Selepas Mirzan Dan Mokhzani Disiasat Sprm Apakah Mukhriz Juga Sedang Menunggu Giliran


 
Selepas Mirzan disiasat SPRM seminggu yang lalu dan kemudian diarah mengisytiharkan harta kekayaannya dalam tempoh 30 hari, seorang lagi anak Tun Mahathir Mohamad menerima giliran diarah mengadap agensi pencegah rasuah itu.

Kali ini giliran Mokhzani Mahathir yang terpaksa pergi ke pejabat SPRM semalam untuk disiasat dipercayai berhubung pengisytiharan harta.

Menurut laporan media, Mokhzani disiasat mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Bermakna kini, daripada tiga anak lelaki bekas Perdana Menteri berusia 98 tahun itu, dua daripadanya sudah dipanggil ke pejabat SPRM untuk siasatan.

Hanya Mukhriz Mahathir yang belum diberikan giliran untuk pergi ke pejabat SPRM.

Seorang kenalan secara bergurau berkata, tidak lengkap siasatan terhadap kekayaan keluarga Tun Mahathir jika Mukhriz tidak sama disiasat oleh SPRM.

Apakah selepas ini, barangkali hanya dalam minggu-minggu terdekat ini, giliran Mukhriz pula akan disiasat SPRM dan diarah mengisytiharkan kekayaannya?

Siasatan terhadap dua anak lelaki Tun Mahathir ini yang menyusul selepas tindakan sama terhadap Tun Daim Zainuddin dan isterinya adalah dipercayai sebagai usaha Anwar Ibrahim untuk merealisasikan janjinya sejak puluhan lalu untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didakwanya merompak kekayaan negara.

Ketika Mirzan disiasat SPRM, Tun Mahathir tidak menyembunyikan rasa “naik anginnya”, bahkan mendakwa anaknya turut diugut untuk dipenjarakan selama lima tahun.

Kemudian daripada itu, beliau turut mengadakan sidang media khas berkaitan apa yang menimpa anak lelaki sulungnya itu.

Dalam sidang media khas itu, Tun Mahathir secara terbuka mengakui beliau risau dengan siasatan SPRM terhadap Mirzan itu.

“Risaulah… sebagai anak saya, dia bagi tahu dapat notis dan suruh dia jelaskan segala transaksi yang dia buat sejak dia berusia 20 tahun.

“42 tahun punya transaksi kena jawab 30 hari, dia kena tanya bank, Petronas dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) korek pejabat dia sebab kena tunjuk bahan bukti,” ujar Tun Mahathir lagi.

Seterusnya, beliau mendakwa, tindakan SPRM itu sebagai tidak masuk akal dan lebih berupa pengumpulan bukti bagi mendakwa dirinya ke mahkamah.

“Anwar kata saya curi duit kerajaan..tunjuklah bukti, sebaliknya sekarang saya dengar anak saya diminta untuk beri bukti supaya saya boleh didakwa,” katanya.

Yang jelas sekarang, diam tak diam, dua daripada tiga anak lelaki Tun Mahathir sudah dipanggil untuk disiasat dan tidak mustahil, semua mereka juga bakal berdepan pendakwaan di mahkamah tidak lama lagi.

Semua yang berlaku ini – satu yang pasti – suhu darah dan angin dalam badan Tun Mahathir tentunya terus menaik bertambah tinggi lagi.

Mungkinkah satu lagi sidang media khas bakal diadakannya?

Bagaimana agaknya keadaan suhu darah dan angin dalam badan Tun Mahathir jika akhirnya semua anak lelakinya, bahkan termasuk anak perempuannya juga akan disiasat SPRM? – ShahbudinHusin 27/01/2024.

0

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/selepas-mirzan-dan-mokhzani-disiasat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kertas Pandora Jangan Seteru K Jaan Saja Disiasat Sprm Kata Hassan

Kertas Pandora Jangan Seteru K Jaan Saja Disiasat Sprm Kata Hassan

papar berkaitan - pada 21/1/2024 - jumlah : 216 hits
Anggota Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Hassan Karim memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kerana menyiasat pendedahan Kertas Pandora dan Kertas Panama Bagaimanapun Hassan yang juga ahli parlimen PKR berharap siasatan yang dijalan...
Aktiviti Perniagaan Yang Mencurigakan Pada Akhir 1990 An Anak Bekas Perdana Menteri Disiasat Sprm

Aktiviti Perniagaan Yang Mencurigakan Pada Akhir 1990 An Anak Bekas Perdana Menteri Disiasat Sprm

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 199 hits
Seorang anak bekas Perdana Menteri kini sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Beliau dikatakan berkaitan dengan aktiviti perniagaannya pada akhir tahun 1990an Siasatan itu terfokus kepada syarikat yang dimiliki oleh in...
Sprm Arah Mirzan Mahathir Isyitihar Aset Dalam 30 Hari

Sprm Arah Mirzan Mahathir Isyitihar Aset Dalam 30 Hari

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 327 hits
Malaysiakini nbsp Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menyerahkan perintah notis kepada ahli perniagaan Mirzan Mahathir untuk mengisytiharkan aset dalam tempoh 30 hari dalam siasatan berhubung maklumat dalam Kertas Panama Dalam ken...
Mokhzani Mahathir Pula Dipanggil Sprm

Mokhzani Mahathir Pula Dipanggil Sprm

papar berkaitan - pada 27/1/2024 - jumlah : 138 hits
MalaysiakiniSeorang lagi anak Dr Mahathir Mohamad Mokhzani turut dipanggil SPRM Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki kepada Berita Harian hari ini Menurut laporan itu Mokhzani hadir ke ibu pejabat SPRM kira kira jam 11...
Pendedahan Sprm Aset Penuh Kenyataan Daim Selepas Tidak Mengaku Bersalah

Pendedahan Sprm Aset Penuh Kenyataan Daim Selepas Tidak Mengaku Bersalah

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 407 hits
Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim selepas didakwa gagal mematuhi notis pengisytiharan harta Daim mendakwa Malaysia kini berada bawah kerajaan yang menyalahgunakan kuasa dan mengkhianati semua janji...
Mirzan Dipanggil Sprm Istihar Harta Dalam Dan Luar Negara

Mirzan Dipanggil Sprm Istihar Harta Dalam Dan Luar Negara

papar berkaitan - pada 19/1/2024 - jumlah : 171 hits
Iswardy Morni Ia menghendaki beliau mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis tersebut kata SPRM dalam kenyataan Ia semakin ...
Kediaman Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Diserbu Sprm

Kediaman Ahli Perniagaan Bergelar Tan Sri Diserbu Sprm

papar berkaitan - pada 20/1/2024 - jumlah : 311 hits
HarapandailySuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri pagi tadi bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah perolehan membekal dan mengurus flit kenderaan kerajaan Malaysia Turut diserbu be...
Strawberry Manis

Ayam Goreng Berempah Dan Bab Sedekah Penghapus Dosa

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Sabah Sarawak Parliamentary Seats Will Be Increased Says Anwar

Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Sarapan Untuk Kongsi Kong

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Berjemaah Di Warung Zara Binaong Keningau Sabah

Amazing Beef Rib Recipe Grill

Akob Patin House 2

Tapau Chicken Tenders Ahmad S Fried Chicken Taman Cendana Pasir Gudang

Pohon Cermai Di Tepi Jalan

Ceramah Hidup Ini Kena Ikut Netizen Ke Hadis