Kerjaya Sebagai Seorang Transkriptor


Kerjaya Sebagai Seorang Transkriptor | Bila difikirkan rasa agak pelik macam mana saya boleh terjun ke bidang penulisan secara serius seperti sekarang walau tidak seperti sesetengah penulis lain yang telah terjual buku penulisannya, e-booknya. Bagaimana saya bermula? Saya mula menulis pada tahun 2006 di dalam blog yang lebih banyak berkongsi pengalaman dan berkongsi konten yang saya dapat dari sahabat luar negara dan saya berkongsi serba sedikit tentang kehidupan, kekeluargaan dan percutian walau tidak secara menyeluruh.
Kerjaya Sebagai Seorang Transkriptor
Seingat saya pada 2017, saya dilamar untuk menulis artikel percutian disitu saya bermula menulis antara serius dan tidak tapi semakin rajin menulis dengan lebih menjiwai penulisan. Namun, kekangan masa dan pekerjaan saya sebagai Pengurus Operasi sebuah syarikat pengembaraan menghadkan saya untuk menulis walau banyak content yang terbuku dan tersimpan di minda. Apabila saya jobless pada 2018, rezeki menulis dan menghadiri event serta dibayar juga menjadi rancak. Pada Ogos 2019, pekerjaan sebagai Business Development Manager dalam sebuah syarikat pengembaraan online terhenti bila pihak syarikat tidak cukup fund untuk meneruskan perniagaan.  Saya jadi jobless namun rezeki untuk menulis sebagai penulis bebas masih berjalan.  Tawaran pekerjaan bukan tiada, tapi masalah lokasi dijadikan alasan untuk tidak mengambil kerana agak malas untuk melalui rutin 'punch in dan punch out'
Rutin sebagai seorang suri rumah dengan anak-anak yang sudah besar membenarkan saya kerap menulis, kerap membaca dan memberi peluang untuk saya lebih mencari ilmu dari pembacaan di Google tentang penulisan. 
Kerjaya sebagai Seorang TranskriptorSeorang penulis bebas atau penulis siluman atau #ghostwriter boleh menjadi seorang pentranskrip atau dipanggil transcriber atau transkriptor.  Saya lebih menyukai ayat Transciber kerana Scribe dalam bahasa German bermaksud Tulis. Saya ni peminat bahasa German, boleh menulis, membaca Deutsch tapi dah kelaut dalam.
Penting bagi seorang penulis bebas untuk luaskan pembacaan, bagi seorang Transkriptor, kita perlu kenali ayat bagi memudahkan kita lebih peka dengan perkataan yang disebutkan. Fahami setiap butir ayat yang disebutApabila kita biasa dengan macam-macam perkataan, kerja-kerja transkrip juga akan lebih lancar.
Terdapat tiga jenis transkripsi utama iaitu Umum (general), Perubatan (Medical) dan Undang-undang (Legal). Saya masih amatur, jadi kerja-kerja transkripsi saya kesemuanya adalah general.

Bagaimanakah kerja seorang Transkriptor?1. Transkrip audio iaitu memindahkan rakaman suara ke bentuk teks.
Bergantung pada klien, ada yang memerlukan kita mentranskrip teks pada setiap ayat yang disebut dan ada yang perlu kita buat 'summary' atau ambil hanya intipati untuk dijadikan artikel di akbar.
2. Transkrip video pula membabitkan menyediakan sari kata.
Bagi tugasan penstranskripan video, ada kalanya isi isi video dipindahkan ke fail teks, sebagai bahan  penulisan artikel, buku, dan sebagainya.
Ini adalah antara cabang tugasan seorang #ghostwriter ya adik-adik.
Pernah lihat atau menonton situasi di mahkamah, perasan tak ada orang duduk mengadap mesin taip atau komputer? Tapi rasanya sekarang mereka dah guna recorder rasanya lebih mudah.  Kalau guna mesin taip tu mesti pro gila.


