Kes Anwar Pemfitnah Dan Harga Diri Zunar








Oleh: Zunar

Saya ingin mencatatkan sebuah kisah penting yang tidak diberi keutamaan oleh media, terutama media arus perdana. Cerita ini sengaja digelapkan atau dijadikan kecil supaya ia tidak bakal menjadi contoh teladan betapa akhlak yang mulia dan prinsip yang teguh adalah kunci kepada peribadi luhur.

Pada bulan Mei 2005, seorang rakyat Palestin, Jamal Abder Rahman (Jamal Amro) hadir di mahkamah di Kuala Lumpur untuk memberi keterangan dalam kes Anwar Ibrahim.

Jamal Amro menjalankan perniagaan menyewa limousine di Amerika Syarikat. Antara yang menggunakan khidmat limousinenya ialah menteri-menteri kabinet termasuk Anwar (Timbalan Perdana Menteri ketika itu).

Dalam akuan bersumpahnya, Jamal mendedahkan bahawa beliau didekati oleh seorang pegawai kedutaan Malaysia yang menaiki limousinenya dan ketika sampai di jambatan Delaware berdekatan New Jersey, pegawai tersebut mula berbicara. Dalam perbualan itu, pegawai tersebut menawarkan wang AS$200,000 sekiranya beliau sanggup membuat pengakuan pernah melakukan hubungan seks dengan Anwar. Jamal terkejut dan menolak. Nama pegawai itu dinyatakan dengan jelas dalam pengakuan bersumpah tersebut.

Ketika itu, mahkamah sedang membicarakan tuduhan yang dibuat oleh Azizan Abu Bakar bahawa Anwar meliwat beliau. Kes ini berlaku pada tahun 1999, ketika itu Dr Mahathir menjadi PM.

Azizan mengaku tidak diliwat

Dalam mahkamah, Azizan, ketika disoal balas oleh peguam Christopher Fernando (Allahyarham) mengaku beliau tidak diliwat. Lebih serius, Azizan juga menambah bahawa beliau diarahkan oleh pegawai penyiasat, (nama pegawai itu disebut) untuk mengubah tarikh kejadian.

Azizan mulanya berkata bahawa perbuatan itu berlaku di Tivolli Villa pada tahun 1992. Tetapi kemudian menukar kepada 'satu hari dalam bulan Januari hingga Mac 1993' apabila peguam Anwar menunjukkan bukti bahawa Tivolli Villa belum siap pada tahun 1992.

Di sini disertakan perbualan dari rekod mahkamah:

Peguam Fernando: "Tarikh 1992 adalah palsu?"
Azizan: "Ya"
Fernando: "Saya katakan kepada kamu tarikh pertuduhan dipinda kepada 1993 sebab bangunan (Tivoli Villa) belum siap untuk diduduki?"
Azizan: "Saya tak tahu".
Fernando: "Adakah anda setuju dengan cadangan saya tadi?"
Azizan: "Ya".
Fernando: "Siapa yang menyuruh anda menukar tarikh kepada 1993?"
Azizan: "SAC ...." (nama pegawai itu disebut).

Pengakuan Azizan ini tidak dicabar dalam mahkamah oleh pihak pendakwa.

Nama pegawai polis dan pegawai kedutaan Malaysia dalam kes Jamal Amro didedahkan melalui proses undang-undang - satu dalam afidavit dan satu dalam kandang saksi di mahkamah.

Apakah ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap pegawai-pegawai tersebut? Tidak! Sebaliknya Anwar tetap didapati bersalah dan dihukum hampir enam tahun lamanya dalam penjara.

Kes Fitnah II

Kemudian datang lagi kes pengakuan Saiful Bukhari Azlan. Kali ini ketika Najib menjadi Perdana Menteri (PM).

Kata Saiful, Anwar meliwat beliau di sebuah kondominium. Untuk itu, beliau perlu bertemu doktor membuat pemeriksaan perubatan. Doktor yang ditemui adalah doktor dari Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid.

Sebagai saksi kes, Dr Mohamad Osman berkata bahawa selepas memerika Saiful, didapati tidak ada kesan liwat, sebaliknya ada kesan tertuduh memasukkan plastik ke dalam anusnya.

Itulah satu-satunya bukti yang ada dalam kes tersebut, yang lain hanyalah pengakuan Saiful. Sebagai nota, dalam proses perundangan, pengakuan tidak boleh diterima, yang boleh diterima adalah keterangan dan bukti. Tetapi Anwar tetap didapati bersalah dan dipenjarakan.

Dr Mohamad Osman juga mendedahkan ugutan dari pihak berkuasa supaya beliau mengubah laporan perubatan tetapi dia enggan berbuat demikian. Dalam afidavitnya, Jamal Amro juga mendedahkan, bukanlah termasuk ajaran Islam untuk menerima tawaran wang bagi membuat fitnah. Kerana itu, beliau mengusahakan untuk bertemu dengan ulama terkenal Dr Taha Jabir Alalwani (Allahyarham) dan menceritakan mengenai habuan yang ditawarkan. Dr Taha berkata kepada beliau supaya menolak tawaran itu dan jangan berteman dengan syaitan.

Sebelum itu pada tahun 1998, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja dan penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, Dr Munawar Anees juga dipaksa dengan ugutan dan penjara supaya mengaku mereka melakukan hubungan seks dengan Anwar, tetapi kedua-duanya enggan.

Warga asing lebih berprinsip

Apa persamaan antara keempat-empat nama di atas? Kesemua mereka adalah warga asing. Jamal adalah warga Palestin, Dr Mohamad Osman adalah warga Myanmar, Sukma adalah warga Indonesia dan Dr Munawar adalah warga Amerika. Apakah pelajaran yang kita kutip dari mereka? Kesemua mereka dihubungi untuk terlibat konspirasi dengan cara sama ada imbuhan besar atau ugutan.

Jamal Amro ditawarkan sekitar RM838,000 hanya untuk sebuah pengakuan fitnah. Bayangkan berapa pula habuan yang didapati oleh rakyat Malaysia yang sanggup terlibat konspirasi ini? Orang-orang yang muncul membuat pengakuan terutama menjelang pilihan raya, orang-orang dari Jabatan Peguam Negara, segelintir para hakim dan segelintir pegawai polis. Dan senarai panjang akan berterusan.

Saya catatkan sebuah kisah teladan dari empat tokoh. Mereka semua punya akhlak, punya prinsip dan tidak mahu memfinah orang yang tidak bersalah. Mereka tidak mahu menggadai maruah dan harga diri demi kantung peribadi.

Jika rakyat Malaysia yang dinyatakan dalam artikel ini juga punya akhlak yang tinggi dan prinsip yang teguh seperti mereka, tentu konspirator politik, termasuk beberapa bekas perdana menteri tidak dapat menjalankan kerja jahat mereka.

Dan politik Malaysia tidak akan menjadi sejijik ini. Tetapi malangnya, nama-nama akan terus muncul memfitnah dan memfitnah dan habuan demi habuan akan disodorkan oleh tuan-tuan politik.

Secara moral, kita semakin terjerumus ke lembah yang kotor dan berlumpur.

__________________________________________________________________________________

Penulis merupakan kartunis sosial-politik terkenal tanah air dan turut mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti anugerah Award for Courage in Editorial Cartooning (2011), Cartooning for Peace (2016) dan banyak lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/08/kes-anwar-pemfitnah-dan-harga-diri-zunar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

Anak Guam Saya Dengan Rendah Diri Memohon Maaf Peguam Remaja Kes Bakar Tahfiz

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1154 hits
Kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah pada tahun 2017 tekah menjadi satu detik hitam buat seluruh rakyat Malaysia di mana 23 penghuninya telah dilaporkan meninggal dunia Rentetan daripada insiden itu seorang remaja berusia...
Polis Nafi Wujud Konflik Kepentingan Dalam Kes Anwar Pembantu

Polis Nafi Wujud Konflik Kepentingan Dalam Kes Anwar Pembantu

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 325 hits
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menafikan dakwaan Timbalan Pengarah JSJ DCP Mior Faridalathrash Wahid adalah bapa saudara kepada Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa Salvavador Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata semua dakwa...
Banyak Kes Artis Korea Bunuh Diri Foto Lee Min Ho Menangis Buat Peminat Risau

Banyak Kes Artis Korea Bunuh Diri Foto Lee Min Ho Menangis Buat Peminat Risau

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 343 hits
Baru baru ini muat naik di laman Instagram pelakon terkenal Korea Lee Min Ho telah membuatkan rata rata peminat berasa risau dengan keadaan dirinya Foto tersebut memaparkan Lee Min Ho sedang berada di kawasan pantai melihat suasana matahari...
Pemotong Rambut Xiaomi Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah Rm29 90

Pemotong Rambut Xiaomi Kini Boleh Didapati Pada Harga Serendah Rm29 90

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 311 hits
Xiaomi mempunyai beberapa produk dibawah ekosistem mereka dan salah satunya adalah pemotong rambut berjenama Enchen Pemotong rambut Xiaomi ini hadir dengan pengecasan berasaskan USB berbeza dengan beberapa yang lain yang menggunakan bateri ...
Sekotak Buku Dengan Harga Cuma Rm50 Sahaja

Sekotak Buku Dengan Harga Cuma Rm50 Sahaja

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 374 hits
Seronok kan kalau dapat buku bacaan yang banyak macam dalam gambar di atas Percaya atau tidak buku buku itu saya beli dengan harga cuma RM50 sahaja Memang murah dan berbaloi Masalahnya macam tak cukup masa pula untuk membacanya Tak apalah k...
Umno Sabah Mahu Dasar Satu Negara Satu Harga Dilaksana Hapus Diskriminasi Ekonomi

Umno Sabah Mahu Dasar Satu Negara Satu Harga Dilaksana Hapus Diskriminasi Ekonomi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 369 hits
Umno Sabah mahu dasar baru dilaksanakan bagi menyelaraskan harga barangan di Sabah dan Semenanjung agar diskriminasi ekonomi tidak terus berlaku di negara ini Ahli Majlis Tertinggi Umno Rahman Dahlan berkata dasar yang dinamakan satu negara...
Harga Runcit Petrol Ron95 Dan Ron97 Naik 5 Sen Diesel Naik 3 Sen Esok Sehingga 21 Ogos

Harga Runcit Petrol Ron95 Dan Ron97 Naik 5 Sen Diesel Naik 3 Sen Esok Sehingga 21 Ogos

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 246 hits
KUALA LUMPUR Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing masing naik lima sen manakala diesel naik tiga sen bagi tempoh esok hingga 21 Ogos ini Menurut kenyataan Kementerian Kewangan berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petrole...
5 Cara Tuntutan Insurans Kemalangan Motosikal 2025

Masa Depan Keluarga Bahagia Di Laman Sendayan 2 Satu Kediaman Yang Luar Biasa

Sunner Museum By Atelier Alter Architects Blends Landform Design With Industrial Heritage

Tri Suaka Feat Ary Goliath Tinggal Seribu Chord

Halal Wagyu Ramen Shinjuku Tei Shinjuku

Senaman Paling Mudah Tapi Paling Pelik Aku Menari Macam Ayam 10 Minit Sehari

How Will The Escalating India Pakistan Conflict Impact Malaysia Geopolitically Economically

Govt To List Schools Near Asean Summit Venue For Students To Learn From Home


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rutin Penjagaan Kulit Pagi Malam Untuk Kulit Bebas Cela

Curi Masa Keluar Lunch Sama

Cinta Yang Menakluki

Sarapan Di Warong Laman Nurani Kuala Pilah

Kerabu Daging Salai Paling Senang Tapi Padu

Dedah Skandal Perlombongan Sabah Mr A Bimbang Keselamatan Diri