Kerjasama Polis Tindakan Tegas Bendung Perkauman Ekstremisme


malaysiakini.com
Geraldine Tong
Diterbitkan: Dec 15, 2022 4:46 PM
Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengambil tindakan tegas dan bekerjasama dengan pihak polis bagi membendung insiden perkauman dan ekstremisme di sekolah, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Fadhlina berkata KPM mengutamakan pembinaan sahsiah dalam kalangan pelajar melalui budi pekerti, sahsiah dan integriti, yang merupakan salah satu daripada tujuh fokus utama kementerian itu.

“Kami mahu anak-anak ini membesar dalam konteks keharmonian, dalam persekitaran sekolah yang selamat kerana kami percaya dengan membina adab, sahsiah dan integriti mereka, ia akan dapat mengatasi isu seperti ekstremisme.

“Seperti mana kita tidak berkompromi dalam isu buli dan gengsterisme, kita juga tidak akan berkompromi dalam isu perkauman dan ekstremisme.

“Adalah menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan kanak-kanak selamat di sekolah dan oleh itu, jika terdapat sebarang ancaman perkauman atau pelampau, kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan serius dan kita pastinya akan bekerjasama dengan polis untuk membendung perkauman dan ekstremisme daripada berlaku di sekolah,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pendidikan di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, Fadhlina mengumumkan cadangan untuk mengaktifkan semula Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) seperti termaktub di bawah Akta Pendidikan 1996.

Bagaimanapun, dia berkata senarai nama ahli majlis itu belum dimuktamadkan.

"Buat masa ini kami masih belum mempunyai sebarang nama, tetapi kami telah mengumumkannya supaya kami akan melaksanakan proses itu dengan melantik mereka yang akan menjadi sebahagian daripada majlis penasihat tidak lama lagi," katanya.

Ketika ditanya mengenai manifesto Pakatan Harapan yang merangkumi pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), Fadhlina menegaskan keutamaan kerajaan pada masa ini ialah ekonomi dan kos sara hidup.

“Sebarang perkara lain yang dibangkitkan akan disemak dari semasa ke semasa,” katanya.

Fadhlina juga menegaskan kerajaan sekarang merupakan kerajaan perpaduan yang bukan hanya terdiri daripada PH tetapi juga parti lain.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kerjasama-polis-tindakan-tegas-bendung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sultan Nazrin Ambil Tindakan Tegas Pandangan Ekstrem Kaum Agama

Sultan Nazrin Ambil Tindakan Tegas Pandangan Ekstrem Kaum Agama

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 205 hits
FMT ReportersIPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah pandangan ekstrem berunsur kaum dan agama berbentuk hasutan yang boleh menyemaikan rasa benci serta berpotensi mencetuskan permusuhan sesama warga wajib dihentikan Tindakan tegas wa...
Hebahan Maklumat Palsu Pasukan Media Jpm Dipuji Mcmc Digesa Tegas Ambil Tindakan

Hebahan Maklumat Palsu Pasukan Media Jpm Dipuji Mcmc Digesa Tegas Ambil Tindakan

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 263 hits
Orang ramai memuji tindakan pantas pasukan media Jabatan Perdana Menteri menyangkal hebahan palsu yang dilihat sengaja dilakukan pihak tidak bertanggungjawab Dalam masa sama rakyat berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Sentiasa Jaga Dalam Senyap Tindakan Baik Kim Jongkook Buat Song Jihyo Tular

Sentiasa Jaga Dalam Senyap Tindakan Baik Kim Jongkook Buat Song Jihyo Tular

papar berkaitan - pada 19/12/2022 - jumlah : 499 hits
Sentiasa mendapat sokongan ramai hubungan Song Ji hyo dan Kim Jong kook dilihat terus berbunga di dalam Running man ARTIKEL BERKAITAN Dalam episod terbaru program itu penonton perasan bahawa kedua mereka kelihatan rapat di belakang kamera K...
Shahidan Ancam Ambil Tindakan Jika Adam Adli Gagal Tunjuk Bukti

Shahidan Ancam Ambil Tindakan Jika Adam Adli Gagal Tunjuk Bukti

papar berkaitan - pada 15/12/2022 - jumlah : 341 hits
bharian com myDisember 14 2022 5 27pmShahidan minta Adam Adli buktikan gejala rasuah berlaku dalam arena sukan negara KUALA LUMPUR Selepas beberapa persatuan bangkit menyatakan kekecewaan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Belia dan Sukan ...
Sedihnya Gagal Raih Anugerah Utama Tindakan Song Jihyo Pujuk Ji Sukjin Jadi Perhatian

Sedihnya Gagal Raih Anugerah Utama Tindakan Song Jihyo Pujuk Ji Sukjin Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 18/12/2022 - jumlah : 287 hits
Rasanya masih lagi ada yang berbual mengenai 2022 SBS Entertainment Awards yang berlangsung kelmarin ARTIKEL BERKAITAN Tidak seperti yang dijangkakan ramai Ji Suk jin terpaksa memberi laluan buat Yoo Jae suk bagi merebut Anugerah Utama atau...
Skin Dessert Buat Tindakan Undang Undang Terhadap Sirim Berikutan Isu Tular Di Media Sosial

Skin Dessert Buat Tindakan Undang Undang Terhadap Sirim Berikutan Isu Tular Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 21/12/2022 - jumlah : 321 hits
Terkini AlongMurni berkesempatan untuk hadir ke Sidang Media yang diadakan oleh pihak Skin Dessert bagi menjawab isu berkaitan komen yang dibuat oleh Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia yang tular menerusi media sosial...
Ada Ke Fahmi Fadzil Akan Ambil Tindakan Terhadap Sarawak Report Yang Menghina Sultan Kelantan

Ada Ke Fahmi Fadzil Akan Ambil Tindakan Terhadap Sarawak Report Yang Menghina Sultan Kelantan

papar berkaitan - pada 22/12/2022 - jumlah : 368 hits
Sarawak Report yang pro Pakatan Harapan telah mengeluarkan cerita di bawah yang dianggap sebagai menghina DYMM Sultan Kelantan Ada ke Fahmi Fadzil akan juga ambil tindakan terhadap Sarawak Report
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Belajar Saham Global Dengan Moomoo Panduan Untuk Pemula

Type 26 Auto Fabrica S Elegant Honda Cb750 Caf Racer

Kerabu Suhun Thai Resipi Sihat Segar Yang Mengujakan Untuk Diet Harian

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Kampung Mat Daling Didakwa Pecah Amanah Rm40 000

Poco Launches Poco F8 Series

Neoantigen Sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

Delicious Beef Cubes Recipe Vietnamese


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelantan Sinonim Dengan Islam

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia

Strategi Penurunan Tarif Langkah Ekonomi Malaysia Menuju Kestabilan Dan Pertumbuhan

10 Nasihat Penting Mengenai Cuaca Buruk Yang Perlu Anda Tahu

Top 45 By Brenna Panama888 5 Pgslot Jili Sa Gaming Panama888 27 2026

Brazil999 Top 6 By Jamila 25 November 2568