Apa pengalaman saya dan kelulusan yang perlu untuk menjadi TranskriptorHidup kena berani, selagi ada rezeki menjengah, kita sahut dan sambut. Ok baiklah, saya punya pengalaman sebagai seorang setiausaha dan saya memasuki kolej kesetiausahaan dimana kami diajar mengambil Trengkas (Shorthand) dan mengambil ujian kecekapan menaip dengan mendengar audio. Bayangkan waktu saya exam tu saya perlu menaip dalam Bahasa Inggeris menggunakan mesin taip manual.  Jenuh masuk jari yang meruncing kat celah antara alphabet dan nombor tu. Mujur juga jari runcing, kalau jari gumuks macam sekarang ni jenuhlah penuh luka-luka atau tersekat terus kan.
Teringin juga untuk sertai kursus sebagai Transkriptor untuk menambah ilmu tapi kosnya agak tinggi, dan kewangan agak tight dengan pelbagai perkara berbangkit. Teruk sungguh pengurusan kewangan saya sejak 2-3 bulan ni.


Apakah yang saya gunakan untuk memulakan kerja Transkriptor1. Komputer, laptop, Ipad atau Tablett sebagai peralatan untuk menulis. Bahan yang ditulis kemudian dihantar kepada klien dalam bentuk Word. Saya juga menggunakan Foolscap paper atau kertas kajang untuk mencatit butiran dari audio atau video. Kalau menulis perlulah pen atau pensil untuk tugasan mencatat kan.
2. Headphone atau earphone untuk mendengar bunyi dari rakaman atau video. Sebaiknya guna headphone yang kedap bunyi dari luar supaya kita lebih fokus dan dapat mendengar butiran dengan lebih jelas.
3. Pemain audio untuk memainkan aplikasi fail .mp3 yang diberikan oleh klien tapi zaman sekarang ni klien akan hantar rakaman suara dalam Whatsapp atau Telegram atau minta kita tonton rancangan yang ke udara di kaca televisyen untuk kita terjemahkan ke dalam teks.
Bagi saya itu saja keperluan saya untuk memulakan pekerjaan sebagai Transkriptor dan Alhamdulillah sehingga kini berjalan dengan lancar.
Saya juga ada membaca dalam blog pakar Transkriptor, Puan Siti Rahmah Moktaruddin, keperluan untuk membuat kerja transkrip lebih laju, kalau ada perisian yang baik seperti Expres Scribe. Harga lesennya sekitar RM130 atau guna perisian percuma yang boleh digunakan. Antaranya adalah Transcriber 1.5.1. Tambah beliau kalau ada Foot pedal pun bagus, alat bantu untuk melajukan kerja transkrip (untuk pause audio dan sebagainya), tanpa perlu mengalihkan jari dari papan kekunci.
Cabaran sebagai TranskriptorCukup mencabar kerana itu kita perlu peka dan dengar setiap bait ayat yang disebut. Berapa lama kita perlu selesaikan tugasan bergantung berapa lama audio tersebut tapi selalunya dalam 4 - 5 jam untuk fokus tapi saya ambil masa lebih panjang sebab kena uruskan kerja rumahtangga melainkan klien perlukan dengan kadar segera. Perlu segera jadi harganya pun agak lumayan ya.
Anda memerlukan seorang pentranskrip? Hubungi saya di Facebook


Sedikit info tentang jenis Transcription yang melibatkan Transkriptor
1. General Transcription
Transkripsi umum yang meliputi banyak bidang selain perubatan dan undang-undang. Antaranya ialah akademik, kajian, bisnes, podcast, temu bual dan banyak lagi. Bidang ini menawarkan banyak ruang dan permintaan, walaupun anda baru menceburinya dan tidak ada pengalaman.


2. Medical Transcription
Secara asasnya, transkripsi perubatan melibatkan kerja-kerja memindahkan audio daripada pengamal perubatan ke bentuk teks. Antaranya ialah sejarah perubatan pesakit, ringkasan discaj, dan laporan perubatan.
Pada tahun 2019, US Bureau of Labor Statistics mengeluarkan laporan bahawa permintaan untuk transkripsi perubatan di Amerika Syarikat menunjukkan trend menurun.


