Muktamar Ke 65 Mampukah Kerjasama Pas Umno Tewaskan Ph



Muktamar ke-65: Mampukah kerjasama Pas-Umno tewaskan PH?Posted By: Pentadbiron: June 18, 2019 Print EmailANALISA: Analisa awal Muktamar Pas kali ke 65 yang berlangsung pada minggu ini menunjukkan isu utama, kerjasama Pas – Umno yang bakal dibahaskan oleh para perwakilan masih diragui akan diyakini (endors) ahli bawahan menuju pilihan raya umum (PRU) ke 15.Sementelah ahli akar umbi semakin keliru dengan langkah Pas terkini yang tidak menjauhkan diri daripada mantan Presiden Umno, Najib Razak, biar pun terpalit tuduhan menyalahguna kuasa ketika memimpin negara.Bagi sebahagian ahli Pas, Presiden Hj Hadi sedang menghidapi pelbagai penyakit yang mengurangkan rasional pertimbangan politiknya. Maka tidak menghairankan beliau sering keluarkan kenyataan yang dianggap kurang cermat dan lebih banyak menyebelahi Umno yang kini diakui sekutu utama Pas.Presiden dan kontroversiPelbagai kontroversi dalaman dan luaran telah dicetuskan oleh Presiden Pas sejak sebelum PRU 14. Gegak gempita alam maya baik oleh ahli atau bekas ahli dan bukan ahli.Terbaru Hj Hadi mencetuskan isu 30% anak muda yang berumur 21 tahun dan mengundi Pakatan Harapan (PH) sebagai tidak mengaji kitab dan tidak belajar agama. Isu ini seolah-olah merendah-rendahkan daya intelektual anak muda. Barang diingatkan anak sulung Presiden Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang menang di DUN Batu Buruk mengantikan Dr Syed Azman, penyandang terdahulu dan nyaris dilantik sebagai anggota Exco Kerajaan Terengganu juga adalah anak muda.Mutakhir ini menantu kesayangan Presiden dan adik ipar Ketua Pemuda Pas, Zaharuddin Mohamad juga anak muda dan bergelut dalam alam maya (siber) kerana berperang pendapat menentang arus semasa di atas beberapa isu dalaman Pas.Oleh itu ungkapan anak muda tidak reti berfikir atau tidak baca kitab amat tidak wajar keluar dari mulut Presiden.Pas masih relevan selama ini hanya kerana pegangan agama yang kuat dalam kalangan penyokongnya yang menjadi teras perjuangan. Maka Pas terus boleh bergerak dan aktif dalam arena politik Malaysia. Oleh itu, untuk kesinabungan masa depan adalah tidak wajar parti agama memperlekehkan serta tidak memberi pilihan kepada anak muda berpolitik.Fatwa QaradhawiPas yang mendakwa mempelopori perjuangan politik berasaskan Islam di Malaysia hari ini tidak lagi memiliki memonopoli gelaran itu. Selain Pas ada beberapa parti dan pertubuhan lain yang juga membawa perjuangan Islam seperti Amanah dan sebagainya walaupun dinafikan oleh sebahagian pejuang tegar serta beberapa kerat lulusan agama.Kebanyakan pejuang yang lebih moderat merujuk kepada seorang syekh atau mahaguru iaitu Dr Yusuf Al Qaradhawi yang berpengkalan di Qatar.Pandangan dan pendapat Dr Syeikh Yusuf ini tidak pernah disangkal atau ditakwil, jauh sekali ditolak oleh hampir semua pejuang Islam. Mereka sangat menghormati dan menyanjungi serta patuh kepada beliau.Walau apa pun kokokan atau sergahan dan fatwa daripada Pas kepada yang telah keluar parti maka ianya telah dirujuk kepada syeikh tersebut dan Qaradhawi sebaliknya memberi restu ke atas berbilang jemaah dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.Restu itu menimbulkan kemarahan Presiden Pas kepada bekas pemimpin dan bekas ahli Pas yang telah bernaung dalam sebuah parti baru iaitu Amanah. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan dan disebarkan.Sementelah lagi, parti Amanah bersama komponen dalam PH telah berjaya membentuk kerajaan baru dengan mengalahkan BN pada PRU lalu.Pas berpaling kepada UmnoOleh itu, sekonyong-konyong Pas berpaling memberikan sokongan secara terang-terangan kepada Umno demi untuk mendapatkan kuasa dalam PRU ke 15 menggunakan undi Melayu.Ahli-ahli Pas di bawah mula kebingungan dan panas serta keliru menghadapi kebijaksanaan terbaharu ini. Akan tetapi akhirnya mereka membuat keputusan sama ada kekal, berdiam diri atau isytihar keluar Pas.Mungkin terdapat pihak di luar Pas yang mengharapkan pada muktamar kali ini akan berlaku debat terbuka sama ada perlu menerima Umno atau tidak. Namun pemerhati politik menjangkakan sukar untuk melihat penolakan daripada muktamirin kerana Pas telah mengatur hanya pembahas yang tidak kontroversi dan tidak buat kecoh sahaja yang akan dibenarkan berucap menyokong dasar berbaik dengan UmnoKempen hancing-peringSebaliknya, pemerhati menjangkakan pembahas akan meningkatkan kecaman terhadap pentadbiran PH pada sepanjang perhimpunan. Jeritan ‘Pakatan Hancing’ atau ‘tungangan DAP’ serta ‘anti kafir’ pasti akan berkumandang sepanjang 3 hari muktamar.Begitu juga kecaman kepada menteri JPM yang menjaga hal ehwal agama Dr Mujahid Yusof Rawa juga gegak gempita kerana bencinya Pas kepada anak bekas Mursyidul Am yang pertama itu.Kecaman hebat juga akan ditujukan kepada anak Nik Aziz, ustaz Nik Omar dan anak Fadzil Noor, Faiz Fadzil kerana menyertai Amanah.Jeritan Syiah kepada Mohamad Sabu dan Adly Zahari turut diramal akan bersahut-sahutan.Puji BosskuMungkin bagi ahli lama Pas, pada muktamar ini kali pertama dalam hidup mereka akan mendengar puji-pujian kepada bekas PM Malaysia Najib Razak yang dikenali sebagai BosskuDijangkakan terdapat pembahas yang akan mengusulkan agar Pas menyokong Najib yang sedang difitnah dan dizalimi oleh kerajaan PH.Begitu juga tindakan MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang sering berjumpa PM Tun Mahathir mungkin akan dikecam.Yang pasti dalam sejarah Pas, selepas Pas ditendang daripada BN pada 1978, hadirnya Presiden Umno Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Mohamad Hassan, Ismail Sabri, Anuar Musa, MB Pahang Wan Rosdi dan lain-lain yang kini dianggap suci akan memberi citra baharu kepada perjuangan Pas.Citra ini akan menentukan Pas meraih sokongan rakyat pada PRU 15 atau sebaliknya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/muktamar-ke-65-mampukah-kerjasama-pas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

