Kertas Pandora Jangan Seteru K Jaan Saja Disiasat Sprm Kata Hassan



(Malaysiakini) – Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) Hassan Karim memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyiasat pendedahan Kertas Pandora dan Kertas Panama.
Bagaimanapun, Hassan yang juga ahli parlimen PKR berharap siasatan yang dijalankan telus dan tidak berpihak.
“Jangan mereka yang dianggap penentang atau seteru kepada Kerajaan Perpaduan yang berkuasa sekarang sahaja yang disiasat tetapi penyokong dan anggota Kerajaan Perpaduan tidak disiasat.
“SPRM mesti bersikap telus, profesional dan berintegriti dalam menjalankan tugasnya dengan berasaskan kepada prinsip tanpa takut dan pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kertas Pandora dan Kertas Panama ialah dokumen berasingan yang didedahkan Konsortium Wartawan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ) dengan kerjasama media lain di seluruh dunia, termasuk Malaysiakini.
Ia memperincikan pemilikan dana antarabangsa yang disimpan di syarikat luar pesisir.
Mereka yang disiasat ketika ini ialah bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan keluarganya, serta Mirzan Mahathir iaitu anak Dr Mahathir Mohamad.
Mahathir dan Daim sebelum ini mendakwa siasatan itu sebagai tindakan penganiayaan politik oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim – terhadap seteru politiknya.
Mahathir juga mendakwa Mirzan diugut penjara selama lima tahun.
Sementara itu Hassan berkata golongan elit yang dahulunya dilihat semacam kebal dan tidak boleh disentuh oleh SPRM kini telah dipanggil ke ibupejabat suruhanjaya itu untuk disiasat.
Namun ahli Parlimen Pasir Gudang itu berkata dia memandang serius mengenai aduan Dr Mahathir bahawa anaknya yang kini disiasat suruhanjaya itu diugut dengan hukuman penjara selama 5 tahun.
“Saya berharap SPRM perlu jalankan tugas dengan profesional mengikut undang-undang ketika menjalankan tugas menyiasat. Tidak boleh gunakan ugutan semasa menjalankan siasatan,” katanya.
Selain Daim dan Mirzan, turut dinamakan dalam pendedahan itu termasuk Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Ahli Parlimen Selayang William Leong, Timbalan Menteri Ekonomi Hanifa Hajar Taib dan abangnya Mahmud Abu Bekir serta bekas Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa.
Walaupun memiliki syarikat luar pesisir tidak menyalahi undnag-undang, terdapat tekanan awam untuk peningkatan ketelusan dalam syarikat-syarikat yang ditubuhkan di tempat perlindungan cukai bagi menangani pengelakan cukai dan pengubahan wang haram.
Zafrul dinamakan sebagai pengarah Capital Investment Bank (Labuan) Limited, sebuah bank butik yang diperbadankan dalam bidang kuasa luar pesisir Labuan, tetapi melepaskan jawatan itu apabila menyertai Maybank pada 2010.
Daim dan Leong pula sebelum ini menyatakan bahawa dana luar pesisir mereka adalah berdasarkan pendapatan yang sah dan semua cukai telah dibayar.
Jawatankuasa Khas Rasuah yang dianggotai Hassan turut dianggotai oleh mereka yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dari Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/01/20/kertas-pandora-jangan-seteru-kjaan-saja-disiasat-sprm-kata-hassan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Cakap Banyak Pi Cerita Kat Sprm Mb Sanusi Skandal Rm6 Juta

Jangan Cakap Banyak Pi Cerita Kat Sprm Mb Sanusi Skandal Rm6 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 159 hits
Cerita rasuah RM6 juta melibat persatuan bolasepak kedah KFA kini menjadi Semakin PANAS menarik Seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam mereka akan memanggil Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor bagi mendapatk...
Jangan Hilang Begitu Saja Jangan Ghaib Shakilla Khoriri Tak Larang Anak Jumpa Fizi

Jangan Hilang Begitu Saja Jangan Ghaib Shakilla Khoriri Tak Larang Anak Jumpa Fizi

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 141 hits
Kemelut di antara pelakon Shakilla Khoriri dan bekas suaminya Fizi Ali dilihat semakin berpanjangan Menerusi perkongsian Shakilla ketika majlis Sulh untuk berbincang bersama Fizi Ali dan pihak terlibat bagi pengurusan kes Hadhanah dia tidak...
Selepas Mirzan Dan Mokhzani Disiasat Sprm Apakah Mukhriz Juga Sedang Menunggu Giliran

Selepas Mirzan Dan Mokhzani Disiasat Sprm Apakah Mukhriz Juga Sedang Menunggu Giliran

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 135 hits
Selepas Mirzan disiasat SPRM seminggu yang lalu dan kemudian diarah mengisytiharkan harta kekayaannya dalam tempoh 30 hari seorang lagi anak Tun Mahathir Mohamad menerima giliran diarah mengadap agensi pencegah rasuah itu Kali ini giliran M...
Aktiviti Perniagaan Yang Mencurigakan Pada Akhir 1990 An Anak Bekas Perdana Menteri Disiasat Sprm

Aktiviti Perniagaan Yang Mencurigakan Pada Akhir 1990 An Anak Bekas Perdana Menteri Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 137 hits
Seorang anak bekas Perdana Menteri kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Beliau dikatakan berkaitan dengan aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 1990an Siasatan itu terfokus kepada syarikat yang dimiliki oleh in...
Panas Hassan Karim Kenyataan Tun M Semakin Merbahaya Sprm Harus Tegas

Panas Hassan Karim Kenyataan Tun M Semakin Merbahaya Sprm Harus Tegas

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 211 hits
Ahli sebuah daripada lima panel pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bimbang terhadap dakwaan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berhubung anaknya diugut dengan hukuman penjara lima tahun Hassan Karim yang juga ahli Jawa...
Panas Sendiri Cari Masalah Jangan Berlakon Jadi Mangsa Bila Disiasat

Panas Sendiri Cari Masalah Jangan Berlakon Jadi Mangsa Bila Disiasat

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 176 hits
Penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak perlu memainkan naratif seolah olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 Menteri Dalam Nege...
Isteri Dan Anak Lelaki Daim Akan Disiasat Sprm Esok

Isteri Dan Anak Lelaki Daim Akan Disiasat Sprm Esok

papar berkaitan - pada 10/1/2024 - jumlah : 270 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan menyoal siasat isteri bekas menteri kewangan Daim Zainuddin dan dua anak lelakinya esok Ini berdasarkan notis yang dihantar oleh peguam keluarga itu kepada pihak media hari ini S...
Pandora Papers Zafrul Mesti Disiasat Mengapa

Pandora Papers Zafrul Mesti Disiasat Mengapa

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 106 hits
Ilah Hafiz Azizam hmetro com myKuala Lumpur Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini mengemukakan beberapa persoalan terhadap pihak yang sekali lagi mendesak dirinya disiasat susulan pendedahan...
Sprm Sahkan Soal Siasat Keluarga Daim

Sprm Sahkan Soal Siasat Keluarga Daim

papar berkaitan - pada 11/1/2024 - jumlah : 228 hits
SPRM sahkan soal siasat keluarga Daim Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Jan 2024 9 22PM
Menangi Realme 13 Pro 5g Dengan Menikmati Hotpot Haidilao Sempena Tahun Baru Cina Ini

Role Of Leadership In Startups

Dividen Tabung Haji 2025 Anggaran Kadar Dividen Tarikh Pengumuman

Doktor Malaysia Bersalah Sebabkan Kematian Isteri Anak Di Hk

Exploring The Better Buds Difference Why Good Isn T Good Enough For This Dispensary

Aktiviti Sidang Media Solidariti Kes Dr Kamarulzaman Vs Hannah Yeoh Ppim 14 01 2024

Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik Ketika Pasang Talian Internet

Cinta Atau Tak Cinta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Mengapa Sesetengah Golongan Mengalami Gejala Perut Kembung Selepas Minum Susu

Buasir Otak Tv Bila Belajar Penjodoh Bilangan Pisang

Presiden Azerbaijan Orde Baharu Dunia Sedang Dibentuk

Kaki Budak 11 Tahun Tertusuk Besi Rim Basikal

Sabun Basuh Baju Murah Dan Berkesan Sabun Dobi Malaysia

How To Keep Tiktok Ing In The Us