Kes Dera Serangga Boleh Diadu Menerusi Laman Jpv


PUTRAJAYA: Kelazimannya paling banyak diketahui ialah penderaan anjing dan kucing, namun, jarang didengar kes yang melibatkan ayam, itik, kambing, kuda, biri-biri, arnab atau kerbau.

Begitu juga penderaan binatang seperti ular, kura-kura, rusa, lembu, babi, hamster atau angsa selain mungkin paling nadir ialah kes membabitkan haiwan eksotik lain terutama serangga.

Bagaimanapun, spesies berkenaan walaupun bersaiz kecil, namun, ia adalah binatang dilindungi undang-undang negara ini iaitu di bawah Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) atau pun dirujuk sebagai Akta 647.

Menurut hantaran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menerusi laman sosial rasmi agensi itu, Seksyen 43, Bahagian V akta tersebut menyenaraikan kes kezaliman terhadap serangga.

“Ini turut meliputi segala jenis spesies burung, ikan, reptilia atau serangga sama ada yang jenis liar atau pun jinak,” kata agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan itu.

Serangga yang merupakan haiwan tanpa tulang belakang itu dikenal pasti memiliki kaki tiga pasang dengan tubuhnya dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepala, toraks dan abdomen.

Dianggarkan ada lebih 5,000 spesies pepatung, 2,000 mentadak, 20,000 belalang, 170,000 rama-rama, 120,000 lalat, 350,000 kumbang serta 110,000 lebah dan semut di seluruh dunia.

Mereka yang didapati mendera serangga boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 39 Akta Kebajikan Haiwan 2015 dengan menetapkan hukuman maksimum tiga tahun penjara.

Individu yang disabitkan kesalahan tersebut turut boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 setelah undang-undang berkenaan dikuatkuasakan Parlimen pada pertengahan 2017 lalu.

Ia meliputi penggunaan dalam penyelidikan, ujian atau pengajaran di mana-mana institusi kecuali setelah mendapat kebenaran rasmi daripada pihak panel Lembaga Kebajikan Haiwan.

Akta itu menyatakan bentuk kezaliman antaranya menyepak, memukul, melebihkan muatan, menakutkan haiwan tersebut selain dengan kejam menyebabkan kesakitan atau kecacatan.

Mereka yang ada maklumat kes sedemikian, boleh mengisi butiran melalui pautan laman JPV iaitu https://akh.dvs.gov.my/support dan memuat turun segala bukti sokongan seperti gambar.

“Keterangan yang diberikan adalah bersifat sulit dan tidak akan didedah kepada mana-mana pihak yang tidak berkenaan,” jelas agensi tersebut sebagai memberikan jaminan kerahsiaan.

Setakat ini, belum ada lagi individu yang dituduh kerana mendera serangga di negara ini dan ia mungkin disebabkan kekurangan kesedaran atau pendedahan dalam kalangan masyarakat. - UTUSAN ONLINE 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/06/kes-dera-serangga-boleh-diadu-menerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Covid 19 Boleh Cecah 26 000 Kes Menjelang Sept Kajian

Kematian Covid 19 Boleh Cecah 26 000 Kes Menjelang Sept Kajian

papar berkaitan - pada 3/6/2021 - jumlah : 164 hits
Malaysiakini Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan Covid 19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26 000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia Prof Datuk Dr Adeeb...
Msf Siasat 96 Kes Dera Warga Emas Pada 2020

Msf Siasat 96 Kes Dera Warga Emas Pada 2020

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 187 hits
SINGAPURA Sebanyak 96 kes penderaan melibatkan warga emas yang tidak lagi berdaya untuk melindungi diri mereka sendiri disiasat oleh Khidmat Perlindungan Golongan Dewasa Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga pada tahun lalu Sungguhpun...
Letak La Jawatan Mahyiaddin Dah Tak Boleh Control Dah Covid 7289 Kes

Letak La Jawatan Mahyiaddin Dah Tak Boleh Control Dah Covid 7289 Kes

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 318 hits
COVID 19 Lonjakan kes tertinggi 7 289 kes baharuHarits Asyraf HasnanMei 25 2021 00 21 MYTSelangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 2 642 kes diikuti Johor dan Kuala Lumpur Foto BERNAMAKUALA LUMPUR Malaysia merekodkan kes harian tertingg...
Kes Covid 19 Di Kelantan Boleh Cecah 1 000 Sehari Mulai Jun Kata Exco

Kes Covid 19 Di Kelantan Boleh Cecah 1 000 Sehari Mulai Jun Kata Exco

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 181 hits
May 31 2021 KOTA BHARU Kes positif Covid 19 di Kelantan dijangka boleh mencecah 1 000 kes sehari mulai bulan depan berikutan nisbah jangkitan wabak itu berbanding jumlah penduduk negeri ini yang sangat tinggi sekarang EXCO Kerajaan Tempatan...
Masalah Nak Buat Copywriting Boleh Cuba Teknik Ini

Masalah Nak Buat Copywriting Boleh Cuba Teknik Ini

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 327 hits
Ramai yang alami masalah buntu nak cari idea bila nak buat copywriting untuk iklankan produk yang ingin kita promosi Tapi jika kita tahu struktur dan caranya ia akan jadi lebih mudah Tapi masalahnya setiap hari nak kena tulis ayat iklan yan...
Ph Boleh Gunakan Lambang Pakatan Harapan

Ph Boleh Gunakan Lambang Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 146 hits
June 5 2021 7 55Logo pilihan DAPSY dalam menghadapi PRU yang akan datang ini adalah tidak lain tidak bukan logo Pakatan HARAPAN Usul membawa cadangan untuk menggunakan logo PKR adalah sesuatu yang ditolak oleh DAPSY sebulat suara Cadangan i...
Survei Jokowi Memimpin Elektabilitas Capres Jika Boleh Nyapres Di 2024

Survei Jokowi Memimpin Elektabilitas Capres Jika Boleh Nyapres Di 2024

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 189 hits
Namun kendati Jokowi masih disukai publik untuk mencalonkan sebagai calon presiden sebagian besar tidak setuju jika mantan Gubernur DKI Jakarta itu memimpin Indonesia tiga periode
Selain Kopi Viral Dalgona Coffee Anda Boleh Cuba Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Lain

Selain Kopi Viral Dalgona Coffee Anda Boleh Cuba Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Lain

papar berkaitan - pada 5/6/2021 - jumlah : 431 hits
Kalau anda masih ingat semasa PKP 1 0 dulu antara benda viral yang berlaku ketika itu adalah rakyat Malaysia sibuk dengan Dalgona Coffee Sebenarnya banyak lagi perisa yang anda boleh cuba selain coffee tau antaranya Dalgona Milo Mocha Match...
Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

Pkr Berjaya Adakan Sidang Diatas Talian Bersama Beratus Ahli Takkan Lah Parlimen Tak Boleh

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 237 hits
NORA JAMILAHPerghhhh sedas orangtua ni kena oleh YB Fuziah Apec pun bersidang atas talian Negara negara maju seperti UK pun buka parlimen atas talian Malaysia saja yang tak boleh Sebabnya jelas supaya mereka bebas menjarah simpanan wang neg...
Special Zones Can Help Johor Surpass Other States Economically Says Pm

Melaka Signs Tourism Advertising Deal With Chinese Media Company

Ringgit Closes Higher As Us Dollar Index Declines

Anak Batuk Lama Sangat Jangan Biarkan Kesan Pada Anak Ni Mak Ayah Kena Tahu

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Kuih Lopes

Filem Mustaqim

8 Kelebihan Daun Pudina Untuk Kesihatan Dalaman Dan Luaran

Panduan Menjalankan Sujud Sahwi Dalam Solat Dan Sebab Sebab Perlu Sujud Sahwi

April 18 2024 Pesan Orang Alim

La Dolce Vita Cranking The Vespa Gt 200 Up To Eleven