Majlis Syura Ulama Luluskan Kerjasama Politik Pas Umno

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 247 hits
KUANTAN Majlis Syura Ulama PAS sudah meluluskan tiga jenis hubungan kerjasama yang bakal dimeterai dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan tiga jenis hubungan politik itu ialah...
Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

Dewan Ulama Pas Pusat Lulus Usul Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 233 hits
Dewan Ulama Pas Pusat menyokong kerjasama dengan Umno dengan meluluskan dua usul berkaitan taawun siyasi dengan Umno pada Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas ke 58 di Wisma Belia di sini semalam Usul berkenaan diterima sebulat suara perwakilan...
Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

Pas Jadi Kafir Jika Kerjasama Dengan Umno Kata Pm

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 212 hits
June 23 2019 10 19 PMDr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja 4 hari sempena Sidang Kemuncak Asean ke 34 di Bangkok hari ini BANGKOK Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti meng...
4 Garis Panduan Kerjasama Umno Pas Mohon Hadam

4 Garis Panduan Kerjasama Umno Pas Mohon Hadam

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 211 hits
Majlis Syura Ulamak menetapkan empat perkara yang perlu dipatuhi dalam garis panduan kerjasama antara Pas dan UMNO Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata antaranya ialah segala polisi dan dasar kerjasama kedua dua parti h...
Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

Pedulikan Sindiran Dr Mahathir Perkukuhkan Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 219 hits
Sindiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu PAS supaya mengesahkan terlebih dahulu UMNO adalah parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik hanya bertujuan memecah belahkan kerjasama UMNO PAS kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Sh...
Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

Pas Kena Isytihar Umno Parti Islam Sebelum Jalin Kerjasama Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 246 hits
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berkata PAS mesti mengisytiharkan Umno sebagai parti Islam sebelum menjalin kerjasama politik dengan parti pembangkang itu Dengan nada sinis perdana menteri berkata PAS sebelum ini mengisytihark...
Pas Muktamar Approves Motion For Political Cooperation With Umno

Pas Muktamar Approves Motion For Political Cooperation With Umno

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 214 hits
The 65th PAS Muktamar Saturday passed a motion for the party to seal a political agreement with Umno The motion tabled by Dewan Ulama Information chief Mohd Asri Mat Daud received unanimous support from the delegates Mohd Asri when tabling ...
Umno Pas Cooperation To Dominate Talk As Hadi Opens Muktamar

Umno Pas Cooperation To Dominate Talk As Hadi Opens Muktamar

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 294 hits
PAS members making their way into the Sukpa stadium in Pahang ahead of the presidential address by Abdul Hadi Awang for the party s 65th muktamar PETALING JAYA Four years after PAS held one of its most divisive muktamar in its almost seven ...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

The Evolution Of Adult Entertainment

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


United States President Joe Biden Signs A Rule To Ban Tiktok In The United States Here S The Reason

Lunch Di Restoran Saffani Ipoh Perak

Mentafsir Pilihan Raya Kecil Kkb

Sarapan Apom Manis Bubur Campur Di Padang Speedy Teluk Intan

Apakah Berhijab Harus Dari Hati

Cerita Hari Jumaat