Kes 1mdb Bawa Keluar Rm50 000 Kena Isi Pelbagai Dokumen Berbilion Boleh Pula Bolos









Kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tiba tiba 'meletup' semula apabila didedahkan oleh bekas pegawai perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner berkaitan penjanaan kewangan melalui bon, komisyen dan mudahnya pemindahan wang melepasi kawalan Bank Negara Malaysia (BNM) amat mengejutkan rakyat.
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbahasan titah Yang diPertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat pagi tadi mempersoalkan cakap cakap politik yang tidak mahu isu 1MDB diteruskan atau dibahaskan.
Katanya, isu 1MDB itu belum lagi menjadi teks sejarah, masih ada perbicaraan dan juga pendedahan fakta baharu di mahkamah luar negara yang perlu diketahui atau diambil tindakan oleh pemerintah Malaysia.
"Ada rakan di sebelah sana kata Pakatan Harapan (PH) tak ada modal lain asyik 1MDB sahaja. Tetapi 1MDB ini bukan cerita sejarah ia berterusan, sebab ini fakta baru dikemukakan di mahkamah New York (Amerika Syarikat (AS)). Bila kita teliti pembongkaran itu maka harus mencuit perasaan kita dan menggesa rakyat menolak.
"Mustahil isu 1MDB ini berlaku jika tidak ada kerusakan dalam seluruh sistem.
"Kementerian Kewangan ikut pengalaman saya amat teliti dan selalu memberi nasihat tidak bersetuju kalau dianggap pelanggaran hukum," katanya tetapi mendakwa kali ini pegawai tinggi di kementerian itu 'bersekongkol' pula dengan pemerintah untuk memudahkan berlakunya skandal 1MDB.
Menurut Anwar lagi, 3 bon yang didedahkan oleh Leissner diterbitkan oleh pentadbiran Najib Razak, bon projek Magnolia, bon projek Maximus, bon projek Catalaise yang jumlah anggaran aliran dana 1MDB disahkan sekitar AS$4.5 atau RM18.88 bilion belum pernah didengar sebelum ini.
Begitu juga pertemuan Pengerusi Goldman Sachs, Lloyd Craig Blankfein dan bekas PM Najib Razak untuk urusan penerbitan bon berkenaan tidak diketahui dalam perbicaraan di Malaysia.
Anwar juga mempersoalkan, bagaimana urusan berkaitan kewangan 1MDB dan membawa wang keluar negara tidak diawasi oleh BNM dan diambil tindakan pada waktu ianya berlaku.
Begitu juga dakwaan ke atas suami bekas Gabenor BNM yang didakwa melakukan urusan kewangan rentas Malaysia - Singapura dalam jumlah yang besar tetapi gagal diambil tindakan.
"Orang bawa keluar wang RM50,000 kena isi pelbagai borang untuk Bank Negara. Orang keluar berbilion ringgit terpadam pula dari pengetahun Gabenor dan pegawai BNM. Dia kena jawab soal ini," ujarnya.
Ahli Parlimen Port Dickson itu seterusnya mendedahkan wang negara yang diselewengkan melalui 1MDB ada yang digunakan untuk membayar bil perjudian di Los Angelas juga membeli lukisan karya Monet, membeli bangunan dan harta lainnya.
"Jadi sekarang dikatakan perkara ini sudah berlalu. Bagaimana berlalu tetapi kita kena bayar (hutang) puluhan bilion? Saya perlu penjelasan. Bingung, kalau sikap begini berterusan.
"Sekarang (ada ahli politik kata) jangan bimbang kes rasuah. Kalau kita menang pilihan raya dan berkuasa semula semua ini terpadam dengan sendirinya.
"Bukankah ini bermakna institusi itu dikompromi? Sebab itu saya minta SPRM, BNM, LHDN, PDRM benar benar bermaruah dan berintegriti (dalam menjalankan siasatan)," katanya.
Selain itu, Anwar juga hairan dengan ketidakmampuan pasukan penguatkuasaan Malaysia menyiasat secara keseluruhan kes 1MDB.
Katanya, sekiranya Leissner tidak mendedahkan beliau telah menghadiahkan kekasihkannya, bekas CEO Astro sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London, maka hal itu akan terus terpendam.
"Isu yang dibongkar oleh Leissner, soalannya bagaimana agensi penguatkuasaan keselamatan tidak mampu membongkar kes ini?
"Walaupun ada siri pendakwaan di mahkamah tetapi bahan bahan ini kita harus tunggu sehingga ada, yang pertama DOJ (Jabatan Kehakiman) AS dan keduanya di mahkamah AS.
"Saya tekankan walau SPRM ada menjawab, sebahagian kes disiasat Jabatan Jenayah PDRM dan SPRM telah memanggil wanita berkenaan mengenai rumah, tetapi saya cadangkan mesti ada pasukan khas sekurang kurangnya 4 agensi ini untuk menyeleraskan tindakan.
"Kes ini besar, berpuluh bilion dan ada orang cuba memadamkan. Dia ingat ini wang siapa. Wang negara hilang dan tak ada apa apa (yang dipertanggungjawabkan).
"Saya tak faham, apatah lagi orang itu (yang terlibat) orang Islam," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/kes-1mdb-bawa-keluar-rm50000-kena-isi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Tak Perlu Takut Keluar Mengundi Di Prn Johor Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Annuar Musa

Rakyat Tak Perlu Takut Keluar Mengundi Di Prn Johor Walaupun Kes Covid 19 Meningkat Annuar Musa

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 185 hits
Rakyat tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac depan walaupun ketika ini berlaku peningkatan kes Covid 19 Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata...
Pemimpin Bawa Vellfire Ahli Pula Bawa Tin Milo Nur Jazlan Tibai Pas

Pemimpin Bawa Vellfire Ahli Pula Bawa Tin Milo Nur Jazlan Tibai Pas

papar berkaitan - pada 2/3/2022 - jumlah : 157 hits
Timbalan Pengerusi Umno Johor Nur Jazlan Mohamed berkata hubungan partinya dengan PAS sudah berakhir susulan keputusan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk menyertai Perikatan Nasional Nur Jazlan berkata dia sukar memahami sikap PAS yang ser...
Hiburan Sog X Shila Amzah Pemenang Juara Lagu Ajl36 Bawa Pulang Rm100 000

Hiburan Sog X Shila Amzah Pemenang Juara Lagu Ajl36 Bawa Pulang Rm100 000

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 224 hits
Sedia maklum pada malam ini Anugerah Juara Lagu 36 yang bertemakan Rentak Kita telah menyatukan 12 lagu yang berbeza genre muziknya menerusi gabungan rentak Dengan membawa lagu Pelukan Angkasa gandingan penyanyi SOG dan Shila Amzah telah me...
Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

Zahid Sedia Sumpah Laknat Nafi Bawa Fail Kes Mahkamah Jumpa Muhyiddin

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 217 hits
malaysiagazette comBy 20 February 2022Ahmad Zahid HamidiKUALA LUMPUR Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sanggup dan bersedia melakukan sumpah laknat sebagai penafian kepada tuduhan jahat Tan Sri Muhyiddin Yassin ke atasnya Presiden UMNO itu mene...
Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

Tengah Malam Anak Menangis Sakit Gigi Sebelum Bawa Ke Klinik Ini Mak Ayah Boleh Buat

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 162 hits
Selalu tengah malam anak meraung sakit gigi Nak bawa ke klinik semua dah tutup Tak sampai hati nak tengok anak menangis meraung kesakitan kerana gigi berlubang atau gusi bernanah Tak keruan mak ayah dibuatnya Ada beberapa langkah awal yang ...
Pelbagai Konsep Menghiburkan Isi Masa Terluang Dengan 20 Rancangan Hiburan Korea Ini

Pelbagai Konsep Menghiburkan Isi Masa Terluang Dengan 20 Rancangan Hiburan Korea Ini

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 194 hits
Selain daripada muzik drama dan filem industri hiburan Korea Selatan turut dikenali dalam menghasilkan program rancangan hiburan yang unik dan menarik Dari kehidupan harian hingga ke persaingan antara kumpulan setiap konsep yang dibawa dala...
Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60 000 Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

Ali Puteh Diperintah Bayar Ganti Rugi Rm60 000 Balu Abam Menang Kes Saman Fitnah

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 330 hits
Balu kepada pelawak Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali telah menang dalam kes saman fitnah yang telah dibuat oleh Ali Puteh yang juga adik iparnya Menerusi laporan mStar peguam Mohamed Ibrahim Mohamad yang mewakili Nor Hidayah berk...
Saya Dah Rasa Lega Dah Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Rm60 000

Saya Dah Rasa Lega Dah Balu Abam Bocey Menang Kes Saman Fitnah Ali Puteh Diperintah Bayar Rm60 000

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 209 hits
Selepas hampir dua tahun akhirnya balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali menang kes saman fitnah yang difailkan terhadap adik iparnya Ali Puteh Doakan yang baik baik untuk saya dan anak saya Saya dah rasa lega dah kata Hidayah rin...
Terkini Kes 1mdb Sprm Rekod Keterangan Rohana Rozhan Lagi

Terkini Kes 1mdb Sprm Rekod Keterangan Rohana Rozhan Lagi

papar berkaitan - pada 1/3/2022 - jumlah : 368 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sekali lagi merekod keterangan Datuk Rohana Rozhan di Pejabat SPRM Putrajaya hari ini susulan pendedahan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner dalam kes 1Malaysia Development Berhad M...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran