Kerjaya Dalam Bidang Sales And Marketing Bagus Ke


Seorang jiran bertanya pada saya.
“Awak cuti ke hari ni?”
 
Kebetulan waktu tu saya tengah keluar rumah untuk buang sampah. Kalau tak silap saya, pada masa tu kebetulan dia sedang cuci kereta waktu tu. Kalau tak memang agak jarang untuk saya bertembung dengan jiran saya ni.
 
Saya pun jawab, “Eh saya kerja. Saya work from home, sebab tu setiap hari saya ada dirumah…”
 
Dia nampak macam belum puas hati dengan jawapan yang saya berikan. Kemudian dia pun tanyakan soalan tambahan “Oh ye ke, awak kerja apa tu boleh buat dari rumah?”
 
Saya tak sangka, ada juga orang yang berminat nak tahu, apa kerja yang saya buat. Tak apa lah, saya pun beritahu yang saya ni sebenarnya bekerja dalam bidang marketing.

Kemudian, bila dia dengar saya sebut yang saya kerja dalam bidang marketing, terus dia kata…
“Wahhh bagus ya… kerja dalam marketing…”
 
Perbualan ini melekat agak lama dalam kepala saya.
Hingga akhirnya saya buat keputusan untuk jadikan ia sebagai salah satu konten dalam blog ini.

 
By the way, jiran saya tu berbangsa cina.
 
Apa yang saya bakal kongsikan ini, actually base on pengalaman saya semata. Ia mungkin tak sama dengan pengalaman orang lain, atau mungkin pembaca akan ada pendapat yang berbeza dengan saya.
 
Saya ada beberapa orang kawan berbangsa cina.
Apa yang saya perhatikan, kawan-kawan (termasuk kenalan) yang berbangsa cina ini, mereka cukup mudah melontarkan kata-kata pujian.
 
“Wah… bagusnya awak…”
“Tahniah, awak memang ada kebolehan…”
“Bagusnya awak… kuat dan kacak juga…” 
 
Saya kurang pasti, adakah ini merupakan sifat semulajadi mereka yang mudah untuk memberi pujian, atau ada sebab lain yang saya tak tahu.
 
Apa sebab lain yang saya tak tahu tu?
Kan saya dah kata… saya tak tahu…
 
Tapi kalau saya boleh buat tekaan, mungkin ia disebabkan kawan-kawan cina ni sebenarnya tak mempunyai vocabulary bahasa Melayu yang cukup besar.
Jadi dengan penguasaan bahasa setakat apa yang dia ada, lebih mudah untuk memilih kata-kata yang berbentuk pujian.
 
Lagipun pujian ini kan, merupakan ungkapan yang selamat.
Sudah tentu, orang suka dipuji berbanding dimaki.
 
Tapi disisi lain, saya juga tak menolah kebarangkalian yang mana pujian tu memang betul-betul ikhlas.
 
Persoalannya, betul atau pun tidak, kerjaya dalam bidang pemasaran (marketing) ini hebat?
Pernah dengar tak, ada orang yang jadi kaya sebab kerja dalam bidang marketing?
 
Skop kerja dalam bidang marketing Saya biasa dengar.
Orang yang kerja dalam bidang marketing ini memang berupaya jadi kaya.
Kalau tak jadi kaya sekalipun, mereka ini berjaya menghasilkan pendapatan yang agak lumayan dan cukup selesa.
 
Kerjaya marketing ini biasanya digandingkan dengan kerja dalam bidang jualan.
Sebab tu biasa kita akan dengar istilah Sales & Marketing.
 
Bila kita buat marketing, dan marketing kita tu on point, tepat pada sasarannya, In Shaa Allah hasil akhirnya adalah sales.
 
Kalau nak jadi kaya raya dalam bidang jualan ini pula, saya perhatikan ada beberapa keadaan yang perlu dipenuhi.
 
Pertama, kita jual produk yang mahal.
Produk yang mahal ini biasanya akan memberikan komisen yang besar.
 
Katakanlah harga produk tersebut ialah RM2 juta dan komisen kita adalah sebanyak 10%.
Bermakna, komisen yang bakal kita perolehi adalah sebanyak RM200,000.
 
Hanya dengan satu jualan, kita dah boleh hasilkan pendapatan sebanyak itu.
 
