Kes Naya Betul
Kes naya betul.. | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulilah, masih diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga, alhamdulilah. Apa tema baju raya 2022 korang tahun ini? Apakah kita sama team tema baju raya warna hijau? Yang sebenarnya aku jenis yang tak kisah pun nak pakai yang sama ke, tak sama ke, mana-mana pun boleh, aku jenis ikut je. Tapi itulah, bila kita cari last minit, saiz baju tu dah susah nak jumpa, yang tinggal semua saiz kecil sahaja.
tema baju raya warna hijau Dalam Melaka ini, ikutkan memang banyak je yang jual baju raya. Tapi macam aku ada cakapkan di awal tadi, nak cari saiz tu yang payah sikit. Aku pakai saiz L. Boleh dikatakan saiz yang paling popular la. Puas juga mencari baju melayu warna hijau saiz L, tapi kecundang! Yang tinggal semua saiz s dan XS. Mana mahunya pakai saiz macam itu, hahaha.
Kalau ada pun, jenis baju kurta lelaki 2022 warna hijau saiz L. Ikutkan, boleh je nak pakai, lagi mudah sebab pakai seluar biasa sahaja. Tapi tahun ini macam terasa nak pakai samping songket eksklusif. Tengok orang pakai sebelum ini, macam smart! Jadi kita pun nak juga pakai walaupun rasa macam, eh! Boleh ke aku pakai sebab, yelah, perut 1 pax ni ada payah sedikit, hahaha.
sampin songket raya Nak cari sampin songket ni tak susah mana, mana-mana kedai pun ada. Mungkin sebab tak ramai yang nak pakai sampin kut. Sebab yang paling penting sebenarnya baju raya tu, sampin ni macam tambahan sahaja.
Tapi aku berkenan betul dengan sampin songket raya yang warna warni tu. Lagi satu warna putih. Fuh! Nampak kemas betul kalau pakai dengan baju melayu kan? Memang dah lama teringin nak pakai, dan alhamdulilah semalam dapat beli satu. Dan syukur jugak akhirnya dapat juga baju melayu saiz L semalam! Baru lah kena tema baju raya warna hijau!
Kes naya betul..
Tapi dalam pada keasyikan dapat baju melayu tu, terselit rasa sedih juga. Bukan apa, baju dah cantik dah, sekali seluar saiz lain! bayangkan, baju saiz L, seluar saiz XXL! Macamana nak kira tu? Kita ni dahlah tak berapa nak tinggi, pakai pulak seluar saiz xxl, kan lain betul tu? Hahahaha.
Kalau ikutkan memang malas dah nak pakai seluar, kita pakai je baju melayu dengan seluar biasa, kemudian sarung samping songket, tapi macam tak kena la tema tahun ini. Tema aku tahun ini, mesti pakai 1 set, sebab sebelum-sebelum ini, memang caca merba sikit, warna lain-lain, hahaha.
Tapi aku bersyukur jugak, sebab wife tahu menjahit. Terpaksa la dia “alter” balik seluar tu pergi saiz L balik, memang banyak kerja, tapi apa nak kata kan, dah last minit macam ini, kalau hantar ke kedai pun, bukan mereka nak terima lagi, jadi kita buat sendiri je.
Apa pun, aku nak ucap awal-awal (takut tak sempat nak ucap dalam blog ni) Selamat hari raya aidilfitri 2022 , maaf zahir dan batin. Kalau ada tulisan aku di dalam ini yang membuat korang terasa hati ke macamana ke, aku minta maaf ya. Yang lemah datangnya dari penulisan aku, yang baik semuanya datang daripada Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2022/04/kes-naya-betul.html