plot device) bertujuan untuk membantu menggerakkan plot tersebut dalam karya fiksyen. Apa yang penting di sini bukanlah objek atau elemen yang ditunjukkan itu, namun kesan serta motivasi yang diberikannya kepada watak dan keseluruhan jalan cerita tersebut.
Istilah MacGuffin ini telah dipopularkan oleh Alfred Hitchcock, tetapi ia sebenarnya mula-mula telah disebut oleh seorang penulis skrip British, iaitu Angus MacPhaill. Alfred Hitchcock telah menggunakan istilah MacGuffin ini di dalam penulisan skripnya bagi menggambarkan suatu objek yang menggerakkan plot, kebiasaannya disebabkan oleh keinginan watak yang ingin memiliki, melindungi, membina atau memusnahkan objek tersebut. MacGuffin ini haruslah sesuatu yang tangible, di mana elemen ini boleh dipersembahkan dalam bentuk objek, tempat mahupun individu.
MacGuffin juga seringkali dianggap sebagai suatu bahan atau elemen yang penting dalam proses penceritaan sesebuah karya fiksyen. Antara contoh karya Hitchcock yang mengaplikasikan Kesan MacGuffin ini ialah The Maltese Falcon, sebuah filem noir klasik yang mengisahkan mengenai seorang detektif peribadi, Sam Spade serta penglibatannya dalam penyiasatan mengenai satu patung hitam bertatahkan permata. Spade di dalam filem ini telah merujuk patung ini sebagai ‘suatu barang di mana impian dibina’ di mana ia menunjukkan bagaimana impak objek berkenaan kepada perkembangan wataknya.
Kesan MacGuffin kebanyakannya banyak ditemui dalam karya fiksyen dengan genre thriller dan penyiasatan. Malah, Alfred Hitchcock sendiri menginterpretasikan kewujudan Kesan MacGuffin ini di dalam karya bergenre thriller dan penyiasatan dengan menyatakan bahawa, “In crook stories, it almost always the necklace, and in spy stories, it is most always the papers.” Sebenarnya, meskipun MacGuffin (kadangkala disebut juga sebagai McGuffin) ini digunakan sebagai elemen untuk membantu menggerakkan plot, namun tujuannya hanya setakat itu sahaja. Ia kebiasaannya tidak akan muncul lagi pada penghujung sesebuah kisah fiksyen dan tidak akan membantu untuk menerangkan penamat kepada fiksyen tersebut.
Disebabkan inilah, ada sesetengah sarjana dalam bidang perfileman mempunyai pendapat yang berbeza mengenai Kesan MacGuffin ini, di mana walaupun ia seringkali dianggap sebagai penggerak plot, namun adakalanya ia juga boleh mengelirukan penonton atau pembaca dengan mengalihkan perhatian mereka. Dalam hal ini, Kesan MacGuffin boleh menjadi elemen atau objek yang mampu untuk menipu perjalanan plot di mana para penonton mula mencari dan mempersoalkan sebab kehadirannya di dalam kisah fiksyen tersebut.

Ada juga sesetengah kisah elemen ini langsung tidak ditunjukkan, tetapi dinyatakan secara berulang-ulang kali di dalam kisah fiksyen tersebut. Antara contoh biasa elemen atau objek yang dijadikan Kesan MacGuffin bagi mengelirukan perjalanan plot ini adalah seperti pakej misteri, artifak atau senjata ajaib yang tidak ditunjukkan secara zahir, tetapi wujud di dalam penceritaan.
Di dalam karya sastera (literature), Kesan MacGuffin juga kerapkali digunakan bagi menarik perhatian pembaca terhadap jalan cerita yang dipersembahkan. Buku-buku karya J.R.R. Tolkien sebagai contohnya banyak menggunakan elemen MacGuffin ini. Arkenstone yang ditemui di dalam karya The Hobbit adalah contoh MacGuffin yang sebenar, manakala The One Ring di dalam karya terkenal The Lord of The Rings juga boleh dianggap sebagai elemen MacGuffin di mana kuasa yang dimilikinya merupakan penggerak utama kepada plot keseluruhan kisah tersebut.
Kenapakah Kesan MacGuffin ini penting dalam sesuatu jalan cerita atau plot? Ini berkait rapat dengan penerimaan penonton atau pembaca mengenai keseluruhan jalan cerita sesebuah karya fiksyen. Apabila penonton atau pembaca mula mempercayai dan memberi harapan kepada watak untuk mencapai Kesan MacGuffin yang ditunjukkan itu, maka ia sekaligus telah melengkapkan tujuan penceritaan karya berkenaan. Meskipun, adakalanya pada pengakhiran sesebuah karya fiksyen Kesan MacGuffin yang ditunjukkan sebenarnya langsung tidak memberi apa-apa impak atau kesan, sama seperti contoh yang ditunjukkan dalam filem The Maltese Falcon di mana patung yang dicari itu rupa-rupanya hanyalah sebuah patung palsu!
Walau apapun pengertian dan makna tersirat yang diberikan untuk Kesan MacGuffin ini, ia sebenarnya mampu membuatkan sesebuah jalan cerita menjadi lebih menarik dan membuatkan penonton atau pembaca tertanya-tanya akan plot yang cuba disampaikan. Kesan MacGuffin sebagai penggerak plot atau untuk penipuan plot? Anda tentukan sendiri
Rujukan
Goode, E. (2003). The macguffin that refuses to die: An investigation into the condition of the sociology of deviance. Deviant Behavior, 24(6), 507–533.
Renee, V. (2016). Hitchcock’s MacGuffin Explained: What Are They and How Do You Use One in Your Film? Retrieved October 20, 2018, from https://ift.tt/2yYkXUa

Buju Kurung Exclusive Untuk Wanita Berkerjaya

Terbongkar Cara Blogger Dapatkan Organic Traffic Unlimited.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://encikpenyu.blogspot.com/2018/11/kesan-macguffin-penipuan-plot-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial

Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 613 hits
Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial Elak Jadi Mangsa Sihir Atau Santau Wanita Ini Kongsi Cara Betul Upload Foto Di Media Sosial
Doa Mujarab Terhindar Dari Musibah Atau Kecelakaan Pesawat Dan Kapal Laut

Doa Mujarab Terhindar Dari Musibah Atau Kecelakaan Pesawat Dan Kapal Laut

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 311 hits
Mungkin setelah mendengar atau melihat berita tersebut kecelakaan pesawat Anda merasa takut naik pesawat Namun jangan panik atau risau Kami punya solusinya untuk Anda Melakukan perjalanan jauh adalah hal yang harus dilakukan secara hati hat...
Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati

Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 333 hits
Amalkan 99 Kali Surah Ini Untuk Sembuhkan Penyakit Tak Dapat Dikesan Atau Tak Dapat Diubati Ustaz Kazim Elias 2018 Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT HR Imam B...
Punca Sakit Jantung Tak Kira Lelaki Atau Wanita

Punca Sakit Jantung Tak Kira Lelaki Atau Wanita

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 951 hits
Sakit jantung masih kekal sebagai penyebab utama kematian di kalangan pesakit di hospital hospital di Malaysia Persoalannya adakah anda mahu menjadi sebahagian daripada statistik di atas Apa itu sakit jantung sebenarnya Perunding Pakar Kard...
Tak Payah Ke Jepun Nak Tahu Atau Belajar Perkara Macam Ini Najib

Tak Payah Ke Jepun Nak Tahu Atau Belajar Perkara Macam Ini Najib

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 305 hits
Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan Mungkin hasil berjalan sampai ke Jepun inilah dia boleh terfikir idea bernas ini Tapi sebab terlalu hebat mengkaji beliau terlepas pandang bahawa Rancangan Makanan Tambahan ini sejak tahun 1979 la...
Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut Buat Berulang Kali Pasti Jadi

Teknik Mudah Rangsang Anak Lambat Cakap Atau Berat Mulut Buat Berulang Kali Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 440 hits
Kadang kala susah untuk dapatkan respon dari anak terutamanya bagi anak anak yang pasif ataupun ada agenda tersendiri Jadi mereka perlukan dorongan dari persekitaran dan keperluan diri untuk mereka memulakan interaksi Komunikasi 2 hala mest...
4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

4 Atau 6 Bulan Pertama Boleh Beri Makanan Pepejal 7 Petunjuk Ini Menunjukkan Bayi Anda Bersedia Untuk Makan

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 408 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Mesin Buat Ais Dirumah Tak Perlu Susah Nak Tunggu Ais Beku Dalam Peti Atau Beli Kat Kedai

Mesin Buat Ais Dirumah Tak Perlu Susah Nak Tunggu Ais Beku Dalam Peti Atau Beli Kat Kedai

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 647 hits
PENAT beli ais kat kedai tunggu ais beku dalam peti kekadang ais ade bau ikan dalam peti NAK SEKALI AIR PANAS SEJUK Kini semua pakai tekan je dengan Coway Penapis air Coway Lucy Tekan2 je keluar ais Ada juga air panas sejuk biasa Ada mod ma...
Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Azmin Pledges To Tell All On May 11

Honor X7b Telefon Pintar 5g Kini Di Kedai Seluruh Negara Pada Rm899

Isn T Akmal S Call To Reject Passport Renewal Based On Bm Fluency A Disservice Amid Looming Kkb Polls

Selepas Menjadi Penumpang Umno Bakal Terkubur Pada Pru16

Ramai Netizen Dan Rakyat Teruja Gembira Bila Dimaklumkan Tun Mahathir Antara Yang Sedang Disiasat Sprm



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Beraya Di Kuantan Dan Melaka

Lirik Lagu Katakan Saja Nabila Razali

Jadual Dan Keputusan Piala Thomas Piala Uber 2024

Reaching Out

Iddah Wanita Kematian Suami

Berebut Kasih