Kes Zahid Saya Tak Mahu Dahului Mahkamah Kata Anwar


malaysiakini.com
Diterbitkan: Feb 1, 2023 4:36 PM
Kerjasama politik Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi terus menjadi tumpuan dalam wawancara media

Bloomberg adalah yang terbaru menyoal pengerusi Pakatan Harapan itu mengenai perkara berkenaan.

Merujuk kepada gesaan tegas menentang rasuah, perdana menteri ditanya bagaimana dia mempunyai timbalan perdana menteri yang menghadapi 47 pertuduhan rasuah.

Anwar, yang kuasanya bergantung kepada sokongan Zahid dan sekutunya, berkata bahawa dia tidak mahu terburu-buru mendahului mahkamah berhubung kes presiden Umno itu.

“Dia (Zahid) telah disiasat dan didakwa - sedang menjalani perbicaraan dan mahkamah harus membuat keputusan secara bebas. Saya menyatakan dengan sangat jelas bahawa mahkamah adalah bebas dan saya tidak fikir saya harus menghakimi terlebih dulu (daripada mahkamah).

“Tetapi ia tidak sepatutnya hanya bersifat politik semata-mata. Mengapa merujuk kepadanya (Zahid) secara peribadi sedangkan saya telah mengatakan bahawa sistem itu yang korup?

“Terdapat begitu ramai pemimpin politik lain yang telah menyalahgunakan jawatan mereka; bekas perdana menteri, bekas menteri kewangan, mencecah ratusan dan jutaan dolar,” katanya.

Ditekan lebih lanjut, Anwar menjawab: “Saya bukan di sini untuk membincangkan kesnya. Saya di sini untuk mencadangkan bahawa proses mahkamah mesti bebas dan dia mesti diberi peluang - keadilan untuk diadili oleh mahkamah yang bebas dan tidak berat sebelah."
Mengenai apa yang akan berlaku jika Zahid disabitkan kesalahan dan dipenjarakan, Anwar memilih untuk bercakap tentang bagaimana keadaan telah berubah.

“Mari kita bergerak ke hadapan. Kita perlu bekerja dari hari pertama, untuk memastikan sistem yang kita ada mempunyai tadbir urus yang baik, dan sistem itu bebas daripada pemimpin yang korup. Dan saya fikir untuk bersikap adil, mereka telah mematuhi peraturan ini sekarang.

“Tiada satu kesan yang saya dapati daripada mana-mana pasukan saya kini cuba membazir melalui kontrak atau projek dan saya puas hati dengan itu. Orang harus menilai saya bermula dua bulan lalu,” tambahnya.

Belajar selama bertahun-tahun

Sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-15 lagi, terdapat dakwaan mengenai pakatan antara Anwar dan Zahid - dengan pesaing politik mendakwa ia akan berakhir dengan pembebasan Zahid.

Mengenai perasaan menjadi perdana menteri selepas lebih dua dekad dalam politik, Anwar berkata: “Menunggu di koridor kuasa sudah tentu satu pengalaman kerana anda memerhatikan pemain-pemainnya.

“Ia seperti King Lear dengan Cordelia melihat ke pentas dan anda belajar daripada kekuatan dan kelemahan musuh anda, dan mudah-mudahan apabila anda berada di pejabat, anda cuba dan bertambah baik, dan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat," tambah Anwar, merujuk kepada karya penulis Inggeris, William Shakespeare.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/kes-zahid-saya-tak-mahu-dahului.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

Dalam Wawancara Media Antarabangsa Anwar Disoal Berhubung Isu Kes Rasuah Zahid

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 187 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Isu kes rasuah Timbalan Perdana Menteri yang dibicarakan di mahkamah antara menjadi soalan utama media antarabangsa terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim baru baru ini ...
Kes Najib Kelakuan Jengkel Shafee Meletihkan Mahkamah Kata Zaid

Kes Najib Kelakuan Jengkel Shafee Meletihkan Mahkamah Kata Zaid

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 174 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Zaid Ibrahim menggesa Shafee Abdullah agar menghormati kebenaran dalam usahanya mendapatkan keadilan untuk Najib Razak Amat menyedihkan saya jika tuduhan Shafee semalam disokong oleh Najib mesti setuju dengan nara...
Anwar Is Zahid S Biggest Collateral Damage

Anwar Is Zahid S Biggest Collateral Damage

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 298 hits
For those who think Umno president Ahmad Zahid Hamidi is what Prime Minister Anwar Ibrahim needs for his coalition government s survival the sacking of Khairy Jamaluddin and suspension of Hishammuddin Hussein proves that Zahid may also dest...
Ulasan Anwar Tanggung Akibat Tindakan Zahid

Ulasan Anwar Tanggung Akibat Tindakan Zahid

papar berkaitan - pada 29/1/2023 - jumlah : 307 hits
malaysiakini comULASAN Bagi mereka yang menganggap Perdana Menteri Anwar Ibrahim memerlukan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk kelangsungan kerajaan campurannya pemecatan Khairy Jamaluddin dan penggantungan Hishammuddin Hussein membukti...
Kj To Anwar Does Umno Under Zahid Add Value To Unity Government

Kj To Anwar Does Umno Under Zahid Add Value To Unity Government

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 160 hits
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim should ponder if Umno under Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi s leadership will add value to the unity government That was the question posted by sacked Umno leader Khairy Jamaluddin to the prime minis...
Saya Perlu Menyelamat Umno Daripada Musuh Dalam Parti Kata Zahid

Saya Perlu Menyelamat Umno Daripada Musuh Dalam Parti Kata Zahid

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 233 hits
freemalaysiatoday com February 1 2023 12 28 AMAhmad Zahid Hamidi berkata pihaknya boleh meraikan perbezaan pendapat namun tidak berkompromi mana mana pihak menyentuh soal integriti parti PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkat...
Anwar Ibrahim Harus Henti Bicara Tentang Rasuah Jika Kes Zeti Dan Nazlan Pun Tidak Mampu Buka

Anwar Ibrahim Harus Henti Bicara Tentang Rasuah Jika Kes Zeti Dan Nazlan Pun Tidak Mampu Buka

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 240 hits
Semakin lama Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri semakin nipis kesabaran rakyat apabila masih belum ada apa apa tindakan dari kerajaan Anwar Ibrahim terhadap kes rasuah terbesar negara ia itu kes bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Az...
Grilled On Zahid Anwar Asks Why Refer To Him Personally

Grilled On Zahid Anwar Asks Why Refer To Him Personally

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 303 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim s political alliance with Umno president Ahmad Zahid Hamidi continues to be a focal point during media interviews Bloomberg is the latest to grill him on the matter Referring to his clarion call against corrupti...
Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian