Kerjasama Umno Pas Tak Beri Ancaman Kepada Amanah



Kerjasama Umno – Pas tak beri ancaman kepada AmanahPosted By: Pentadbiron: June 30, 2019 Print EmailKerjasama yang rancak dijalankan antara PAS dan Umno tidak akan menjejaskan sokongan di kalangan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan dan peluangnya untuk dipilih semula pada pilihan raya akan datang dengan syarat gabungan parti-parti kerajaan itu menunjukkan bahawa mereka bekerja, kata pemimpin Amanah.Amanah adalah parti Islam yang bergabung dalam Pakatan Harapan yang memiliki ahli daripada pelbagai kaum dan dilihat mempunyai pandangan progresif berbanding PAS yang mempunyai ideologi yang bertentangan dengan parti pemerintah, di samping turut memiliki pandangan konservatif berkaitan Islam.Walaupun begitu, pemimpin Amanah mengatakan mereka tidak terjejas dengan kerjasama pembangkang itu walaupun ia mempunyai rangkaian akar umbi yang luas di kalangan orang Melayu, yang membentuk lebih daripada 60% pengundi.Umno dan PAS sememangnya merupakan parti politik terbesar dalam negara dengan memiliki keahlian terbesar.Kerjasama pembangkang yang baharu itu juga turut mempertaruhkan ideologi nasionalisme Islam di samping mendakwa bahawa masyarakat Melayu dipinggirkan kerajaan Pakatan.“Kerjasama PAS-Umno akan menjejaskan sokongan terhadap Pakatan terutama di kawasan luar bandar kerana kekurangan maklumat mengenai apa yang sedang berlaku,” kata ahli akademik Dr Megat Al Imran Yasin dari Universiti Putra Malaysia (UPM).Umno dan Pas secara tradisinya mempunyai pengaruh besar dalam masyarakat luar bandar kerana memiliki suara dominan dalam badan-badan tempatan yang berpengaruh seperti jawatankuasa kampung dan surau.“Dari program-program yang saya lihat Pakatan Harapan adakan di kalangan orang Melayu luar bandar, kumpulan ini secara beransur-ansur mula mengenali Amanah dan Bersatu, dan ini akan menghilangkan kecurigaan mereka terhadap Pakatan,” kata Megat Imran, pengarah pusat komunikasi, media dan industri kreatif UPM.Megat turut berkata satu lagi parti komponen Pakatan, iaitu Bersatu, juga turut menjadi pesaing utama Umno dan PAS selain Amanah.Pemimpin Amanah berharap jenama Islam dan pendekatan politiknya, di samping kejayaan menguruskan sebuah negara moden yang memiliki pelbagai keragaman akan mengubah minda Melayu yang telah lama ditanam doktrin agama dan retorik perkauman Umno.“Dalam masa dua hingga tiga tahun, dengan pentadbiran Pakatan, saya yakin orang Melayu akan menerima mesej kami berhubung kesederhanaan, dan saling menghormati,” kata pengarah komunikasi Amanah, Khalid Samad.“Itulah mesej sebenar yang dibawa oleh politik Islam,” kata Khalid yang juga merupakan Menteri Wilayah Persekutuan.Penubuhan gabungan pembangkang PAS-Umno diumumkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-65 yang diadakan di Pahang, di mana pemimpin akar umbi secara rasmi meluluskan kerjasama parti itu dengan Umno, musuh tradisinya sebelum ini.Difahamkan bahawa ideologi Islam versi PAS akan membentuk teras yang meletakkan ketuanan Islam dan Muslim sebagai prinsip yang dipegang dalam membuat dasar kerajaan.Menurut tafsiran Islam PAS juga, ia mahu akidah Islam memainkan peranan yang lebih besar dalam kehidupan awam daripada apa yang telah wujud ketika ini, termasuk dalam bidang-bidang seperti ekonomi, di mana pengaruhnya dilihat terbatas.Ahli strategi PAS dan Umno percaya bahawa pakatan pembangkang itu akan dapat menarik undi Melayu yang telah berpecah dalam pertembungan banyak penjuru dalam PRU14 bagi sehingga memberi kelebihan kepada Pakatan, yang kurang mendapat sokongan orang Melayu.Permuafakatan PAS-Umno kini sedang berusaha untuk mendapatkan semula kira-kira 30 kerusi Parlimen daripada Pakatan Harapan akibat pecah undi seperti Pokok Sena, Parit Buntar dan Lumut.Pemimpin Amanah Kedah, Adnan Saad tidak terkejut jika PAS akan memainkan peranan utama dalam gabungan pembangkang itu memandangkan jenama Umno telah ditolak rakyat Malaysia dalam PRU14.“PAS mahu menggunakan rangkaian luas Umno di kalangan orang Melayu dan Umno mahu menggunakan PAS untuk mencuci imej kotornya,” kata Adnan, yang merupakan pengarah pilihan raya Amanah Kedah.Adnan juga tidak merasakan bahawa kalkulus politik yang menjadi taruhan Umno dan PAS – yang mahu mengumpulkan undi sebahagian besar Melayu akan dapat menghasilkan kemenangan automatik untuk gabungan pembangkang itu.“Dalam politik, dua ditambah dua tidak semestinya sama dengan empat. Di atas kertas, mereka kelihatan seperti boleh menang sekarang, tetapi terdapat pemboleh ubah dan dinamik yang boleh mengubah situasi setiap pilihan raya,” kata Adnan.Beliau memberi contoh seperti Umno yang yakin boleh menang di Sungai Besar dan Kuala Kangar pada pilihan raya kecil 2016 yang pertembungan berbilang calon antara, Amanah dan PAS, akan memberi manfaat kepada parti itu, namun hakikatnya tidak sedemikian.Walau bagaimanapun dalam PRU14, pertandingan sebegitu rupa yang memecahkan undi Melayu menyaksikan parti-parti seperti Amanah dan Bersatu mendapat manfaat paling besar. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/kerjasama-umno-pas-tak-beri-ancaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Mendepani Cabaran Taawun Pas Umno

