Kes K Jaan Tuntut Rm253 6j Nfcorp 10 Lagi Diperintah Fail Pembelaan


National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan 10 pihak lain hari ini diperintah untuk memfailkan penyataan pembelaan mereka dalam kes saman oleh Kerajaan Malaysia bagi menuntut wang RM253.6 juta yang dipinjamkan kepada syarikat itu yang diuruskan oleh suami dan tiga anak kepada bekas menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Shahrizat Abdul Jalil.
Peguam Kanan Persekutuan Mohd Radhi Abbas yang mewakili kerajaan berkata Hakim S Nantha Balan mengarahkan kesemua defendan itu memfailkan penyataan pembelaan masing-masing sebelum atau pada 25 Julai ini.

Loading… “Mahkamah juga menetapkan 13,14,15,17 dan 20 Januari tahun depan untuk perbicaraan kes tersebut dan 22 Ogos serta 18 Disember ditetapkan untuk pengurusan kes selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas hadir ketika pengurusan kes itu dalam kamar hakim berkenaan, hari ini.
Dalam saman difailkan pada 31 Mei lepas, kerajaan selaku plaintif tunggal, menamakan NFCorp sebagai defendan pertama manakala suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan tiga anaknya, Wan Shahinur Izran, Wan Shahinur Izmir dan Wan Izzana Fatimah Zabedah yang dirujuk sebagai “Keluarga Salleh” dinamakan sebagai defendan kedua hingga kelima.
Turut dinamakan sebagai defendan adalah enam syarikat keluarga itu yang dirujuk sebagai “Syarikat-Syarikat Keluarga Salleh” iaitu National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd; Real Food Corporation Sdn Bhd; Meatworks Corporation Sdn Bhd; Agroscience Industries Sdn Bhd; Asian Bioscience Corporation Sdn Bhd dan Techknowlogy Imageware (M) Sdn Bhd sebagai defendan keenam hingga ke-11.

Dalam penyataan tuntutan itu, kerajaan menuntut daripada NFCorp dan keluarga Mohamad Salleh berjumlah RM253.6 juta, iaitu jumlah wang yang terhutang dan perlu dibayar oleh NFCorp bersama dengan faedah dua peratus setahun.
Kerajaan juga memohon pengisytiharan dari mahkamah, agar keluarga Mohamad Salleh secara peribadi bertanggungjawab terhadap pembayaran balik hutang itu, sejumlah RM118.04 juta yang disalahgunakan daripada pinjaman dan keuntungan rahsia timbul daripadanya, serta hak Putrajaya untuk menuntut hak hartanah dibeli menggunakan pinjaman RM250 juta yang dipinjam oleh NFCorp daripada kerajaan.
Menurut penyataan tuntutan itu, kerajaan mendakwa pada 6 Dis 2007 satu perjanjian telah ditandatangani dengan NFCorp untuk memberi pinjaman sebanyak RM250 juta bagi membiayai sebahagian penubuhan dan operasi sebuah Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan, selaras dengan dasar kerajaan untuk membangun dan memajukan pengeluaran daging lembu serta produk-produk daging tersebut.
Dakwa plaintif atas permintaan NFCorp, pinjaman itu dikeluarkan dalam Akaun Pinjaman Khas (APK) dalam tiga peringkat berasingan dari 9 Jan 2008 hingga 31 Mac 2009 dan melalui pinjaman tersebut, kerajaan telah meluluskan pengeluaran berjumlah RM180.51 juta antara 24 Jan 2008 dan 3 Januari 2011.
Kerajaan mendakwa, daripada jumlah RM180.51 juta, hanya RM8.32 juta dibayar secara langsung kepada pihak ketiga untuk membiayai projek Pusat Fidlot Nasional, manakala baki sebanyak RM172.2 juta telah dibayar ke dalam akaun operasi NFCorp dengan Malayan Banking Berhad selain mendakwa RM118.04 juta telah disalahgunakan oleh “Keluarga Salleh”.