3. Legal Transcription
Seperti perubatan, transkripsi guaman melibatkan banyak istilah bidang. Maka, pentranskrip perlu ada pengetahuan berkaitan. 
Anda perlu fasih dalam bahasa yang mahu ditranskrip dan faham format mahkamah.
Disebabkan sistem undang-undang di setiap negara berbeza, bidang ini selalunya terhad kepada negara asal/ pemastautin pentranskrip.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.iamfuzy.com/2021/09/kerjaya-sebagai-seorang-transkriptor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Anak Tewas Tenggelam Di Danau Dekat Pemkab Tangerang

Seorang Anak Tewas Tenggelam Di Danau Dekat Pemkab Tangerang

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 196 hits
Kapolsek Tigaraksa AKP Hengki Kurniawan menjelaskan kronologi kejadian tersebut Peristiwa itu berawal saat korban yang berusia 12 tahun bersama 4 teman lainnya memancing di lokasi Kemudian MS hendak mandi di danau tersebut
Dua Maut Seorang Parah Nahas Di Jeli

Dua Maut Seorang Parah Nahas Di Jeli

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 305 hits
Dua maut seorang parah nahas di Jeli Dua pemuda meninggal dunia dalam nahas melibatkan tiga buah motosikal dan sebuah kereta di Kilometer 87 Jalan Kota Bharu Machang Gerik pagi Jumaat Dalam kejadian jam 11 11 pagi itu dua mangsa berumur 17 ...
Berkeringat Seorang Hamba

Berkeringat Seorang Hamba

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 250 hits
BERKERINGAT SEORANG HAMBA Assalammualaikum wbtAwan mendung berarak laluSinar matahari cerah menyerbuJangan diungkit yang pahit dahuluHargai yang manisnya digilap selaluHargai yang manis digilap selaluMerintis hidup satu persatu Tiada yang m...
Kenali Jenama Zamburger Bermula Sebagai Peniaga Burger Kini Miliki 70 Rangkaian Hotel

Kenali Jenama Zamburger Bermula Sebagai Peniaga Burger Kini Miliki 70 Rangkaian Hotel

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 395 hits
Taukeh Norizam berjaya mengambil alih 67 hotel butik termasuk tiga hotel di Indonesia dalam masa 15 bulan Norizam memberanikan diri membuka gerai burger sendiri bermodalkan RM1 500 selepas membelinya daripada pemilik asal Pandemik COVID 19 ...
Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

Ismail Sabri Bersemuka Dengan Muhyiddin Pertama Kali Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 22/8/2021 - jumlah : 262 hits
Ismail Sabri bertentang mata dengan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri PETALING JAYA Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempat mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas pulang dari I...
Untung Isteri Pemuda Ini Bukan Setakat Siap Beli Rumah Sebelum Nikah Deko Pun Buat Seorang Diri Je

Untung Isteri Pemuda Ini Bukan Setakat Siap Beli Rumah Sebelum Nikah Deko Pun Buat Seorang Diri Je

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 409 hits
Menyediakan tempat tinggal untuk isteri merupakan salah satu daripada kewajipan seorang suami Menerusi satu perkongsian di TikTok lelaki ini bukan sahaja sudah menyediakan keperluan yang satu ini malah dia sendiri menghias dan mendekorasi r...
Seorang Gadis Sanggup Habiskan Rm15 Ribu Supaya Bibir Jadi Besar

Seorang Gadis Sanggup Habiskan Rm15 Ribu Supaya Bibir Jadi Besar

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 158 hits
Seorang gadis di Bulgaria sanggup menghabiskan wang sebanyak RM15 ribu untuk membesarkan bibirnya Beliau lebih dikenali sebagai Andrea Emilova Ivanova dan merupakan seorang penuntut dalam bidang falsafah di negaranya Disebabkan seronok mend...
Mina Dedah Ada 4 Mangsa Buli Jimin Seorang Sudah Meninggal Dunia

Mina Dedah Ada 4 Mangsa Buli Jimin Seorang Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 383 hits
Meskipun sudah lama didedahkan Mina bekas ahli AOA masih lagi tidak habis bercerita mengenai perlakuan ketuanya Shin Ji min Pada 6 September wanita itu meluahkan menerusi Instagram Terdapat beberapa mangsanya dan saya merupakan yang masih b...
Sering Di Ganggu Wanita Terkejut Rumah Sewa Yang Di Diami Merupakan Rumah Seorang Bekas Bomoh

Sering Di Ganggu Wanita Terkejut Rumah Sewa Yang Di Diami Merupakan Rumah Seorang Bekas Bomoh

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 247 hits
Terbaru seorang wanita iaitu Nazira Frijand Ali melalui Kelab Cerita Hantu Malaysia ada berkongsi satu pengalaman seram yang dilaluinya sepanjang menetap di sebuah rumah sewa yang pernah berlaku kes pembunuhan dimana mayat dipercayai telah ...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever