Kes Nora Anne Polis Rakam Keterangan 20 Saksi Termasuk Keluarga


NILAI, 7 Ogos (Bernama) — Polis telah merakam sebanyak 20 keterangan saksi termasuk ahli keluarga bagi membantu siasatan kes kehilangan Nora Anne Quoirin, 15, kata Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.
Beliau berkata walaupun siasatan kes remaja Ireland yang dilaporkan hilang Ahad lepas menjurus kepada orang hilang, namun polis tidak menolak sebarang kemungkinan lain dan siasatan yang dijalankan adalah secara menyeluruh.
”Pasukan forensik juga sudah mengambil beberapa kesan cap jari di bahagian tingkap ruang tamu termasuk di seluruh bangunan (chalet) berkenaan dan telah dihantar ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut. “Sehingga kini, tiada petujuk baharu diperolehi dari pasukan mencari dan menyelamat,” katanya.
Beliau berkata skala operasi yang digerakkan adalah besar dan diperluaskan dengan penambahan dua lagi zon pencarian menjadikan kesemuanya enam zon.
“Kekuatan anggota dalam operasi SAR juga telah ditingkatkan kepada 214 anggota hari ini berbanding 159 anggota semalam,” katanya.
Mengulas mengenai keluarga mangsa yang masih mempercayai bahawa mangsa diculik, beliau berkata respon sebegitu mungkin disebabkan emosi kehilangan anak perempuan berusia 15 tahun apatah lagi remaja berkenaan merupakan anak istimewa.
Dalam pada itu, seorang anggota SAR berkongsi pengalamannya dan memberitahu Bernama bahawa kawasan hutan yang bercuram dan gelap merupakan antara cabaran yang perlu ditempuh anggota penyelamat.
Katanya kawasan pencarian juga mempunyai banyak kawasan berbatu besar yang tajam dan licin yang memerlukan setiap anggota lebih berwaspada.
“Operasi hari keempat hari ini mulai ‘muram’ dengan cuaca mendung sejak pagi tadi dengan hujan rintik berbanding sebelum ini cuaca yang amat baik,” katanya.
Katanya kawasan pencarian yang berbukit bukau dan bercuram itu yang dipenuhi pokok-pokok besar setinggi bangunan tiga tingkat bukanlah satu kawasan yang mudah untuk operasi berkenaan walaupun kebanyakan daripada mereka memiliki pengalaman yang luas dan terlatih.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lokasi resort yang terletak berdekatan Gunung Berembun dan di kelilingi dusun buah-buahan serta hutan telah menjadikan kawasan itu sebagai antara kawasan tarikan pelancong asing.
Berada di bukit dengan jarak perjalanan kira-kira 4 kilometer daripada Pekan Pantai, resort itu dilihat agak terpencil dan sunyi menjelang petang malah amat gelap pada waktu malam memandangkan tiada lampu jalan di sekitarnya selain perlu melalui jalan berliku yang sempit untuk ke resort berkenaan.
Tinjauan juga mendapati anggota keselamatan masih mengawal laluan menghala ke resort The Dusun, Pantai, yang menjadi tumpuan media sejak empat hari lepas.
Sumber: BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/08/08/kes-nora-anne-polis-rakam-keterangan-20-saksi-termasuk-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Sahkan Mayat Dijumpai Adalah Nora Anne Ketua Polis Negeri Sembilan

Keluarga Sahkan Mayat Dijumpai Adalah Nora Anne Ketua Polis Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 636 hits
Keluarga sahkan mayat dijumpai adalah Nora Anne Ketua Polis Negeri Sembilan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop mengesahkan mayat wanita berkulit putih yang ditemui kira kira 2 5 kilometer dari resort lokasi terakhir wargane...
Polis Ambil Keterangan 7 Saksi Dalam Kes Tetak Veteran Umno Kelantan

Polis Ambil Keterangan 7 Saksi Dalam Kes Tetak Veteran Umno Kelantan

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 347 hits
Kamaruddin Abdullah dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu selepas ditetak 2 lelaki dengan senjata tajam pada 28 Julai lalu KOTA BHARU Polis sudah mengambil keterangan 7 saksi berkaitan kes menetak Timbalan Pengerusi Vet...
Pencarian Nora Anne Pihak Polis Mengesahkan Penemuan Mayat Perempuan

Pencarian Nora Anne Pihak Polis Mengesahkan Penemuan Mayat Perempuan

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 586 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Keluarga Buat Pengecaman Sahkan Mayat Adalah Nora Anne

Keluarga Buat Pengecaman Sahkan Mayat Adalah Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 347 hits
Mayat wanita berkulit cerah yang ditemui tengah hari Selasa adalah Nora Anne Quoirin 15 remaja yang dilapor hilang dari sebuah resort di Nilai 4 Ogos lepas Pengecaman mayat itu dibuat oleh keluarga remaja berkenaan di Hospital Tuanku Jaafar...
Presiden Ireland Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Luah Rasa Simpati Buat Keluarga Nora Anne

Presiden Ireland Ucap Terima Kasih Kepada Malaysia Luah Rasa Simpati Buat Keluarga Nora Anne

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 314 hits
Setelah sepuluh hari usaha pencarian dilakukan kehilangan remaja berusia 15 tahun akhirnya terjawab apabila keluarganya sendiri telah mengesahkan bahawa mayat yang dijumpai petang tadi adalah Nora Anne Quoirin Pengesahan terbabit telah dibu...
Terkini Pencarian Berakhir Keluarga Nora Anne Beri Kenyataan Eksklusif Zahir Rasa Sedih

Terkini Pencarian Berakhir Keluarga Nora Anne Beri Kenyataan Eksklusif Zahir Rasa Sedih

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 499 hits
Kehilangan Nora Anne Quoirin sejak 4 Ogos lalu ketika bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun Pantai Negeri Sembilan akhirnya terjawab apabila mayat gadis malang itu ditemui semalam Lokasi penemuan mangsa adalah kira kira 2 5 kilome...
Sama Macam Kes Dulu Rusuhan Geng Parang Di Kuil Kuala Selangor Dua Cedera Termasuk Pegawai Polis

Sama Macam Kes Dulu Rusuhan Geng Parang Di Kuil Kuala Selangor Dua Cedera Termasuk Pegawai Polis

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 673 hits
Sepatutnya tempat beribadah ni jadi tempat untuk berkumpul bersama saudara seagama tapi yang ini lain pula jadinya Dua orang termasuk seorang pegawai polis cedera dalam rusuhan yang berlaku semasa upacara keagamaan sedang berlangsung di kui...
Laporan Bedah Siasat Mayat Nora Anne Polis Dijangka Umum Malam Ini

Laporan Bedah Siasat Mayat Nora Anne Polis Dijangka Umum Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 518 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Penemuan Mayat Ketika Misi Mencari Nora Anne Dilakukan Kata Pihak Polis

Penemuan Mayat Ketika Misi Mencari Nora Anne Dilakukan Kata Pihak Polis

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 402 hits
Sumber dari Sinar HarianMengenai misi mencari remaja Ireland bernama Nora Anne seakan memberi petunjuk baru apabila ketika misi mencari dilakukan satu mayat telah dijumpai berdekatan dengan Gunung Berembum Penemuan ini disahkan oleh Ketua P...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Online Presence Is Critical For Business

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini

Makan Nasi Goreng Siang Malam

Medical Follow Up Di Kpj Seremban

Dating Berdua Dengan Dania