Amanah Mendepani Cabaran Taawun Pas Umno

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 356 hits
DR ZULKARNAIN LUKMAN Pas telah selesai mengadakan muktamar mereka ke 65 di Kuantan Pahang iaitu sebuah negeri yang diterajui oleh Umno Antara usul yang diterima dalam muktamar kali ini adalah untuk meneruskan ta awun dengan Umno Mengikut ka...
Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 303 hits
June 23 2019 10 19 PMDr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja 4 hari sempena Sidang Kemuncak Asean ke 34 di Bangkok hari ini BANGKOK Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti meng...
Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 373 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu Dengan nada sinis perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytihark...
Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 300 hits
Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Sh...
Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 337 hits
KUANTAN Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama yang bakal dimeterai dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tiga jenis hubungan politik itu ialah...
Muktamar Ke 65 Mampukah Kerjasama Pas Umno Tewaskan Ph

Muktamar Ke 65 Mampukah Kerjasama Pas Umno Tewaskan Ph

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 424 hits
Muktamar ke 65 Mampukah kerjasama Pas Umno tewaskan PH Posted By on June 18 2019ANALISA Analisa awal Muktamar Pas kali ke 65 yang berlangsung pada minggu ini menunjukkan isu utama kerjasama Pas Umno yang bakal dibahaskan oleh para perwakila...
Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 323 hits
Dewan Ulama Pas Pusat menyokong kerjasama dengan Umno dengan meluluskan dua usul berkaitan taawun siyasi dengan Umno pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke 58 di Wisma Belia di sini semalam Usul berkenaan diterima sebulat suara perwakilan...
Former Macc Chief Questions Legality Of Second Seizure Of Ilham Tower

A Complete Guide To Sd Muhammadiyah 1 Tanggul For

Top Ways To Monetize Your Domains

Website Vs Media Sosial Kelebihan Dan Kelemahannya

Hak Pengguna Pertahan Rakyat Terus Sengsara Mati Tanpa Pembelaan Aatv Berita Rakyat 05 06 2025

Sprm Serah Kertas Siasatan Skandal Perlombongan Sabah Kepada Agc

Sekiranya Hadi Awang Berundur Pas Akan Bermasalah

Senarai Pekerjaan Yang Tak Boleh Dan Sukar Diganti Dengan A I Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Salam Aidiladha 2025

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Mca Dakwa Kerajaan Akur Desakan Tarik Balik Larangan Penggunaan Lpg Bersubsidi

Perli Isu Duit Rm500 Dalam Bank Akaun Bella Dowanna Amp Riena Diana Dikritik Beria Gila Terpaling Back Up Membe

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right