Kes Positif Covid 19 Meningkat Kepada 83 Agong Titahkan Rakyat Bantu Penularan Wabak


Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menitahkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani penularan COVID-19 di negara ini.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka turut menzahirkan kebimbangan susulan pengesanan 28 kes baharu COVID-19, semalam.
Justeru, Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KKM bagi proses siasatan dan mengenal pasti kontak rapat pesakit baharu terbabit supaya jangkitan virus itu dapat dibendung dengan segera serta berkesan.
“Seri Paduka bertitah, rakyat turut digesa menghubungi Khidmat Nasihat Kesihatan Dalam Talian atau Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) melalui laman sesawang KKM untuk sebarang keraguan serta pertanyaan dan maklumat,” katanya.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menasihati rakyat supaya mematuhi panduan dan langkah pencegahan yang dikeluarkan KKM bagi mengelakkan penularan COVID-19.
Selain itu, katanya, baginda menasihati penganjur majlis supaya menjalankan saringan gejala dan sejarah perjalanan ke China dalam tempoh 14 hari kebelakangan dari tarikh program terhadap peserta, selain menyediakan hand sanitiser (cecair pembasmi kuman) yang mencukupi bagi kegunaan mereka.
Ahmad Fadil berkata, Al-Sultan Abdullah juga menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas tindakan segera, rawatan serta pemantauan berterusan oleh KKM dan agensi berkaitan dalam usaha memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berkesan.

“Seri Paduka turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha KKM menjalankan siasatan serta aktiviti pengesanan kontak rapat bagi mengenal pasti punca kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan itu.
“Al-Sultan Abdullah menyeru rakyat untuk bersama-sama baginda berdoa memohon ihsan Allah SWT supaya Malaysia dan dunia dilindungi daripada COVID-19 serta memudahkan pihak berkuasa tempatan dan di kawasan terjejas menangani gejala virus ini,” katanya.
Semalam, KKM mengesahkan penambahan 28 kes positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif 83 kes di Malaysia. – BERNAMA
The post Kes Positif COVID-19 Meningkat Kepada 83, Agong Titahkan Rakyat Bantu Penularan Wabak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/kes-positif-covid-19-meningkat-kepada-83-agong-titahkan-rakyat-bantu-penularan-wabak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Malaysia Antara 4 Kes Positif Covid 19 Di Singapura

Rakyat Malaysia Antara 4 Kes Positif Covid 19 Di Singapura

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 247 hits
Rakyat Malaysia antara 4 kes positif Covid 19 di Singapura Dikemas kini 34 minit yang lalu Diterbitkan pada 29 Feb 2020 11 31
Covid 19 14 Kes Baharu Jadikan Kes Positif Meningkat 50

Covid 19 14 Kes Baharu Jadikan Kes Positif Meningkat 50

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 252 hits
Sehingga 12 tengah hari Rabu terdapat 14 kes baharu COVID 19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif di Malaysia meningkat ke 50 kes Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata gelombang pertama COVID 19 di Malaysia mera...
Jururawat Pelatih Positif Covid 19 Pernah Kendalikan Kes Wabak Ini Tanpa Pakai Peralatan Perlindungan Diri

Jururawat Pelatih Positif Covid 19 Pernah Kendalikan Kes Wabak Ini Tanpa Pakai Peralatan Perlindungan Diri

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 231 hits
Hari ini bersamaan 1 Mac 2020 Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Noor Hisham Abdullah mengsahkan bahawa 4 lagi kes terbaru yang melibatkan warganegara Malaysia positif Covid 19 Antara 4 kes terbaru itu kes ke 27 paling mencuri tumpuan apabila s...
Covid 19 Singapura Catat 138 Kes Dengan Lapan Terbaharu Positif

Covid 19 Singapura Catat 138 Kes Dengan Lapan Terbaharu Positif

papar berkaitan - pada 8/3/2020 - jumlah : 148 hits
SINGAPURA 8 MAC Kementerian Kesihatan Singapura pada Sabtu mengesahkan lapan lagi kes jangkitan Covid 19 menjadikan jumlah kes itu di negara ini adalah 138 MOH dalam satu kenyataan di sini memaklumkan empat daripadanya adalah sebahagian dar...
Kes 131 Ada Sejarah Hadiri Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling Sah Positif Covid 19 Kp Kesihatan

Kes 131 Ada Sejarah Hadiri Ijtimak Tabligh Di Masjid Sri Petaling Sah Positif Covid 19 Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 12/3/2020 - jumlah : 387 hits
Berhubung dengan isu kes Covid 19 yang melibatkan pesakit daripada Brunei selepas menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur Menerusi satu kiriman daripada Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Nor Hisham Abdullah ber...
Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid 19

Penumpang Kongsi Gambar Pesawat Lengang Susulan Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 13/3/2020 - jumlah : 407 hits
Seorang pengguna sosial media telah berkongsi beberapa foto dan video di mana keadaan sebuah pesawat kosong tanpa penumpang akibat penularan Covid 19 di seluruh dunia Perjalanan ke Florida Vietnam dan New York kelihatannya telah terjejas ke...
Agong Zahir Kebimbangan Titah Rakyat Bantu Kkm Tangani Covid19

Agong Zahir Kebimbangan Titah Rakyat Bantu Kkm Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 207 hits
Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan rakyat Malaysia untuk memainkan peranan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani penularan jangkitan COVID 19 di negara ini Datu...
Skmm Menutup Sementara Ibu Pejabat Langkah Proaktif Ekoran Penularan Wabak Covid 19

Skmm Menutup Sementara Ibu Pejabat Langkah Proaktif Ekoran Penularan Wabak Covid 19

papar berkaitan - pada 5/3/2020 - jumlah : 353 hits
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan menutup sementara ibu pejabat dan bangunan lama MCMC Cyberjaya Kedua dua bangunan ini akan ditutup selama dua hari ini iaitu pada 5 Mac dan juga...
Covid 19 Kes Terbaru Libatkan Wanita Rakyat Malaysia Baru Pulang Dari Jepun

Covid 19 Kes Terbaru Libatkan Wanita Rakyat Malaysia Baru Pulang Dari Jepun

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 316 hits
Wabak koronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru paru di bandar Wuhan di wilayah Hubei China Pihak berkuasa China pada 7 Januari lalu mengesahkan Koronavirus yang baru dikenal pasti itu boleh te...
Towards More Comprehensive Pension Reform

Big Bucks Top 10 Sellers From Bonhams Spring Stafford Sale

Berebut Kasih

Reaching Out

Kerana Wanita Melintas Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut

Ask Your Idol About Ops Lalang Don T Be A Hypocrite Fahmi To Saddiq

Calon Pn Kuala Kubu Baru Ceo Syarikat Tutup

How Much Longer For Mou On Allocations For Opposition Mps Says Syed Saddiq



Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi


Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Legoland Malaysia Resort Empowers Teachers And Students To Conquer The Legoland School Challenge 2024

Prk Kkb Pertandingan Parti Atau Pertandingan Kaum

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Piza Potato Gnocchi Di The Spot By Chinoz Tiada Tandingan