Kes Jangkitan Covid Lebih 4 000 Jangan Jadi India
Kes jangkitan Covid lebih 4,000, jangan jadi IndiaOleh: Redzuan RF8 MediaMay 08, 202ShareKes Covid semalam yang mencecah 4,498 jangkitan sehari mengejutkan rakyat Malaysia.
Menurut Ahli Dewan Negeri Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, kes yang tinggi itu menghampiri situasi jangkitan di India akibat kealpaan kerajaan dan rakyat negara ini mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
“Kes Covid mencecah 4500. Ini menunjukkan kegagalan jelas kerajaan PN mengawal dan menghapuskan wabak ini di negara kita.
“Namun begitu sikap kita semua juga perlu diambil kira kerana ada pihak yang tidak serius menjaga SOP terutama golongan berkepentingan, VVIP, artis, orang politik dan tidak kurang juga orang kebanyakan.
“Dari temubual saya bersama pegawai kanan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia keadaan sekarang amat membimbangkan dan tidak mustahil negara kita akan menjadi seperti di India,” katanya dalam satu kenyataan.
Fakhrulrazi turut mengingatkan, barisan hadapan negara ini telah menentang Covid sejak lebih setahun lalu dan mereka kepenatan untuk terus berperang melawan musuh yang tidak pasti bila akan dikalahkan.
Oleh itu, katanya amat penting rakyat menjaga diri mereka daripada melanggar SOP, terutama di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
“Perlu kita ingat bahawa logistik dan tenaga kerja kesihatan kita terhad dan tidak mampu menampung jumlah pesakit sekiranya keadaan semakin tidak terkawal.
“Saya menyeru agar bersama kita berusaha menjaga diri serta ahli keluarga dengan terus mematuhi SOP. Perlu diingatkan virus ini berada di mana mana. Lebih lebih lagi pesakit sekarang tiada sebarang simptom yang boleh dilihat.
“Bagi saya, buat masa ini lupakan dahulu hasrat untuk beraya demi menjaga maslahah yang lebih besar dengan menjaga keselamatan. Tak beraya kita masih boleh hidup tapi terkena jangkitan mungkin menyebabkan perayaan bertukar tragedi,” katanya lagi.
Bagi Fakhrulrazi, rakyat seeloknya hanya keluar rumah untuk menyelesaikan urusan penting sahaja.
Dalam masa sama, katanya pihak kerajaan PN juga perlu memberi bantuan kewangan atau makanan untuk memastikan rakyat boleh duduk di rumah dengan ‘dapur berasap’.
Untuk rekod, kes Covid negara berasaskan populasi berbanding India mencatatkan angka yang mengejutkan.
Populasi India 1,391,000,000 penduduk dengan jangkitan Covid sebanyak 20,275,543. 1 kes untuk setiap 68.3 orang. Manakala Malaysia mempunyai populasi 32,710,000 penduduk dan jangkitan 417,512. 1 kes untuk setiap 78.5 penduduk.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2021/05/kes-jangkitan-covid-lebih-4000-jangan.html