Kerajaan juga mendakwa daripada jumlah itu (RM118.04 juta) sebanyak RM9.76 juta didakwa disalahguna untuk membayar sebahagian dua unit kediaman di One Menerung Residence oleh National Meat & Livestock Corp yang merupakan defendan keenam dan sejumlah RM1.8 juta telah digunakan untuk membayar kepada seorang individu iaitu Shamsubahrin Ismail, bagi tujuan yang tidak didedahkan.
Kerajaan turut mendakwa “Keluarga Salleh” juga menggunakan wang pinjaman itu antaranya untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada harga RM3.36 juta dan RM1.51 juta dibayar kepada dua syarikat guaman, dengan sebahagiannya turut dibayar bagi pembelian sebuah kedai empat tingkat di Solaris Mont Kiara oleh Wan Shahinur Izran dan Wan Izzana Fatimah Zabedah. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/06/kes-kjaan-tuntut-rm253-6j-nfcorp-10-lagi-diperintah-fail-pembelaan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabar Kes Fail Avidavit Mahkamah

Cabar Kes Fail Avidavit Mahkamah

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 233 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sprm Fail Permohonan Tuntut Wang 1mdb

Sprm Fail Permohonan Tuntut Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 219 hits
Diterbitkan Hari ini 11 24 tengahariSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 untuk mendapatkan semula wang berk...
Sprm Fail Permohonan Ke Atas 41 Individu Parti Politik Dan Pertubuhan Untuk Tuntut Semula Wang 1mdb

Sprm Fail Permohonan Ke Atas 41 Individu Parti Politik Dan Pertubuhan Untuk Tuntut Semula Wang 1mdb

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 224 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari in mendedahkan 41 penama termasuk individu parti politik dan pertubuhan yang menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad SPRM memfailkan permohonan pelucutan hak sivil ke atas 41 individu ...
4 Suspek Kes Nahas Pesawat Mh17 Akan Dibicara Bermula Mac 2020 Di Netherlands

4 Suspek Kes Nahas Pesawat Mh17 Akan Dibicara Bermula Mac 2020 Di Netherlands

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 234 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Kes Video Intim Tular Haziq Diberi Tempoh 14 Hari

Kes Video Intim Tular Haziq Diberi Tempoh 14 Hari

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 275 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Hampir Sebulan Kes Perbicaraan Najib Dan Kes Rasuah Src

Hampir Sebulan Kes Perbicaraan Najib Dan Kes Rasuah Src

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 267 hits
Prosiding perbicaraan dalam kes melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM42 juta berkaitan SRC International Sdn Bhd memasuki hari ke 29 hari ini JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYA...
Saksi Utama Kes Src Suboh Beri Keterangan

Saksi Utama Kes Src Suboh Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 201 hits
Perbicaraan kes SRC International bersambung dengan bekas pengarah SRC International Sdn Bhd Suboh Md Yassin dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi dalam perbicaraan terhadap Najib Razak Suboh 68 dilantik sebagai pengarah bukan ek...
Kes Src Pegawai Kementerian Kewangan Dedah Bekerja Di Bawah Tekanan

Kes Src Pegawai Kementerian Kewangan Dedah Bekerja Di Bawah Tekanan

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 212 hits
Saksi ke 41 kes perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana SRC International hari ini memberitahu mahkamah dia diberi tekanan oleh pegawai atasannya di tempat kerjanya JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJU...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Wordless Wenesday 115 Diy Baju Kurung Lama

Kelam Kabut Semua Buat Sendiri Daler Yusof Kongsi Pengalaman Urus Isteri Pertama Kali Berpantang Di Malaysia



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Bulan Yang Sibuk

Repair Kereta Terus Ke Rumah Anda Untuk Penduduk Di Sekitar Kuantan

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Apakah Semua Musik Itu Haram

Motivating Remote Teams

Mengenali Ciri Individu Toksik Tempat Kerja Toksik