Kedua, kita jual dalam kuantiti yang banyak.
Let say untung satu unit produk ialah RM1, dan kalau setiap kali kita buat marketing kita mampu jual 200,000 unit produk, dekat situasi ini, kita pun mampu hasilkan income yang besar.
 
Dalam keadaan ini, kalau nak hasilkan income yang betul-betul lumayan, kena fokus sama ada nak hasilkan jualan untuk produk yang mahal dan memberikan komisen yang besar, ataupun jual produk biasa-biasa tapi dalam kuantiti yang besar.
 
Tapi ok la kan, bila ada orang bertanya pasal kerja kita, kadang ini boleh jadi satu peluang yang baik untuk kita renungkan semula, apa yang selama ini kita buat, apa yang patut kita buat, apa yang kita terlupa nak buat.
 
Maklumlah kadang kita ni terlalu sibuk dan fokus pada kerja yang ada depan mata, sampaikan kita terlupa nak buat kerja yang sepatutnya kita buat.
 
Saya fikir, bila ada orang yang berminat nak tahu apa kerja kita, secara tak langsung kita boleh buat reflection, atau muhasabah diri, adakah kita ni benar-benar faham mengenai bidang tugas kita selama ini.
 
Boleh jadi, kita sebelum ini memang dah faham, tapi manalah tahu kan… ada beberapa perkara yang kita terlupa.
 
Sebab kenapa bina kerjaya dalam bidang marketing Dalam banyak-banyak kerjaya, ada sebab kenapa saya pilih untuk bina kerjaya dalam bidang marketing.
 
(1) Peluang bina pendapatan tanpa had
Rasanya tak salah kalau saya katakan, saya terpengaruh dan jadi minat dengan bidang jualan sejak saya masih belajar di universiti. Masa tu, saya ada beli buku bertajuk Psikologi Menjual yang ditulis oleh Brian Tracy. Buku ini sebenarnya adalah versi terjemahan untuk buku berbahasa Inggeris yang bertajuk The Psychology of Selling.
 
Bila baca buku ini, saya mula ada satu sudut pandang yang berbeza berbanding sebelum ini.
Saya merasakan, kalau kita mahukan satu kehidupan yang baik dan selesa, kita kena belajar cara untuk membuat jualan.
 
Pendapatan melalui bidang jualan ini, walaupun ia mungkin tak konsisten, ada naik dan ada turun, tapi ia tak mempunyai had tertentu.
 
Jadi saya berpendapat, kalau nak hasilkan pendapatan yang tanpa had, saya perlu terokai kerjaya dalam bidang jualan dan pemasaran.
Walaubagaimanapun, pendapatan kita dalam bidang ini sangat berkait rapat dengan teknik, strategi dan pengalaman kita dalam bidang jualan.
 
Actually ada banyak perkara yang akan memberi pengaruh terhadap pendapatan yang bakal dihasilkan.
Lagi-lagi apabila kita nak bersaing di pasaran terbuka.
 
Kalau kita rasa skill kita cukup bagus, diluar sana pasti ada orang lain yang lebih bagus, atau at least sama bagus dengan kita.
Persaingan ini merupakan lumrah dalam bidang pemasaran dan jualan. Kalau kita terlalu risau tentang persaingan, bidang ini mungkin tak berapa sesuai untuk kita.
 
Justeru, kita buat je kerja kita, dan biarlah pesaing kita tu buat kerja dia.
At the end of the day, terpulang kepada bakal pelanggan sama ada mereka lebih selesa nak berurusan dengan kita atau dengan pesaing.
 
Percayalah, setiap orang pasti ada rezeki dan bahagian masing-masing.
Andai kata pendapatan kita rendah disebabkan kemahiran kita masih diperingkat yang rendah, itu kita boleh perbaiki dengan menambahkan ilmu.
Tapi andai kata memang dah tertulis, setakat itu rezeki kita, maknanya kita kena belajar erti syukur.
 
Selagi mana potensi diri kita ini masih belum diterokai dan dicungkil, selagi itu kita masih ada peluang untuk jana dan hasilkan pendapatan tanpa had.
 
(2) Masa kerja yang lebih fleksibel
Masa kerja ini juga main peranan yang besar, untuk saya pilih kerjaya dalam bidang ini.
 
Sebenarnya kerjaya dalam bidang marketing ini, bukan setakat fleksibel dari segi masa, malahan ia juga turut fleksibel dari segi lokasi dimana kita ingin melakukan kerja-kerja tersebut.

Lebih-lebih lagi sekarang ini, kerja-kerja marketing boleh dilakukan hanya menerusi komputer atau laptop. Ini bermakna, asalkan tempat tersebut mempunyai sambungan internet, dan kita memiliki peranti yang sesuai untuk melakukan kerja pemasaran, ia boleh dilakukan.
 
Bukan itu sahaja, dewasa ini smartphone yang kita bawa kemana-mana itu juga sudah mempunyai features yang membolehkan kita untuk membuat kerja pemasaran.
Kita nak buat kerja semasa pergi bercuti boleh.
In fact, kalau nak bekerja dari rumah pun tak ada masalah.
 
Asalkan ada kemahuan, pasti kita boleh lakukan kerja walau dimana kita berada.
 
(3) Latihan menjadi seorang usahawan
Satu lagi yang menariknya dengan bidang pemasaran dan jualan ni ialah, ia sebenarnya adalah persediaan kepada kita untuk jadi seorang usahawan yang berjaya.
 
Saya anggap macam kerjaya ini sebagai suatu latihan yang berterusan untuk memupuk jiwa keusahawanan dalam diri.
Dalam kesempatan ini, saya juga nak mengesyorkan dan menggalakkan mana-mana individu yang nak jadi usahawan atau yang nak mulakan bisnes sendiri supaya slow down, perlahankan sedikit langkah dan jangan terburu-buru dalam mengambil risiko perniagaan.
 
Sebelum nak terus terjun dalam dunia perniagaan, apa kata mulakan dulu dengan belajar cara untuk menjadi seorang jurujual. Kemahiran menjual adalah kemahiran yang wajib ada bagi seorang usahawan.
 
Andai kata satu hari nanti, setelah anda memulakan bisnes anda sendiri, anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan produk yang anda niagakan itu terjual.
 
Ya, memang betul anda boleh mengupah orang lain untuk menjadi jurujual bagi pihak anda.
Tetapi, adakah individu ini mempunyai motivasi yang sama seperti anda?
 
Individu ini mungkin hanya berminat untuk bekerja dengan anda disebabkan oleh gaji yang anda tawarkan.
Tapi anda selaku pemilik bisnes, anda mempunyai sasaran yang lebih besar, dan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dalam memastikan perniagaan dan syarikat anda bakal berjaya mendominasi pasaran pengguna.
 
Sebaik-baiknya, jangan mulakan atau lancarkan sebarang bisnes anda sendiri selagi mana anda masih belum betul-betul mahir dalam bab-bab membuat jualan.
 
(4) Kreatif
Lagi satu poin yang saya nak highlight disini adalah kerja dalam bidang pemasaran ini, kita kena banyak gunakan daya kreativiti.
 
Orang yang semulajadi kreatif ini, biasanya akan rasa agak lelah apabila perlu bekerja dalam satu sistem yang agak rigid.
Setiap hari perlu buat perkara yang sama, berulang-ulang kali memandangkan itu merupakan standard order procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan.
 
Walaupun mengikut SOP ini sebenarnya memudahkan kerja banyak orang, tapi individu yang kreatif akan merasakan ianya sangat menyusahkan, sebab dia tak boleh menggunakan keupayaan dan potensi yang ada pada dirnya secara sepenuhnya.
 
Bagi individu yang kreatif, kerja seperti ini adalah sangat sesuai dengan dirinya.
 
Dalam industri kreatif, tak mungkin, ada hasil kerja yang sama antara orang yang berbeza, walaupun mereka ini mempromosikan produk yang sama.
Melainkan kalau salah seorang ini meniru hasil kerja orang yang satu lagi.
 
(5) Peluang kerja yang banyak
Percayalah, bila dah berada dalam bidang ini, anda akan nampak sebenarnya kerja-kerja pemasaran ini adalah suatu kerja yang tak akan pernah habis. Ada terlalu banyak produk atau perkhidmatan yang kita boleh promosi dan pasarkan.
 
Kerja untuk kita dalam bidang ini memang tak akan pernah habis. Diluar sana, sentiasa ada produk yang kita boleh pilih untuk dipasarkan, kepada golongan yang sepatutnya.
 
