Kerjaya Sebagai Penulis Upahan Paling Mencabar
Ujian kerezekian adalah ujian yang menyakitkan kepada sesiapa sahaja yang diuji oleh Allah swt. Setelah hampir 3 bulan, Ina diuji dengan kerja penulis upahan ni. Masya allah. Alhamdulillah, allah utuskan rezeki lagi dalam dunia penulisan.
Nor Azlina mohd ali, memilih kerjaya sebagai penulis upahan
Sebenarnya, klien dah tanyakan servis menulis artikel di blog dan menulis press release. Kemudian, senyap seribu bahasa. Ketika ini, Ina menganggapnya tidak berjaya 'closing'. Sebab, klien biasanya yang mahu menggunakan servis penulisan Ina selepas tanya, terus bayar deposit. Tapi, kali ini tidak. Ya, klien ada hak untuk menolak penulis. Dia juga mempunyai kebebasan untuk memilih siapakah penulis yang disukai dan dipercayainya.
Reccomend circle bisnes untuk penulis upahan
Ha, biasalah. Bila orang reccomend ni payah sikit nak close. Salah satunya adalah, klien tidak percayakan Ina. Dia datang kepada Ina pun, sebab reccomend atas rakan bisnesnya. Meleset sama sekali, tanggapan kali ini. Tiba-tiba pagi Jumaat, klien kata bersetuju mahu menggunakan servis menullis Ina. Dan, dalam rezeki Ina juga klien mahu rakan penulis yang ada blog persendirian untuk kerja penghebahan launching produk bisnes beliau.
Masa klien cakap nak servis menulis ina tu, rasa memang nak menangis pun ada masa tu. Yerlah, job dah takde lama gila kot. Sekali datang rezeki, bersama dengan rakan-rakan penulis blog. Tanda menghargai Ina sebagai ahli team blogger ( cuma Ina banyak membuat kerja belakang tabir iaitu sebagai penulis upahan, dan jarang mengambil job review. Nak ambil pun, jika klien datang melalui Ina sendiri, tu memang wajar ambil ) Kelab Blogger Ben Ashaari lah menjadi keutamaan Ina untuk berkongsi rezeki.
Patutlah masa DM di Instagram haritu, beliau ada bertanyakan pasal blog saya dan kerja ghostwriting lain yang saya usahakan selama ini. Masya- allah tak sangka pula, orang hebat tolong reccomend kan servis menulis SEO Ghostwriter Malaysia pada anak buahnya.
Pengalaman menguruskan Bloggers
Pengalaman menguruskan bloggers ni bukan mudah. Tak dinafikan, memang mencabar. Banyak dugaan. Klien suruh Ina reccomend mana-mana bloggers. Jadinya, Ina pass senarai bloggers daripada team Kelab Blogger Ben Ashaari.
Bila Ina dah suka hasil kerja blogger ni, klien pula tidak berkenan. Hahahaha~ rasa macam, ya allah. Apa ni? sebagai individu yang membuat servis penulisan, dunia freelance memang kena banyak bersabar. Last sekali, sehari sebelum menulis artikel press launching tu klien bersetuju dengan pilihan terakhir bloggers. Hahahaha~ nasib baiklah. Jika tidak, press release entah ke mana. Bayang artikel di blog persendirian pun tiada dah.
Jutaan terima kasih buat rakan-rakan penulis blog iaitu Nina Azerin, Qaseh Dalia, Kak Azni dan Marina Bashah. Mereka memang hebat! setakat ini, Qaseh adalah team yang baharu Ina berkolaborasi untuk ghostwriting job. Bila bekerja sebagai penulis ni, memang perlu bersedia dengan mental yang kuat.
Dalam media sosial di facebook, Ina ada buat sesi soal jawab bersama audiens. Sesi soal jawab wujud, apabila ada audiens yang ragu-ragu mahu menggunakan servis Ina. Antranya soalan ini :
"Klien tanya, kalau saya nak puan buat artikel mesra SEO ni. Keyword saya kena cari juga?"
Jawapan :
Kalau lah niche prospek tadi dalam kecantikan. Makanya, saya sebagai #penulisupahan bertanggungjawab buat research juga mengenai keyword yang prospek perlukan.
Sebagai contoh. Prospek dalam niche kecantikan, dan mahu fokus kepada jerawat. Saya sebagai penulis, akan menulis artikel yang fokus kepada jerawat sahaja. Dan akan pecahkan keyword utama menjadi keyword kecil iaitu jerawat pasir, jerawat di hidung dan sebagainya. Bukan menulis artikel jeragat, atau panau.
Ha, begitu lah ceritanya. Bukan setakat keyword jer, juga menulis sekali dalam format SEO. Setelah klien menerima artikel yang siap ditulis oleh saya, mereka tak perlu setting SEO dah sebab sudah ditulis dalam format siap-siap.
Nota kaki :
Alhamdulillah, minggu lepas saya berkolaborasi bersama rakan penulis blog untuk menulis press release mengenai produk klien.
1x press release SEO di website klien.
1x artikel press release gaya santai di blog saya.
4x artikel press release gaya santai di blog personal. [ Mereka menulis press release sendiri ]
Hasilnya, beberapa carian keyword telah berada di halaman pertama Google.
Sebenarnya, saya dah lama tidak bekerjasama dengan rakan penulis blog dari team
Alhamdulillah, rezeki mereka bersama apabila klien saya meminta saya carikan penulis blog.
Kesimpulannya, atas kesempitan rezeki selama hampir 3 bulan. Allah telah gantikan rezeki yang luas. Alhamdulillah, allah mendengar doa-doa Ina selama ini. Dan selepas Ina siapkan kerja ghostwriting ini, Masya-allah selang sehari 3 lagi job menulis menyusul iaitu 1 artikel seo dalam keagamaan, 5 artikel seo jenis servis dan Copywriting. Beberapa kali juga, servis menulis Ina di reccomend oleh syarikat marketing. Semoga allah utuskan juga rezeki beliau dan team tidak putus-putus seperti air zam-zam.
Jika kalian sedang mencari penulis upahan, boleh terus ke sini > wasap.my/60189107161/penulisupahan
Jika mahu baca mengenai digital marketing, boleh ikuti sini > https://azlinaghostwriter.com/
NOR AZLINA MOHD ALI
SEO GHOSTWRITER MALAYSIA
"Penyedia bahan bertulis dengan format SEO"
Ebook | artikel website | Copywriting
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/2022/10/Kerja-penulis-upahan-mencabar.html