Kes Kematian Zara Qairina Jadi Keutamaan Kpm Fadhlina


Kes Kematian Zara Qairina Jadi Keutamaan KPM – Fadhlina
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir menjadi antara keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) ketika ini, kata menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau memberi jaminan siasatan yang telus dilaksanakan bagi memastikan kes berkenaan benar-benar mendapat keadilan.
“Kita (KPM) menyerahkan sepenuhnya dan memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Jadi, untuk isu ini semua soal dalam aspek memberikan bantuan dalam siasatan, kita beri tumpuan penuh… kita juga perlu berlaku adil dengan memastikan kesejahteraan warga sekolah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat hari ini.
Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah, 17 Julai lepas.
Pelajar itu dibawa ke hospital terbabit selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 4 pagi, 16 Julai.
Sementara itu, Fadhlina berkata pindaan terhadap Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) bertujuan mewajibkan pendidikan menengah yang diluluskan Dewan Rakyat malam ini antaranya bagi memastikan ibu bapa mengambil tanggungjawab bersama dalam soal pendidikan anak-anak mereka.
Beliau berkata KPM komited dalam memastikan anak-anak tetap bersekolah walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk masalah kemiskinan.
“Kita telah menyelaraskan bantuan di peringkat KPM untuk memastikan anak-anak kita ini mendapat bantuan yang sewajarnya baik dari segi soal biasiswa dan soal yang terkait rapat dengan bantuan persekolahan lain seperti uniform dan sebagainya,” katanya.
Persidangan bersambung esok.
Sumber: BERNAMA
The post Kes Kematian Zara Qairina Jadi Keutamaan KPM – Fadhlina appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/07/30/kes-kematian-zara-qairina-jadi-keutamaan-kpm-fadhlina/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 374 hits
Polis Selesai Siasatan Kes Kematian Zara Qairina Saifuddin Nasution KUANTAN 2 Ogos Polis telah selesai menjalankan siasatan berhubung kes kematian pelajar tingkatan satu Zara Qairina Mahathir kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin N...
Polis Rakam Keterangan 60 Saksi Kes Kematian Zara Qairina

Polis Rakam Keterangan 60 Saksi Kes Kematian Zara Qairina

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 372 hits
KOTA KINABALU Polis Sabah telah merakamkan keterangan daripada 60 saksi berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir 13 termasuk tiga individu dikenali sebagai Kak Wana Kak Dedeng dan Tomboi Pelajar Sekolah Menengah K...
Hiburan Pmx Bertegas Tiada Perlindungan Bagi Pelaku Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Pmx Bertegas Tiada Perlindungan Bagi Pelaku Dalam Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 443 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kerajaan tidak akan melindungi mana mana individu yang terlibat dalam kes kematian tragis Zara Qairina Mahathir pelajar yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama baru baru ini...
Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah

Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 349 hits
Kes Zara Qairina 60 Saksi Dirakam Keterangan Polis Sabah KOTA KINABALU 31 Julai Polis merakam keterangan kira kira 60 saksi terdiri daripada pelajar ibu bapa dan pihak sekolah berhubung siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir 13 kata Pe...
Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

Bella Astillah Luah Sedih Harap Kes Zara Qairina Tidak Berulang Jangan Kita Diam

papar berkaitan - pada 1/8/2025 - jumlah : 390 hits
Pelakon dan penyanyi Bella Astillah luah sedih dan marah susulan insiden menyayat hati melibatkan remaja perempuan Zara Qairina 13 yang meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah di Sabah baru baru ini Instagram ...
Dia Bongkar Segalanya Saksi Bernama Yasmin Didakwa Tampil Netizen Puji Keberanian Dedah Kebenaran Kes Zara Qairina

Dia Bongkar Segalanya Saksi Bernama Yasmin Didakwa Tampil Netizen Puji Keberanian Dedah Kebenaran Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 638 hits
Nama seorang remaja perempuan dikenali sebagai Yasmin kini menjadi sebutan hangat di media sosial selepas didakwa tampil membongkar cerita sebenar di sebalik kematian tragis Allahyarham Zara Qairina Mahathir 13 pelajar Sekolah Menengah Keba...
Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 514 hits
Pempengaruh dan aktivis sosial Akhi Fairuz Al Jengkawi tampil memohon maaf di atas keterlanjurannya dalam memberi ulasan dalam kes pelajar dilaporkan jatuh dari tingkat 3 di Sabah baru baru ini Dalam hantaran sebelum ini Akhi meminta orang ...
Tiada Perlindungan Kepada Pihak Terlibat Kematian Zara Qairina Pm Anwar

Tiada Perlindungan Kepada Pihak Terlibat Kematian Zara Qairina Pm Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 315 hits
KOTA KINABALU Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tiada sesiapa akan terlepas daripada hukuman sekiranya terbukti terlibat dalam kes kematian Zara Qairina Mahathir yang dikaitkan dengan kejadian buli baru baru ini Men...
Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

Hiburan Kes Zara Qairina Audio 44 Saat Disahkan Sahih Rakaman Sebenar Peguam

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 1303 hits
Peguam yang mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir mengesahkan bahawa rakaman audio berdurasi 44 saat yang tular di media sosial memaparkan perbualan antara pelajar itu dan ibunya berkaitan seorang individu digelar Kak M adalah...
Misi Gsf Kejam Wajah Ardell Ditumbuk Rambut Ditarik Amp Tangan Haikal Dipijak Tentera Isewel

Small Bribes May Seem Harmless But Can Burn Down Nations Warns Kl Macc Chief

Rezeki Mazleen Juara Kilauan Emas 2025

Malaysia S Heritage Food Needs More Than Nostalgia It Needs Sustainable Policy Investment

A Family Memoir Sending Yaya To Uitm Dungun

Hiburan Misi Gsf Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah Muntah Beberapa Kali Amp Tisu Bahu Koyak

Hiburan Emosi Anak Anak Turut Terganggu Aaron Aziz Isteri Ambil Tindakan Undang Undang Terhadap Penyebar Fitnah

Wdc888 5 Wdc888 Top 52 By Dante


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Mudah Mendapatkan Backlink Posting Tamu

Buasir Otak Tv Macam Harimau Tapi Lebih Kecil Be Like

Bot Penambang Kuala Terengganu Warisan Yang Hidup

Ryt Bank Bank Digital Baru Guna Ai Serius Best Ke

Best Ground Beef Hamburger Steak Recipe

Restoran Wajib Singgah Di Krabi Langka Suka Muslim Pattani Aonang Krabi Muslim Pattani Memang Padu