Satu lagi perkara yang anda perlu tahu adalah, permintaan terhadap individu yang mempunyai skil pemasaran yang tinggi juga sentiasa ada.
 
Persoalannya adalah, adakah anda benar-benar mempunyai kemahiran yang tinggi serta berkebolehan dalam membuat kerja-kerja pemasaran? 
 
Melakukan kerja-kerja pemasaran ini mungkin ada banyak orang yang boleh lakukannya. Tapi, melakukan kerja pemasaran hingga berjaya hasilkan jualan, itu merupakan suatu skill yang sangat-sangat diperlukan oleh pemilik bisnes.
 
Maklumlah, sebagai pemilik bisnes ini, mereka adakalanya tak mempunyai masa, tenaga dan kemahiran untuk membuat jualan sendiri. Mereka terpaksa outsource kerja-kerja pemasaran dan jualan kepada individu lain yang betul-betul ada kemahiran.
 
Justeru, adakah anda orangnya?
Kalau anda menepati profil yang diperlukan oleh pemilik bisnes, maka tak mustahil untuk anda menjadi individu yang menjadi rebutan banyak pemilik bisnes.
 
Saya setuju dengan penulisan Brian Tracy dalam buku beliau, The Psychology of Selling.
Dalam buku tersebut, beliau ada menyebutkan bahawa kerjaya dalam bidang jualan ini adalah merupakan suatu kerjaya yang selamat dan mereka yang ada kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini tak perlu risau tentang pekerjaan lagi.
 
Diluar sana, pasti ada kerja yang menanti dirinya.
Kalau ditakdirkan dia kehilangan pekerjaan, dia tak perlu tunggu lama untuk dapatkan pekerjaan yang baru.
 
Pendapatan dalam bidang ini, datangnya dari sumber sama ada gaji bulanan, komisen ataupun royalti. Tapi kebiasaannya adalah datang dari punca gaji jika bekerja dengan majikan dan komisen jika bergerak secara bebas.
 
Apabila kita bekerja secara bebas (freelance) lalu berjaya buat jualan, In Shaa Allah akan ada komisen untuk kita.
 
Contoh kerja marketing Memandangkan saya sedang bercerita mengenai topik kerjaya marketing ini, saya kira ada baiknya saya berikan sedikit contoh apa dia kerja yang dilakukan oleh seorang marketer.
 
Sebenarnya diluar sana terdapat banyak strategi pemasaran yang berbeza-beza, dan sudah tentu setiap marketer menggunakan strategi yang berbeza juga. Bermakna, ada banyak contoh kerja marketing yang kita boleh lihat.
Tapi saya bukan nak cerita semua bentuk kerja marketing yang ada diluar sana, sebaliknya saya nak berikan contoh kerja marketing yang saya sendiri lakukan sahaja.
 
Apa yang saya buat, sebagai rutin kerja harian saya?
Saya menghasilkan konten yang tujuannya untuk memperkenal dan menjual sesuatu produk ataupun perkhidmatan. Ya, saya merupakan seorang content marketer dan salah satu teknik pemasaran yang saya gunakan adalah content marketing.
Baca lagi: Apa itu content marketing

Sebagai seorang content marketer, saya akan menghasilkan pelbagai konten dalam bentuk artikel, lalu saya akan siarkan konten tersebut dalam laman web yang berbeza.
 
Ada konten yang saya siarkan di laman blog, dan ada juga konten yang saya siarkan di laman media sosial.
Melalui konten-konten yang pernah saya hasilkan sebelum ini jugalah saya menghasilkan pendapatan.
In Shaa Allah topik mengenai menghasilkan pendapatan melalui konten akan saya ulas dilain masa.
 
Saya tak tahu, sampai bila saya akan terus bekerja dalam bidang marketing seperti sekarang ini.
Tapi bagi saya, saya tak nampak sebab lagi kenapa saya patut berhenti.
Kerjaya marketing benar-benar memberikan saya kehidupan yang memang saya perlukan.
 
Pada saya, walaupun kerjanya agak leceh, tapi saya rasa ianya sesuai dengan saya.
Saya boleh bekerja pada bila-bila masa, dan potensi pendapatannya pun boleh tahan juga. Kalau usaha lebih keras, produktiviti lebih tinggi dari yang sekarang, tak mustahil pun untuk dapat income yang lebih besar.
 
Kerja untuk diri sendiri, atau kerja sendiri ini kita akan dapat manfaat yang besar kalau kita jadi seorang yang produktif, tapi kalau sebaliknya, kita sendiri yang akan tanggung akibatnya.
 
Maka terpulanglah pada kebijaksanaan masing-masing, untuk menilai mana satu yang baik untuk diri kita.
Adakah membina kerjaya dalam bidang marketing ini juga sesuai untuk anda?
 
 
 
The post Kerjaya dalam bidang Sales and Marketing bagus ke? appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/kerjaya-sales-and-marketing/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rugi Tak Pernah Beri Anak Makan Kacang Gajus Doktor Kongsi Bagus Untuk Otak Kuatkan Memori Anak

Rugi Tak Pernah Beri Anak Makan Kacang Gajus Doktor Kongsi Bagus Untuk Otak Kuatkan Memori Anak

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 243 hits
Kacang gajus adalah kacang yang berasal daripada biji buah gajus Kacang ini sering dijadikan makanan ringan atau makanan diproses terutamanya untuk kek Di sebalik keenakan rasa kacang gajus ia mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan teruta...
Resepi Mudah Oat Chocolate Chip Cookies Tanpa Tepung Bagus Untuk Kesihatan Gigi

Resepi Mudah Oat Chocolate Chip Cookies Tanpa Tepung Bagus Untuk Kesihatan Gigi

papar berkaitan - pada 13/4/2023 - jumlah : 132 hits
Suka sangat buat cookies tanpa tepung sebab kurang karbo dalam cookies jadi makan fiber yang sangat sihat untuk badan terutama untuk gigi Jom try resepi Dr Izzy senang mudah jimat paling penting sihat dan kenyang Baca Juga Biskut Tanpa Tepu...
Apa Itu Content Marketing

Apa Itu Content Marketing

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 185 hits
Anda biasa dengar istilah content marketing Besar kemungkinan jawapan anda adalah ya biasa dengar Dewasa ini banyak orang mula bercakap mengenai topik content marketing Tapi adakah anda benar benar faham apa itu content marketing Content ma...
Babitkan Anak Untuk Lepas Dendam Kamu Pakcik Hafidz Roshdi Bengang Dengan Shu Perguna Anak Untuk Marketing Bisnes

Babitkan Anak Untuk Lepas Dendam Kamu Pakcik Hafidz Roshdi Bengang Dengan Shu Perguna Anak Untuk Marketing Bisnes

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 292 hits
Seorang lelaki dipercayai bapa saudara kepada pelakon Hafidz Roshdi bersuara dan menempelak isterinya Shuhada atau Shu kerana dikatakan begitu lantang di media sosial Menerusi perkongsian di Instagram Adlan meluahkan rasa tidak setuju denga...
Bagus Wirata Selem Badeng Mepipis Chord

Bagus Wirata Selem Badeng Mepipis Chord

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 2788 hits
C DG G G GD D D C D GD G G G GD D D C D GDGseleme selem badengG Dbadenge care adeng Cdiapen beli badeng D Gyang penting beli gantengDGmesambel batun undis Dmekecrit misi lengis Cyadiastun beli melengis D Gne penting kenyeme manisG C gumi ca...
Singgang Tulang Bukan Sahaja Sedap Malah Bagus Untuk Kesihatan

Singgang Tulang Bukan Sahaja Sedap Malah Bagus Untuk Kesihatan

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 214 hits
Makanan yang direbus lebih menyihatkan berbanding yang digoreng atau ditumis mahupun yang dimasak bersama santan Lauk rebusan sinonim dengan masakan singgang sama ada singgang ikan tulang daging ayam mahupun singgang sotong ataupun udang Ka...
Produk Gkb Probiotik Yang Bagus Untuk Usus Dan Kulit

Produk Gkb Probiotik Yang Bagus Untuk Usus Dan Kulit

papar berkaitan - pada 28/3/2023 - jumlah : 238 hits
Assalamualaikum semakin hari semakin bertambah usia Pejam celik tahun ni dah nak masuk 34 Pola makan dan hidup kalau tak diubah lama lama sakit ini sakit itu Ada terbaca haritu yang pengambilan prebiotik bagus untuk kesihatan Kawan sugest G...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco