Kes Adik Bella Didera Pelaku Melampau



sekarang ni sana sini bercerita pasal kes adik bella tu, aku semasa baca rasa sangat sedih dan sayu. tergamak si pelaku buat macam tu. tak ada langsung belas kesian, macam binatang dah perwatakan kau. sakit betul ati aku bila teringat pelaku ni, kau dah la perempuan mana rasa kasih dan belas kau yea.. baca la petikan daripada web https://ikram.org.my/adik-bella-didera/
aku cnp untuk memudahkan korang membaca di blog aku je.. kepada si pelaku aku berharap sangat kau dapat hukuman yang setimpal

Atriza Umar 15 April 2022 10:49 am Tentunya perit kita mendengar satu persatu pendedahan yang dibuat oleh saksi dalam kes adik Bella didera. Dari tahun lalu, isu ini hangat diperkatakan. Namun, pelaku yang zalim lagi kejam itu masih belum dikenakan tindakan hukuman.
Suara-suara kita memperjuangkan isu adik Bella didera ini, #JusticeForBella perlu diteruskan. Sejak 2021 lagi rakyat sudah didedahkan bahawa NGO Rumah Bonda itu tidak berlesen apatah lagi beraudit. 
 Terdahulu, saya pernah membangkitkan isu ini melalui penulisan bertajuk ‘Adik Bella, OKU dan kita’ di https://ikram.org.my/adik-bella-oku-dan-kita/, seharusnya pihak berwajib peduli dan segerakan tindakan kepada si pelaku.
 
Bukan penderaan biasa
 “Tak sanggup nak baca satu persatu. Sedangkan kita kalau terpercik air panas sikit pun dah terasa sakit nya. Allahu Akbar, tak terbayang betapa seksanya sepanjang adik Bella didera. Sampai hati si pelaku. Dalam kalangan binatang, tidak ada manusia di situ tetapi dalam kalangan manusia, terdapat syaitan di situ,” kata Azliza melalui sebuah komentar berkaitan isu adik Bella ini.
 
Majoriti netizen sependapat mendoakan agar isu adik Bella didera ini terus diperjuangkan hingga pelakunya dikenakan hukuman yang sangat berat.
 
“Semoga pelakunya mendapat seberat-berat hukuman. Bukan manusia dah ni,” kata Wan Rosli.
 
Mdm Yui pula berkata; maka celakalah tangan-tangan yang berbuat kejahatan dan kezaliman! Semoga pelakunya mendapat hukuman selayaknya.
 
“Memang zalim! Nauzubillah, apa dalam kepala masa buat semua tu? Kepuasan? Keseronokan? Sebak baca. Moga terbela kes adik Bella.”
 
Selain itu, CEO The Content Success, Khairul Hakimin Muhammad menegaskan agar terus berjuang sampai menang kes adik Bella ini.
“Jangan pernah lupa setiap hari kita sedang perjuangkan anak ini.”
 
Sebagaimana yang didedahkan saksi, sebanyak 18 jenis deraan yang terpaksa dihadapi oleh adik Bella. Itu baru 18 yang didedahkan. Apa lagi yang masih belum terluah oleh saksi terhadap kes adik Bella ini?
 
Jangan pula di pihak pelaku mengenakan apa-apa ugutan terhadap saksi selepas mereka meluahkan semua atau sebahagian itu di mahkamah.
 
Memang tidak terungkap betapa azab yang terpaksa diharungi oleh seorang Bella yang tidak berdosa dengan segala pendedahan yang dibuat oleh saksi tersebut. Seakan langsung tiada peri kemanusiaannya. Zalim, kejam!
 
Sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian pada tajuk ‘Saya gigit Bella sebab Siti Bainun suruh’ – Saksi’, inilah senarai 18 jenis penderaan yang dialami oleh adik Bella mengikut saksi :
 
Dipukul dengan hanger sehingga patah. Dikurung dalam bilik dan tidak dibenarkan bermain dengan kawan-kawan lain. Dikurung dalam laundry room yang kecil dan penuh dengan barang stor. Dipaksa berdiri hadap dinding dari jam 8 pagi hingga penghuni masuk tidur. Disimbah air panas dengan kerap, termasuk tempat luka dan nanah. Hukuman air panas ni hukuman paling banyak Bella kena. Diikat tangan, kaki dan ditutup mulut. Ditelanjangkan. Dipaksa makan najis sendiri. Bella makan kerana takut diseksa, tapi muntah dan dipaksa makan lagi. Menekap kuali panas pada peha Bella. Dipaksa bersihkan tandas. Jika dia tidak puas hati, pemanas air dipasang pada suhu maksima sebelum disiram pada Bella. Tangan diikat dan direndam dalam baldi air panas yang dicampur Dettol dan garam.  Diberi makanan lebihan penghuni lain atau nasi kosong digaul dengan cili kisar. Ditenyeh mata, mulut dan luka dengan cili kering.  Diikat dan tendang diperut oleh OKT. Selepas itu disiram air panas dan ditenyeh cili kering di mata dan luka.  Dipukul dengan batang penyapu atau penyodok sampai patah. Dipijak di bahagian lutut oleh OKT. Dipukul dan ditolak kepala. Digigit perut oleh penghuni lain atas arahan OKT. 
Di mana rasa kemanusiaannya jika semua deraan itu dilakukan kepada adik Bella?
 
Percanggahan kepentingan
 
Dalam perkembangan berkaitan, Senator Ras Adiba Radzi menerusi hantaran Facebooknya berkata:
 
“Saya menyokong penuh memorandum yang mengesyorkan untuk menamatkan lantikan Syed Azmi Alhabshi sebagai Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara (YKN).”
 
Tambahnya, perkara ini beliau akan bawa kepada perhatian terus YAB Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).
 
“Percanggahan kepentingan ini berlaku apabila Penasihat MBKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pemegang Amanah YKN juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda NGO, di mana Bella ditempatkan.”
 
Ras Adiba turut berkata, ini jelas menunjukkan terdapat isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest).
 
Memetik kata Pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM, Prof. Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar:
 
“Saya mengikuti kes Bella dengan rapat dan melalui input perundangan yang diberi oleh Exco Undang-undang WAFIQ, saudari Fatihah Jamhari.”
 
Dari sudut perubatan, sememangnya beliau merasa amat terkesan dengan penyeksaan yang dilakukan ke atas anak sindrom Down yang tidak berdaya seperti Bella (bahkan keganasan ke atas mana-mana kanak-kanak adalah sangat kejam). 
 
“Kini butiran yang lebih terperinci didedahkan di mahkamah.”
 
Justeru itu, beliau menzahirkan sokongan kepada petisyen penamatan lantikan (klik https://bit.ly/tamat-lantikan untuk isi petisyen), kerana ternyata ada isu integriti dan percanggahan kepentingan (conflict of interest) apabila Penasihat MBKK WPKL dan Pemegang Amanah YKN adalah juga merupakan Pengasas Bersama Pusat Perlindungan Rumah Bonda di mana Bella ditempatkan.
 
“Keberadaan beliau dalam posisi di atas umpama prinsip menegakkan keadilan dan hak kanak-kanak seakan-akan goyah dan terpilih,” tegasnya.
 
Dalam pada itu, Rafidah Hanim yang juga Presiden Perikatan Wanita Antarabangsa untuk Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) mengucapkan terima kasih kepada Puan Mona Din dan sahabat-sahabat beliau yang memastikan perjuangan #JusticeForBella kekal sehingga Bella mendapat keadilan yang sewajarnya.
 
Peduli kes Bella
 
Isu adik Bella ini perlu diberi keutamaan oleh pemimpin negara terutamanya Perdana Menteri seterusnya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
 
Kita tidak perlukan tragedi lebih teruk lagi daripada azab didera yang adik Bella lalui ini. Ia bukan isu kecil untuk tidak dipandang atau dipeduli, tetapi ia perlu diangkat agar nasib rakyat terbela tanpa prejudis walau siapa pun mereka.
 
Seperti memetik kata-kata penceramah motivasi, Mohd Sukur Ibrahim:
“Sebagai warga OKU, jiwa saya sakit dengan isu jijik ini. Saya struggle sebagai OKU untuk berada dalam masyarakat. Tapi segelintir golongan jijik ni membuatkan jiwa saya dirobek. Ini yang dilaporkan. Berapa banyak kes yang tidak dilaporkan?” soalnya tegas.
 
Justeru menurutnya, kes ini perlu mendapat perhatian agar dijadikan pengajaran, pedoman dan contoh kepada umum agar pelaku lain yang membuat perbuatan jijik ini insaf, takut dan bertaubat atau berdepan dengan hukuman dunia.
 
“Kalaulah pelaku  terlepas, makanya ‘ke laut dalam’ lagilah nasib OKU,” tegasnya.
 
Pada bulan mulia ini, mari kita teruskan berdoa agar keadilan ditegakkan dalam kes adik Bella didera dan si pelaku kezaliman ini dan segala pelaku kezaliman di negara ini segera diberikan pengajaran, dikenakan tindakan dan hukuman

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://penulisanyus.blogspot.com/2022/04/kes-adik-bella-didera-pelaku-melampau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Settle Ka Kes Adik Bella Nii

Dah Settle Ka Kes Adik Bella Nii

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 161 hits
DAH SETTLE KA KES ADIK BELLA NII HAZLAN SAIDINA ALI Kes adik Bella sememangnya menjadi tumpuan ramai Namun tak ramai baca dengan detail setiap penderaan yang dialami oleh Adik Bella Nah aku bantu listkan 18 jenis penderaan yang dialami oleh...
Kes Bella Ini Dia 18 Jenis Penderaan Terhadap Adik Bella

Kes Bella Ini Dia 18 Jenis Penderaan Terhadap Adik Bella

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 669 hits
Kes penderaan Bella di mana seluruh rakyat kini dengan justiceforbella dan berharap keadilan berpihak pada anak syurga tersebut Bella didera dengan teruk oleh pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang rata...
Kes Dera Bella Giliran Adik Peguam Siti Bainun Pula Dikecam Warganet

Kes Dera Bella Giliran Adik Peguam Siti Bainun Pula Dikecam Warganet

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 216 hits
FAZLI RADZIKes dera remaja Sindrom Down Bella menyaksikan giliran adik kepada peguam Nurul Hafidzah Hassan pula dikecam warganet ekoran satu hantarannya di Facebook hari ini Nurul Hayati Hassan dilihat gigih membalas serangan demi serangan ...
Rina Sedia Menghadap Tunku Ismail Perjelas Kes Perbicaraan Bella

Rina Sedia Menghadap Tunku Ismail Perjelas Kes Perbicaraan Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 221 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina HarunKUALA LUMPUR Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat sedia bekerjasama dengan peguam Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi membantu kes pr...
Kes Bella Rina Sedia Menghadap Tunku Mahkota Johor

Kes Bella Rina Sedia Menghadap Tunku Mahkota Johor

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 194 hits
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun sedia menghadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bagi mempersembahkan status perbicaraan kes penderaan Bella Katany...
Ahmad Zahid Nafi Lindungi Tertuduh Kes Bella

Ahmad Zahid Nafi Lindungi Tertuduh Kes Bella

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 201 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya sebagai ahli politik yang cuba melindungi tertuduh dalam kes penderaan remaja perempuan sindrom Down bernama Bella Kesal deng...
Kes Bella Tak Dengar Pun Suara Macai Dan Walaun Hentam

Kes Bella Tak Dengar Pun Suara Macai Dan Walaun Hentam

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 162 hits
ZUWAIRI MOHD YUSOFMana suara UMNO tentang penderaan adik Bella Kenapa tak segarang masa mereka membela kematian Adib Masa Adib haritu habis di soundnya kaum India Jangan pijak Melayu lah jangan naik kepala lah Ini bila Melayu dera Melayu di...
Kes Bella Tunku Mahkota Johor Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma

Kes Bella Tunku Mahkota Johor Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma

papar berkaitan - pada 17/4/2022 - jumlah : 193 hits
Kes Bella Tunku Mahkota Johor Tawar Khidmat Peguam Secara Percuma KES penderaan remaja orang kurang upaya sindrom down yang dikenali sebagai Bella terus mendapat perhatian Terbaharu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan...
Peguam Ini Jelaskan Kenapa Tak Ramai Pihak Pendakwa Mewakili Adik Bella Berbanding 10 Peguam Siti Bainun

Peguam Ini Jelaskan Kenapa Tak Ramai Pihak Pendakwa Mewakili Adik Bella Berbanding 10 Peguam Siti Bainun

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 236 hits
April 19 2022 Isu berkaitan kes penderaan yang dialami kanak kanak istimewa adik Bella kembali hangat sejak minggu lalu apabila satu persatu laporan baharu yang diceritakan saksi Kes ini difahamkan masih berada dalam siasatan pihak berkuasa...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint