Kesan Buruk Air Berkarbonat Kepada Kesihatan
Air berkarbonat sudah tidak asing bagi semua golongan dan amat mudah didapati pasaraya-pasaraya mauhupun penjaja. Tarikan utama air berkarbonat seperti pelbagai warna dan rasa seolah-olah memukau para penggemarnya terutamanya kanak-kanak.
Melalui carian di Wikipedia, air bergas (juga dikenali sebagai (air) seltzer, air bergas, atau air soda) adalah air yang dimasukkan gas karbon dioksida bertekanan tinggi. Air jenis ini barangkalinya mempunyai bahan penambah seperti natrium klorida, natrium bikarbonat atau bahan yang seumpamanya, air seltzer pula hampir selalunya terdiri dari air dan karbon dioksida tanpa bahan tambahan lain.
sumber asal : wikipedia
Pengkarbonatan adalah proses menyebabkan air menjadi berbuih. Kebanyakan air bergas dijual dalam botol sedia diminum seperti minuman ringan, tetapi ia juga boleh disediakan di rumah dengan menggunakan alat pembuat soda.
Air bergas telah dicipta oleh Joseph Priestley pada tahun 1767 ketika dia menemukan kaedah yang menyuntikkan air dengan karbon dioksida selepas menggantung mangkuk air di atas tong bir di tempat pembuatan bir di Leeds, England. Dia menulis mengenai "rasa kepuasan yang aneh" sewaktu meminum air tersebut, dan beliau kemudiannya menerbitkan sebuah laporan bertajuk Impregnating Water with Fixed Air ("Mengisi Air dengan Udara Tetap [Karbon Dioksida]") pada tahun 1772.
Di antara perkongsian kesan buruk minuman berkarbonat oleh beberapa laman sesawang dan blog untuk rujukan;
1- Suka Minum Air Gas Ketika Hamil? Jaga-Jaga, Ia Boleh Sebabkan Kelahiran Pramatang!
Menurut Reuters, pengkaji telah mengkaji lebih 60,000 wanita mengandung di Norway
dan menemui mereka yang minum air gas bergula ada 25% risiko untuk melahirkan
anak pramatang dari mereka yang tidak minum air bergula.
Wanita yang minum air gas dengan bahan pemanis tiruan berbanding gula pula
mempunyai 11% risiko untuk melahirkan bayi pramatang.
Kajian dari American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan, kandungan gula yang
tinggi dalam minuman adalah punca terjadinya kelahiran pramatang.
2- Kandungan Kalori Dalam Air Kosong, Sirap, Teh Tarik Yang Anda Perlu Tahu
Segelas air gas atau bikarbonat kapasiti 250 ml mengandungi 130 kalori. Untuk
membakar kalori tersebut anda perlu melakukan aktiviti berikut:
Berjalan kaki = 35 minit
Jogging = 15 minit
Mengayuh basikal = 20 minit
3- Ini perjalanan air berkarbonat apabila masuk ke dalam badan anda
Air berkarbonat bukan sahaja tinggi kandungan fruktos malah mengandungi tinggi
garam halus dan kafein. Pengambilan bahan - bahan ini dengan kerap dalam kadar
yang tinggi akan meningkatkan tekanan darah, penyakit jantung, diabetis dan obesiti.
Kajian oleh Universiti Harvard menunjukkan bahawa minum satu tin minuman gula
bergas meningkatkan risiko penyakit jantung sebanyak 20%.
4- Bahaya Minuman Berkarbonat: Kenapa Perlu Hentikan Ketagihannya Sekarang!
5- Minum Air Berkarbonat Sebabkan Lapar 6 Kali Lebih Tinggi Dari Air Kosong – Kajian
Para penyelidik telah mengkaji kesan air berkarbonat ini kepada 20 orang sukarelawan
dan mendapati mereka yang meminum air itu mempunyai kadar hormon lapar 6x lebih
tinggi berbanding mereka yang meminum air kosong.
Bagaimana ia boleh terjadi? Ini disebabkan hormon ghrelin yang dirembes daripada
sistem pencernaan untuk memberitahu otak yang kita kelaparan. Oleh kerana itulah,
pengambilan air bergas dengan perasa tambahan boleh membawa penambahan berat
badan berlebihan.
Petikan berita-berita yang berkaitan penyakit yang dihidapi berpunca daripada pengambilan air berkarbonat;
1- Bahana teguk 2 tin air berkabonat setiap hari
“Daripada sebesar ibu jari, bisul itu merebak dan saiznya hampir sebesar tapak tangan. Saya bernasib baik kerana cepat mendapatkan rawatan memandangkan jangkitan itu sudah hampir ke tulang.
“Jika tidak, sudah tentu kena potong. Pembedahan dibuat dua kali di mana kulit yang terkena jangkitan terpaksa dibuang manakala nanah pula dicuci.
2- Awal manis hujung seksa
“Namun, pada cuti persekolahan 2017 lalu, berat badan Nur Azhad (ketika itu berusia
10 tahun) susut mendadak, daripada 50 kilogram (kg) kepada 36kg.
“Selain itu, rambutnya juga banyak gugur, sentiasa lemah, malah selepas makan Nur
Azhad juga tidur.
“Keadaan itu menyebabkan dia malas ke sekolah dan sentiasa kepenatan walau hanya
mendaki tangga untuk naik ke tingkat atas rumah kami,”
3- Pemuda kurus kering akibat gemar minum air berkarbonat
“Dulu badan saya pernah mencecah 100 kg malah saya dikategorikan berbadan besar
tapi sihat dan mampu bekerja sebagai operator kilang dekat Perai.
“Namun segalanya berubah pada 2012 apabila saya disahkan menghidap diabetes yang
kronik menyebabkan berat badan menyusut serta kini hanya mampu terlantar di rumah
dan dijaga oleh adik perempuan saya,”
4- Setiap hari minum air gas, ini akibat yang terjadi pada pelajar tingkatan 1 ini
“Saya suka minuman bergas sejak kecil. Lebih-lebih lagi dulu ada sebuah kedai runcit
dekat rumah, memang setiap hari saya akan beli air gas. Tapi tak sangka akhirnya
membuatkan saya jadi begini.
“Memang pada mulanya ia hanya luka kecil di tapak kaki tapi kaki semakin
membengkak dan bernanah dan akan mengeluarkan bau busuk,
simieY: jarang-jarang ja minum nak flush usus. hahaa..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.simiey.info/2019/09/kesan-buruk-air-berkarbonat-air-bergas.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)