Kes Nora Anne Gunung Berembun Hutan Tebal Pendaki


Nur Natasha Aida Ismail, Bernama      Hutan Hujan Tropika di Malaysia sering menjadi tarikan penggemar aktiviti mencabar menerokai misteri keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara

Walaupun berdepan pelbagai kesulitan dan risiko termasuk sesat, hutan tertua didunia itu yang berbukit dan dipenuhi misteri, tetap menggamit pengunjung.

Kejadian pendaki atau pengunjung dilapor hilang ketika mendaki atau beriadah di kawasan pinggir hutan telah banyak dilaporkan dan kebanyakan mereka ditemui selamat.

Terbaharu, Gunung Berembun di Jalan Pantai, di sini, menjadi tumpuan media tempatan dan antarabangsa berikutan kes kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang juga anak istimewa, Ahad lepas ketika bercuti bersama keluarganya di Resort The Dusun, Pantai di Nilai.
Iklan Menurut pendaki yang pernah mendaki gunung berhampiran resort itu, Gunung Berembun dilitupi hutan tebal, dengan laluan trek mendaki dipayungi pokok-pokok besar, menjadikan kawasan itu sentiasa redup.

Selain itu, tarikan bangkai pesawat pengebom B-24 yang dilaporkan terhempas ketika Perang Dunia Kedua menjadi tarikan pendaki.

Berkongsi pengalaman mendaki Gunung Berembun, Zuhairi Mansor, 43, yang membesar di Kampung Pantai berkata kes orang hilang pernah dilaporkan sebelum ini tetapi belum ada yang hilang berhari-hari dan tidak ditemui.

“Orang hilang memang ada, tetapi tidak adalah sampai tak jumpa, selalunya hilang hari ini esoknya dah jumpa… ada kes pendaki mati ketika mendaki pun kita dapat jumpa dan turunkan mangsa,” katanya.

Antara kes orang hilang yang dilapor di kawasan itu ialah:

Pada 1 Mei 2019, seorang pendaki sesat lebih 12 jam di Gunung Berembun ketika melakukan aktiviti mendaki bersama bapanya. Mangsa berjaya ditemui pukul 8 pagi keesokan hari di kaki gunung itu oleh pasukan penyelamat.

Sementara itu, 16 orang termasuk kanak-kanak berusia empat tahun dan bayi tiga bulan dilapor sesat pada 26 Ogos 2017 kira-kira lima jam ketika menuruni Gunung Berembun. Mereka berjaya turun dengan sendiri dan tiba di kaki gunung pada jam 2.05 pagi keesokannya.

Kemudian, pada 16 Oktober 2016 pula, lima pelajar sebuah kolej perubatan sesat lebih tujuh jam di Gunung Berembun sebelum diselamatkan pasukan bomba awal pagi esoknya.

Merujuk kepada kes kehilangan Nora Anne, Zuhairi berkata terdapat malim Gunung Berembun yang membantu dalam operasi mencari dan menyelamat remaja itu.

Selain laluan utama dari Balai Polis Pantai, Gunung Berembun juga mempunyai dua laluan lain untuk keluar dan masuk mendaki, iaitu dari Kuala Pilah dan Jelebu.

Seorang lagi pendaki, Syafiq Yusoff, 30, berkata pendakian di gunung yang mempunyai ketinggian 1,014 meter itu agak mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal pendaki kerana terdapat pendakian yang menegak.

“Tetapi sepanjang pendakian, pendaki akan menyelusuri sungai dan ‘dihidangkan’ dengan pemandangan pokok-pokok hutan yang tinggi memayungi laluan trek...trek yang ada memang cantik dan elok dengan penanda arah yang disediakan semua lengkap dan kalau betul-betul ikut trek memang tidak akan sesat,” katanya yang mula mendaki sejak berusia 18 tahun.- Bernama




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/kes-nora-anne-gunung-berembun-hutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lelaki Ini Kongsi Kisah Hitam Yang Berlaku Di Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Anne Ditemui

Lelaki Ini Kongsi Kisah Hitam Yang Berlaku Di Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Anne Ditemui

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 801 hits
Percutian bersama keluarga bertukar menjadi tragedi hitam apabila mayat seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne ditemui tidak jauh dari resort penginapannya Mayat gadis yang mengalami masalah pembelajaran itu ditemui dalam keadaan ...
Kawasan Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Di Temui Licin Permukaan Bumi Menegak Malim Gunung

Kawasan Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Di Temui Licin Permukaan Bumi Menegak Malim Gunung

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 834 hits
Kawasan Gunung Berembun Tempat Mayat Nora Di Temui licin permukaan bumi menegak Malim Gunung
Kes Nora Anne Pasukan Patologi Bedah Siasat Mayat

Kes Nora Anne Pasukan Patologi Bedah Siasat Mayat

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 382 hits
Sepasukan pakar patologi dari Hospital Kuala Lumpur tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di Seremban pagi ini bagi menjalankan proses bedah siasat mayat remaja Ireland Nora Anne Quoirin 15 Pasukan itu tiba pada kira kir...
Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

Kronologi Penuh Kes Kehilangan Nora Anne Quoirin Sewaktu Bercuti Di Sebuah Resort Di Seremban

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 998 hits
Negara digemparkan dengan berita kehilangan seorang remaja perempuan warga Ireland Nora Anne Quoirin 15 di sebuah resort di Seremban Negeri Sembilan Berikut adalah kronologi kejadian
Kes Nora Anne Polis Rakam Keterangan 20 Saksi Termasuk Keluarga

Kes Nora Anne Polis Rakam Keterangan 20 Saksi Termasuk Keluarga

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 382 hits
NILAI 7 Ogos Polis telah merakam sebanyak 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin 15 kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman Beliau berkata walaupun siasata...
Nora Darling I Love You Mum Is Here Rakaman Suara Ibu Remaja Istimewa Hilang Nora Anne Gema Di Hutan

Nora Darling I Love You Mum Is Here Rakaman Suara Ibu Remaja Istimewa Hilang Nora Anne Gema Di Hutan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 639 hits
NILAI Nora darling Nora I love you mum is here Itu antara ayat ibu kepada remaja istimewa Ireland yang hilang Nora Anne Quoirin 15 yang dirakam ketika operasi mencari dan menyelamat remaja itu semalam Rakaman suara Meabh Jaseprine Quoirin d...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced

How Do I Know If My Bmw Has The Dhp Package