Kes Jual Mykad Dibicara April Tahun Depan


ainulillia Mahkamah tetap 29 hingga 31 Oktober deposisi saksi warga China
KUALA LUMPUR– Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan lima hari bermula 6 April 2020 sebagai tarikh perbicaraan kes seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang dan lima lagi individu yang berdepan 13 pertuduhan berhubung sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan secara tidak sah kepada warga asing.
Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan yang memohon kesemua tertuduh dibicarakan bersama atas alasan kesemua pertuduhan melibatkan transaksi dan subjek yang sama.
Mahkamah turut menetapkan 29 hingga 31 Oktober ini untuk deposisi bagi saksi utama pendakwaan merupakan seorang warga China memberi keterangan.
Terdahulu, Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Arifin, 34; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66, Yap Cheng Wah, 43; Loh Chan Cheong, 34, dan Chien Guan Chai, 36, masing-masing mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 manakala ahli perniagaan Datuk Lai Chin Wah, 56, turut mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengikut seksyen yang sama.
Bagi dua pertuduhan itu, Mohd Faizul didakwa membuat dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara bulan Januari hingga Februari 2019.
Mohd Faizal Tan, Yap, Loh dan Chien masing-masing didakwa atas dua pertuduhan menjual sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town pada tempoh yang sama.
Lai pula didakwa atas tiga pertuduhan menjual sijil kelahiran, kad pengenalan dan pasport atas nama Ewe Chor Beng di sekitar kawasan George Town antara Januari hingga Mac 2019.
Untuk kesemua pertuduhan itu, mereka masing-masingnya didakwa mengikut Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum tujuh tahun dan tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda tidak kurang RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kesemua pertuduhan itu dibacakan secara berasingan di dua mahkamah di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir dan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Radzi Abdul Hamid.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 10 Oktober ini untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Hakim Norsalha Datuk Hamzah dan Hakim Mazdi Abdul Hamid menetapkan 14 Oktober ini untuk pengurusan kes lima daripada tertuduh itu yang didakwa atas pertuduhan memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan.
Mahkamah turut menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes Mohd Faizul yang berdepan lima pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Pada 12 September lepas, lima daripada mereka kecuali Mohd Faizal Tan masing-masingnya mengaku tidak bersalah terhadap 14 pertuduhan di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama beberapa individu antara Januari dan Mei 2019.
Untuk kesemua pertuduhan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Mohd Faizul turut mengaku tidak bersalah atas lima pertuduhan di bawah Peraturan 25(1)(i) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan kad pengenalan atas nama Tan Xiu Xiu, Lim Hock Eng, Ewe Chor Beng, Yang Xiaohong dan Pheh Jin Leong di Ibu Pejabat JPN Negeri Pulau Pinang Bangunan Persekutuan, Jalan Anson, di sini antara 20 Sept 2018 hingga 3 Mei 2019.
Bagi kesemua pertuduhan itu, jika disabitkan kesalahan kesemua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Yusaini Amer Abdul Karim dan dibantu Mohd Amril Johari, Noor Azura Zulkiflee, Farah Aimy Zainul Anwar, Yazid Mustaqim Roslan dan Shafiq Sazali. – Bernama



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/kes-jual-mykad-dibicara-april-tahun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Bela Pengkhianat Negara Dalam Kes Jual Mykad Lepas Tu Tuduh Bn Pulak

Dap Bela Pengkhianat Negara Dalam Kes Jual Mykad Lepas Tu Tuduh Bn Pulak

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 446 hits
PENGKHIANAT NEGARA Begitulah perkataan yang paling sesuai untuk digambarkan ke atas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara Pulau Pinang yang bersekongkol dengan sindiket menjual MyKad Mereka dilaporkan menerima sejumlah wang antara RM100 000 da...
Wakili Tertuduh Kes Jual Mykad Mic Desak Rayer Keluar Dap

Wakili Tertuduh Kes Jual Mykad Mic Desak Rayer Keluar Dap

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 324 hits
MIC negeri mendesak Ahli Parlimen DAP Jelutong RSN Rayer keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas sekiranya mahu terus menjadi peguambela kepada salah seorang tertuduh dalam perbicaraan kes penjualan MyKad Pengerusi MIC negeri Dat...
Apa Jadi Kes Jual Mykad

Apa Jadi Kes Jual Mykad

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 511 hits
Jual MyKad kepada warga asing senjata DAP PRU15 kah BANGI Rakyat kesal dengan sikap kerajaan rasis Pakatan Harapan yang membisu dalam isu penjualan dokumen MyKad dan sijil kelahiran kepada warga asing baru baru ini Bukan itu sahaja rakyat j...
Sosma Boleh Dikenakan Ke Atas Sindiket Jual Mykad Igp

Sosma Boleh Dikenakan Ke Atas Sindiket Jual Mykad Igp

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 296 hits
Akta Kesalahan Keselamatan 2012 boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador Beliau berkata...
Jual Mykad Boleh Dikenakan Sosma Kpn

Jual Mykad Boleh Dikenakan Sosma Kpn

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 351 hits
KUALA LUMPUR Akta Kesalahan Keselamatan 2012 boleh dikenakan terhadap mereka yang terlibat dengan sindiket pengeluaran dan penjualan sijil kelahiran serta kad pengenalan kepada warga asing kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador B...
Biar Allah Tentukan Zuraida Ulas Jangkaan Anwar Jadi Pm Tahun Depan

Biar Allah Tentukan Zuraida Ulas Jangkaan Anwar Jadi Pm Tahun Depan

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 316 hits
Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin menyerahkan kepada ketentuan Allah berhubung jangkaan Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri ke 8 pada tahun depan Saya boleh rancang apapun Jika Allah kata tak boleh tak boleh Kita serahkan kepada A...
Program Sarapan Percuma 30 Minit Tahun Depan

Program Sarapan Percuma 30 Minit Tahun Depan

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 561 hits
Dua mekanisme bakal di perkenalkan di dalam program sarapan percuma yang membabitkan peruntukan RM800 juta hingga RM1 67 bilion KUALA LUMPUR Program Sarapan Percuma untuk murid sekolah rendah bermula tahun depan dilaksanakan menerusi dua me...
Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

Eat Cake Today Pamerkan Trend Kek Terbaru Dan Terbaik Tahun Depan

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 468 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan rakan sekalian Wow siapa punya hari jadi tak lama lagi mai sini Maha nak tunjukkan korang pilihan pilihan kek yang terkini dan juga terbaru daripada Eat Cake Toda...
Tahun Depan Pemerintah Siapkan Rp2 Triliun Dan Undang Swasta Bangun Ibu Kota Baru

Tahun Depan Pemerintah Siapkan Rp2 Triliun Dan Undang Swasta Bangun Ibu Kota Baru

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 295 hits
Proses open bidding akan dilakukan secara transparan dan terbuka Setelah itu baru ditentukan proyek apa yang akan digarap oleh swasta
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization